Showing posts with label KEBUN. Show all posts
Showing posts with label KEBUN. Show all posts

9/19/21

Yeay Petik Sawi

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, pertama kali tanam sawi. Akhirnya sudah boleh dituai dan dimasak untuk rencah masakan dalam mee goreng untuk sarapan. Orang kata tanam sawi ni senang, tapi, kena ada cara menanam , menyemai dan memindahkan anak-anak sawi dengan betul . Sawi yang kami tanam , memang ada rasa manisnya.Takde rasa pahit pun. Alhamdulilah.

Seronok betul bila petik sawi yang kita tanam sendiri. Dapat benih sawi ni percuma dengan set hidroponik salad.Tanam salad pun tak mula lagi sebab nak mula dengan tanam sawi. Tapi suspen juga sebab tak tahu jenis sawi apa, jenis lebar daunnya macam mana. Muat ke tak letak satu benih dalam satu pasu.Haa macam macam kena fikir.

Ada yang bagi tips , jarakkan 2 inci untuk setiap benih supaya bila tumbuh nanti nampak meriah kan. Tapi saya tanam satu pasu kecil satu benih. Pasu pun beli kat kedai ECO sahaja.



Gambar di atas ni, saya dah pindahkan satu benih untuk  satu tapak semaian bila benih itu sudah bercambah macam ni, memang kena cepat pisahkan dan asingkan  sebab kalau tak pindahkan nanti benih akan jadi macam batang taugeh. Bila jadi macam taugeh, maksudnya sawi tu tak menjadi lah yek. 


Bila sawi dah bercambah kepada empat daun dan ke atas, inilah masa sesuai untuk pindahkan ke dalam pasu. Daun sawi dah membesar dengan baik bila daunnya dah bercambah macam di atas.Excited tak?

Saya pindahkan satu benih sawi untuk satu pasu kecil macam gambar di bawah ini.



Masa ni memang seronok sangat. Tapi memang kena gigih siram pagi dan petang. Bila daun dah lebar macam ni, nampak batang sawi pun dah besar sikit. Alih-alih, ada beluncas, belalang, ulat melombong pulak makan daun ni. Saya cuma guna semburan cuka kayu organik sahaja untuk meracun serangga.Membaja dengan Mila Agro dan EM secara berselang seli setiap minggu.

Masa PKP. lepas je sarapan pagi memang wajib siram. Tapi bila dah start kerja , ada juga tertinggal siram dan tak sempat siram, sedih tau bila tengok tanah mengering. Kena belajar buat self watering pula selepas ini. Kadang-kadang ada daun dah mula menguning, memang kita kena rajin buang daun yang rosak tu supaya dia tak berjangkit kepada daun yang lain.


Bila daun dah lebar macam ini,  saya keliru balik sebenarnya saiz daun sawi untuk jenis yang ini besar mana , dan adakah ia sesuai untuk dipetik. Jadi saya tunggu lagi sehingga saya perasan setiap daun sawi yang gugur hanya itu saiz yang paling lebar.

Lagi satu, kalau guna plastik hitam tu, bolehlah letak dalam tiga pokok supaya nampak meriah bila sawi tu membesar. Tengok atas saiz sayur sawi tu macam mana. 



Apa lagi terus petiklah, kita masak buat rencah masakan. Alhamdulillah, rezeki makan sawi tanam sendiri. Siap susun cantik cantik batang sawi sebab kenangan pertama menanam sawi. Sekarang sawi sawi ni dah mula berbunga kuning. Excited lagi.


Gambar bonus, antara tanaman yang diusahakan saya dan suami. Kecil-kecilan aje. Mulanya nak buat ala fertigasi , tapi masa belum mengizinkan lagi. Kita buat mana yang mampu dulu yek.

Semoga bermanfaat untuk semua bagi sesiapa yang masih mencuba menanam sawi.Insya Allah, kita boleh buat asalkan ada usaha

11/4/16

Si Bunga Telang Untuk Nasi Kerabu Biru

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
 Assalamualaikum wbt.

.

Ha, menjadi juga pokok bunga telang ni.Yang ini antara bunga telang pertama saya,Macam warna bunga seri pagi kan. Dapat benih dari ofismate, alhamdulilah menjadi. Nak tanam kat tanah, macam tak jadi sebab tanah bukit. Jadi, kita tanam dalam pasu dan biarkan dia melilit di pagar.Rasa seronok bila bunga telang sudah berkembang.

Apa lagi, kutip hasilnya dan buat nasi kerabu biru! Tapi yang simple simple je.


Cuci mata dulu sejambak bunga telang yang telah mekar .Ada juga pemberian  dari kawan.Sebab perlukan banyak bunga untuk nasi kerabu biru nanti.Cantik kan warnananya?Pewarna semulajadi ni.


Ok. kita rendamkan bunga telang ni, sambil perahkan bunga tadi sampai keluar warna biru.kemudian masak beras dengan air rendaman bunga telang ni.Gaul rata sebelum masak.Kemudian, macam ni hasilnya...mengancam tak warna semulajadi tu.



Kami buat nasi kerabu yang simple je, lauk ikan goreng segar, sambal kelapa, sambal tumis dan ulam ulaman dan budu secukup rasa.Tambah keropok lagi sedap kan.

Ok semoga bermanfaat

4/8/15

Wishlist : Berkebun

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Sepertimana yang kita maklum, kita dah pun melalui fasa GST.Jadi, Cabarannya;

i. Untuk Menjadi Pengguna Bijak
ii. Bijak Berbelanja dan Membezakan Barang Keperluan dan Kehendak

* Aina pun dah pandai sebut GST tau.Agaknya sebab selalu dengar umi cerita pasal GST kot.huhu

Maka , wishlist saya, untuk berkebun dan menanam sayur di rumah. Lebih sihat dan terjamin kan? 


Link

Tetapi bagaimana denagn pembahagian masa. Bila nak menyiramnya? Mungkin hidroponik adalah keadah terbaik untuk orang yang sibuk macam kami, tetapi dalam masa yang sama kami boleh menikmati hasil sayur-sayuran kan?

Hehe Rumah pun tak berhias dan deko lagi, dah sibuk nak berkebun? 

Ok.Sedikit sebanyak kenangan berkebun saya.

Dulu, masa arwah abah ada, saya mempunyai ruang kebun sendiri dalam belakang rumah tempat kami membesar. Kacang Panjanglah yang paling menjadi.Masa itu saya masih di Tingkatan Satu, sekolah sesi petang.Maka, paginya bolehlah saya menguruskan" kebun kecil" saya.Abah dah pergi bekerja, saya sibuk menyemai dan menyiram pokok, bagi makan ayam dan sebagainya.Memang seronok, 

Daun sup, daun bawang, daun pandan, daun kunyit, pokok kari, daun kesum pun memang wajib tanam kan?

Link: cara tanam daun bawang dalam bekas

Kalau  dulu time kecil-kecil kan selalu main cikgu-cikgu, masak-masak, kejar-kejar kan?(Eh ada juga main cikgu ajar Bahasa Arab, ajar baca Al Quran hehe) Tapi saya ajak orang main kebun-kebun dengan jiran-jiran.Menjadi pula tu kan.Siap ada giliran menyiram lagi.Kalu minggu ni jiran ni balik kampung, maka ada lah giliran untuk menyiramnya.

Pernah juga tanam lobak, taugeh, ulam raja. Pucuk ubi kayu pun petik macam tu je.Nikmat hasil menanam, memang seronok sangat.Masa tu jiran pun tanam kacang botol, lagilah meriah waktu tu.Nak sayur ambik je.(Lagi lagi kaki sayur macam saya ni kan?)

Tetapi selepas masuk asrama dalam Tingkatan 3, kebun ditinggalkan, maka tiadalah hasil tanaman saya sendiri.

Dan kami sekeluarga berhijrah ke kawasan bandar, Ruang untuk berkebun memang terhad.Tapi ibunda tercinta tetap menanam daun kunyit, serai, daun pandan, ulam raja, pokok kari.Yang paling penting pokok bunga kertas.Memang meriahlah kawasan tanah yang kecil tu.Eh pokok hempedu bumi pun ada.

Agak-agak, zaman kegemilangan berkebun itu akan kembali lagi ke?

Itulah antara faktor kami membeli rumah "corner lot". Alhamdulilah, rezeki kami.Sebab saya sering mengimpikan mempunyai ladang tanaman sendiri.Harap harap impian itu bakal menjadi kenyataan.Setakat ini kami baru tanam pokok pisang, serai, pokok bidara, limau purut, ubi kayu, mempelam. Tapi tanah yang ada tu tak berapa nak subur,Maklumlah ditambun dengan tanah bukit, masih keras lagi.Jadi, kena cari tanah hitam yang subur untuk sebelum menyemai benih dan pokok-pokok tu.


Pokok kacang panjang, pemberian jiran yang ada hasil dulu, 

Kawasan perumahan emak saya pula dikelilingi orang Cina.Tapi saya suka sangat berjalan jalan di kawasan rumah mereka (Selain tengok design rumah biasa-biasa, tapi nampak mewah , corak tile, tiang rumah, awning yang menarik, carporch, kaki lima,pagar yang friendly.. hehe..sempat lagi berangan tu) , sebab, walaupun kawasan yang terhad, macam macam mereka tanam, Kira apa yang ditanam tu, boleh untuk dimakan dan tak perlu ke pasar untuk beli sayur-sayuran.Serius.Sampai sekarang saya tak jemu tengok kebun uncle tu.Sawi, kobis sangatmekar dan segar-segar belaka. Hanya tanam di luar pagar di tepi jalan. Jiran belakang pun macam tu.atas jalan tar pun menjadi.

Kalau balik kampung suami saya di Chenor, lagilah saya suka merayap kat kebun tu, macam-mcam pokok ada,. Duduk bawah pokok limau purut bau wangi je.Berangan nak pokok limau purut kat rumah, supaya ada pewamgi asli. Pokok ubi pun banyak.Ha, satu lagi pokok tebu telur.First time saya dengar. Pokok tu macam pokok tebu, tapi isi dia macam telur. Sedap digoreng denag sayur campur..Pokok belimbing bukuh pun ada. Macam-macam la.Buat saya jadi teruja sangat.

Senarai keperluan menanam yang perlu ada,

- polybag, tanah subur, benih pokok  (basic yang saya nampak)

kalau ada lagi, bolehlah kongsikan dengan saya ye. Mahu belajar menanam kembali.

Nota Naluri;
Dalam sibuk plan nak berkebun, risau plak negara Yaman bergolak.Semoga Allah melindungi kita semua.