Showing posts with label RESIPI. Show all posts
Showing posts with label RESIPI. Show all posts

8/30/21

Jagung , PKP, PKPD dan Kuarantin.

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt.

Di dalam tempoh PKP 3.0 , PKPD Kuantan dan kuarantin 14 hari, selalu ada budak-budak datang ke rumah ke rumah untuk menjual jagung. Satu plastik RM10, ada 5-6 batang mengikut saiz .Memang berbaloi membeli jagung-jagung tu. Sampai setiap kali , jagung ada, mesti beli sebab anak anak suka.

Antara masakan jagung yang telah dibuat, puding jagung, cucur jagung, jagung banjir, jagung bakar,  dan jagung rebus dan cupcorn. Lepas tu taktau nak masak apa, guna balik masakan tadi, ulang sampai jagung habis haha.

So kita tepek sikit gambar masakan jagung untuk memori PKP dan pandemik.

Jagung Bakar Mentega


Jagung direbus di dalam Periuk Noxxa selama 15 minit, kemudian disapu dengan mentega dan susu pekat dan bajar atas pemanggang. Dah siap, boleh dihidang. Simple.


Cucur Jagung Lemak Manis


Saya guna dua tongkol jagung, dua cawan tepung, dua cawan air panas, sesudu marjerin, sebiji telur sesudu susu pekat manis, sedikit gula dan garam. kacau, bulat-bulatkan dan goreng panas-panas. Sekali hadap terus habis , sebab rangup , lembut di dalam. 

Bubur Jagung Bersagu


Bubur jagung pun saya gunakan dua tongkol jagung, sekotak santan kelapa, sekeping gula melaka, sedikit sagu merah, daun pandan , sedikit gula dan garam. Siap dan mudah dimasak. Janji jaga sukatan ye.

Jagung Kuah Banjir


Mencuba pula resipi viral, letak jagung dipotong macam dalam gambar, letak 1 tin susu cair , sedikit gula , garam dan mentega. Rebuskan sehingga masak. Guna Noxxa Lagi, HP 15 dah siap.

Memang saya perlukan Noxxa, sebab banyak kerja nak kena buat.Alhamdulillah Noxxa pun masih bertahan lagi. Dah macam macam resipi ekspress dimasak akibat kejar masa. Konsep masak dan tinggal ni memang saya suka sebab kurangkan letih dan jimatkan masa.

Sep siapa macam saya.Kita Geng!

Semoga bermanfaat

8/25/21

Resipi : Roti Puri & Sambal

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh tak buat roti puri. Kali ni nak letak note resipi kat sini, senang nak kekalkan resipi yang ada




Bahan Roti Puri

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu minyak masak
1 sudu yis
Sedikit garam

Cara-caranya

Masukkan tepung gandum, minyak masak dan yis.Gaulkan semuanya sehingga bahan berderai.

Kemudian masukkan air dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.

Biarkan sehingga doh tersebut kembang.

Bila doh kembang, uli doh menjadi doh kecil.

Kemudian leperkan mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan, sedia untuk digoreng.

Tuangkan minyak banyak sedikit sebab kita nak jiruskan minyak atas doh ketika menggoreng supaya doh roti puri itu mengembang dengan cantiknya. Jirus je minyak atas doh itu sampai kembang dan berbentuk bulat macam dalam gambar.Kemudian angkat dan toskan dan siap.

Biasanya kalau makan dalam dua keping roti puri pun dah rasa kenyang.

Bahan Sambal Pencicah

Resipi sambal pencicah ni saya pakai resipi yang sebelum ini .

Ikan bilis (blend dulu, kemudian goreng)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
6 biji tomato (tomato kena banyak dari ikan bilis)
Sedikit kicap manis
Sedikit garam

Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kering.Tumis hingga masak.
Masukkan tomato dan ikan bilis, dan sedikit kicap manis dan garam secukup rasa.

Fuh memang terangkat , nak nak kalau makan masa panas-panas
Biasanya saya buat pada hujung minggu sahaja. Hari kerja memang tak sempat.

Selamat mencuba

11/8/16

Resipi: Puding Roti Noxxa

BY humble.yat IN 1 comment


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt


Kali ni nak share resipi Puding Roti Noxxa.Dah bertahun dan Noxxa tu dah digunakan, baru kali ni nak update resipi resipinya.Noxxa memang gajet terbaik dalam masak memasak ni.Time gas dah takde, time tetamu datang last minute.Time tengah tak cukup tangan.Memang sekejap je waktu memasak.

Jom Jom tengok resipi kali ini ;

Setengah bungkus roti -dicarik-dicarik dan dilembapkan dengan air masak
(bukan rendam roti yek, hanya lembapkan sahaja, kalau tak puding tu akan jadi lembik)
1 tin susu cair
1 cawan air
2 biji telur ayam
3 sudu gula (kalau nak manis letaklah lebih, yang ini sukatan lemak lemak manis sahaja)
Sedikit garam
1 sudu marjerin
1 sudu tepung jagung
Sedikit bikarbonat
1 sudu esen vanila
Kismis banyak-banyak untuk ditabur

Cara-caranya:
1.Blend susu cair, air, marjerin, gula,garam, telur,tepung jagung, soda bikarbonat, esen vanila
2.Kemudian, gaul rata dengan roti yang sudah dilembapkan tadi,
3. Masukkan ke dalam Noxxa, dan taburkan kismis di atasnya
4. Set steam 15 minit sahaja, kalau lebih, nanti hangus
* Kalau guna pemanggang ajaib  15 minit
* Guna oven 20-30 minit

Bila dah masak,puding roti pun akan nampak naik, jadi biarkan dan sejukkan sampai dia mendap baru keluarkan dari Noxxa ok.

Itu sahaja.Berguna tau, kalau tetamu datang last minute,hehe.Sekejap je dah siap.

Semoga bermanfaat.
.

11/4/16

Si Bunga Telang Untuk Nasi Kerabu Biru

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
 Assalamualaikum wbt.

.

Ha, menjadi juga pokok bunga telang ni.Yang ini antara bunga telang pertama saya,Macam warna bunga seri pagi kan. Dapat benih dari ofismate, alhamdulilah menjadi. Nak tanam kat tanah, macam tak jadi sebab tanah bukit. Jadi, kita tanam dalam pasu dan biarkan dia melilit di pagar.Rasa seronok bila bunga telang sudah berkembang.

Apa lagi, kutip hasilnya dan buat nasi kerabu biru! Tapi yang simple simple je.


Cuci mata dulu sejambak bunga telang yang telah mekar .Ada juga pemberian  dari kawan.Sebab perlukan banyak bunga untuk nasi kerabu biru nanti.Cantik kan warnananya?Pewarna semulajadi ni.


Ok. kita rendamkan bunga telang ni, sambil perahkan bunga tadi sampai keluar warna biru.kemudian masak beras dengan air rendaman bunga telang ni.Gaul rata sebelum masak.Kemudian, macam ni hasilnya...mengancam tak warna semulajadi tu.



Kami buat nasi kerabu yang simple je, lauk ikan goreng segar, sambal kelapa, sambal tumis dan ulam ulaman dan budu secukup rasa.Tambah keropok lagi sedap kan.

Ok semoga bermanfaat

4/4/16

Resipi : Roti Arab

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Dah dua minggu dok terbayang roti Arab K Dah, sepupu kesayangan ni.Alhamdulilah, minggu lepas tercapai hajat.Dari tak rajin menguli doh, jadi rajin .Sanggup turun menguli, Bab menguli memang saya tak berapa nak suka, sebab nampak macam susah je haha.Nasib baik doh menjadi dengan baik.

Meh, saya share resipi roti arab.Tepek kat sini.Lain kali nak buat tengok resepi kat sini.Sukatan ini untuk family.memang banyak yek.

Bahan- Bahan
Roti Arab
1/2  kg tepung gandum
1 bungkus Mauripan
1 Biji telur
1 kotak kecil santan
1 sudu minyak zaitun
sedikit gula dan garam


Cara-caranya
Campurkan semua, bancuh dengan air.Uli doh sampai lembut  macam buat donut.
Jangan letak garam banyak, sebab kalau banyak nanti roti tu jadi bantat, tak nak letak garam pun takpe.Uli sampai doh tak melekat di tangan, lembut dan ringan.Ketepikan, biarkan doh naik sendiri.



Bulatkan macam pau sampai habis doh.


Bila dah naik, gunakan penggelek dan gelekkan macam daging burger mentah.
Bila dah siap semua, goreng dengan minyak yang banyak.
Buat satu persatu.Siram dengan minyak bahagian atas doh.Bila dah jadi bulat macam bola baru angkat dan letakkan doh yang lain. Kalau tak siram minyak, dia tak jadi bulat k.


Ok dah siap, macam ni bentuk roti arab tu.



Sambal Cicah
Ikan bilis (blend dulu, kemudia goreng)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
6 biji tomato (tomato kena banyak dari ikan bilis)
Sedikit kicap manis
Sedikit garam

Cara-caranya

Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kering.Tumis hingga masak.
Masukkan tomato dan ikan bilis, dan sedikit kicap manis dan garam secukup rasa.

Siap untuk dihidangkan.Makan panas-panas sedap tau.

Nota Naluri:
Tak sangka saya boleh menguli doh dengan jayanya!:-) :-P


2/22/16

Resipi : Dadih Cofeemate

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Masa kecil-kecil, dulu , kalau pergi pasar malam, antara favourite saya dadih susu lembu segar dan susu lembu yang dalam botol comel comel tu.Sekarang ni tak tahu dah nak cari kat mana.Hari tu ada nampak juga orang iklan.Macam packaging yang sama.Cuma rasa nostalgia masih ada lagi atau tidak, yang tu tak pasti lagi,

Tapi kali ni saya jumpa resepi dadih yang sedap, asyik guna yang segera je kan.Jadi, kali  ini nak kongsi satu resepi dadih, daripada ibu mertua juga. Saya suka sebab memang rasa lemak-lemak cofeemate tu.

Try buat kat rumah,  ibunda tercinta pun jatuh hati.Minggu ni memang nak buat stok dadih cofeemate. Boleh buat penyejuk tekak, Kalau ada tetamu,on the spot kita boleh hidangkan untuk mereka.Sambilmeraikan konvokesyen adik bongsu eh!:-P

Gambar next yek, petang ni baru nak cari barang nak buat dadih hehe.

Bahan-bahannya
1 paket coffemate
1 tin susu cair
15 cawan air
1 cawan gula
Sepaket serbuk agar-agar
Sedikit perasa pilihan sendiri (saya suka perasa epal/vanilla/ros and etc)

Cara-caranya,
Letak semua bahan di dalam periuk dan didihkan.
Bila didih, tnuggu sekejap dan tuangkan dalam acuan dadih
Asingkan ikut mengikut peasa pilihan.
Sejukkan dan masukkan dalam peti
Sedia dihidang .

Tips.
Ikut bahan dan sukatan yang betul, kalau tak "goyangan" dadih tadi jadi tak cantik.
Kalau kurang air, jadi agar-agar.Kalau lebih air, jadi lembik hehe


10/1/15

Resipi :Bubur Labu Sihat

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Yang ni adik saya yang ajarkan, katanya, bubur labu sesuai untuk penyakit kanser dan mereka yang mahu menjaga pemakanan .Juga cara masakan bubur labu Chinese Style katanya. Mudah je resipi nya.Main campak campak sahaja.

Bubur Labu

1/2 biji labu dipotong dadu 
Segenggam barli
Segenggam sagu (tak kisah warna apa- saya guna warna merah)
Air secukupnya 
Gula yang seadanya (jangan manis sangat ye)

Cara-caranya
1.Sagu direndam sekejap.
2. Rebus Labu, barli dan sagu di dalam air.
3. Rebus sehingga masak
4. Masukkan gula secukup rasa

Sedia untuk dihidang. :-)

Sagu memang akan kembang, dan kuah bubur labu akan nampak lebih likat.
 Kalau takde barli , guna labu dan sagu pun ok juga.
Cuma bila ada barli, cukuplah nutrisi yang diperlukan kita.

Semoga bermanfaat.Insya Allah.


8/11/15

Tips : Roti Canai Frozen Lebih Rangup & Teh Tarik Homemade Kaw

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Roti canai "frozen" yang direndam

Mood kerja petang bermula.Letak satu entri sebab ternampak gambar roti canai ni.

Nak kongsikan tips.Kalau nak masak roti canai frozen tu dengan lebih kerangupan, rendamkan roti canai tu dalam air panas sampai kembang sedikit. Kemudian letak kuali dengan sedikit marjerin.Insya Allah, sangat-sangat rangup macam dari kedai.Saya dah cuba banyak kali.Memang best la..

Sources: Link Roti Canai dan kuah yang superb.
Biasa roti canai ni sedap dimakan kuah dal, campur kuah kari, sedikit sambal tumis.tambah gula. Kalau saya dan suami, kami berdua memang suka tabur gula atas roti canai walaupun ada kuah. 

Sources : Teh Tarik Kaw

Mestilah roti canai sedap dimakan dengan teh tarik. Petua buat teh tarik yang macam kat kedai tu.Isi tiga sudu serbuk teh dalam kole air besi. Letak air panas dan panaskan atas dapur. Tunggu sehingga didih.Kemudian letakkan susu pekat secukup rasa.Memang sebiji rasa kat kedai. Kalau kita rendam air teh dengan panas dan kacau dengan susu, rasanya tak mengancam sangat.Tapi bila teh tadi sudah mendidih, memang berbeza rasanya.Dah boleh buat kedai roti canai teh tarik kat rumah dah. Tak yah pergi kedai,Jimat..

Tips Zaman GST..;-P

Nota Naluri: Nampak menu murtabak cheese.Sedap ke yek..?Macam best je

1/28/15

Resipi: Simple Mushroom Cream

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sebelum terlupa resipi ini, meh saya kongsikan satu respi yang mudah "Mushroom Cream". Lepas ni dah tak payah beli dah "Mushroom Cream Instant " dah kat kedai.Buat sendiri lagi best.:-)


Sumber :Link  (lebih kurang macam ni la hasilnya)

# Gambar sendiri akan diupdate kemudian yek ;-P 

Hidangan untuk satu keluarga- 5- 6 orang

5-6 Biji Kentang ( Direbus)
Satu Tin Susu Cair
Satu sudu mentega-
2-3 ulas bawang putih
Satu Tin Cendawan (Didadu/Dicincang)
Sedikit garam

1.Mula-mula, kupaskan kentang dan rebus sehingga empuk
2. Sambil tunggu kentang empuk, dadu/cincang cendawan.
3.Setelah ubi kentang empuk, kisar bersama dengan sukatan setengah tin susu cair,
4.Tumis bawang putih bersama mentega.
5.Apabila dah naik bau, masukkan cendawan yang dah didadu tadi sehingga masak
6.Kemudian, masukkan kentang dan susu yang telah dikisar tadi ke dalam kuali.
7.Gaul hingga rata
8.Jika pekat, tambahkan susu cair sehingga ia menjadi likat.
  *Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat kuahnya.Agak-agak pekatnya sesuai dicicah dengan roti atau tidak.
9. Tambahkan sedikit garam.
10. Sedia dihidang

Sesuai untuk sarapan dan makan petang.Makan malam pun boleh.

Semoga bermanfaat.


12/10/14

Resipi : Laksa Sardin "Chenor"

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

First time makan Laksa Sardin di kampung zauj di Chenor, Pahang. Itu pun sampai teringat ingat bila balik Kuantan. Request nak belajar dengan mak mertua laksa sardin ni.Memang sedap tak terkata. Siap jamu tetamu lagi, rakan sepejabat. Mula-mula tak bagi tahu lagi laksa apa . Tunggu diaorang makan sambil berteka teki. Ada yang teka Laksa Pahang lagi .Macam macam la. Tetapi memang dapat sambutan hangat la. Adik yang bongsu asyik teringat laksa sardin kakak dia ni. Memang mudah nak masak sebab pakai sardin je kan.Tak perlu nak kukus ikan lagi.Hehe. Jimat masa.

Meh tengok resipi laksa sardin "Chenor".(Sebab dapat rasa dari sana dulu kot)

Dah makan separuh, baru teringat nak ambil gambar laksanya..

Bahan-bahannya
1 bungkus laksa halus (direndam dan direbus)
3-4 biji bawang merah
1-2 Batang serai
2-3 keping asam keping
2-3 biji cili api (ikut citarasa masing masing yek)
Sesudu serbuk kunyit
Serbuk cili/Cili kering (yang telah dikisar, kalau nak kuah merah sikit.)
1 biji kelapa (diperah santannya)- 1 santan kotak pun boleh 
1 tin sardin besar
I biji timun yang dihiris -sebagai ulaman

Cara membuatnya;
1. Perah santan kelapa tadi.
2.Masukkan bwang merah yang dihiris
3.Masukkan serai yang telah diketuk sedikit
4 .Masukkan asam keping, serbuk kunyit.
5. Sardin tadi dihancurkan secara 60:40 .Jangan bagi hancur sangat , Bagi nampak isi sardin tu juga.
6. Masak atas dapur dan tunggu hingga masak.
7. Jangan lupa masukkan garam yek.Kalau kurang pedas, tambah cili api.
8. Kalau nak sedap lagi, letak daun kesum dan bunga kantan.
9. Makan bersama laksa dan berulamkan timun pund ah cukup sedap.

Tips:
Harus makan dengan laksa halus, kalau makan dengan laksa gandum yang tebal, cepat rasa muak. Laksa halus membuatkan kita rasa tak puas nak makan dan pastinya rasa nak tambah lagi.:-)

Siap untuk dihidang dan disantap.:-)

1/22/14

Resipi : Acar Buah

BY humble.yat IN 5 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog. Berhabuk Fuuuh! Jom kita serikan dengan resipi acar buah.

Antara petua yang diperturunkan oleh ibu mertua untuk membuat cara buah yang sedap and the bomb!

1- Bawang -kena guna bawang india( yang kecil-kecil tu)
2- Cili kering - Cari yang kerinting-kerinting (untuk kurangkan pedas acar buah)
3- Jeruk buah-buahan - cari dalam 5 jenis yang kering-kering , bukan jenis berair.Setiap jenis lebih kurang segenggam je dah cukup.Boleh cari di pasaraya (Giant pun boleh, banyak pilihan sikit)

Ok jom kita tengok bahan-bahannya pula...

  • Rempah (kayu manis, jintan putih, jintan manis dan etc-biasa ada dalam paket rempah )
  • Minyak masak
  • Bawang merah india - (saya beli RM3.00 je) - sedikit sahaja hiris untuk ditumis, yang lain belah dua.
  • Bawang putih - 4 biji
  • Halia - 3 ketul ( dihiris panjang- contoh dalam gambar)
  • Cili kering -dikisar
  • Cuka -1/2 botol
  • Gula, garam secukup rasa
  • 1 paket rempah kari
  • Jeruk pilihan (banyakkan yang jenis kering yek)- bilas dan rendam dengan air kapur
  • Kurma, kismis , prune, buah pala

Antara favourite sy.
Jeruk mangga ni antara favourite saya.Secara jujurnya, saya tak letak banyak pun jeruk mangga ni,rasanya macam tak sesuai rupanya.Hehe..sedap lagi buah prune, pala, kurma.

Caranya macam ni, tumis bawang merah , putih, halia.Kemudian paket rempah yang ada kayu manis dan yang lain-lain sampai naik bau.

Kemudian masukkan cili kering yang dikisar tadi , masak sampai pekat.
Masukkan rempah kari, cuka, gula dan garam sampai pekat, dan nampak macam kuah.
Bila dah pekat, masukkan buah-buah pilihan tadi, dan gaul sampai  rata.
Siap :-)

Sedap tak?Homemade ni..
Saya buat hari tu, memang dapat banyak! bolehlah buat stok sebulan, Acar buah, kalu disimpan lagi lama , lagi sedap sebab semua perasa buah tadi dah sebati.

Kalau simpan dalam balang kaca lagi tahan lama. Saya simpan dalam "bolor" je (balang plastik) pun tahan juga sebulan lebih. Jadi penambah selera setiap kali makan.

Selamat mencuba :-)



5/9/13

Dessert Sambil Kerja ;-P

BY humble.yat IN , 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sambil buat kerja , makan sekali sekala, mana badan tak naik..hoho..sekali sekala mesti ada refreshment kan.Kalau buat kerja tanpa henti, beku juga la gayanya.Makan petang/pagi biasanya ada staf yang rajin buat pencuci mulut. Sejuk tekak makan.

Kek Kurma Segera

Puding Karamel Pelangi Kak Nor

Puding Cheese Crackers A'ai

Cheese Auni Cookies!
 Tetapi yang pasti makanan ini semua dikelilingi fail kerja!

Aisy.Macam mana pula suasana bulan Rejab nanti, masing-masing dah sepakat untuk puasa beramai-ramai.Jadi dessert ini akan tinggal kenangan /KIV buat sementara waktu.Tapi apa-apa pun, saya suka minum air masak juga.Masa tu mesti isu menu buka puasa pula.Bukan senang nak mencari idea ni.Kalau ada jadual menu, senang je.Tak payah susah-susah.

Rasanya, saya perlu ada satu buku koleksi idea resipi sarapan pagi/tengahari/petang/dessert. Teringat buku resepi emak saya, arwah abah siap buat lukisan untuk mencantikkan buku resepi emak.Adakalanya emak suruh saya tulis cantik-cantik resipi dalam bukunya, siap tampal gambar lagi.

Tambahan pula, resipi emak saya ada kekuatannya tersendiri, begitu juga ibu mertua saya. Harus buat dari sekarang koleksi sebegini  sebagai wishlist saya.Contohnya sampai sekarang saya teringat laksam allahyarhamah Tok mek, tak sempat menuntut ilmu katanya. Lagi satu laksa pahang Tok di Pekan, special punya.Dari tak suka laksa lemak, dah jadi favourite saya. Tapi resipi dia lain dari lain sebab ada rasa kari.Uish!kenangan tu, siap pusing mesin laksa lagi kat kampung.Siap tok hantar ke rumah laksa ni bila saya demam. terharu.

Semoga impian ini akan telaksana.Menjana khazanah resipi keluarga.

12/14/12

Homemade Triffle Oreo

BY humble.yat IN 3 comments

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.
 

Second trial for triffle.Tapi kali ini ini  saya tambah biskut oreo atas lapisan kek swiss roll..Alhamdulilah, percubaan yang menjadi. Buat dua hidangan, satu bekas untul rakan-rakan sepejabat, satu bekas untuk rumah.Kos lebih kurang RM13.50 satu hidangan dan boleh dimakan beramai-ramai.Jimat dari membeli kan.Buat pun mudah, cuma kena sabar sikit untuk gaul kastard, tunggu lapisan kastard sejuk dulu, kemudian baru tuangkan jeli di atas lapisan kastard.

Ramuan tambahan: biskut oreo yang dihancurkan..:-)

 Resipi Triffle Oreo
Satu (1) gulung kek swiss roll
Satu (1) paket biskut oreo- dihancurkan
Satu (1) tin koktel buah campuran
Satu (1) tin potongan buah pic
Satu (1) kotak jeli strawberry/rasberry
Satu (1) tin susu cair
Satu (1) tin air (mengikut sukatan tin susu cair)
Empat (4) sudu tepung kastad
Tujuh (7) sudu gula pasir

Cara membuatnya:
Potong kek swiss rol tadi dan susun cantik-cantik dalam bekas.Jangan bagi ada ruang kosong di antara celahan kek.Kemudian air koktel buahan campuran tadi dituangkan di atas gulungan kek sekadar untuk melembapkan, jangan tuang sampai habis.Taburkan biskut oreo yang dihancurkan untuk lapisan kedua triffle.Biarkan seketika.

Untuk kastad, campurkan tepung kastad, gula , susu cair dan air. Didihkan di dalm periuk sehingga mendidih.Kacau kastad tu, jangan berhenti kacau, nanti kastad tu tak cantik.Bila dah siap, tuangkan kastard tadi atas lapisan oreo pulak.Bila dah rasa agak sejuk, dan kastad tu dah macam memejal, tuangkan buah-buahan campuran atas lapisan kastard tadi.Benam-benamkan buah-buahan tadi atas kastard.

Untuk jeli senang aje.Tuang aje serbuk jeli tadi dengan dua cawan air, kacau sampai mendidih dan agak likat.Bila dah agak likat, tuangkan atas buah-buahan campuran tadi.Dan akhir sekali, susun potongan buah pic atas jeli.benamkan jugak tau.Jadi bila nampak separuh tenggelam, ia namapak cantik aje.

Sedia untuk dimakan.


Bawa ke pejabat, ada pulut durian homemade by Kak Ita.Alhamdulilah rezeki kami pada pagi Jumaat.

Nota Naluri:
Pembahagian masa yang berjaya ketika membuat triffle sambil Aina dijaga oleh makcik-makciknya.Hehe..


8/2/12

Kempunan Triffle :-)

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Dah buat Triffle lama dah.Baru berpeluang nak upload kat sini sementara ilham "Naluri Kehidupanku" tak menjelma lagi.Percubaan pertama, silap sebab ikut resepi secara mutlak dan memandai "adjust" sendiri, jeli agak keras sikit.Pengajarannya, ikut aje panduan yang ada ya.

Al kisah nya mimpi nak buat triffles ni, sebab dah seminggu mengadap gambar triffles.Rasa macam sejuk aje bila lalu kat anak tekak ni.Cari-cari kat kedai tak jumpa.Alamatnya cari resipi buat sendiri.Sampai terbayang-bayang sepanjang minggu tu.Oh Triffles!

Tapi jangan risau, ikut sahaja resepi di bawah ini, dan jangan memandai tambah itu dan ini.Nanti jadi macam saya.hehe.

Bahan-bahan
1 Bungkus kek gulung (perisa mengikut citarasa)- saya pilih swiss roll coklat!
1 kotak agar-agar segera perisa strawberi (3 sudu makan)
1 cawan air
1 tin buah-buahan koktel
2 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan gula halus
3 cawan susu segar

Cara Membuat
  1. Campurkan tepung kastad, gula dan susu segar.
  2. Masakkan sehingga mendidih.Kemudian ketepikan.
  3. Potongkan kek gulung dan susun dalam bekas.
  4. Kemudian ambil sedikit jus buah-buahan koktel dan tuangkan ke atas kek tadi
  5. Tuangkan kastard di atas permukaan kek sehingga rata.
  6. Taburkan buah-buahan di atas kastard.
  7. Masakkan agar-agar segera dengan secawan air sehingga mendidih dan tuangkan di atas buah-buahan koktel tadi.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia di hidangkan.
Sumber: Buku 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza :-)

Cuba, jangan tak cuba.Mudah dan cepat!:-)


8/15/11

Rindu Nostalgia Jeruk Maman

BY humble.yat IN 5 comments


Setiap kali Ramadhan, antara makanan yang seringkali mengundang nostalgia saya, JERUK MAMAN. kalau pergi ke pasar, biasanya dibungkus macam ni.

dari google images:-)
Orang kata, kalau-kalau bulan puasa ni, jeruk maman ni pembuka selera waktu bersahur , waktu kita tengah mamai-mamai. Memang kena la, bolehlah dianggap sebagai pengganti ikan kering yang digoreng panas tu.Fuh!

Arwah Tokmek saya suka jerukkan jeruk ni dengan nasi dan garam.Arwah abah pun suka jeruk maman ni. Sebab tu saya kata makanan ni mengundang nostalgia kami dulu-dulu. Jadi , makan sahaja dengan nasi sekadar ulaman je.Tapi pertama kali saya lihat ibu mertua jerukkan daun maman ni dengan asam keping, dan dihidang dengan potongan cili api, bawang dan kelapa, macam kerabu.Tapi rasa daun maman tu tetap terasa.:-)

Nostalgia Jeruk Maman dari Blue Riders
 Masa bawa jeruk maman air tangan ibu mertua  ke rumah sendiri, nampak adik saya mengambil jeruk maman, sebelum ni tak pernah nampak dia makan jeruk maman tu.Tanya dia, "eh, minat ek jeruk maman ni?" dia jawab, "Entah, bau daun ni wangi cam daun inai, adik ambillah". Dia memang suka bau inai..Huhu..

Tengah kami menjamu selera tadi, si adik bongsu ni tiba -tiba berkata pada kami sekeluarga, "Doakan Din selamat"..

Risau juga tetiba je dia merepek bukan-bukan, bila ditanya, rupanya dia tergigit cili api, berpeluh muka-mukanya dari dahi ke bawah. Oh rupanya selamat dari kepedasan.Kami sekeluarga memang tak makan pedas.Kalau makan pedas macam tu la jadinya.Bergelas-gelas air, berpeluh-peluh:-)

Zauji suka ikan kering, saya suka jeruk maman:-)

Jeruk maman memang satu nostalgia!

Nota: 
Sambil "google" jeruk maman tadi, ada pula ye rendang maman untuk hidangan raya dicicah dengan lemang.Best ke?

5/24/11

Makaroni Bakar

BY humble.yat IN 1 comment

Makaroni bakar? home made ni tau.. Adik saya ,yang nun jauh di perantauan di Sabah beria-ia meminta saya masakkan masakan ini, Hentam sahajalah...

 Sebelum dibakar

Selepas dibakar


Sedia untuk dihidang :-)

Resepi?Saya masukkan apa bahan yang ada sahaja.Kira resepi yang agak "rojak " juga la .Nasib baik menjadi.kan Idah?Hehe.:-)

1/16/11

Puding Roti Karamel

BY humble.yat IN 2 comments

 Tiba-tiba sahaja teringat ada sebungkus roti yangdah nak hampir tamat tempoh, daripada membazir dan tak sempat nak buat "breakfast", kita buat puding roti karamel sebagai pencuci mulut waktu petang kan?


sebelum dikukus :-)
 Resepinya ;
 1 bungkus roti putih (dicarik-carik)
Sedikit air (untuk melembapkan roti tadi)
 1 tin susu cair
1 cawan air
 1 cawan gula pasir
 1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastad
 Sedikit kismis.
Gula dan air dimasak sebaga karamel.(yang ini perlu ada "skill")

Susu cair, gula pasir,telur,esen vanila, tepung kastad dikacau sehingga rata.Setelah rata, masukkan roti tadi. Karamel yang kekuningan tadi diletakkan terlebih dahulu atas acuan, kemudian baru tuangkan bahan puding tadi. Kukus dalam 30-40 minit dan sedia untuk dimakan.:-)


Makan sikit-sikit sahaja ye..
Selamat menjamu selera.


12/29/10

My Muffin =)

BY humble.yat IN 2 comments


Entri kali ini santai-santai sahaja ye.Saja nak berkongsi koleksi gambar muffin jagung  berkukus "homemade".Gambar ini sebenarnya dah lama terkunci di handphone, baru sekarang rasa nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua. Cara memasaknya pun mudah, ambil dari resipi Chef Haniliza.:-)

Bahan-bahannya, 2 cawan tepung gandum, 1 susu teh baking powder, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh garam, 1 cawan jagung krim dalam tin, 1 cawan minyak masak, 1 cawan gula pasir dan 1 biji telur. Kesemua bahan ini harus dikacau rata.Senang kan?

Bahan-bahan yang telah siap diletakkan dalam acuan.


Masukkan dalam periuk kukus pula.Kukus dalam 25-30 minit dengan air yang sedia mendidih.


Dah siap.Jom baca doa makan dulu yek.

Sebelum tu apa kata kita semak dulu adab-adab makan sebagai peringatan buat diri yang sering lupa dan lalai.Pantang nampak makanan yang sedap, pasti kita lupa tentang adab-adab makan kan?Jom cek sama-sama ya.

•  Membaca doa sebelum makan.
•  Makanan dan minuman dari sumber yang halal
•  Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan
•  Duduk ketika makan dan makan menggunakan tangan kanan
•  Menyukai makanan yang ada dan tidak mencela makanan
•  Mulakan dengan Bismillah
•  Hendaklah makan dengan tiga jari dan mengecilkan suapan
•  Hendaklah mengunyah dengan baik
•  Tidak meniup makanan yang panas
•  Tidak bernafas di dalam gelas ketika minum
•  Tidak makan terlalu kenyang
•  Tidak memulakan makan kecuali orang yang lebih tua menjamah dahulu
•  Bila selesai makan ucaplah Alhamdulillah


Sumber: http://www.islamduniaku.com.

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.' ( Al-Baqarah : 172)