Friday, August 26, 2011

Misi Irtihal di Penghujung Ramadhan

Bismillahirahmanirahim.. 

Assalamualaikum wbt.
 


Kesibukan itu sentiasa ada.Termasuk saya.Meja pun dah tak terurus.Huhu.Sebab tu sempat nak update blog kesayangan ni.Tapi ada misi yang perlu saya selesaikan.Saya terpaksa tinggalkan meja yang bersepah ini.Cuma separuh hari sahaja.Jom tengok ke mana kaki saya melangkah..:-)


Eh, batu nisan?Hmm..Mengingati kematian di penghujung bulan Ramadhan.



Baru-baru ini saya ke sini, untuk mengambil tempahan.Sekian lama mencari masa, akhirnya masa di Bulan Ramadhan juga yang terpilih bagi menggantikan batu nisan arwah abah.Tujuan, mudah untuk mengenal pasti kuburnya memandangkan ahli kubur di kawasan itu makin bertambah.

Dengar cerita dari penduduk kampung di situ, tiada kawasan kosong lagi untuk mengebumikan mana-mana jenazah dan mereka mengambil alternatif mencari kawasan lain jika berlaku kematian.


Yang ini dipanggil "dapur".Tapi tak payah pakai pun tak ape..


























Mati itu Pasti.
.Batu nisan.hanya menanti orang mengambilnya. Alhamdulilah, misi pertama selesai, Insha Allah akan ada misi kedua pula menyusul.Hanya menanti ahli keluarga lelaki pula.Tenaga wanita tidak mencukupi untuk aktiviti yang berikutnya.


"Ya Allah, Kau akhirilah kehidupan kami dengan khusnul khatimah dan sentiasa mengingatiMu"












Thursday, August 25, 2011

Ramadhan Is Almost Over



 Sedihnya. Ramadhan bakal berakhir.Lailatul Qadr?Isk Isk..Buat hati saya bertambah sedih.Di Kuantan ni sebenarnya sudah hampir dua malam, hujan turun dengan lebat, membuatkan tidur saya bertambah lena, dan "mati". 

Tapi malam tadi, tiada hujan, cuma saya sempat dititipkan pesanan oleh sahabat saya, malam ke-25, lebihkan berjaga malam..Hmm..Wallahualam.Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Teringat juga pesanan sepupu saya, bila nak berakhir Ramadhan ni, macam-macam dugaan dan halangan akan datang untuk menguji kekuatan kita mengejar 1000 malam.Contohnya, kurang semangat nak berterawih,"marathon" ayat-ayat cinta sudah mula berkurangan, sakit perut dan macam-macam lagilah jika direnungkan sejenak.Cuba kawan-kawan cari, pasti ada "halangan-halangan" yang kecil kan?

Tapi pagi ini,di daerah ini, cuaca pun redup, matahari tidak menunjukkan sinarnya, tiada bunyi burung berkicauan pada awal pagi seperti biasa.Hmm..mungkinkah?Sebab malam tadi tidur saya kurang lena, perkara yang jarang berlaku.Sudah berapa malam, tidur saya tidak terurus, dengan lampu terpasang, tanpa berbantal, tanpa berselimut.Kenalah berleter dengan ibunda tercinta.Bila bangun pagi nak bersahur, nampaklah sejadah ibunda di luar, solat malam agaknya.T.T.

Sekejapnya  Ramadhan itu berlalu..

Nota : Pagi tadi macam terlupa sesuatu aje...T.T

Thursday, August 18, 2011

Next Phase:Bring Quran Everywhere



Bawalah Al Quran itu dimana-mana, kerana ia pegangan kita.
Bacalah Quran itu sentiasa, supaya lidah kita tidak keras dalam mengalunkan kalimah-kalimah cintaNya.
Fahamilah bicara ayat Al Quran itu setakat yang termampu, maka kamu akan dapat menghayati bait-bait cintaNya dalam mengamalkan perintahNya dan menjauhi laranganNya.Insha Allah..!


17hb Ramadhan:Cintakan Al-Quran




Pejam celik pejam celik, kita dah melepasi 17hb Ramadhan, Nuzul Quran, bahkan melalui fasa  ke-2 Ramadhan iaitu fasa pengampunan. Masjid, surau sudah agak lengang  sedkit demi sedikit.Yang ada di masjid hanya warga emas.Malunya kita sebagai anak muda yang belum tentu umurnya panjang atau tidak.Perjuangan Ramadhan ini belum berakhir kawan

Teringat akan perbincangan dengan sepupu saya, bila masuk ke fasa kedua, hati mula keberatan untuk terus berjuang, ada sahaja alasan yang dicipta dan halangan untuk meneruskan ibadah, menambahkan amal, memperbanyakkan sedekah.Saya juga masih berjuang!

Malam ini kita melepasi Nuzul Quran, dan tiba-tiba mata saya membaca tafsiran ayat-ayat dari Surah Yusuf;

"Alif, Lam, Ra. Inilah ayat-ayat daripada kitab (al-Qur’an) yang jelas nyata." 

"Sesungguhnya Kami (Allah) turunkannya, (sebagai) al-Qur’an berbahasa Arab, supaya kamu memikirkannya."

"Kami  (Allah)  ceritakan  kepada  engkau  sebaik-baik  kisah  daripada  apa  yang  Kami  (Allah)   diwahyukan  kepada engkau dalam al-Qur’an ini, walaupun engkau sebelumnya termasuk orang yang lalai (tidak mengetahui mengenainya)"

~Surah Yusof:1-3~

Subhanallah!Itu adalah antara jawapan Nuzul Quran pada malam ini untuk saya yang naif ini. Percayalah jawapan itu ada di mana-mana.Hidayah Allah itu juga berada di mana-mana!





Wednesday, August 17, 2011

Bayam Atau Kangkung?


Hmm..macam mana nak mulakan cerita hari ini.Temanya hargai seorang ibu, isteri atau wanita.Eh bukan mahu jadi feminism, tetapi dalam satu hari, saya nampak situasi ini sering berlaku, tapi kebanyakan mungkin ambil remeh sahaja.Ye lah, perkara yang simple kan?Siapa yang nak fikirkan, siapa yang nak ambil tahu? Betul tak?

Eh, ada idea tak?


Sering melihat rakan rakan sepejabat saya yang bergelar isteri, ibu ini memerah idea, mengkreatifkan diri mencuba masakan baru.Macam-macam idea yang mereka kongsikan sesama mereka.

"Eh, hari ni nak masak apa yerk?" 

"tak ada idea lah nak masak apa, asyik benda yang sama je, sekali sekala nak tukar selera jugak.."

Kadang-kadang mereka meng"google" resepi yang ingin dimasak ada hari tersebut.Kena curi waktu sedikit waktu kerja.Huhu.Nak buat macam mana, dah jadi tanggungjawab kan?:-)

Bukan senang tau nak cari masakan yang sesuai dengan selera keluarga.

Bayam atau kangkung?


Lokasi, pasar. Saya dan emak memilih barang-barang basah yang hendak dimasak.Kami juga keliru nak pilih, 

"Bayam ke kangkung ?"

"Nak ikan apa yek,kembung ke selar kuning.Nak masak apa kalau beli ikan ni?"

Dialog yang biasa tapi matlamat hanya satu, mengisi perut isi rumah, memastikan semuanya boleh makan apa yang dimasak.Kadang-kadang saya sering ternampak emak berfikir panjang sebelum memilih ikan, sehinggakan penjual bertanya, 

"Nak ikan apa kak?"

Rupanya mak saya juga termenung panjang, kalau beli ikan, ada ke yang tak makan, nak masak apa ikan ni?Fuh, macam-macam rupanya yang berlegar di serebrumnya.Kalau saya, pilih je ikan mana-mana, hehe, janji segar dan tahan seminggu..!Hehe

Tak tahu nak masak apa la pulak

Oh rupanya bukan mak saya sorang je yang "termenung panjang" sebelum membeli, tapi sedang saya tengah memilih bayam atau kangkung tadi, bersebelahan saya ada seorang wanita, hanya melihat dan diam. Dan saya terdengar suaranya. 

"Nak masak apa yerk, isy tak tahu nak masak apa la pulak.."


Saya pula hanya tersenyum memandangnya, dan riak wajahnya masih keliru dan susah hati nak masak apa.Wah susahnya nak jadi tukang masak kan?

Akhirnya, kakak tadi mencapai beberapa biji terung, dan berkata, 

"Masak pajeri terung je la..". 

Alih-alih saya pulak yang lega mendengarnya.:-)Sedap juga pajeri terung tu kan?Saya pun dapat idea baru jugak:-)

"Ya Allah, jadikan aku wanita yang solehah, yang baik di antara yang terbaik dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari Mu"

Nota: Selera makan tinggi walaupun tangan kanan tercedera sedikit.:-)



::Wordless Wednesday::

Monday, August 15, 2011

Seronoknya Dapat "Goodie Bag" Raya!




Alhamdulilah, hari ni bos bagi hamper raya!Terima kasih bos, hilang penat berpuasa hari ni, cewah.Hanya mampu tersenyum aje la kan? Dalam beg yang cantik lagi, coklat, warna kematangan.



Ada empat jenis kerepek dan tat.


 Eh camna boleh ada kad raya ni? Oh kad raya tu , Cikda yang bagi.Terkejut juga, sudah dewasa begini dapat kad raya dari teman baik blogger. terasa kemeriahannya berganda.Seronok! Terima kasih banyak-banyak Cikda. Keep in touch always.Ukhwah Filah takkan goyah.:-)



Tulisan tangan dari Cikda.Sweet!Apalagi jom Ramai-ramai ke blog Cikda, ON STAGE..:-)


"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
-Saidina Ali-


Rindu Nostalgia Jeruk Maman


Setiap kali Ramadhan, antara makanan yang seringkali mengundang nostalgia saya, JERUK MAMAN. kalau pergi ke pasar, biasanya dibungkus macam ni.

dari google images:-)
Orang kata, kalau-kalau bulan puasa ni, jeruk maman ni pembuka selera waktu bersahur , waktu kita tengah mamai-mamai. Memang kena la, bolehlah dianggap sebagai pengganti ikan kering yang digoreng panas tu.Fuh!

Arwah Tokmek saya suka jerukkan jeruk ni dengan nasi dan garam.Arwah abah pun suka jeruk maman ni. Sebab tu saya kata makanan ni mengundang nostalgia kami dulu-dulu. Jadi , makan sahaja dengan nasi sekadar ulaman je.Tapi pertama kali saya lihat ibu mertua jerukkan daun maman ni dengan asam keping, dan dihidang dengan potongan cili api, bawang dan kelapa, macam kerabu.Tapi rasa daun maman tu tetap terasa.:-)

Nostalgia Jeruk Maman dari Blue Riders
 Masa bawa jeruk maman air tangan ibu mertua  ke rumah sendiri, nampak adik saya mengambil jeruk maman, sebelum ni tak pernah nampak dia makan jeruk maman tu.Tanya dia, "eh, minat ek jeruk maman ni?" dia jawab, "Entah, bau daun ni wangi cam daun inai, adik ambillah". Dia memang suka bau inai..Huhu..

Tengah kami menjamu selera tadi, si adik bongsu ni tiba -tiba berkata pada kami sekeluarga, "Doakan Din selamat"..

Risau juga tetiba je dia merepek bukan-bukan, bila ditanya, rupanya dia tergigit cili api, berpeluh muka-mukanya dari dahi ke bawah. Oh rupanya selamat dari kepedasan.Kami sekeluarga memang tak makan pedas.Kalau makan pedas macam tu la jadinya.Bergelas-gelas air, berpeluh-peluh:-)

Zauji suka ikan kering, saya suka jeruk maman:-)

Jeruk maman memang satu nostalgia!

Nota: 
Sambil "google" jeruk maman tadi, ada pula ye rendang maman untuk hidangan raya dicicah dengan lemang.Best ke?

Thursday, August 11, 2011

"Signal" Hidup



Teguran itu satu signal.
Dugaan yang mendatang itu juga satu signal.
Supaya kita tidak tenggelam dengan segala pujian.
Supaya kita tidak dikelilingi riak dan ujub.

Hidup ini juga umpama roda.
Tak semestinya kita akan sentiasa di atas.
Kadang-kadang harus duduk di bawah.
Supaya rendah diri dan tawaduk itu sentiasa ada.

"The person I like most is the one who points out my defects" 
~Saidina Umar r.a~


Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Allah s.w.t Sayangkan Orang Yang Baik



Petang Ramadhan,selepas Asar, seperti biasa saya membantu emak di dapur. Sambil berborak dengan emak,saya mengupas kentang, memotong ayam untuk bubur memandangkan tak lalu nak menelan nasi.Huhu dan saya MC hari ni.

Seloroh emak: " Dah berapa minggu dah akak tak sihat ni, Asal Isnin Selasa , demam. Demam rindu la tu! Khamis, Jumaat segar balik..Aisy. Pelik betul budak-budak ni "

Terkena lagi saya kat situ.." Mana ada, perubahan cuaca ni, akak pun terkena la tempiasnya.."

Sambung mak lagi, "Takdelah, mak gurau je, Allah saja nak uji orang yang baik-baik, orang baik-baik macam akak ni mana boleh buat salah, Allah sayang orang yang baik-baik, sebab tu Dia bagi sakit nak hapuskan kesalahan-kesalahan yang akak buat tu walaupun salah tu kecil je.."

Terharu saya mendengarnya, kata-kata dari emak sentiasa menyentuh hati.Sayang mak!



Iftar di De Rhu Beach Resort

Khamis lepas, mungkin saya berpeluang beriftar di Dhe Rhu Beach Resort, Kuantan bersama rakan-rakan sepejabat.Alhamdulilah!Rupanya dah empat tahun saya berkhidmat di situ.Tapi kali ini saya hanya berpeluang membawa emak dan adik-adik saya sahaja.Kalau ada zauji kat sini, mesti terasa kemeriahannya dan perbezaannya kan.:-)

De Rhu ini menyediakan menu istimewa Nasi Beriani Morocco dan 150 jenis menu makanan yang lain.Tapi saya makan sikit je, takut tersandar nanti, mulalah tak larat nak berterawih hehe.Perlu berpada-pada kan?

Jom tengok apa yang saya sempat snap...

Sate 

Teh Morocco.Sedap!

Dessert dan buah.

Yang lain tak sempat ambil dah, sebab gambar yang ini diambil sebelum azan berkumandang.Gambar kurma pun tak sempat nak ambil.

Nota: 
Hari ni hanya berbuka dengan bubur nasi dan coklat panas sahaja kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.



Thursday, August 4, 2011

Berimamkan Imam Palestin & Blackout!



Balik dari terawih malam ke empat, saya nampak anak bulan yang terang dan jelas, ditambah dengan bahang kepanasan, bintang-bintang pun jelas kelihatan, tetapi siapa tahu pada hari ini rupanya ada dua penduduk tempatan di kawasan kami menyambut seruan Ilahi.Innallilah!

Agaknya panas malam-malam ramadhan mengkiaskan betapa "panas"nya dosa kita yang ada, termasuk kisah ini, huhu..Itu baru satu cerita, belum saya ceritakan lagi kisah kantoi puasa yang lain.T.T Sedih melihat keadaan umat akhir zaman.



Malam ini juga kami berimamkan tetamu khas dari Palestin, suaranya mengalunkan ayat-ayat cinta penuh dengan seruan jihad, berbeza dengan imam cilik yang menyentuh perasaan sebelum ini. Kadang-kadang terdengar mikrofonnya berbunyi nyaring, tetapi si imam Palestin ini, terus melawan arus gangguan mikrofon dan suaranya lebih lantang kedengaran tanpa mikrofon.Allahu Akbar!

Imam ini juga menyampaikan pesan, hargailah Lailatulqadar , kerana ianya tidak terdapat pada umat yang terdahulu.Hargailah rezeki yang ada, kerana rakyat Palestin tidak bersahur dan tiada makanan yang mencukupi.Syukuri apa yang ada, kerana di sini jenazah kamu terurus, tidak seperti rakyat Palestin, mayat mereka bergelimpangan di sana sini dan tidak dapat dikebumikan atas faktor keselamatan.

Dan blackout pada malam ini (ketika saya menaip, bekalan api kembali pulih, Alhamdulillah!) membuatkan saya terfikir,kerana hanya blackout yang sekejap itu membuat kami kerimasan  dan buntu sebentar.Teringat pula pesanan Imam tadi. Harus syukur walaupun panasnya hanya sebentar cuma, bukanlah melenting menyalahkan TNB yerk..(hehe) kerana kita masih dapat melihat sinar bulan yang terang walaupun blackout bukannya cahaya letupan bom seperti di negara-negara yang berperang.:-)

Nota: Teringat memori terawih di IIUM SAS Mosque, masjid ini sentiasa "hidup" di malam hari.:-)

"Thank Allah For What You Have, Trust Allah For What You Need"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...