3/12/13

Bahagian 2: Didikan itu masih belum sempurna

BY humble.yat IN , , , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saya ada cita-cita untuk mengenalkan huruf hijaiyah dan 30 surah lazim buat permata hati kami, Aina Syafiyah berbanding ABC dan subjek moden pendidikan awal kanak -kanak.

Tetapi ibunda tercinta berpesan,  " ha, kalau nak buat, buat betul-betul, mak pun nak tengok juga, tapi kena ingat...ada juga budak empat tahun hafaz surah yasin lagi-lancar..bila dah besar, biasa-biasa aje budaknya ..maksudnya nak didik anak kena berterusan.."

(^_______^)
Teringat pula pada entri ini, "Didikan itu masih belum sempurna.." .Tentang tugas ibubapa yang harus berterusan dan istiqamah.Bukan setakat garisan penamat, bukan sekadar habis silibus.Kerana dari amalan soleh mereka daripada didikan itulah yang membawa kita ke syurga.

Hatta sehingga sekarang pun, walaupun sudah ada seorang anak, ibunda tercinta, masih lagi mengingatkan saya tentang pelbagai perkara tentang fitrah kehidupan.Tentang pengurusan keluarga.Kata-katanya amat bermakna buat saya. Jatuh terus ke hati.Begitu juga mertua saya.Makin bertambah perkongsian pengalaman hidup.
Tengahari tadi, bersama rakan-rakan sepejabat berbincang tentang perihal keibuan.

" ...Allah itu Maha Adil, kalau kita alahan teruk, dipermudahkan waktu bersalin,begitu juga sebaliknya..."
 -Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat, tidak kira susah ataupun senang.Yang penting sentiasa mengingatiNYA..

" ....kalau nak anak, perlu persediaan mental dan fizikal..terutama alahan yang teruk..."
 -bukan sahaja persediaan mental sewaktu mengandung tetapi persediaan mental untuk seluruh kehidupan sedari anak itu kecil sehingga dewasa.Berdoalah selalu semoga segala urusan dipermudahkan.

" Ada budak kecik senang je jaga waktu kecil, tidur malam tak berjaga...tapi bukan itu yang kita kira, yang penting membesarkan anak ketika besar nanti bagi membezakan baik dan buruknya...yang itu paling sukar..."
 
Kata-kata yang ini juga menusuk kalbu, saya ada terbaca dari status facebook seorang sahabat.Menarik untuk dikongsi bersama,

" ....Ibu bapa sentiasa doakan anak perempuan kita diringankan jodoh dan jangan jadikan hantaran perkahwinan kriteria kemuliaan anak kita.tentukan anak gadis kita menutup aurat,menjaga solat dan pergaulan baru bernilai anak gadis kita.

Betapa ramai lelaki tertipu dengan rupa bakal isteri yang cantik tetapi tidak berakhlak Islam menyesal kemudian hari kerana masalah anak-anak yang dibesarkan dengan cara tidak mengikut Islam dan redha Allah tidak menjadi tujuan hidup...."

Allahuakbar.

Misi seorang ibu bukan sekadar penyusuan susu ibu selama dua tahun, bukan sekadar dari pakaiannya, bukan sekadar dari homemade solid food, bahkan perlu lebih dari itu. Sahsiah dan akhlak.

Setiap detik bersama-sama anak-anak kecil, perlu ada sahsiah yang perlu dipupuk supaya ia sentiasa subur dan menjadi teguh bila mereka dewasa kelak.

Menjadi seorang ibu dan bapa membuatkan kita perlu menambahkan standard ISO ntuk memainkan peranan yang penting disamping memperbaiki segala amalan kita.

Sebab itu anak adalah satu anugerah dalam kita memuhasabah diri sebagai seorang muslim yang beriman.Insha Allah.

Wallahualam.

2 inspirasi naluri :-):

Unknown said...

mm setuju.didikan sempurna secara berterusan tu mmg satu cabaran buat ibu bapa.ada sj halangan kan?
harap 1 hari nnti sy pun mmpu lakukannya

ieza ashaari said...

takut juga bila difikirkan. tapi itulah, jangan terlalu memikirkan. sebab bila terlalu memikir, tiada tindakan susulan. semoga kita istiqamah. mohon juga tunjuk ajarnya yer. :)