6/13/12

Berlatih Berpuasa Bersama Si Kecil

BY humble.yat IN 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber gambar : klik sini

Pejam celik pejam celik kita dah memasuki penghujung bulan Rejab.Hari ni pun sudah menjangkau 23 Rejab. Dah berpuasa sunatkah kawan-kawan untuk mengambil segala keberkatan bulan Rejab?:-)

Bagi saya Rejab kali ini berbeza, kerana saya bukannya berpuasa seorang diri, tapi bersama si kecil yang aktif di dalam perut ini.Saya perlu fikirkan pemakanan yang sihat dan cara yang betul supaya tidak mendatangkan mudarat atas si kecil, dan kesihatan saya walaupun saya rasa saya cukup kuat untuk berpuasa.

Suka tengok pic baby yang senyum-senyum :-)

Alhamdulilah, saya dikelilingi ahli keluarga yang menyokong, kawan-kawan sepejabat yang sentiasa mengambil berat sekiranya saya tidak dapat meneruskan puasa pada hari tersebut.Dalam sehari saya berpuasa, mereka bertanya, sama ada saya masih larat untuk meneruskan puasa atau tidak.Sangat-sangat terharu!Terima kasih semua..:-)

Ok.Ok.Back to the topic, sebenarnya saya ingin berkongsi tentang tip-tip berpuasa bagi ibu hamil.Antara yang menjadi rujukan saya, blog Dr Zubaidi..Artikel yang berkaitan, Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Berpuasa adalah rujukan yang terbaik, diterangkan konsepnya dari hukum dan dunia perubatan.Sangat jelas dan terang.:-)

Keratan akhbar Kosmo online-kesihatan  juga menjadi rujukan saya.Antara yang menarik perhatian saya, bahawa ibu hamil perlu minum dua liter air untuk mengelakkan dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan.Maknanya apabila kekurangan air di dalam badan, warna air kencing kita juga turut berubah.Jika ianya berwarna kehitaman dan keruh, itu adalah tanda dehidrasi, dan ibu hamil digalakkan untuk berbuka puasa dan tidak perlu memaksa diri atas sebab darurat atas kesihatan si ibu tadi.

Oh ya! ada satu blog lagi, dari seorang jururawat , Cik Azizah, yang berkongsi panduan pemakanan bagi ibu hamil yang ingin berpuasa,Banyak juga maklumat kesihatan yang ada di sana dalam bentuk bahasa yang mudah dan senang difahami. (hehe dah jadi favourite blog juga ni..:-)

Begitu juga jika kita berasa pening. loya dan muntah, diharuskan untuk berbuka puasa ok.Jadi saya rasa, sekarang adalah waktu yang tepat untuk kita kenal kemampuan dan kesihatan kita melalui berpuasa.Banyak manfaatnya selain mendidik rohani si kecil di dalam perut.:-) Apatah lagi Ramadhan juga sudah hampir tiba kan?Aura Ramadhan pun dah ada..:-)

Selamat Berpuasa semua.Sama-sama kita tingkatkan amal di penghujung zaman yang ada..Semoga setiap amalan kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


4 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

seronoknya puasa berdua kan.. tahun lepas, izfa buat diari ramadhan semasa bujang.. insyaAllah, tahun nie diari ramadhan sbg isteri.. :)mungkin juga bakal ibu.. hihi..

humble.yat said...

hi2..mmg seronok, tapi dalam hati juga...sekejap2 panatu gerakan dia ok ke tak, maklumlah kali pertama berpuasa..

segmen bulan puasa izfa mmg best..tak sabar tggu musim baru dgn status baru:-) hehe

All about a journal said...

Menarik nya.. hehe..

Nanti berpuasa dengan menyusukan baby pulak adalah whole new challenge pulak..hehe..

Masa mengandung tahan lagi puasa..
Masa BF akak tuang 4 hari..tak tahan kene sedut..haha..

humble.yat said...

@all about journal:

wah takut pulak sy dengar, berpuasa sambil menyusu lagi mencabar :-)
terus ggogle kot wat research hehe..

harap segalanya dipermudahkan...:-)

neves betul ramadhan kali ni..
penuh suspen...huhu