Dalam diam, saya sering mengagumi keluarga yang berjaya mendidik anak-anak mereka baik dari segi bekalan duniawi ataupun ukhrawi.Apakah rahsia dan resepi mereka dalam mendidik anak-anak mereka.Apakah jenis tarbiyyah yang diberikan sedari kecil sehingga mereka dewasa.
Tetapi bagaimana pula, jika sesebuah keluarga itu mempunyai seorang ayah dan ibu mithali yang tidak kurang hebatnya.Mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyyah yang tersendiri, malah sentiasa menghidupkan amalan solat berjemaah, menghafal surah-surah amalan, saling ingat mengingati sesama keluarga jika ada kesilapan.
Keluarga bahagia En. Google:-) |
Tiba-tiba didatangkan ujian untuk mereka, apabila salah seorang anak mula yang telah ditarbiyyah dari kecil meninggalkan pesan-pesan ayah dan ibu mithali tadi.Aurat yang sering ditutup terbuka tanpa sedar kerana hatinya terusik dengan godaan dunia.Pergaulan mereka mula tiada batas dan sempadannya.
Mungkin ada yang kata " Iman ibu dan ayah mithali tadi sedang diuji oleh Allah s.w.t..."
Ada juga yang berkata, " Harus bersangka baik dengan takdir Allah,pasti ada hikmahnya terjadi begitu.."
Maka,benarlah iman itu tidak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.
Tetapi, ada jawapan di antara mereka yang menarik di hati saya, " Allah nak ingatkan sesebuah keluarga itu, walau macam mana pun hebatnya tarbiyyah mereka, didikan mereka masih belum sempuna lagi, dan didikan itu harus berpanjangan, janganlah dilepaskan tangan anak-anak walaupun mereka meningkat dewasa, dan dapat membezakan baik dan buruk..."
Dan saya pasti tugas ibu dan ayah ibu itu tidak berpenghujung rupanya.
" Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka" (At-Tahrim :6 )
Dan saya pasti tugas ibu dan ayah ibu itu tidak berpenghujung rupanya.
" Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka" (At-Tahrim :6 )
7 inspirasi naluri :-):
btoi2....walau kte besou mane pon
dgr kluarga berleter,kte kna dgr jgak..sbb tue satu nasihat
jd jgn ingt kte dah besou,kte dah bley bwak dri...so dgr la nasihat owh yg lbiy pengalamn dari kite
jazakilah...
tu lah yg sering terjadi.. sama ada didikan n perhatian tak mencukupi atau anak2 lalai dlm tggjwab, wallahualam..
saya suka entry ini. dan sebetulnya mungkin ketiga2 kata2/jawapan di atas tu betul. hanya Dia yang Maha Mengetahui. yang penting nya tanggungjawab ibubapa itu sangat besar dan tiada penghujung macam kata yatt tu.
salam..
maaf lama tak kesini sebab terllu sibuk..
sy akan cuba mmbaca entri2 yg lalu..
ibu bapa kekandang baik shaja ddik anak dari segi akhlak dan sunnah Nabi tapi kekadang anak2 sslu hanyut di sebabkan kwn2nya huu..tu yang mereka rosak akhlak..huuu
basirah:
jgn bosan plak dgr akak berleter nanti yek:-)he2
y-a-n-a:
betul tu, anak2 lalai sebab ibu bpa tak ambil berat:-)..jadi peranan ibu bapa sgt penting kan...
nur.sa:
setuju2..mmg 3jwpn tu betul..tp jwpn ketiga tu sy paling suka:-)
suri:
tak pe suri..terima ksih byk kerana menyokong sy he2..tak terbalas rasanya..;-)
sebab tu pantauan ibu bapa tu penting kan..klu anak2 hanyut, stil ada org yg akan tegur dia drp terus hanyut...
trima kasih ats ilmu yg b'mnfaat ini..thanx!!
Post a Comment