Assalamualaikum wbt.
Yang paling mencabar untuk para graduan, sekarang mereka perlu mencipta pekerjaan sendiri menerusi skill yang ada dan terus "survive" . Sekarang kan kita pun dah nampak bisnes dan perkhidmatan tumbuh macam cendawan dengan pelbagai brand.Saya juga tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian usahawan -usahawan yang ada,Tahniah Tahniah dan Jutaan Tahniah dari saya.
Makanya, kalau ada pinjaman PTPTN yang belum diselesaikan , berhubunglah dengan segera dengan pihak PTPTN, sudah ada banyak dah kaedah penyelesaian pembayaran tunggakan PTPTN.
Eh, syarat nak buat pinjaman bank sekarang juga tertakluk kepada pembayaran PTPTN ye.Kalau ada tunggakan PTPTN, memang tak lepas nak buat loan bank.
Boleh cek di sini untuk berita terkini di PTPTN . mudah untuk tahu prosedur terkini dan promosi jika ada.Contoh promosi yang ada sekarang..
![]() |
| Cabutan Bertuah PTPTN |
Pergi ke EPF dan isi borang EPF. Buat keputusan tentang jumlah penyelesaian yang ada. Boleh juga buat permohonan online di website KWSP.Sekarang semuanya mudah kan.Tapi sebelum tu sila semak penyata KWSP dulu kemudian buat keputusan sama ada;
- Nak selesaikan bayaran tunggakan sahaja dan teruskan bayaran bulanan seperti biasa secara konsisten.
- Nak selesaikan bayaran tunggakan sahaja dan resechedule jadual bayaran bulanan yang telah diperbaharui
- Selesaikan kesemua jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN dan bebas hutang.
Pembayaran melalui KWSP akan terus dibayar kepada PTPTN ye.Tapi bagi yang membuat penyelesaian bayaran tunggakan , sila semak penyata kembali kerana ada kemungkinan ada lagi jumlah tertunggak tambahan.Jadi yang terbaik, ketika membuat dan menentukan jumlah bayaran tunggakan lebihkan bayaran untuk satu bulan ke hadapan melainkan anda sedia untuk membayar .Kalau tak alert kat sini, mungkin pinjaman PTPTN itu akan masih ada baki tertunggak dan ianya akan berulang kembali.Kita juga yang pening kan?
Link- Antara Jenis Pengeluaran KWSP yang dibenarkan










