Showing posts with label TRAVELOG. Show all posts
Showing posts with label TRAVELOG. Show all posts

3/1/16

Mereka....Salute!

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Bila kita dah masuk ke alam masyarakat (selepas habis belajar) dan pelbagai urusan yang dibuat, macam macam perangai yang kita jumpa. Ada yang membantu dan ada yang sebaliknya. tetapi kita kena kena ingat siapa kita sebenarnya, ilmu itu datang dari mana..tentu dari Allah swt kan? Maka, siapakah kita untuk mendustakan nikmatNya kan?

Bahagian yang saya paling suka sebenarnya, saya memang suka memerhatikan cleaner, pak guard, receptionist, despatch yakni mereka yang bukan berada di meja pejabat. Sebab kadang-kadang pengetahuan mereka sama macam kita, cuma mereka takde title ijazah dan sebagainya. 

Kadang kadang saya terkejut pak gurad yang menolong orang orang awam untuk prosedur jika staf eksekutif terlalu sibuk. Jika golongan mereka betul betul mengambil pengalaman sebaik mungkin, mereka boleh jadi orang hebat.Malah lebih dari hebat dari orang yang berkelulusan universiti

Pernah dengan seorang kerani biasa telah menjadi hakim? Salute!
Penuh susah payah perjalanannya untuk mencapai cita-citanya....

Pernah pergi meeting, saya bertemu seorang wanita.Dahulu dia orang yang biasa-biasa sahaja.tetapi sekarang sudah tahu selok belok dunia korporat.Salute!

Tetapi ada juga golongan yang mengambil kesempatan yang "jahat". Menyamar sebagai orang yang bertaraf tinggi, tidak punya adab sebagai orang muda.Allahu Allahu..Banyak sangat drama yang saya lihat, bila orang muda tak hormat orang tua yang baik budi bahasanya.Malah mengambil kesempatan atas ilmu pengetahuannya yang kononnya tinggi. 

Agama kan mengajar kita menjaga adab menghormati orang tua yang berbudi bahasa? Apa salahnya bertolak ansur, berhemah.Bahagian yang paling sayu apabila berdepan dengan golongan sebegitu.

Ya.,masyarakat yang kami hampiri kebanyakan adalah klien kami. Tiada yang luar biasa pada akhir zaman ini.Semuanya telah menjadi kebiasaan.Berbagai ragam dan karenah.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kami dan jauhkanlah kami dari perkara yang buruk buruk,Aamiiin..



4/12/13

Tudung Anatomi Mukminah

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Xarra mempunyai koleksi tudung labuh yang pernah dipakai ketika zaman bergelar pelajar universiti. Tetapi tudung itu disimpan seketika, disarung tudung bidang 55-60 yang boleh dipin kerongsang secara rama-rama mahupun dililit.

Tudung itu masih tertutup auratnya.Tapi hatinya masih menjeling pelajar-pelajar muslimah yang masih bertudung bulat dan labuh.Nuraninya masih terusik.Ada rasa cemburu.Tudung labuh itu nampak suci, memelihara diri berbanding tudung bidang besar yang dipakainya kini.Dalam hati mahu berazam mencari kekuatan untuk menyarung tudung labuh kembali.Tetapi sampai bila? Semacam seronok bertabaruj dengan tudung bidang besar itu, nampak ada gaya yang tersendiri tetapi masih menutup auratnya.

Namun Xarra terus berdoa, supaya berjumpa seorang imam dalam hidupnya yang boleh menyarungkan tudung labuh itu kembali. Tekad tudung sarung labuh itu disimpan, warna putih, biru, ungu , dan coklat lembut.

Dan akhirnya sampai satu ketika, imam yang dicari itu hadir dalam hidupnya, bertanyakan tudung labuh yang tersangkut di almari baju tetapi tidak pernah disarung oleh isterinya tadi sejak lafaz sakinah itu diterima.

Suami : kenapa sayang tak pernah pakai tudung tu?
Xarra  : sebab sayang tunggu seorang lelaki yang bergelar suami yang sudi untuk menyarungkan tudung labuh  itu kembali..
Suami : hmm..abang ke lelaki tu?
Xarra:  Abang rasa?

Lalu suami tadi mengambil tudung itu dan menyarungkan tudung itu kepada isteri tadi.

Suami :Sejuk mata abang pandang sayang macam ni, bertambah cantik, Isy, ni yang kena pakai purdah pulak ni...

Satu ciuman singgah di ubunnya, penuh kasih dari suami.Xarra hanya tertunduk malu mendengar celoteh suaminya sambil mendoakan agar nikmat ini berkekalan hingga syurga kelak.

kredit to googles

"Indahnya hidup berteraskan syariah"

3/7/13

Cita-Cita Budak Darjah 4: Surirumah

BY humble.yat IN , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Kerja rumah Bahasa Melayu (Penulisan) , "Cita-Cita Saya" diberi kepada anak-anak murid Empat Ehsan pada tahun 1990-an. Maka berfikirlah seorang anak murid ini tentang cita-citanya, tentang kerjaya ibunya.Terlalu dikagumi.Tanpa ragu-ragu, laju dia menulis cita-citanya, harapan mahu jadi seperti ibunya.

Pensil itu laju mengarang, " Cita-cita saya adalah seorang surirumah". Dia puas melihat hasil karangannya dan pasti mendapat "A" gemuk dalam Bahasa Melayu, seperti karangan-karangannya sebelum ini.

Dengan penuh semangat  menghantar hasil karangan tersebut kepada gurunya, sambil melihat hasil karangan-karangan kawan  yang lain. NJ bercita-cita menjadi guru seperti ayahnya, HD bercita-cita menjadi pegawai diplomatik, ikut jejak ayahnya. BT mahu menjadi seorang doktor, HS mahu jadi bomba.

Keesokannya. terdengar jeritan guru itu memanggilnya, " Nor...! buat karangan ini semula, ada ke cita-cita kamu mahu jadi surirumah, mana ada dapat gaji besar pun..."

Satu kelas tertumpu kepada Nor,. Ada yang tersengih, ada yang ketawa melihat karangan "surirumah" tersebut.Cita-cita jalanan kata mereka.

"Tapi, cikgu, emak saya ada gaji, tiap bulan bagi belanja pada saya, macam-macam kerja dia buat.."

" Isy mana ada, surirumah mana ada gaji, kamu buat cita cita saya menjadi guru..macam cikgu ni.."

Dalam keadaan keterpaksaan, karangan itu diubah , cita-cita saya adalah guru.Karangan itu ditulis tanpa perasaan.Hatinya memberontak mahu mengatakan surirumah itu adalah cita-cita surirumah itu yang terbaik.

Segala persoalan bermain di mindanya, cita-cita ni maksudnya kena ada gaji besar ke? Surirumah itu bukan satu cita-cita ke?Bukankah itu satu kerja yang mulia, mendidik dan mentarbiyah anak-anak.

Antara baitnya, "Menjadi surirumah, saya boleh mendidik anak saya membaca, menulis karangan dengan baik, mengaji, membuat bekalan kepada anak-anak saya kelak. Dan saya akan mencurahkan segala kasih sayang kepada mereka "

Walaupun gaji surirumah tadi, adalah elaun bulanan dari ayah kepada ibunya.Tetapi si kecil tadi amat mengagumi tugas ibunya, melayan setiap karenahnya membuat kerja sekolah, sama-sama belajar huruf jawi sehingga boleh membaca dengan lancar sekali ,membuat latihan karangan secara latih tubi di kerusi kawasan dapur, sentiasa membuat bekalan untuknya ke sekolah supaya tidak perlu berebut dan beratur panjang di kantin,Takut kotor pakaian dan tudung katanya.

Surirumah yang saya kagumi, ibunda tercinta..

Dan abad ini, ianya terbukti, ramai wanita yang bergelar surirumah berjaya mendidik anak-anak mereka.Tokoh-tokoh ibu mithali bermula dari didikan awal dari air tangan ibu itu sendiri.


Jadi siapa kata surirumah itu bukan cita-cita yang relevan?Saya sangat mengagumi semangat surirumah itu daripada ibunda tercinta.Dan buat wanita yang bergelar surirumah , saya respek anda, dan gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk mendidik anak menjadi insan yang berguna.

Tetapi buat wanita yang berkerjaya, kita perlu belajar menjadi superwoman, penuh semangat juang dalam mencurahkan bakti kepada masyarakat dan anak kita.

Wallahualam..

Nota Naluri:
Sayang mak, terlalu teliti dan cermat dalam menjaga kami.:-)

2/28/13

Dakwah Itu Cinta

BY humble.yat IN , , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Dakwah Itu Satu Cinta.

Saya berani katakan begitu rentetan peristiwa Isnin lalu dalam mengendalikan kes bicara pesaka.Terkesima saya mendengar kata-kata pegawai bertugas kepada anakguam saya.

"Dah berapa lama makcik makan harta anak yatim ni?"
"Bila nak bayar balik hasil dari anak yatim ni kepada waris yang hak?Atau hanya tunggu kematian?Tunggu malaikat?Tunggu Tuhan?"

Luruh jantung saya mendengarnya.
Dengusnya juga agak kasar.Kurang toleransi.Tak ada adab dari seorang yang muda kepada yang tua.Saya juga memahami konsep harta dalam islam.Sanggup berjaga malam untuk memahami konsep tersebut, ikhlas untuk membantu mereka yang diperlukan.Saya juga mahu dakwah dalam kerjaya saya sebab itu saya mahu selesaikan kes tersebut dari terus terbengkalai.

Ok.Noktah.Cukup sampai di situ.
Terpulang kepada kita untuk mengambil pengajaran di situ.
Semuanya tentang adab.
Wallahualam.



Dakwah Itu Satu Cinta kerana dalam menyampaikan pesanan amar makruf, kita perlu ikhlas, ada kasih sayang, mahu berkongsi kasih sayang dari Allah bersama-sama.Perlu dengan akhlak yang baik. Mahu memburu pahala itu bersama-sama.Usahlah mengurangkan pahala lagi berdakwah dengan cara yang agak keras.Itu lebih lagi akan melukakan hati-hati yang ada.

Keras dan tegas adalah perkara yang berbeza."Keras" dalam interpretasi saya, melambangkan keegoan, sombong dalam ilmu.Tetapi "tegas" tidak ada sifat kesombongan dan seumpamanya.

Ya, kita semua mahu menegakkan syiar Islam.Mahu jadi setegas Saidina Umar Al Khatab, tetapi biar pada tempat,masa dan situasinya.Ada keperluan untuk menjadi matang dalam setiap situasi.

Jadilah ular yang menyusur di bawah akar.Merendahkan diri tetapi masih berbisa.

Jadilah rumput yang tetap utuh walaupun ditiup ribut.Lembut dan berpaksi teguh di situ.

"Saya meminta CINTA, dan Allah memberi saya orang-orang yang bermasalah untuk dibantu"
-Salahudin Al Ayubi



2/14/13

Punch Card On Time!

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[kredit]

"Alamak, dah 7.30 pagi dah, 7.45 nanti nak kena gerak dah, nak isi minyak lagi, hantar adik, redah jam, cari parking.."

"Eh, lupa pula handset tengah caj bawah katil.."

Mak , " Nanti tolong buang sampah kat depan yek.."

"Mak, mak, susu Aina dalam peti, nanti habiskan semua ye.."

"Idah, Idah, bukakan pintu pagar kat depan siap-siap, akak nak hidupkan enjin kereta dulu.."

Drama waktu pagi, huru hara, kelam kabut.Itulah senario pagi saya.Hehe.

Rutin berubah lagi, bila pejabat memulakan sistem punch card secara manual, sebelum ini hanya pakai scan-card aje.Mudah untuk pemantauan pihak majikan kerana yang ada bukti fizikal kehadiran berbanding sistem kehadiran berkomputer yang kadangkalanya hanged!.Terkejar-kejar saya memandu ke tempat kerja. Mahu cari parking , bukan suatu yang mudah juga. 

Tetapi , pagi tadi, terngiang-ngiang pesanan adik saya, Angah dua minggu lepas, ketika terkejar-kejar dengan temujanji emak di hospital, servis kereta adik dan ambil kereta saya di bengkel selepas membuat pemeriksaan kali kedua selepas kemalangan sebelum ini.Saya ambil cuti separuh hari sahaja pada hari tersebut untuk menyelesaikan urusan-urusan tersebut.

Katanya; "Jangan fikir apa orang kata, yang penting nilai kita di sisi Allah swt.Masuk pejabat, buat kerja betul-betul kerana Allah swt.."

Saya berfikir sambil terus memandu dari Yayasan Pahang (setelah menghantar adik ke tempat kerjanya) menuju ke tempat kerja saya Putra Square Kuantan.Hari ni pula hujan yang tidak kurang lebatnya, tidak pula renyai-renyai.

Saya reda jika punch card saya merah, biar lambat asal selamat, nilaian Allah swt terhadap hambaNya ini lagi penting.Jam menunjukkan 8.15 pagi, lebih kurang 15 minit lagi.Terus memandu dengan hati-hati tanpa mempedulikan berapa minit lagi harus sampai ke pejabat.Apa orang nak kata, saya mahu biarkan sahaja.Redha!

Allahu Akbar!Brek mengejut secara tiba-tiba!

Di hadapan saya ada motor tergolek lebih kurang jarak dua buah kereta di hadapan saya.Andai saya laju tadi, pasti motor itu turut terseret dengan kereta saya, kereta-kereta di belakang pasti terhimpit.Alhamdulilah, penunggang motosikal tadi, dapat bangun dari jalan raya, seorang pejalan kaki menolongnya membawa motor ke tepi jalan.Saya hanya mampu berhenti memberi lampu isyarat kecemasan sebagai tanda isyarat untuk kereta-kereta di belakang saya.

Ya Allah!pagi ini saya ada "lesson learn!". 
Tentang betapa besar nilai kasih sayangNya terhadap hambaNya.
Kadang-kadang tak perlu punch card on time.Tidak perlu terkejar-kejar hal dunia.
Perlu redha dan lakukan yang terbaik tetapi ada ketelitiannya.

Dan walau apapun yang berlaku, saya punch card 08.24 pagi.Awal dari yang dijangkakan.Alhamdulilah! Dipermudahkan segalanya..:-)

"Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan, SENYUMLAH dan INGATLAH, manusia merancang dengan CITA-CITA, tetapi ALLAH merancang dengan CINTA.."

2/16/12

Kasut Auntie Ni Mahal...

BY humble.yat IN 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber: Klik di sini

Pagi Jumaat yang baru sahaja berlalu, di platform 2, Terminal Makmur. Saya sedang menunggu bas yang menuju ke Bahau bagi menghadiri satu urusan di sana. Kereta saya tinggalkan pada adik saya, supaya  mudah untuk dia berulang alik pergi ke tempat kerjanya.Kalau boleh saya mahu tidur sahaja dalam bas sepanjang perjalanan 3 jam tersebut.hehe.

Tapi di platform itu, saya disapa oleh wanita india, berpangkat makcik pada saya, bertanyakan bas yang menuju ke Bahau. Saya katakan, kami menuju ke destinasi yang sama.Tersenyum wanita itu mendengarnya.Kelihatan anak lelakinya, masih ada untuk menemani ibunya.Sejuk hati saya, melihat keadaan yang begitu.

Kami berbual-berbual sementara menunggu bas yang agak lewat tiba sedikit.Senang membahasakan dirinya sebagai "auntie".Dia berbicara mengenai pengalamannya, duduk di bilik sewa beramai-beramai dengan gadis Melayu, mengambil cuti kerja untuk berkunjung ke rumah anak perempuannya di Bahau dan pengalaman dia diragut dan ditahan di wad, berikutan kecederaannya.

Katanya dia takut juga untuk berjalan dengan barang kemas. Sambil bergurau, saya berkata, "Auntie pakailah tudung macam saya, barulah peragut tu tak nampak barang kemas auntie..". dan kami sama-sama ketawa.

Tiba-tiba dia menyentuh tentang sandalnya, berwarna hitam yang tersarung kemas di kakinya.

"Kasut auntie ni mahal.."
"Ooo.." Sambil itu saya mula meyorokkan kasut saya dari pandangannya..
"Puas auntie cari yang murah, tapi yang inliah yang paling sesuai dengan auntie.."
"Yelah auntie, kasut macam ni, kalau ada tali memang senang nak berjalan.."
"Sebab itu auntie beli kasut ni walaupun mahal"
"Berapa harganya auntie?
"RM11.00..."

Sumber : Klik sini  :-)

Saya terdiam seketika.Memandangkan kasut Dr Cardin berwarna coklat yang saya sarungkan pada pagi itu. Jumlahnya sembilan kali ganda dari sandal wanita tadi.

Hmm..agak-agak dapat tak mesej di situ?

Belajar besyukur dengan apa yang ada, belajar berjimat dan bersikap cermat, mungkin ada yang memerlukan pertolongan kita lagi.Dan jangan terlalu bercitarasa tinggi.

Saya tahu, ada golongan sentiasa mengejar barang yang berjenama, barang pasar malam sedikit tidak dipandang.Mungkin mereka mengutamakan kualiti, begitu juga saya, yang susah untuk mendapatkan saiz kaki "Cinderella". hehe.

Tetapi bagi wanita tadi, kasut RM 11.00 mempunyai nilai yang tinggi baginya.

Saya terdiam di situ.

Akhirnya bas yang kami tunggu sampai, saya sempat lihat tiket wanita tadi, tempat duduk kami berjauhan.

Sambung wanita tadi, "Nanti kita duduk sebelah-sebelah ye dalam bas, seronok borak dengan awak.."
" Baik auntie, kalau tempat duduk sebelah auntie kosong, saya duduk ye..Jangan risau.."

Nota : 
Al fatihah buat ayah kepada sahabat baik saya Mahirah yang telah kembali ke rahmatullah sdan anak kembar  rakan sekerja saya setelah ditahan di wad ICU. (Klik di sini untuk entri berkaitan ) .

Hati masih rasa sayu, tetapi perjuangan hidup perlu diteruskan.