3/11/13

Orang Baik, Ujian Hebat!

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Menonton sinetron Rindu Bertamu di Abu Dhabi.Yang kelakarnya saya baru tahu Abu Dhabi itu adalah sebuah negara, ingatkan wilayah kecil sesebuah negeri. Sekali pandang, melihat watak-watak bertudung, memang menarik perhatian saya.Tetapi waktunya tidak kena, Maghrib Jadi tengok celap celup sahaja.Jika berkesempatan dan selesai tugas awal, bolehlah menonton.

Persoalan yang muncul di benak hati saya, watak Fahrin (Firdaus) dan watak Tasha Shilla (Ain) adalah di kalangan orang yang baik-baik, tetapi kenapa jodoh mereka bukan dengan cara yang baik, bahkan diperangkap oleh mereka yang berhasad dengki.

[kredit]

Jawapannya, orang baik ujiannya hebat!Tanda Allah swt sayang pada hambaNYA.Dan supaya kita akan sentiasa mengingatiNya, Insha Allah

Ingat kisah Nabi Ayub yang ditimpa pelbagai penyakit yang dahsyat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan dari menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.

Bagaimana pula kisah Nabi Yusof?Seorang yang dikurniakan rupa yang kacak , dan menerima ujian Hasad dengki antara adik beradiknya, difitnah Siti Zulaika. dipenjara pula.

Sirah Rasullullah s.a.w begitu juga, mempunyai sifat terpuji, tetapi ujiannya dari segi menyampaikan dakwah.Sayunya hati jika mendengar kisah Rasulllullah s.wt menyebut "Ummati..Ummati..Ummati....".

[kredit]
Kesimpulannya, apa saja ujian atau dugaan terhadap kita, jangan melatah terlalu cepat dan menyalahkan sesiapa ataupun takdir, tetapi ingatlah ujian itu tanda ingatan Allah s.w.t kepada kita, tanda sayangNya kepada hamba.

Tarik nafas sepanjang yang boleh, lalu beristighfarlah, supaya diampunkan segala dosa-dosa kita.Ingatlah dengan berzikir, supaya hati kita akan menjadi tenang untuk mengharungi gerak langkah selepas itu.Insha Allah.

Wallahualam.


1 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

betul tue.. makin kita berusaha menjadi lebih baik, makin kuat ujian yang dtg. tapi, kita juga makin tabah tak seperti yg kita jangkakan.. :)