Friday, September 30, 2011

Solehahkah Kita?

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt.


Malam ini, rancangan realiti Solehah di TV Alhijrah memasuki episod ke dua.Finalis- finalis akan melaksanakan tugasan pertama mereka.Semoga semuanya berjaya menjadi contoh kepada remaja-remaja di luar sana baik dalam pergaulan dan mengambil nilai-nilai murni yang ada dalam memperbaiki diri.

Apa-apa kata kita nila diri kita sama ada kita mempunyai ciri-ciri wanita solehah atau tidak.Sama-sama kita hayati pesanan isteri Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

Thursday, September 29, 2011

Susu Dan Tuba

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt.


Dalam hidup tak semuanya sempurna.Tapi apa yang kita mampu laksanakan hanyalah memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.Banyak yang saya dengar, bila kita tak dapat nak memuaskan hati seseorang tu, ramai yang keluarkan kata-kata begini" Biarkan mereka dan buat hal sendiri, sudahlah" Mungkin betul, tapi ianya bergantung kepada situasi.Dan yang pasti setiap situasi dan penyelesaiannya adalah subjektif dan beropsyen.

Walaupun keadaan kita seperti susu dibalas tuba ataupun bagai melepaskan anjing yang tersepit, janganlah kita menjadi pendendam setia.HARUS SABAR DAN TABAH dalam situasi itu.Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang sabar.


Paling bagus, kita jangan membalas susu dengan tuba, tetapi balaslah dengan susu dan kurma, supaya kemanisan itu tetap ada.itula nilai kita sebagai orang yang beriman.

Teringat kisah Rasullullah s.a.w ketika berdakwah , baginda dilempar batu , najis dan sebagainya.Adakah kita akan menjadi setabah baginda?

Wallahu alam.

"Seorang mukmin tekun yang melakukan perbuatan baik selama hidupnya akan memperoleh syurga dan nikmat yang berlimpah"

Nota Naluri:
Tetiba rasa nak minum "air susu" banyak-banyak.Supaya jadi kuat untuk buat segala kebaikan kepada semua orang:-)



Wednesday, September 28, 2011

::Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.





Monday, September 26, 2011

Jemputan Jamuan Aidilfitri Yang Terlepas..

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.


Interkom saya berbunyi. Bos.Saya ke biliknya, dan dijemput untuk menghadiri satu jamuan perjumpaan Peguam Pahang pada tengahari itu di Restoran Swan,Grand Continental.Lafaz maaf saya tuturkan dengan hati-hati, kerana saya masih berpuasa, puasa wajib.Kalau puasa sunat, mahu juga saya pergi ke sana.

Projek Bandar Putra Kuantan
Pagi esoknya saya juga mendapat jemputan bos untuk mewakili dirinya ke jamuan aidilfiitri  di tapak projek panel kami, Bandar Putra. Jumaat dan Ahad pun ada jemputan dari bank-bank tempatan.Ada juga jemputan ke Majlis Penerimaan dan Kemasukan Peguambela & Peguamcara pagi Jumaat lalu oleh pelatih kamar.Tahniah buat Siti dan Sakinah, akhirnya kamu berdua akan jadi wakalah.Pesan akak, kuatkan hati dan kuatkan semangat jika ingin berjaya dalam bidang ini, langkah kamu baru bermula..:-)


Dan pesanan YM kawan saya menjemput ke rumah terbukanya di Chendering Futsal juga tak dapat dipenuhi, sebab selsema dan batuk-batuk masih ada.Akibat kena hujan selama dua malam.:-) ke mana pula saya pergi malam-malam sampai berhujan yerk.Hmm..saya ke rumah jiran yang mengadakan majilis tahlil. dalam keadaan hujan yang renyai-renyai tanpa berpayung, tidur tak berselimut di sofa luar sehingga televisyen yang tengok saya.:-P

Pernah juga saya coretkan sedikit tentang kenangan bersama arwah di blog ini.Sila klik sini dan sini, antara kenangan saya dan arwah.Sebenarya, saya baru nak niatkan sedikit tips-tips kesihatan yang saya dapat dari arwah  dan keluarga di sini.Dan tanpa saya sangka, dia pergi meninggalkan kami.Al Fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..

Hujung minggu saya juga agak kelam kabut.Perlu membahagikan masa sebagai anak, isteri dan menantu.Tak cukup dengan itu, kad-kad Jemputan perkahwinan rakan-rakan juga sedang diatur rapi di dalam kalendar bulanan saya.Tapi itu bergantung kepada kelapangan waktu yang ada.

"Masa Itu Umpama Pedang!" 



Friday, September 23, 2011

Barakallah Maryam & Suami

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum wbt.




Asal kami dari Beserah, dibesarkan dengan angin pantai Timur.Jemputan dari Maryam pada minggu lepas sempena majlis perkahwinanannya di Kg Pantai Beserah, menggamit memori kami sekeluarga di sana, berbasikal meredah angin pantai,melepaskan rindu kami bertemu jiran-jiran lama.


Tahniah Maryam dan Suami, selamat pengantin baru dari kami sekeluarga.Jodoh mereka pun dengan orang dekat juga.Alhamdulilah!

"Cintailah Allah kerana nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada kalian, Cintailah aku kerana cinta kalian kepadaNYA" (Hadith Riwayat Tirmidzi Al Hakim")




Strike , Spare & Split For One Ukhuwah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Lama betul tak lepas gian main bowling di Megamall, Kuantan. Nak-nak bila raya ni berat badan pun meningkat, kena keluarkan peluh sikit.Tengok gambar pun pipi dah membulat.

Layan Mash Potatoes dulu.:-)
Tapi kali ini, saya bermain dengan adik adik saya dan adik-adik ipar (Macam tak percaya je dah beripar duai rupanya.:-P), Ibunda tercinta pun datang juga melihat keletah keletah kami yang nakal ni bermain bowling.Bila lagi kami nak berkumpul macam ni Walaupun terkejar-kejar denag kenduri, rumah terbuka, akhirnya dapat juga kami luangkan masa bersama-sama. Bukan kisah dapat "strike" bowling ataupun tak.Yang penting kami semua menikmati masa kualiti kami sekeluarga.

Happy tetap happy..:-)
 Sambil menunggu giliran, senyum senyum dulu, borak-borak dulu.

 
 

Aksi-aksi yang tak profesional dari kami :-P,Akhirnya Izham berjaya yang mengumpul mata tertinggi,beza satu mata dengan saya.Agak-agak saya tempat ke berapa yerk:-P

Nota Naluri:
Teringat saya pada Pertandingan Bowling Terbuka bersama kawan-kawan sepengajian shariah, pasukan kami meraih tempat kedua walaupun kali pertama kali bermain.:-P.Alhmdulilah rezeki kami..


Thursday, September 22, 2011

Sinonim Spek Hitam dan Mahkamah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Awal pagi kelmarin, saya didatangi klien, mahu membuka fail atas kes tuntutan pusaka dan harta sepencarian.Maklumat dan dokumen yang ada diteliti. 


Katanya, "Puan, kalau boleh masa bicara nanti, saya tak nak berjumpa dengan madu saya.".Say tahu pahit bagi dia untuk menerima kenyataan.

"Mana boleh puan, semua pihak kena hadir pada hari bicara, nak tak nak, perlu berjumpa juga, kita tak boleh nak elak juga..."

"Hmm, kalau begitu, saya nak pakai spek hitam la nanti.."..:-P

Kisah 2


Seorang anakguam syariah, datang ke pejabat berkaca mata hitam.Perawakannya seperti artis.Kami membiarkan sahaja.Rupanya di sebalik  spek hitam itu ada lebam di matanya akibat dipukul oleh seorang lelaki bernama suami.

Siapa sangka disebalik kecantikan yang ada, ada cerita disebaliknya.

Kisah 3


Petang saya terperasan seorang klien duduk di kerusi tetamu , berselendang pashmina dan berniqab.Tapi tanpa spek mata hitam.Hmm..ada perbezaan kan?Fikir-fikirkan

Nota Naluri:
Teingat selendang Pashmina di bazaar Kuantan. Sweet.Rasa nak menjenguk ke sana lagi..:-)



Wednesday, September 21, 2011

Mata (Wink WinK)

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Ketika mengunjungi jiran saya yang mengalami sakit kencing manis, berbagai nasihat yang diberikan.Saya pun  turut terkena tempiasnya.Hehe..Katanya " Haa, kalau orang yang pakai spek, elok letak timun kat atas mata, bagi serap haba-haba dari luar.." Saya hanya mampu tersengih aje la dan terasa kepedasannya sebab saya sendiri pun tak pernah meletakkan timun di mata saya.:-P

Timun Cik Aqilah:-)
 

Setakat ini, kalau di bilik air, saya hanya takungkan air di kedua-dua tangan saya, dan bersihkan  atau rendamkan mata.Ada juga orang bagi petua macam tu.

Rupanya setelah di"google", banyak rupanya kelebihan timun selain menyegarkan mata yang asyik menatap monitor komputer, handset, televisyen sepanjang hari yang menjadi sebab kenapa mata kita letih.

Antara senaman-senaman mata yang boleh dibuat adalah seperti di sini, Marhaen Kacak (seorang optometrist) banyak menceritakan tentang kesihatan mata, bagus untuk menjadi panduan kita semua..Antara senaman yang dicadangkan oleh Marhaen, "push up", latihan mengubah fokus, "merry go round", tekup dan urut.

Selamat Mencuba!

"Tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa melainkan air mata taubat"


Tuesday, September 20, 2011

Pagi Yang Tenang

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.



Tenangnya pagi tadi setelah bercuti panjang walaupun hanya tiga hari sahaja.Hujung minggu itu penuh aktiviti, sampai terkejar-kejar rasanya.Dengan aktiviti keluarga, kenduri kahwin , rumah terbuka dan sebagainya. Ikutkan hati, 24jam sehari memang tak cukup, tapi ianya akan bermanfaat jika digunakan sebaik mungkin.

Begitu juga dengan amanah dan tanggungjawab yang diberi.Kadang-kadang tak tercapai dek akal untuk menguruskan seorang diri.Kadang-kadang kita perlukan imbuhan untuk membuatkan kita lebih bersemangat dalam  melaksanakan tugas, supaya kita lebih teruja. Contoh untuk blogger macam kita, siap satu kes, satu entri akan dibuat.hoho..:-P

Dan kadang-kadang kita perlukan sokongan dan senyuman dari insan yang kita sayangi, kerana mereka lebih dekat di hati kita yang sering kita sandarkan pada bahu mereka andai dalam kesusahan dan kecelaruan.

Adakalanya kita juga perlukan kekuatan.Dan kekuatan itu datangnya dari Allah swt.Tiada manusia bisa memberikan kekuatan sebesar itu, dan Allah juga Maha Mengasihani kerana hanya membebankan amanah itu sesuai dengan kesanggupan seseorang itu.

Nota Naluri:
Al Fatihah buat jiran saya yang meninggal pada 18/09/2011.Insha Allah, tahlil akan diadakan pada malam ini.

Thursday, September 15, 2011

CGPA Vs. Attitude

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.




Saya berbual dengan kakak senior saya yang berada di sebuah firma guaman, "Kak, setakat ini pejabat akak nak ambil peguam lagi ke atau nak meramaikan staf ?".

Bekerja di firma guaman, adalah menjadi kebiasaan apabila staf bersilih ganti.Siapa mahukan kerja yang banyak. Apatah lagi kakitangan yang senior seringkali menjadi "pisang goreng panas".Sangat-sangat diperlukan.


Fail yang tidak mahu surut, malahan makin bertambah dan bermain dengan bahasa undang-undang yang panjang tetapi membawa satu makna, "due date" yang harus dikejar bagi mengelak sebarang penalti dan hati kami memang perlu "hati kering" dengan karenah klien dan kes pelbagai peringkat.

Sambil mengeluh, kakak tadi menjawab, "Pejabat akak tak nak ambil peguam dah.Cukup dulu setakat ini..Bukan apa, bukan senang nak mencari graduan yang ada "attitude".Akak tak kisahlah pointer rendah atau apa,kiranya akak tak pandang langsung CGPA yang tinggi melambung tu, yang penting attitude dan kesungguhan .Itu je akak nak.Tapi yang macam itulah yang paling sukar dicari."


Saya seringkali melihat, ada benarnya kata-kata itu.SUKAR.Mencari mereka ikhlas bekerja pun sukar.Mencari mereka yang sentiasa bersungguh pun sukar.Apatah lagi mencari mereka yang akan berterusan menimba ilmu walaupun telah menjadi orang atasan.Umpama ular menyusur di bawah akar.

Dan kami umpama musang yang berjanggut untuk menanti si graduan yang penuh attitude dan kesungguhan bagi menjalankan segala prosedur untuk hak adami.Ameen!Semoga perjuangan kami di bidang ini diberkatiNya.

" Sesungguhnya Allah Swt suka apabila seseorang dari kamu membuat suatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh"



Wednesday, September 14, 2011

Mata Kedua Itu Harus Jujur

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalamualaikum wbt.


Kadang-kadang kita rasa apa kita buat sudah sempurna di mata kita. Tapi hakikatnya kita perlukan "mata kedua" untuk memperbaiki kelemahan kita.

"Mata Kedua" itu pula harus JUJUR.Dan kejujuran ini yang paling sukar dicari kerana seringkali bertelingkah dengan "bermuka-muka".


Bagaimana harus mencari kejujuran itu?Hanya melalui naluri kita dan "attitude" kita. Walaupun kita telah menjumpai mata kedua yang jujur tadi, janganlah diletakkan kepercayaan 100% mutlak.Bukan tidak mahu percaya , bukan tidak yakin, tetapi hanya mengambil langkah berhati-berhati.


 "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang"
-Saidina Ali-

Monday, September 12, 2011

Barakallah: Pak De & Makcik Rah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Pertama kali saya ke Chenor , kampung keluarga suami. Syawal ke-5 menyaksikan satu ikatan pernikahan ibu saudara suami.Barakallah,Sama padan.Semoga bahagia dunia dan akhirat.Insha Allah..


Dan di sini saya belajar mengenali keluarga baru, adik beradik ibu mertua, berbual dengan keluarga suami.

Kenduri ini pula dilakukan secara bergotong royong antara penduduk Kg Bukit Kening, Chenor.Tuan rumah hanya sekadar membantu apa yang perlu.

Dan di sini juga saya menerima ujian sebagai "orang baru".Kata-kata dan usikan mereka, "nak merasa air tangan orang baru pula..".Mahu tak berdebar memasak sebanyak itu dan di dalam kawah.Biasanya hanya memasak untuk keluarga saya sahaja yang masih di dalam bilangan yang kecil.Susah juga nak bajet banyak mana bahan tumisnya jika dalam jumlah yang besar lebih kurang untuk 9-11 keluarga.



 Sepupu dan anak buah bergotong royong membasuh pinggan setelah "diumpan".:-)

Buat Makcik Rah dan suami, semoga berbahagia menempuh alam perkahwinan.Barakallah!


Friday, September 9, 2011

Syafakallah : Semoga Cepat Sembuh!

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalamualaikum wbt.


Musim-musim raya begini, saya banyak menziarahi orang yang sakit, rakan-rakan ibu saya, jiran. Semuanya memberi petua penjagaan kesihatan.Saya pun turut terkena tempiasnya.Saya sendiri juga ralit mendengar makcik pakcik bercerita pengalaman masing-masing ketika ditimpa dugaan Allah.

Saya juga dikhabarkan sebuah kisah, rupanya ada yang lagi susah dan sukar hidupnya.Cukup membuat saya mensyukuri nikmat sihat dan kesenangan yang saya ada sekarang.

Musim-musim raya begini, pemakanan kita juga menjadi "out of control".Faham-faham sahajalah, termasuk saya!Kini saya harus mengawal pemakanan saya kembali:-)

Bak kata jiran saya yang kini menghidapi kanser fibroid, dan suaminya yang dipotong kaki pada paras kandungan gula 17, hospital dan klinik kini umpama hotel.Keluar satu pesakit, masuk dua pesakit.Masya Allah!

Baru-baru ini ibunda saya risau apabila dia mengalami batuk-batuk, lalu saya bawa ke klinik. Tetapi saya pula terjumpa insiden yang lain dan malam tadi, seorang kakitangan pejabat saya mengalami kemalangan, saya dimaklumkan bahwa dia pengsan ketika kejadian.Allahuakbar!

Kepada sahabat-sahabat yang kurang sihat, semoga cepat sembuh!Anggaplah ia satu mujahadah kecil dan kafarah.Sesesungguhnya sakit itu satu peringatan buat kita.

"Apabila kalian mengunjungi orang yang sedang sakit atau mati maka katakanlah yang baik, sesungguhnya malaikat mengaminkan apa yang kalian katakan." 

Nota Naluri:
Risau juga apabila orang-orang tersayang kurang sihat, hanya doa, semangat dan  nasihat yang dapat dititipkan.Syafakallah!

Silaturrahim Aidilfitri 2011

Bismillahirahmanirrahim... 

Assalamualaikum wbt.

"Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim
Tiada tali pintu yang paling kukuh selain pintu hati
Tiada hutan yang paling berat selain hutang budi
Tiada pemberian yang paling berharga selain kemaafan"

SALAM AIDILFITRI.

Antara SMS yang diterima pada malam raya, dari rakan sekolah menengah saya, Suhaida.Begitu bermakna.




Aidilfitri ini berbeza kerana pertama kali ibunda saya beraya bersama menantu, adik-adik saya beraya dengan abang ipar baru, dan aidilfitri pertama saya sebagai isteri.Aduh rasa macam bermimpi lagi.Tak siapa menyangka Hayati Aidilfitri 2010 merupakan kali terakhir saya beraya sebagai status "single".

Keluarga kami kurang gemar beraya dengan pakaian sedondon.Kata mereka, bosanlah tengok gambar tanpa warna warni.Ada-ada aje.Ataupun kami sendiri yang dah bosan kerana ketika kecil dahulu seringkali berpakaian sedondon.Apa-apa pun inilah gaya raya kami.Warna warni Aidilfitri dan ala kadar.

TAHLIL & AL- FATIHAH BUAT MEREKA YANG TELAH PERGI



Alhamdulilah, jika tahun lepas Pak Su Tar yang mengetuai tahlil kami, tahun ini giliran suami saya pula untuk mengetuai tahlil.Jika dia diuji untuk mengetuai tahlil sebagai menantu lelaki baru, apa pula ujian saya sebagai menantu perempuan baru di kampungnya pula ye..Ehem..Perlu bersiap sedia mental dan fizikal.:-)

TIADA TALI YANG PALING ERAT SELAIN DARI SILATURRAHIM

Keluarga Mak Enon & Pakcik Bawi (sepupu ibunda)

Pak de , Mak De, Aishah & Maryam 

Yang ini semuanya masih belajar kecuali Pn Ika yang berbaju krim:-P


Eh, yang ni pun berposing sakan?Musykil2..:-P

Aishah & Tok Su , Tok Som & Ayah Ri dari jendela rumah :-)

Ceria sebab perut dah kenyang di Felda Rentam, Purun.



Akhir kata, selamat hari raya dan jangan lupa ambil fadhilat puasa enam yerk:-)

"Andai ada terlanjur bahasa dan jika ruang masih ada, kemaafan jualah yang dipinta."

Nota Naluri:
Raya kali ini saya banyak belajar mengenai tips kesihatan dari mereka yang berpengalaman. Alhamdulillah dapat ilmu baru, nanti kita kongsikan ye walaupun saya ini bukanlah doktor:-P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...