11/23/16

Review Penawar Asma :Minyak Herba Asmak

BY humble.yat IN , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Bila dah sampai musim tengkujuh ni, mesti hati saya berdebar-debar.Dengan keadaan cuaca hujan lebat begini, boleh menyebabkan anak sulung saya mudah terkena lelah.Saya dan suami memang tak sanggup melihat cara pernafasannya, walaupun tahap asma dia tidaklah seteruk mana sehingga menyebabkan penggunaan inhaler, atau di"neb" , ia sudah cukup meresahkan kami suami isteri.Setakat ini, ada juga kami mendapatkan rawatan "nebulizer" di hospital dan klinik.


((Video))
(*Lima Tanda Awal Penyakit Asma yang perlu diperhatikan-Mencegah lebih baik dari merawat)

Bukan sekadar dengan musim tengkujuh sahaja, jika dalam keadaan musim jerebu, renovasi rumah dan persekitaran rumah yang berdebu dan habuk juga memberi impak kepada kesihatan anak sulung kami.Alhamdulilah, kami bertemu dengan Minyak Herba Asmak , bukan sahaja melegakan asma malah boleh juga menghilangkan selsema pada peringkat awal yang mana boleh membawa kepada demam dan lelah.Kami bersyukur dengan berikhtiar dengan Minyak Herba Asmak, membuat nafas kami rasa lega dalam menjaga kesihatan anak kami.Benarlah kata kata orang, biar hidup susah, janji anak sihat.

Minyak Herba Asmak keluaran MAHM Sdn Bhd
Dengan isian 30ml yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa dara, habbatus sauda , dan beberapa kali sapuan dengan cara yang betul,  Insya Allah dan Alhamdulilah ia berjaya mengurangkan selsema dan asma anak kami.Hanya dengan sapuan, dari leher ke dada, dari belakang tengkuk ke belakang badan, sapu juga di perut untuk hilangkan kembung.

Saya terus amalkan dan konsisten memakai Minyak Herba Asmak selepas mandikan anak dan sebelum dia tidur.Sebelum ini, setiap kali anak saya bangun tidur, mesti hidungnya berair.Kali ini, tidak lagi, sampai saya minta dia hembuskan hidung dia sekuat hati.Memang tiada hingus lagi.Allahuakbar, syukur sangat bila meliaht dia boleh bernafas tanpa selsema, kalau tak susah hati itu,hanya Tuhan yang tahu..

Apa yang paling penting adalah cara menggunakan/memakai Minyak Herba kerana penggunaan yang betul akan memberi kesan yang lebih efektif dan berkesan.Salah cara pakai, mungkin tidak memberi kesan yang kita harapkan. Saya juga selalu perhatikan ada pengguna menggunakan cara yang tidak betul jadi menyebakan ianya kurang berkesan.Ianya bukan digunakan dengan sekali sapuan, tetapi perlu konsisten dan ianya bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jadi, jom kita tengok cara pemakaian sepertimna yang disarankan oleh Minyak Herba Asmak dan melalui pengalaman saya yang menggunakannya.

Cara Menggunakan dan Memakai Minyak Herba Asmak

Ketika kita menerima Minyak Herba Asmak ni, pastikan ia di di"sealed" dengan salotep hijau tu yang mengelilingi penutup hijau botol Minyak Herba Asmak


1- Buka penutup utama Minyak Herba Asmak, dan ada satu lagi penutup warna putih.Fungsi penutup putih atau "stopper" ini, adalah untuk menghalang untuk berlaku pembaziran, tumpahnya Minyak Herba Asmak.

2- Tebuk lubang kecil pada penutup putih tersebut.Saya hanya gunakan gunting kecil sahaja, pusingkan sahaja mata gunting supaya aliran kuantiti minyak tu boleh keluar mengikut kegunaan kita.Jadi, Minyak Herba Asmak tidak melimpah keluar melebihi kegunaan semasa kita dan lebih menjimatkan dengan saiz tebukan yang sederhana.

3-Goncangkan botol Minyak Herba Asmak  sebelum digunakan supaya minyak itu lebih sekata.

4-Asasnya, sapukan dari leher ke dada dari tengkuk ke belakang,  juga boleh disapu di telapak kaki


Minyak Herba Asmak dah boleh guna, Sedap tau bau herbany
Bagi mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak juga akan diberikan rundingan cara pakai yang lebih terperinci mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID.Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.

Kelebihan Minyak Herba Asmak

Bagi saya, Bau Minyak Herba Asmak sederhana je baunya.Ada bau herba tetapi sedikit sahaja.Jangan tak tau, minyak ini dihasilkan secara R & D tau, bukan sebarangan minyak. Pihak MHAMSB (Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd) ambil masa yang lama untuk menjalankan R&D Minyak Herba Asmak ini agar ianya selamat, suci dan berkesan lebih cepat untuk semua golongan dari bayi sehinggalah warga emas.

Selain itu, Minyak Herba Asmak juga tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi yang mana ia lebih mesra kulit.Maka, peratusan alahan pada herba adalah tersangat rendah.Ianya juga lebih cepat menyerap ke dalam kulit dan menyebabkan ia mempunyai keberkesanan yang jauh lebih cepat.

Bila kita membuat sapuan Minyak Herba Asmak, ada rasa berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.Rasa berangin, memang sesuai dengan bayi dan kanak-kanak.Malah ia boleh dijadikan sebagai minyak telon bayi juga terutama untuk melegakan kembung perut bayi

Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga, luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, senggugut, membantu melancarkan darah, sakit kepala,migrain,resdung,sakit gigi, strok dan ulser.

Perlu diingatkan, Minyak Herba Asmak hanya untuk kegunaan luaran , jadi sapukan ia pada bahagian yang sakit ye.Tetapi jika sakit berlarutan, sila dapatkan rawatan doktor dengan segera.Jangan tangguh jumpa doktor tau.



Pesanan dari  MHAMSB : Pembelian Minyak Herba Asmak
  • Pihak Syarikat MHAMSB memberi jaminan kesucian  dan keselamatan produk kepada pengguna.
  • Pastikan anda mendapatkan minyak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) dan jika anda ragu-ragu,anda boleh meminta ID pengedar dari mereka.
  • Dapatkan minyak ini dari Pengedar  sah yang mempunyai ID  dari syarikat MHAMSB.Ada 1300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu.
  • Pihak syarikat akan menggunakan hologram meditag yang sah dari KKM sahaja nanti.
  • Buat masa ini,Minyak Herba Asmak tiada hologram. Hati-hati kerana di luar sana ramai yang mengaku menjual Minyak Herba Asmak,tetapi ianya adalah tiruan.Ada perbezaan pada label sama ada yang lama mahupun baru.
Cubalah Minyak Herba Asmak yang original dari syarikat MHAMSB sekarang! Bermula November, beli Minyak Herba Asmak, dapat kotak tabung comel. Eh, boleh buat Tabung Sedeqah Subuh ni.:-)

Masa saya dapat kotak tabung ni, ia masih tidak dilipat lagi.Jadi, tidaklah ada kerosakan seperti kemek kan.Lipat je sendiri, pendek kata DIY.Senang sangat lipat kotak tabung Minyak Herba Asmak tau.Lubang tabung memang sesuai untuk masukkan duit syiling dan duit kertas yang dilipat.


Memang comel sangat kotak tabung sebab ada kartun.Zaman sekarang kita memang banyak berjimat, tabung Minyak Herba Asmak ini macam kempen jom menabung kan?

dah siap tabung Minyak Herba Asmak, beli tabung penuh, bolehlah beli Minyak Herba Asmak lagi ;-

Ha, nak tahu siapa yang teruja nak menabung ni, Aina la, nampak tu siap "pose" dengan tabung MHAM lagi.Kumpul duit banyak-banyak, boleh beli mainan ye,hehe

Aina dengan tabung baru Minyak Herba Asmak :-) Terima kasih sebab bagi tabung.

Saya rasa kempen MHAMSB, iaitu 1 Rumah 1 MHAM memang tepat, sebab minyak ini mempunyai pelbagai guna.Sapu sapu dan sembuh dengan izin Allah...



Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :
Hotline HQ : 019 - 970 8897

Website rasmi syarikat :
http://mham.com.my/ 

Website Minyak Herba Asmak : 
http://penawarasma.com.my

Instagram: mham.sdnbhd
 https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page :Penawar Asma Mujarab
FB Page: Minyak Herba Asmak HQ
========================

Semoga perkongsian ini bermanfaat ;-)


3 inspirasi naluri :-):

Hasrul Hassan said...

Saya guna Minyak Herba Asmak MHAM kat rumah. Bagus disimpan ... leh guna untuk lenguh2 badan, hilangkan bengkak, lelah leh sapu kat dada... :)

zahar said...

minyak ni memang lain dari yang lain.. sungguh mujarab utk lengguh sendi dan resdung. alhamdulillah

RizMan said...

dh try minyak lain, alhamdulillah minyak herba asmak ni lain dari yg lain. mmg mujarab utk asma dan resdung utk anak kami.