Friday, June 29, 2012

Raised In The Arms of a Queen

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber: Google

Dari air tangan ibu , bermula segala didikan. :-)
 

Tuesday, June 26, 2012

Bila "Orang Rumah" Tak Pandai Memandu...

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Google Images
Hmm..entri panas kot,Sebab bila dengar kaum lelaki berbincang tentang isu isteri kena pandai drive itu lebih menyenangkan mereka.

Ya, saya memang akui, hidup di zaman sekarang , sebagai wanita, perlu pandai memandu untuk memudahkan urusan seharian. Menguruskan diri, anak-anak dan mungkin boleh jadi "stand-by" untuk kes kecemasan.

Tapi yang saya paling kecewa bila, bila mendengar perbualan begini,

"Orang rumah pandai memandu?"
"Alhamdulilah , dah pandai dah.."
"Bukan ape, senang sikit kerja kita kan?"
"Yelah, kalau dulu, terkejar-kejar kita nak hantar isteri ke sana lah, ke sini lah, terasa cam susah sikit.La ni, senang sikit.Cuma sekali sekala kalau saya ada, kenala drive..Kadang-kadang ajar juga jalan-jalan ke bandar ni, dia bagi alasan tak pandai parking la, apa la..adoi..."

Ok.Bagi saya , perkara ini bukan menyusahkan, bahkan bila saya berbincang dengan ibunda tercinta, ini merupakan tanggungjawab lelaki sebagai suami.

Jangan mengeluh kata susah, kerana seorang isteri juga adakalanya susah untuk menguruskan semua perkara serentak.Bila lagi mahu mengumpul pahala kan? Sambil memandu pun boleh dapat pahala kan?;-) 

We Are Always With You

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
Sambil buat kerja dengar MP3.Dan lantunan lagu-lagu arab, terutama Amr Diab "Tamally Ma'ak" membuat saya mengimbas kenangan mengembara bersama arwah abah suatu ketika dahulu.Lagu inilah yang menjadi salah satu favouritenya dan kenangan kami bersama arwah abah.

Walaubagaimanapun. tiada memori gambar digital bersama arwah abah, sebab ketika itu hanya zaman "Kodak".Yang penting kita sebagai anak, jangan lupa sedekahkan Al-fatihah dan bacaan Al-Quran untuknya....


Sebagaimana lagu Tamally Maak, kami juga begitu,
  We are always with you, Abah.   

Friday, June 22, 2012

Superman & Superwoman

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Zauj : Abang nak jadi Superman.
Zaujah: Kenapa pulak nak jadi Superman?
Zauj : Sebab sayang nak jadi Superwoman, Mestilah kena ada Superman.
^ ____^

Buat semua wanita yang bergelar isteri, lagu ini ditujukan untuk semua yek..




"Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan hati apabila engkau memandangnya.Dia juga mematuhimu apabila kamu memberi perintah.Apabila kamu pergi, dia menjaga dirinya dan hartamu"


Wednesday, June 20, 2012

Ehem Ehem..Scan 3D & Senyuman Pertamanya

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Google Images :-)
Terlalu bersyukur sangat-sangat, walaupun menjangkau 33 minggu, kami berpeluang untuk scan 3D/4D, sebaik sahaja pemeriksaan kesihatan di klinik. Terharu tau, bila tengok baby asyik tutup muka je dengan tangannya .Pemalu yek. Tetapi tak lama selepas itu tangannya ditarik ke bawah dan dia melemparkan senyuman kepada kami.Ya Allah! Sebak seketika ketika itu.Tak sangka perjalanan kami sebagai bakal umi dan abi sampai ke tahap ini.Alhamdulilah!Alhamdulilah!Alhamdulilah!


Nampak kan baby tengah senyum..: ? ^__^

Memandangkan saya dan zauj masih PJJ, dan mencari masa adalah sukar buat kami memandangkan hujung minggu kami punya komitmen pada keluarga , kami juga sudah pasrah untuk scan 3D ini.Sudahlan mencapai 33 minggu.Kata doktor dia hanya mencuba, kerana bayi 33 minggu biasanya mukanya sudah rapat dan sukar hendak di scan.  Jadi , dalam hati kami tetapkan redha itu.

Pada mulanya kami ingin berhajat scan 3D di PRK Al Farabi, kos RM140 tetapi hanya pada hari Selasa sahaja. Sukar bagi kami yang PJJ ini dan hanya bertemu muka di hujung minggu.Kalau boleh saya saat-saat tersebut mahu bersama zauj.huhu..

Klinik Pakar W.Y.KO , harganya berpatutan juga, tapi saya rasa tidak selesa berhadapan denagan doktor lelaki bukan Islam sedangkan saya masih ada pilihan lain.

Akhirnya , senarai kami, Kuantan Medical Centre menjadi pilihan kami,seorang doktor muslimah.Yang penting saya tidak segan dengannya.:-) Dr Suriati Sulong pula sangat pemurah dengan senyumannya dan melayan sahaja persoalan kami.Doktor ini "available" pada setiap hari Isnin hingga Sabtu.Tapi Sabtu hanya separuh hari aje.Sangat berpuas hati tau.Bilik doktor pun ceria dan banyak bunga.Hadiah dari "patient"..:-)

Bukan kami saja yang teruja, ibunda , mak dan ayah mertua, serta adik-adik juga dalam melihat teknOlogi terkini 3D.:-)

 Doakan kami supaya dipermudahkan segala urusan yek..:-)


Friday, June 15, 2012

Superwoman & Isteri Solehah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber gambar : di sini

Bukan mudah mahu jadi superwoman.Seimbang dan sempurna dalam segalanya.Pendek kata “PERFECT”.Cekap  bekerja di rumah, mahupun di pejabat.Bonus juga bagi wanita yang sentiasa istiqamah dalam ibadat harian mereka.

Ah!Saya juga cemburu melihat “superwoman”.Kebanyakan kunci kejayaan mereka adalah S.A.B.A.R.Nampak mudah tapi sebenarnya itulah perkara yang paling sukar.Bila hilang SABAR,semuanya akan hilang sekelip mata.

Saya sebenarnya cukup kagum dengan sahabat saya , bilamana sanggup bangun awal 4.00 pagi semata-mata untuk membasuh baju suaminya, iaitu cuci dengan tangan, bukan dengan mesin basuh automatic ataupun semi auto!Bukan tiada kemudahan mesin basuh, Cuma suaminya lebih suka bajunya dicuci dengan tangan isterinya.

Saya juga cukup kagum dengan seorang lagi sahabat saya yang mempunyai dua hero yang masih kecil dan sedang membesar.Suaminya kerap kali “outstation”.Berjumpa pun hanya sekali sekala.Tetapi dia mampu menguruskan anaknya dengan baik sekali walaupun tanpa suaminya di sisi.Bukan setakat cekap dalam bekerja, berhujah di mahkamah, malah pandai membuat kek-kek yang sedap.Bertuahnya!

Mereka yang sebut di atas merupakan inspirasi saya untuk menjadi SUPERWOMAN, walaupun saya tak mampu untuk 100%.Mampu menguruskan keluarga, adik-adik yang baru menerjah dunia remaja yang penuh pancaroba.Mampu melakukan kerja di pejabat dengan cekap.Mahu mencari sedikit bakat yang ada untuk tambah skill untuk membina SOHO (walaupun saya masih belum ada idea lagi..hehe :-P)

Apa yang paling penting , saya mahu istiqamah dalam segala amalan harian saya. Itu adalah cabaran yang paling sukar.Walaubagaimanapun, akhirnya saya mendapat satu inspirasi, “Bidadari dari Timur” yang mengisahkan suka duka hidup sebagai isteri seorang tokoh, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Petikan dari Novel Bidadari Dari Timur- Sebuah Amanah di Serambi Mekah.


" Aku renung mata itu yang kelihatannnya begitu bersyukur dan berbangga.Dia amat berbesar hati.Dia sering mendoakan anak-anaknya, itu aku pasti.Hadiah itulah yang paling penting buat insan yang bergelar anak.Biarpun waktu bersama anak terhad buatnya, tetapi dia tidak pernah lupa untuk menghargai detik yang terluang.Dan segalanya pasti akan dipergunakan sebaik mungkin olehnya untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.Aku bersyukur kerana dia tidak pernah alpa untuk berbuat demikian"

"Dengan kesibukannya yang luar biasa, akulah yang mengambil alih peranan di rumah.Memastikan segala  kerja rumah mereka selesai, memastikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dilagukan setiap kali selesai solat  Maghrib dan Isyak oleh kami anak beranak.Tepat jam 10 malam, segera kukunci segenap tingkap dan pintu untuk keselamatan diri, putera dan puteriku"

"Dalam menghitung perjalanan waktu yang kian mengengsot detik usia, aku terus tegakan diri menerima suratan takdir menjadi isteri seorang pejuang.Biarpun ruang waktu untuk bersamanya kian berkurang, aku redha.Biarpun tanggungjawab di rumah kian bertambah tatkala kehadiran zuriat kian bertambah, aku tidak pernah rasa terhimpit"

"Bagiku andai dia tega berjuang di luar demi menobatkan Islam di ancala kehidupan insan, aku akan sentiasa membina kekuatan untuk berjuang di ruang rumah rumahtangga ini. Dan nubari kubujuk untuk sentiasa bersyukur menerima segala takdir hidup ini"

"Biar dia tahu.Biar nalurinya kuat mengatakan bahawa aku selamat di rumah bersama anak-anak.Kami ada di saf hadapan, betul-betul disisinya tanpa pernah berputus harap.Walaupun aku sering gusar dan ketakutan menjelang suasana sepi malam yang sunyi dan gelap tetapi kukuatkan semangat untuk merandai segalanya.Apatah lagi dengan ketiadaan susuk seorang suami dan ketua di rumah, sememangnya sesekali menguji keberanian hati wanitaku"

"Dengan pengorbananan ini, moga layaklah nanti aku menjadi Asma', puteri Saidini Abu Bakar As Siddiq.Menumpang kekuatannya setelah melihat anak lelakinya Abdullah bin Zubair terpancang di tiang salib...."

Review

Setelah menghayati bagaimana Tuan Sabariah membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran suami di sisinya  (situasi saya mungkin PJJ dan sahabat saya, suami selalu outstation ) dia sentiasa membina kekuatan untuk berjuang. Dan saya harap semangat juang itu akan ada dalam diri saya.Dan saya rasa itu adalah kunci itu menjadi orang kuat.Insha Allah.

Nota: 
Terima kasih banyak buat zauji yang memperkenalkan novel ini  pada awal perkahwinan kami untuk membina semangat juang isterinya  :-)


Wednesday, June 13, 2012

Berlatih Berpuasa Bersama Si Kecil

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber gambar : klik sini

Pejam celik pejam celik kita dah memasuki penghujung bulan Rejab.Hari ni pun sudah menjangkau 23 Rejab. Dah berpuasa sunatkah kawan-kawan untuk mengambil segala keberkatan bulan Rejab?:-)

Bagi saya Rejab kali ini berbeza, kerana saya bukannya berpuasa seorang diri, tapi bersama si kecil yang aktif di dalam perut ini.Saya perlu fikirkan pemakanan yang sihat dan cara yang betul supaya tidak mendatangkan mudarat atas si kecil, dan kesihatan saya walaupun saya rasa saya cukup kuat untuk berpuasa.

Suka tengok pic baby yang senyum-senyum :-)

Alhamdulilah, saya dikelilingi ahli keluarga yang menyokong, kawan-kawan sepejabat yang sentiasa mengambil berat sekiranya saya tidak dapat meneruskan puasa pada hari tersebut.Dalam sehari saya berpuasa, mereka bertanya, sama ada saya masih larat untuk meneruskan puasa atau tidak.Sangat-sangat terharu!Terima kasih semua..:-)

Ok.Ok.Back to the topic, sebenarnya saya ingin berkongsi tentang tip-tip berpuasa bagi ibu hamil.Antara yang menjadi rujukan saya, blog Dr Zubaidi..Artikel yang berkaitan, Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Berpuasa adalah rujukan yang terbaik, diterangkan konsepnya dari hukum dan dunia perubatan.Sangat jelas dan terang.:-)

Keratan akhbar Kosmo online-kesihatan  juga menjadi rujukan saya.Antara yang menarik perhatian saya, bahawa ibu hamil perlu minum dua liter air untuk mengelakkan dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan.Maknanya apabila kekurangan air di dalam badan, warna air kencing kita juga turut berubah.Jika ianya berwarna kehitaman dan keruh, itu adalah tanda dehidrasi, dan ibu hamil digalakkan untuk berbuka puasa dan tidak perlu memaksa diri atas sebab darurat atas kesihatan si ibu tadi.

Oh ya! ada satu blog lagi, dari seorang jururawat , Cik Azizah, yang berkongsi panduan pemakanan bagi ibu hamil yang ingin berpuasa,Banyak juga maklumat kesihatan yang ada di sana dalam bentuk bahasa yang mudah dan senang difahami. (hehe dah jadi favourite blog juga ni..:-)

Begitu juga jika kita berasa pening. loya dan muntah, diharuskan untuk berbuka puasa ok.Jadi saya rasa, sekarang adalah waktu yang tepat untuk kita kenal kemampuan dan kesihatan kita melalui berpuasa.Banyak manfaatnya selain mendidik rohani si kecil di dalam perut.:-) Apatah lagi Ramadhan juga sudah hampir tiba kan?Aura Ramadhan pun dah ada..:-)

Selamat Berpuasa semua.Sama-sama kita tingkatkan amal di penghujung zaman yang ada..Semoga setiap amalan kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Tuesday, June 12, 2012

Selamat Pengantin Baru Semua!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Musim cuti sekolah dah habis, begitu juga majlis perkahwinan yang sinonim dengan cuti sekolah.Apa apa pun, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat semua kawan-kawan saya yang jauh di mata dan terutama residen utara..Semoga kalian kekal bahagia hingga ke syurga.
Sakinah & Suami 02.06.2011. Alor Setar, Kedah
 
Buat Siti Sakinah, sahabat kamceng di UIAM.Susah senang kami kongsi bersama tau.Alhamdulilah, Bahagia melihat kawan bahagia juga .Selamat menempuh alam rumahtangga (Dapat tak hadiah saya, Kinah? :-p)
Siti Aminah & Suami 02.06.2011 , Perak.
 Buat Siti Aminah dan Suami.Selamat Pengantin Baru Juga.Maaf tak dapat hadir, Hanya doa yang dihulurkan, Semoga Kekal bahagia dunia akhirat ye Minah.:-)

Asz & Muaz 03.06.2011 Pekan,Pahang.
Akhirnya, Majlis yang kami tunggu, buat kedua-dua mempelai yang bertemu kasih di pejabat kami, Asz & Muaz . Alhamdulilah , semoga semuanya berjalan lancar.Yang penting kena sentiasa gembira ..:-) Maaf tak dapat hadir majlis di Jerantut, hanya mampu sampai di Pekan sahaja.:-)

Sumber gambar: Facebook..

Nota Naluri: Alhamdulillah usia perkahwinan kami jugak sudah menginjak satu tahun.Semoga kasih kami tetap utuh dunia akhirat.Ameen!

Thursday, June 7, 2012

Jangan Jemu Berjuang Adikku...

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Sejurus pulang dari kerja semalam, ada surat tawaran dari sebuah kolej swasta untuk adik bongsu saya.Tergelakbesar bila saya baca bahagian ini;

Tahniah !Anda ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran. Kursus : Diploma/Ijazah Pilihan sendiri.
 
Pilihan sendiri? Wah mudahnya, kalau saya dapat mesti saya nak kursus perubatan hehe...Cita-cita yang terpendam tu...:-P

Berkongsi cerita dengan ibunda tercinta, Katanya, "Lain kali tulis macam ni: Kalau ada duit banyak, pilihlah course mana yang nak..banyak-banyak pun tak pe,," Haha...emak, emak...Macam-macam, betul jugak katanya.Zaman sekarang memang banyak guna duit.
Sumber: Google

Bayangkan sistem penggunaaan buku teks nanti akan digantikan dengan penggunaan  Ipad. Bak kata suami saya, pendidikan sekarang kembali zaman mak ayah kita dulu-dulu, orang yang berduit sahaja mampu menyekolahkan anak mereka nanti pada zaman Ipad.

Kos pengajian di kolej swasta memang agak tinggi berbanding IPTA sehingga ada yang berhenti separuh jalan, ada juga yang menggadaikan tanah di kampung,ada jugak keluarga yang mengikat perut semata-mata mahukan anak mereka melanjutkan pengajian.

Tetapi, lebih malang, jika anak itu tidak menghargai pengorbanan mereka.Malah membelanjakan duit secara boros, yang mereka tahu, bila poket kosong,mahukan duit belanja dari kampung.Adik-adik, belajar berjimat dan belajar menghargai mereka yang banyak berkorban untuk kamu terus melanjutkan pelajaran ok?

Buat adik-adik yang kurang bernasib baik, jangan jadikan alasan "tak dapat universiti dan kursus idaman" itu sebagai penghalang.Jujurnya, Ada banyak alternatif pendidikan yang lain, tapi harus bijak memilih.Mohon pandangan keluarga sekali, jangan ikutkan hati dan kawan-kawan.Ini soal masa depan kamu.:-)

 

Wednesday, June 6, 2012

::Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hehe dah ada satu..Comel2...

Tuesday, June 5, 2012

Photoshoot And Trend

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Facebook saya sekarang dipenuhi dengan gambar "wedding photoshoot", meriah! Maklumlah musim cuti sekolah, musim kenduri perkahwinan.

Di rumah adik-adik saya pula beria-ia mahu menjadi "volunteer" untuk "maternity photoshoot" pula sebagai kenanagan anak saudara pertama mereka.Bersungguh-sungguh mahu mencari tempat dan "shoot" yang menarik.Cuma masa yang menjadi penghalang. Ambil gambar yang sopan-sopan aje tau..Malu akak nak posing lebih-lebih hehe..
Sumber : klik sini :-)
Sambil meredah laman internet mencari contoh "maternity photoshoot" yang agak sopan, terpapar juga gambar yang kurang sopan, bukan dengan baju longgar seperti yang disarankan syariat.Saya dan ibunda tercinta pula jadi malu melihatnnya.Sekurang-kurangnya kami terjumpa juga contoh "maternity photoshoot"yang agak sopan bagi kami, sesuai dijadikan panduan.Nak letak gambar kat sini? eh gambar orang tu, tak leh nak ambil kan hehe..

Hmm..saya dan ibunda cuba "google" lagi.Wah lagi banyak jenis photoshoot.Kita sendiri pun semua maklum, "photoshoot" sekarang pun sudah menjadi "trend", dari pre wedding, outdoor wedding, post wedding, maternity photoshoot, majlis aqiqah dan cukur jambul pun ada..Pendek kata semua peringkat usia ada.Konon mahu jadikan kenangan kan..Saya pun suka jadikan gambar sebagai kenangan juga.

Tapi bagi saya, bergambar boleh, tapi yang penting biar berpada-pada, janganlah buat aksi yang kurang manis yerk..

P/S: Kata-kata terbaik dari mak saya, agaknya kalau orang yang tengah nazak, ada lagi tak "photoshoot?" hehe..



Monday, June 4, 2012

Dengan IzinMu: Ulangtahun Pertama Kami..

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Alhamdulilah!Segala yang pujian itu hanya layak untukNya
Hanya kerana keizinanNya, kami ditemukan
Hanya kerana keizinanNya, kami mendapat satu "amanah".
Semoga kami terus mendapat keizinanNya untuk terus bercinta hingga ke syurga kelak.
Ameen!

Salam ulangtahun pernikahan yang pertama , zauji...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...