3/7/13

Cita-Cita Budak Darjah 4: Surirumah

BY humble.yat IN , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Kerja rumah Bahasa Melayu (Penulisan) , "Cita-Cita Saya" diberi kepada anak-anak murid Empat Ehsan pada tahun 1990-an. Maka berfikirlah seorang anak murid ini tentang cita-citanya, tentang kerjaya ibunya.Terlalu dikagumi.Tanpa ragu-ragu, laju dia menulis cita-citanya, harapan mahu jadi seperti ibunya.

Pensil itu laju mengarang, " Cita-cita saya adalah seorang surirumah". Dia puas melihat hasil karangannya dan pasti mendapat "A" gemuk dalam Bahasa Melayu, seperti karangan-karangannya sebelum ini.

Dengan penuh semangat  menghantar hasil karangan tersebut kepada gurunya, sambil melihat hasil karangan-karangan kawan  yang lain. NJ bercita-cita menjadi guru seperti ayahnya, HD bercita-cita menjadi pegawai diplomatik, ikut jejak ayahnya. BT mahu menjadi seorang doktor, HS mahu jadi bomba.

Keesokannya. terdengar jeritan guru itu memanggilnya, " Nor...! buat karangan ini semula, ada ke cita-cita kamu mahu jadi surirumah, mana ada dapat gaji besar pun..."

Satu kelas tertumpu kepada Nor,. Ada yang tersengih, ada yang ketawa melihat karangan "surirumah" tersebut.Cita-cita jalanan kata mereka.

"Tapi, cikgu, emak saya ada gaji, tiap bulan bagi belanja pada saya, macam-macam kerja dia buat.."

" Isy mana ada, surirumah mana ada gaji, kamu buat cita cita saya menjadi guru..macam cikgu ni.."

Dalam keadaan keterpaksaan, karangan itu diubah , cita-cita saya adalah guru.Karangan itu ditulis tanpa perasaan.Hatinya memberontak mahu mengatakan surirumah itu adalah cita-cita surirumah itu yang terbaik.

Segala persoalan bermain di mindanya, cita-cita ni maksudnya kena ada gaji besar ke? Surirumah itu bukan satu cita-cita ke?Bukankah itu satu kerja yang mulia, mendidik dan mentarbiyah anak-anak.

Antara baitnya, "Menjadi surirumah, saya boleh mendidik anak saya membaca, menulis karangan dengan baik, mengaji, membuat bekalan kepada anak-anak saya kelak. Dan saya akan mencurahkan segala kasih sayang kepada mereka "

Walaupun gaji surirumah tadi, adalah elaun bulanan dari ayah kepada ibunya.Tetapi si kecil tadi amat mengagumi tugas ibunya, melayan setiap karenahnya membuat kerja sekolah, sama-sama belajar huruf jawi sehingga boleh membaca dengan lancar sekali ,membuat latihan karangan secara latih tubi di kerusi kawasan dapur, sentiasa membuat bekalan untuknya ke sekolah supaya tidak perlu berebut dan beratur panjang di kantin,Takut kotor pakaian dan tudung katanya.

Surirumah yang saya kagumi, ibunda tercinta..

Dan abad ini, ianya terbukti, ramai wanita yang bergelar surirumah berjaya mendidik anak-anak mereka.Tokoh-tokoh ibu mithali bermula dari didikan awal dari air tangan ibu itu sendiri.


Jadi siapa kata surirumah itu bukan cita-cita yang relevan?Saya sangat mengagumi semangat surirumah itu daripada ibunda tercinta.Dan buat wanita yang bergelar surirumah , saya respek anda, dan gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk mendidik anak menjadi insan yang berguna.

Tetapi buat wanita yang berkerjaya, kita perlu belajar menjadi superwoman, penuh semangat juang dalam mencurahkan bakti kepada masyarakat dan anak kita.

Wallahualam..

Nota Naluri:
Sayang mak, terlalu teliti dan cermat dalam menjaga kami.:-)

3 inspirasi naluri :-):

Anonymous said...

kalau mak dia baca karangan tu, mesti tacing kan..

Shakina Farhan said...

cita2 kina jugak dari kecik..alhamdulillah buat masa ni masih berkerja surirumah..hopefully Allah bg peluang smpi anak2 dah besar..

ieza ashaari said...

za pun nk jd suri rumah juga. ikutkan hubby pun nak za jd suri rumah. tp kt sudut hati ni, kesian tgk hubby sorg2 kerja tanggung semua. nak nangis.. :'(