Friday, December 10, 2010

Dapat Hadiah Hari Lahir..:-)

Seronoknya hari ni, ingat nak cari buku ni, tapi seorang kawan menawarkan buku ini sebagai hadiah hari lahir saya..siap poslaju ke pejabat lagi.Dahla baru balik dari sambung bicara, terubat rasa letih menyalin keterangan saksi-saksi bagi membantu rakan seperjuangan saya.

Tajuk buku, Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Mohd Juoi. Sebelum ini pun saya ada koleksi bukunya.Bolehlah menambah koleksi buku motivasi yang ada.


Inilah bukunya.Kalau sesiapa nak bagi hadiah buku kat saya, satu kampung saya tadahkan, sebab saya ini memang ulat buku.Tambah  lagi, buku yang boleh dijadikan panduan hidup.(Novel tak layan sangat ye..)


Dapat sahaja buku ni, terus cop nama.Oh, No. Kad pengenalan kena dihitamkan, takut disalahgunakan pula kan. Cop tarikh terima sekali. Sudah menjadi kebiasaan saya, apabila membeli buku, saya mesti nak tulis nama dan tarikh beli supaya saya dapat tahu "usia" buku tu.(Ikut habit arwah ayah sekali agaknya).


Sahabat saya yang hadiahkan buku..Gambar ini diambil dalam perjalanan ke Ipoh, Perak bagi menghadiri Walimatul Urus sahabat baik saya juga.;)

Terima kasih banyak-banyak ya Fuza!:-)Seronok sangat...

Buat renungan bersama ya;

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
" Sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

9 comments:

nur.sa said...

eh, penulis buku tu bukan seorang ustaz ke? ustaz pahrol? ke saya salah orang? hehe.

baca buku memang best. saya pun suka membaca. novel pun saya baca, tapi lately dah selektif sket. suka novel/buku yang luar daripada biasa. :)

humbleyat said...

nur.sa:

betulla tu.dia ustaz jugak..

wah, nanti share la yerk buku2 yg menarik;-)

nabilah_2908 said...

wah..seronoknya...

hmm....sama la..sy pun minat baca buku...cuma lately ni..tkde masa...cuba juga sebelum tido baca buku...last2..buku yg baca sy..sy dh lenyap dalam alam mimpi..huhu.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MENJAWAB TAG DARI KELLA

nabilah_2908 said...

p/s; terima kasih yer sudi follow APA KATA HATI...keep in touch...and sorry lambat sikit menjejaki kamu.. :)

humbleyat said...

nabilah:
nanti bolehla share ye buku2 yg best..
insha allah keep in touch:)

suri said...

suri ulat buku jua...

tak kira buku novel, buku motivasi smu ada, kecuali majalah artis mmg tak minat heee...

humbleyat said...

wah, bgusnye,..nanti share buku yer..patutla blog suri byk info..:-)

Ameen Muslim said...

ana pun ada buku ni. baru beli.

humbleyat said...

ameen:
dah habis baca nnti review la buku ni ameen :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...