BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.
Second trial for triffle.Tapi kali ini ini saya tambah biskut oreo atas lapisan kek swiss roll..Alhamdulilah, percubaan yang menjadi. Buat dua hidangan, satu bekas untul rakan-rakan sepejabat, satu bekas untuk rumah.Kos lebih kurang RM13.50 satu hidangan dan boleh dimakan beramai-ramai.Jimat dari membeli kan.Buat pun mudah, cuma kena sabar sikit untuk gaul kastard, tunggu lapisan kastard sejuk dulu, kemudian baru tuangkan jeli di atas lapisan kastard.
Ramuan tambahan: biskut oreo yang dihancurkan..:-) |
Resipi Triffle Oreo
Satu (1) gulung kek swiss roll
Satu (1) paket biskut oreo- dihancurkan
Satu (1) tin koktel buah campuran
Satu (1) tin potongan buah pic
Satu (1) kotak jeli strawberry/rasberry
Satu (1) tin susu cair
Satu (1) tin air (mengikut sukatan tin susu cair)
Empat (4) sudu tepung kastad
Tujuh (7) sudu gula pasir
Cara membuatnya:
Potong kek swiss rol tadi dan susun cantik-cantik dalam bekas.Jangan bagi ada ruang kosong di antara celahan kek.Kemudian air koktel buahan campuran tadi dituangkan di atas gulungan kek sekadar untuk melembapkan, jangan tuang sampai habis.Taburkan biskut oreo yang dihancurkan untuk lapisan kedua triffle.Biarkan seketika.
Untuk kastad, campurkan tepung kastad, gula , susu cair dan air. Didihkan di dalm periuk sehingga mendidih.Kacau kastad tu, jangan berhenti kacau, nanti kastad tu tak cantik.Bila dah siap, tuangkan kastard tadi atas lapisan oreo pulak.Bila dah rasa agak sejuk, dan kastad tu dah macam memejal, tuangkan buah-buahan campuran atas lapisan kastard tadi.Benam-benamkan buah-buahan tadi atas kastard.
Untuk jeli senang aje.Tuang aje serbuk jeli tadi dengan dua cawan air, kacau sampai mendidih dan agak likat.Bila dah agak likat, tuangkan atas buah-buahan campuran tadi.Dan akhir sekali, susun potongan buah pic atas jeli.benamkan jugak tau.Jadi bila nampak separuh tenggelam, ia namapak cantik aje.
Sedia untuk dimakan.
Bawa ke pejabat, ada pulut durian homemade by Kak Ita.Alhamdulilah rezeki kami pada pagi Jumaat.
Nota Naluri:
Pembahagian masa yang berjaya ketika membuat triffle sambil Aina dijaga oleh makcik-makciknya.Hehe..
3 inspirasi naluri :-):
pernah buat.. tp tak jadi..ak tg sebab tgu kastard tu sejuk.hiihhi. h
huhu sedapnyerrrrr :p pos sini pos sini
yati, terliur sgt ok.. huhu.. mcm sedap je..
Post a Comment