Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahiim
Maafkan akak sebab lambat update diari biru abah di sini.
Tahun ni banyak suka duka berlaku atas keluarga kita.Tapi ini semua ujian Allah
untuk melatih kami supaya lebih kuat, Insya Allah.
Walimah Basirah & Jihan |
Alhamdulilah , pada 5hb February 2016, abah dah dapat menantu lelaki kedua, Jihan,Insya Allah dia akan menjaga Basirah sebaik mungkin.Orang Johor, berdarah jawa, abah kan nak menantu orang Jawa,.Sampai juga hajat abah bermenantukan orang jawa..Jangan marah ye Basirah dan Jihan.Kenduri Basirah juga dilakukan di rumah kami untuk pertama kali.Berdebar rupanya nak menyambut “menantu baru” di rumah baru ni.
Kemudian, anak bongsu abah, Aizuddin telah menamatkan
pelajarannya di KIPSAS, Diploma Teknologi Maklumat dengan Anugerah Khas
Kecemerlangan Yayasan Pahang.Kalau abah ada, mesti abah senyum tak henti
kan.Alhamdulilah kami semua hadir ke majlis konvokesyennya.Sekarang Aizudin
baru sahaja melanjutkan pelajaran ke UTEM, bahagian Network Security .Berat juga
dengar nama course tu.Okla tu, dia pun memang minat bahagian computer ni.Lega
sangat dia kuat untuk sambung pelajaran
setelah bekerja hampir satu tahun bekerja di Kuantan.
Ketika pendaftaran, Angah dan
keluarga je yang menguruskan Zudin.Dah Nampak sangat kewibawaan Angah menjaga
kami semua.Mak dan akak tak dapat nak ikut, sebab masih dalam tempoh
berpantang.
Hari pertama di UTEM |
Sebelum pendaftaran ke UTEM, Zudin ada mengalami kemalangan, pengsan di tempat kejadian, ditahan di wad untuk satu malam.Berjahit juga di mulutnya.Dalam pada masa yang sama, akak juga ada di hospital room in dengan cucu baru Abah yang paling istimewa, Adhwa Zinnirah.Sebulan juga cucu abah berkampung di hospital atas kesihatan yang tidak memberangsangkan.Idah pula tengah berkejar untuk outstation di Iraq.Menantu abah yang hantarkan setelah semalaman selesaikan urusan zudin.Memang masing masing tak cukup tidur, penat .Tak terkata rasanya.
Idah dengan baju kalis peluru |
Alhamdulilah, Idah dah selamat pergi dan balik dari
Iraq.Bukan senang dapat pergi Iraq sebab Iraq bukan Negara pelancongan.Tetapi
yang mempunyai tugasan sahaja yang dibenarkan untuk ke Iraq.Adalah pengalaman memakai baju kalis peluru yang beratnya hampir 10kg. huhu..Kami dapat kurma fresh dari Iraq, memang best rasanya.Idah pun dah ambil talent abah, photographer dan sains.Perhi ke iraq untuk sebarkan sains.Hebat kan, abah? Doakan Idah dapat jodoh yang baik bila tepat waktunya. Aamin Ya Rabb Alamin.
Konvokesyen di USM |
Walaubagaimanapun, pada awal tahun ini juga, Tok dan Pak Andak telah meninggalkan kami, meninggal dunia di bawah jagaan Mak Su Ros.Alhamdulilah, berkesempatan menguruskan jenazah Tok. Insya Allah, semoga mereka digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tetapi yang paling sedih, bila kami melalui kampung, memang rasa sunyi, rumah di kampung sudah terbiar tanpa jagaan. Insya Allah satu hari nanti kami akan hidupkan semula suasana di situ.
Semoga arwah abah juga bahagia di sana.
Al Fatihah
Al Fatihah
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment