Monday, February 29, 2016

Ahlan Wasahlan Our Little Caliph (Season 2)

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



Di kala saya ingin berubah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik....
Di kala saya ingin perbaiki setiap ibadah yang ada...
Di kala saya redha dan pasrah jika saya punya seorang sahaja permata hati, Aina Syafiyah...
Di kala saya berlatih untuk buat latihan jiwa, jika saya ditinggalkan orang-orang kesayangan saya...
Di kala, saya ingin membuat penghijrahan dan pembaikan hati sepenuhnya.......
Mahu menambah pahala yang berpanjangan...pelaburan akhirat.....
Mengorbankan harta dan jiwa untuk keluarga dan saudara seagama...

Di kala kami mengalami ujian dunia yang bertimpa-timpa...
Mak dan keluarga mertua yang tidak sihat...
Adik ipar yang bongsu terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ayah mertua yang strok..
Kereta saya kemalangan jatuh ke gaung kecil....
Zauj disahkan slip-disc....

Allahu Allahu Allahu..
Dia sahaja yang tahu betapa runtunnya hati saya dan kami sekeluarga...

Kami belajar redha menerima segala ujian...
Di saat kami mahu belajar redha pada setiap keadaan..
Ada pelangi untuk kami...


Insya Allah..Bulan Ogos, dengan izinNya, kami bakal dihadiahkan permata hati kedua.
Umi dan Abi doakan semoga segalanya dipermudahkan urusan...

Bagi Umi, ini adalah satu bonus buat kami...
Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah....


Syukur, ini adalah satu motivasi untuk kami menjadi hamba Allah yang lebih baik..

Doakan kami dipermudahkan segala urusan yek.



Monday, February 22, 2016

Resipi : Dadih Cofeemate

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Masa kecil-kecil, dulu , kalau pergi pasar malam, antara favourite saya dadih susu lembu segar dan susu lembu yang dalam botol comel comel tu.Sekarang ni tak tahu dah nak cari kat mana.Hari tu ada nampak juga orang iklan.Macam packaging yang sama.Cuma rasa nostalgia masih ada lagi atau tidak, yang tu tak pasti lagi,

Tapi kali ni saya jumpa resepi dadih yang sedap, asyik guna yang segera je kan.Jadi, kali  ini nak kongsi satu resepi dadih, daripada ibu mertua juga. Saya suka sebab memang rasa lemak-lemak cofeemate tu.

Try buat kat rumah,  ibunda tercinta pun jatuh hati.Minggu ni memang nak buat stok dadih cofeemate. Boleh buat penyejuk tekak, Kalau ada tetamu,on the spot kita boleh hidangkan untuk mereka.Sambilmeraikan konvokesyen adik bongsu eh!:-P

Gambar next yek, petang ni baru nak cari barang nak buat dadih hehe.

Bahan-bahannya
1 paket coffemate
1 tin susu cair
15 cawan air
1 cawan gula
Sepaket serbuk agar-agar
Sedikit perasa pilihan sendiri (saya suka perasa epal/vanilla/ros and etc)

Cara-caranya,
Letak semua bahan di dalam periuk dan didihkan.
Bila didih, tnuggu sekejap dan tuangkan dalam acuan dadih
Asingkan ikut mengikut peasa pilihan.
Sejukkan dan masukkan dalam peti
Sedia dihidang .

Tips.
Ikut bahan dan sukatan yang betul, kalau tak "goyangan" dadih tadi jadi tak cantik.
Kalau kurang air, jadi agar-agar.Kalau lebih air, jadi lembik hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...