Tuesday, May 24, 2011

Makaroni Bakar

Makaroni bakar? home made ni tau.. Adik saya ,yang nun jauh di perantauan di Sabah beria-ia meminta saya masakkan masakan ini, Hentam sahajalah...

 Sebelum dibakar

Selepas dibakar


Sedia untuk dihidang :-)

Resepi?Saya masukkan apa bahan yang ada sahaja.Kira resepi yang agak "rojak " juga la .Nasib baik menjadi.kan Idah?Hehe.:-)

Bila En. Sibuk Menerjah...


1000 kemaafan buat semua rakan-rakan, bulan ini berganda-ganda kesibukan yang ada.Insha Allah, saya takkan melupakan blog tercinta kerana saya masih suka menulis.Hanya untuk sementara waktu sahaja sehingga segalanya selesai.Segala pengalaman saya yang boleh dimanfaatkan di sini akan saya coretkan kerana saya suka berkongsi dan yang penting menulis walaupun tidaklah sehebat penulis yang tersohor seperti sasterawan negara dan novelis-novelis:-)


Doakan yang terbaik buat saya dan  semoga semuanya berjalan dengan lancar.Insha Allah..


Monday, May 16, 2011

::Mencipta Arus Di Tasik Chini::

Membelek gambar-gambar, pasti ada kenangan yang mahu dicoretkan di sini.Ha, kali ini saya nak berkongsi satu lawatan sambil berjasa oleh Peguam Muda Pahang di Tasik Chini pula.Salah satu tempat pelancongan di Pahang. Rugi tak pergi tau.Hilang fikiran pasal kerja-kerja yang bertimbun bila jaket oren disarungkan, dan bot yang terus mencipta arus di  tasik Chini.:-)..Rasa tak mahu turun dari bot dan mahu berulang-ulang kali menongkah arus.Nasib baik naga tasik Chini tak ade ye..hehe


Sebelum bertolak, kita minum teh tarik di Kuantan dulu, mengalas perut denagn roti canai telur.

Sesi ziarah penduduk yang tinggal di Kg Gumum untuk mengetahui masalah perundangan yang ada, seperti hartanah, jenayah dan bantuan guaman percuma oleh Pusat Bantuan Guaman Pahang.

Oh, sepanjang perjalanan ke Kg Gumum, Tasik Chini, pelawat-pelawat perempuan diingatkan supaya berhati-hati.Manalah tahu ada yang tak balik ke rumah semula akibat salah seorang penduduk jatuh hati pada kita .Kata rakan saya lagi, mereka ini jenis tekad, jadi pesannya berhati-hati sahaja.Wallahuala

Dan ianya benar-benar berlaku kepada saya sendiri, nasib baik rakan-rakan sejawatan menyelamatkan keadaan.Huhu, takut juga bila waktu itu di atas titi bot Tasik Chini.Patutlah dia beria-ia menolong semua pelawat-pelawat perempuan yang ada.Tapi saya menolak bila teringat pesanan kawan saya tadi.Dan rupanya baru saya dapat tahu dia dalam keadaan yang mabuk.

Dan Isnin pagi di mahkamah, saya diusik oleh peguam-peguam di kuantan peristiwa saya yang mendapat "secret admirer" di Tasik Chini!Adeh!



Alamak lupa pula nama haiwan yang bermata bulat tu.Antara haiwan peliharaan penduduk asli kg Gumum, Tasik Chini.Teingat pula cerita kartun "Madagascar".




Wajah-wajah penduduk wanita di Tasik Chini.Ketika ini kami membuat sukaneka sambil mengenali kelebihan dan bakat-bakat yang ada.Bersungguh-sungguh mereka menganyam dan saya sangat suka "shoot"  nenek di atas, sangat "natural".:-)



Yang ini pula acara pakaian beragam dari suratkhabar lama.Berbakat betul mereka dalam rekacipta.Tak sangka.Jangan lupa tengok gelagat ibu dan anak semasa mereka sedang membuat persiapan.Seronok.Macam-macam kreativiti yang ada.:-)



Agak-agak apa la bentuk anyaman yang disampaikan?Kalau nak tahu, mereka kata ini belangkas.Percaya tak?Kan ada rupa tu..:-P



Inilah Tasik Chini!Tak terkata bila arus dicipta di tengah tasik Chini.Wah!Subhanallah Best!Best!Best!.Menaiki jetski atau berkayak di laut sangat berbeza rupanya dengan pengalaman naik bot di Tasik Chini.Diiringi bau-bau pokok-pokok di bibir tasik yang sangat segar...:-)



Dah sampai kat tempat bunga-bunga teratai ditambah dengan puteri-puteri teratai, Kak Zela dan dan saya..:-P..Topi bunga teratai tu pemandu bot yang buatkan khas untuk kami.terima kasih yerk.:-)



Antara cenderahati dan kraftangan yang dibuat sendiri oleh penduduk Tanjung Puput Tasik Chini.Siapa yang berkesempatan boleh juga menyumpit di tempat yang disediakan.

Rasanya setakat itu sahaja la yang saya dapat kongsikan kembara kami disini.Harap-harap kawan-kawan semua juga dapat mencipta arus di Tasik Chini ya..:-)Insha Allah..

Wednesday, May 4, 2011

Bukan Mudah Bernafas Jiwa Hamba



Bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba.Rumitnya bunyi.Bukan apa, cuma terfikir, iman manusia ini bertambah dan berkurang kan?Apa lagi bila ianya melibatkan emosi kita, cinta kepada Allah itu mungkin berkurangan hanya satu perkara duniawi.Bukan senang untuk bermujahadah.Bukan perkara yang mudah untuk mengekalkan cinta sejati kepadaNYA.

Cinta sejati (Allah) itu umpama rama-rama.Semakin dikejar semakin sukar, semakin banyak dugaan, semakin kita tersungkur dengan dugaan yang ada.Cuma bergantung kepada kekuatan dan keyakinan kita untuk teguh berdiri kembali walaupun dalam keadaan yang merangkak.



Mungkin ini yang saya boleh gambarkan ketika iman kita bertambah.Cinta kepada Allah itu mengatasi segala-galanya.Mungkin entri [ini] dapat membantu rakan-rakan semua tentang apa yang di maksudkan dengan "cinta", 'kasih" dan "sayang":-) 



Dan ini bayangan saya mungkin seperti graf di atas, jika iman kita berkurang, terlalu asyik dengan kasih dan sayang manusia.Sama seperti lagu "Atas Nama Cinta"..(Graf ini boleh berubah mengikut situasi..:-))

"Dan seketika terlontar ke dunia khayalan

Hingga terlupa singgah perjalanan

Tersedar aku dari terlena

Dibuai lembut belaian cinta



Rela aku pendamkan impian yang tersimpan

Enggan ku keasyikkan

Ku sangka keindahannya merampas rasa cinta

Pada Dia yang lebih sempurna"



Jadi, bagaimana pula cara kita sebagai hamba untuk menaikkan graf cinta sejati itu melonjak kembali sebagaimana fitrah seorang hamba?Mungkin seperti entri [ini]?

Saengaja berkongsi, kerana graf saya juga menurun.

Astagfirullahalazim..T.T

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah jua, dan yang buruk itu dari saya.Masih cuba memperbaiki diri dan masih cuba merangkak untuk berdiri kembali.

‎"Indahnya 'dunia' hanya sementara, Indahnya 'cinta' hanya seketika, Indahnya 'mimpi' kadang tak pasti, Indahnya 'persahabatan' sukar di cari ganti, Tetapi indahnya Syurga kekal selamanya."

Nota: Mendapat satu peringatan dari seorang sahabat...


Tuesday, May 3, 2011

Tangan Anak Yatim Itu



Jumaat malam, keluar sebentar ke bank untuk menyelesaikan urusan deposit tunai, yang hanya ada di tangan duit yang cukup-cukup .Maknanya, saya akan keluar dari pintu bank itu dengan tangan kosong.

Di dalam bank.Cukup ramai yang beratur.Maklumlah hujung bulan.Masing-masing baru dapat gaji.Silap-silap duit dalam mesin ATM pun akan kekeringan bila-bila masa sahaja.

Di luar bank, ada dua orang gadis sedang meminta derma untuk anak-anak yatim.Aduh, poket saya kosong, duit yang dibawa pun cukup-cukup.Memang menjadi rutin bulanan saya, ada bahagian tertentu untuk derma anak-anak  yatim.Saya cuma mampu tersenyum kambing sahaja dan kembali ke parking.

Tapi tak sedap hati meninggalkan mereka dengan tangan kosong, ambil "purse" di dalam kereta kembali, keluarkan duit dan patah balik ke tempat mereka meminta derma.Jauh juga.tetapi say aharus melawan rasa tak sedap hati tadi untuk memberi mereka sebahagian yang saya  niatkan.

Sangat sangat tak sampai hati.Dan akhirnya setelah memberi, baru saya rasa lega sangat-sangat;-) 

Indahnya bila kita sentiasa memberi daripada menerima.

Nota:
Sedang merancang untuk menjamu makan anak-anak yatim suatu hari nanti.Insha Allah:-)

Masih Kecil Tetapi Kehadiranya Adalah Kekuatan Seorang Ibu.

Topik yang biasa.Tapi saya ingin mencatat sesuatu di sini, ada yang kata, lelaki itu sumber kekuatan walaupun dia masih kecil umurnya.

Sejarah juga membuktikan wanita itu juga sumber juga sumber kekuatan lelaki, sebagaimana Saidatina Khadijah r.a menenangkan Rasullullah s.a.w ketika pertama kali menerima wahyu, sebagaimana kisah Asiah dan Firaun.

Dan tidak dinafikan,setiap kejayaan yang kita lihat dari pemimpin-pemimpin dunia, dibelakangnya pasti ada wanita yang setia berdiri untuk menyokong.Dalam mana ucapan penghargaan, pasti ada disebut penghargaan isteri dan ibu kan?

Ok.Ok.Kembali kepada kepada topik asal, bagaimana seorang budak lelaki yang kecil , yang  belum cukup umur,mumayyiz boleh memberikan keberanian kepada si ibu, boleh meberikan perlindungan kepada si ibu.

Contohya, di dalam sebuah rumah itu, semuanya penghuni perempuan.Rasa kurang selamat kerana mereka tahu, jika terjadi apa-apa mereka tidak punya kekuatan. Tetapi anak lelaki yang kecil yang sedang tidur itu juga yang memberi aura keberanian kepada si ibu dan anak-anaknya yang lain.

Ujar si ibu " Biarlah anak itu tidur pun, tetapi terasa selamat sedikit..Kekuatan itu ada..".

Tetapi , sebenarnya bukanlah si ibu yang memberikan kekuatan kepada anak tadi, dan begitu juga sebaliknya walaupun mereka saling memerlukan dan fitrah ibu dan anak.

Persoalannya, siapa yang memberi sumber kekuatan tersebut?ALLAH s.w.t. jua.Jangan lupa, kepadaNya kita meminta pertolongan dan segala kekuatan.:-)
Nota:
1.Rumah yang ada kehadiran ayah juga lain auranya.Sangat-sangat berbeza! Berjasalah kepada mereka selagi punya nyawa:-)
2.Tiga hari yang pendek dan lenguh yang masih terasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...