3/31/12

Al Quran Edisi Wanita

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

 Wah comelnya Quran berwarna pink.Siapa yang suka pink dan cintakan Al Quran, bolehlah jadikan ia sebagai koleksi.Sesuai jugak untuk hadiahkan kepada kawan dan sebagai hantaran.



"Sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan, Young Khalifah kini menjual Al-Quran yang dikemaskini sesuai utk wanita. PRE-ORDER sahaja dan hanya buat masa yang sangat terhad. Penghantaran akan dibuat insyaAllah pada 20 Mac. Sesuai utk dijadikan hadiah, hantaran dan sebagainya.. Tapi yang paling penting membacanya". 

-Pesanan Young Khalifah-


Mahu menyimpan duit untuk hadiahkan Al Quran dan pen digital buat ibunda tersayang andai ada rezeki..Tunggu ye mak..


Hantaran Perkahwinan buat suami







Yang ni pula Al Quran Miracle The Reference, hantaran buat suami, order online aje, setelah membuat perbandingan di kedai buku..Sampai dalam masa sehari.Ketika Al Quran ini dipos, staf  kurier  pun agak berhati hati membawa bungkusan ini, kerana atas bungkusan itu sudah tertulis "Al-Quran".

Siapa yang berminat , boleh beli di sini,  http://www.quransyamil.com  -En Wan Saifuddin.Perkhidmatannya pun bagus.Sangat memuaskan.MAklumat lanjut pun ada di situ.

Pada mulanya mahu mencari Tafsir Per Kata, tapi entah kenapa staf di kedai buku itu mempromosikan Al Quran Miracle The Reference, katanya ketika itu, yang itu lagi bagus.:-)dan saya pun terbuka hati untuk membelinya, tetapi secara online dengan harga yang lebih murah..:-)

Tafsir Quran Per Kata yang tinggal kenangan.
"Bacalah dengan Nama Tuhanmu.."






3/30/12

Setia Seorang Isteri

BY humble.yat IN , , 4 comments

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.


Saya suka lagu ni, dari zaman saya masih "single" sehingga sekarang.Tajuknya "Setia Seorang Isteri"..Sesuai tak untuk yang masih PJJ?Lagi syahdu kan?Hehe..Insha Allah, Masih kuat sehingga sekarang, wanita-wanita sekarang adakalanya perlu belajar berdikari juga.Zaman sekarang bukan macam dulu lagi, kedua dua harus bekerja bagi mempertingkatkan ekonomi dan menyumbangkan sedikit sebanyak budi pada keluarga dan masyarakat.Tapi saya masih "tabik spring" buat wanita yang bekerja dari rumah, ataupun sekarang lebih dikenali sebagai SOHO (Small Office Home Office) khususnya perniagaan online..:-)

Semoga saya juga akan ada satu SOHO nanti.Ameen!

Bukan Untukmu  


Pernah tak tengok Drama Bukan Untukmu di TV9? Berkisarkan tentang lafaz talak yang lebih dari 3, isu muhalil ataupun "cina buta" .Saya fikir itu satu drama yang bagus buat generasi sekarang.Ramai yang masih bermain-main tentang matlamat perkahwinan.Perkahwinan bukan sahaja menghalalkan dua ikatan hati, tetapi lebih dari itu, bermatllamatkan kasih SayangNya sehingga ke syurga.Andai ini yang sentiasa ada di dalam jiwa kita, Insha Alllah, Allah swt akan pelihara kita sebaik mungkin.Jangan terlalu ikut emosi.

Kenapa Perkahwinan Orang Dulu-Dulu Lebih Bertahan Lama?

Ramai yang mengatakan sebab perkahwinan dulu-dulu kebanyakannya direstui keluarga, adalah pilihan keluarga, jadi ia melibatkan kedua-dua suami isteri bertanggungjawab  untuk menjaga nama kelaurga masing-masing di samping memellihara perkahwinan masing-masing.

Ada juga yang kata, ketika itu isteri-isteri tidak bekerja, hanya si suami yang bekerja, Jadi penggantungan hidup si isteri tadi hanya pada si suami.Sebab itu setia itu berpanjangan.Andai tiada jodoh itu adalah suratan takdir Ilahi dan tanda ujian uuntuk hambaNya.

Berdikari

Sekarang, wanita lebih banyak berdikari.Tapi bagi saya berdikari itu perlu bertempat, jangan terlalu menguasai tanggungjawab lelaki.Apabila terjadi di mana wanita itu menguasai lelaki, di situ akan akan menjadi isu "queen control" dan sebagainya. Jadi ada perlunya si isteri membiarkan suami melakukan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin walaupun adakalanya kita boleh melakukannya sendiri.Jangan tunjuk pandai sangat yerk..:-)

Pasangan Veteran 

Sumber: klik

Ketika menemani ibunda tercinta menjalani pemeriksaan di hospital, saya cukup gemar apabial melihat si suami yang sudah berusia menemani isterinya, ada juga isteri yang menemani suami.Melangkah perlahan-lahan sehingga mereka sampai tempat yang dituju.

Ada juga ketika saya "outstation" dan berhenti di lampu trafik, saya nampak si isteri veteran ini memandu membawa suaminyaPemandangan yang cukup indah bagi saya.Mungkin itulah yang dikatakan setia seorang isteri.

Panjang pula saya mencoret yerk, jika ada perkongsian, kongsikan bersama saya ye..:-)

 
"Saat Allah menemukanmu dalam hidupku
Maka saat itu Dia mahu kau dan aku bersatu
Memikul amanah dan ikatan yang mulia ini
Bukan sahaja untuk kehidupan hari ini
Tetapi sampai alam akhirat yang pasti"



3/29/12

Antara Dua

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sumber : klik 

Kita seringkali berdepan antara dua pilihan.Sebagai Muslim, berdoa dan beristikharah adalah cara yang terbaik dalam membuat pilihan.Ia bukannya bermaksud setelah kita membuat pilihan yang terbaik , ianya sudah memadai untuk ita teruskan kehidupan.Tetapi sikap redha dan tawakal yang kita serahkan kepada Allah s.w.t.Sejauh mana, kita letakkan perjalanan hidup kita kepadaNya.Segala yang terindah semua datang darinya.

Allah Sayangkan Kita!

Adakalanya kita juga mungkin ada rasa kesal di hati, dan sikap sabar kita dikikis sedikit demi sedikit dengan ujian yang ada.Tetapi kita perlu ingat, ujian yang ada itu adalah dugaan untuk kita.Ianya tentang sejauh mana sikap kesabaran kita.Adakah ianya satu kepura-puraan atau tidak?

Sumber: klik

Kesabaran Kita Diuji

Hmm.Perasan tak, tatkala kita memegang stereng dan meredah kesesakan jalan raya, waima sebaik mana pun kita, ada juga sikap melenting kita di jalan raya, memarahi pengguna jalan yang lain.Haa..Kadang-kadang kita juga agak terkejut dengan sikap marah sahabat kita , yang mana personalitinya dikagumi.Masha Allah, rupanya sikap sabar itu duji dalam keadaan sebegitu.

Bak kata bonda saya, Allah  sayangkan hambaNYA, Dia bagi dua pilihan sebagai bukti kasihNya kepada kita.Nah, terpulang kepada kita untuk membuat pilihan yang baik.Segalanya terpulang pada iman kita.

Tepuk dada , tanyalah iman..:-)

Wallahualam.

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah!"


Nota: Alhamdulilah, kerja-kerja sekarang sudah mulai surut..:-)


"Purple" Merajuk Ke?

BY humble.yat IN No comments

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Purple

Aduh, rindu betul pada Mp3 Purple saya, ke mana dia menghilang, rasanya macam kat celah buku kat almari.Tapi tak jumpa-jumpa jugak.Tak pe,minggu  ini, saya nak buat operasi barang hilang a.k.a "Missing in Action". Dah bertahun MP3 tu, sejak dari zaman belajar lagi. Habis belajar , letak MP3 tu kat kereta pula.Teman saya di kala sunyi sambil menikmati pemandangan di jalan raya, melayan kesesakan.Sambil jemur kain , cuci kereta mesti saya bawa sekali , sambil nak hilangkan bosan.:-)

Duhai "Purple", munculkanlah diri kamu, banyak manfaatnya tu.

Saya pernah ajar arwah Tok Mek saya guna MP3 ni untuk dengar bacaan Al Quran sepanjang perjalanan kami.So sweet . Dengan penuh usaha dia menekan butang-butang yang ada, membetulkan earphone di telinganya Arwah Tok Mek memang suka barang-barang moden macam ni, Nak-nak cucu dia yang "introduce"  hehe...



Ha yang kaler oren tu, MP3 adik bongsu saya, dari Sony Walkman,saya hadiahkan ketika dia mendapat keputusan yang cemerlang di dlam PMR dia.Dah lama dah. hehe. Alhamdulilah rezeki dia.Masih elok sampai sekarang tau. Sebelum tidur mesti dia pasang kat speaker dengar lagu-lagu yang tenang-tenang di situ.





MP3 yang warna emas, tu pulak hadiah saya untuk adik kedua bongsu, sempena kejayaan dia jugak, baru-baru ni baru dapat tunaikan hadiahnya. Pilihan kami bertiga, saya, suami dan Basirah. Beli di Sony Center di Capital Malls, Kuantan, (lebih dikenali sebagia ECM) Maaf Ye, bagi hadiah lambat sikit. Sengaja mahu tengok kesabaran kamu hehe...Asyik guna MP3 akak je yerk..:-) Nanti tolong cari "purple tu sama-sama tau.

Ok.Chayok..Semangat nak cari "Purple" ni. Mana kamu merajuk yerk...


Mencuri Masa!

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.


Masa memang mencemburui kita. Tup tup , pejam celik pejam celik, dah mula mahu menjengah April. Kadang-kadang terfikir, saya tak pandai membahagikan masa kah?Atau masa yang mencemburui saya..huhu..

Antara "quote" masa yang selalu kita dengar... Masa itu emas...Masa itu umpama pedang.....Bagi mereka yang bergelar "businessman".., masa adalah segala-galanya, bagi mereka  mungkin Masa Itu Duit..hehe

Prof Izzi...
Jadi kali ni saya ingin kongsikan satu lagi isu tentang masa.Saya ada menonton Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di mana Prof Izzi dijemput sebagai panel."Seronik" katanya.Saya pun seronok mendengar dia berbicara, memang penuh bermotivasi dan kelakar, yang pasti buat semua tersenyum.

Bila ditanya tentang pembahagian masa beliau, apatah lagi dia sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang kita sedia maklum.Katanya, " Masa memang tidak cukup, dan sekarang bukannya masa kita utuk menguruskan masa, tetapi mencuri masa!"..Lebih kurang begitulah...

Jadi, sama-sama kita mencuri masa dengan efisien ok.Buat yang termampu dan yang terbaik.

Wah bersemangat pulak...:-)

Renung-renungkan. Selamat beramal..:-)

Nota: Wah! ramai betul yang pergi mendengar UAI di Masjid Cenderawasih minggu lepas...sampai di rumput masjid pun orang boleh duduk untuk mendengar UAI berceramah...:-)



3/21/12

:: Wordless Wednesday::

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


3/16/12

Normalkah Cemburu Itu?

BY humble.yat IN 7 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 
Rasa cemburu itu sentiasa ada dalam hati saya.Cemburu melihat mereka yang lebih baik dari saya, mereka yang sering berpeluang menhadiri majlis "usrah", masjid dan majlis-majlis ilmu. Sedangkan saya tidak berkesempatan membuat semua perkara tersebut buat masa ini akibat kekangan tanggungjawab yang ada.

Cemburu juga melihat perwatakan mereka-mereka yang nampak "suci" pada pandangan mata saya.Cemburu melihat kejayaan-kejayaan mereka.Dan cemburu juga bagaimana mereka mengekalkan personaliti begitu.

Pada mulanya saya berfikir, jika cemburu ini ini adalah jenis positif, dan boleh membuatkan saya memperbaiki diri, apa salahnya kan?

Sehingga suatu hari, dalam memikirkan isu " cemburu positif"  ini dalam memberi persaingan dalam diri untuk menjadi yang lebih baik. saya tersentak apabila mendengar salah seorang panel di radio IKIM.(Saya tidak pasti pula siapa yang bercakap ketika itu..huhu)

Katanya lebih kurang begini,

" Jika ada rasa cemburu tatkala melihat kebaikan orang lain, itu tandanya kurang keikhlasan dalam diri kita..."

Ok.Noktah.Mungkin itu jawapan yang saya cari , dalam memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik..:-)

Alhamdulilah...Terima kasih atas jawapan itu Ya Rabb...

" Perjuangan itu bukannya sesuatu yang mudah "