Thursday, May 30, 2013

Satu Ciuman di Pipi...

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Aina yang mamai, baru bangun tidur
Ada satu malam, Aina susah nak tidur, masih mahu bermain lagi, biasanya 10.30-11.00 malam dah dilatih untuk masuk tidur.Maka abinya tutup langsir, lampu dan pintu.Means, nak tak nak Aina kena tidur.

Habit dia bila lampu dan pintu ditutup, langsir ditarik, dia akan mengiring terus arah uminya.dan bersedia nak tidur.Ok kita peluk-peluk dan tidur ye Aina,Tetapi sekejap sahaja dia aman macam tu. Maka saya pun tidur "olok-olok" dengan harapan dia akan tidur sama-sama.

Dalam saya tidur olok-olok dan memerhatikan dia, Aina datang tepi kepala saya..dan perlahan-perlahan sekali datangnya dan dia cium lembut di pipi dan dahi saya!Rasa sebak pula di tengah malam begitu.Terus saya peluk dan cium dia sepuas hati,Apa lagi gelak ketawa dua beranak keluar lagi di tengah malam..Hoho...

Lama kemudian baru saya teringat, setiap kali Aina tidur, saya memang suka cium dia, abinya suka cium Aina bila masuk tidur.Mungkin minda tak sedar kanak-kanak dapat merakam perbuatan ibu bapanya dan dia mengikut amalan tersebut.

Jadi betullah, jika memasang audio surah surah ketika bayi tidur, maka mindanya akan merakam apa yang berlaku di sekeliling kan?Sebab itu memperdengarkan audio surah-surah dari Al Quran adalah antara kaedah berkesan untuk melatih mereka mengenal Al Quran dari kecil.

Hmm..nampak tak kiasannya di situ?

Habit + minda tak sedar = perkembangan minda yang cemerlang..

"Mendidik anak cintakan Al Quran.."

Nota Naluri:
Minda tak sedar itu penting.Nak baca details, baca buku ini , Membina Imaginasi Cemerlang. Buku ini banyak mengubah saya.:-)


Wednesday, May 29, 2013

Relaksasi Lagu-Lagu Selawat

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

[kredit]
Berselawat.Cintakan Rasul.Amalan Sunnah Rasullulah s.a.w. Bukan sekadar mengalunkan selawat bila tiba Maulidur Rasul, bukan sekadar berselawat ketika mahu berarak.Bahkan sepatutnya menjadi amalan harian kita, tanda sayangkan kekasih Allah swt yang satu ini, Nabi Muhammad s.a.w.

Kalau datangnya penyakit lupa kita, maka berselawatlah.Kerana itulah yang dapat menenangkan kita buat seketika.Jangan lupa istighfar selalu pada Allah yang Maha Esa.

Kalau ada mendenagr orang menyebut perkataan Rasullullah, maka sambutlah ia dengan selawat.

Jangan pernah kedekut dengan berselawat ke atas junjungan Nabi s.a.w.

Antara kelebihan berselawat;


"Barangsiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah berselawat sepuluh kali ke atasnya"
-Hadith Riwayat Muslim-

Sambil memandu, buat kerja boleh lah layan album selawat relaksasi UNIC dan Mesut Kurtis.Love this album, mampu menghilangkan lelah bekerja seharian.

Best!tenang sangat..
Selawat Relaksasi terdiri daripada pelbagai jenis selawat yang digubah untuk memberi elemen meditasi ketenangan.

[kredit]
Jadi saya sarankan album dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi saw...

Nota Naluri:
Fuh, meja penuh kembali, sesak tapi tetap terus dengan meditasi selawat..;-)

Tuesday, May 28, 2013

Hantu @ Ulat Buku Big Bad Wolf!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt.

Pilih jangan takk pilih
Kami suami isteri ni hantu buku, kalau ada pameran memang mencari masa untuk pergi membeli satu dua buah buku pun jadilah.Keluarga saya, pun, emak, adik-adik pun semua hantu buku.Sebab arwah abah dah didik kami dengan budaya sukakan buku ataupun budaya membaca

Ketika kami adik beradik pandai membaca, mesti arwah abah ada membawa buah tangan untuk anak-anaknya, buku!Tak kisahlah buku apa pun, janji dapat baca.Cuti sekolah pun berkubang dengan buku.Teringat pula koleksi buku-buku sirah nabi dan khalifah.

Jadi Big Bad Wolf Di SASICC Hotel Zenith, Kuantan yang berlangsung baru-baru ini, membuka peluang kami.Kami difahamkan banyak terbitan-terbitan antarabangsa.Ingatkan mahu mencari buku kraf ataupun motivasi.Tetapi tak berjumpa dengan pilihan hati saya.Suami pula mahu cari bahan untuk kajiannya.

Ok dah selesai beli buku.Nak balik dah..
Aina, kami bawa guna baby carrier, abinya yang kendong.Maklumlah tempat sesak.Senang nak menyelit dan bergerak bebas.Suka sangat baby carrier, tapi pastikan selepas satu jam, kena keluarkan balik untuk tujuan kesihatan anak-anak. Kemudian baru letak balik dalam baby carrier tu.

Akhirnya target cari buku pendidikan untuk Aina, nak beli buku aktiviti, tak sesuai lagi untuk umurnya kan, kalau tak mahu juga ambil 10 buah, sebab murah.Jadi cari buku Aina yang warna warni, tidak mudah terkoyak, yang penting isinya.Sebab perlu ditapis juga, ada isi kandungan yang berunsurkan bukan agama Islam , jadi tak sesuai kan?Memang kena hati-hati.

Tiga buah buku, semuanya berwarna warni tujuan untuk mencerdaskan minda.In sha Allah.Cukuplah tiga buah buku ni.:-) Yang lain, nak kumpul koleksi buku-buku yang lain pula macam Muqaddam bergambar. :-P

"Bacalah dengan nama Tuhan Mu yang menciptakan"


Monday, May 27, 2013

Strategi & Kepentingan Jadual Harian

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Tidak dapat dinafikan, bila perubahan status dari pelajar, pelatih, bekerja, berkahwin dan ada anak, semuanya memerlukan komitmen.Bertambah status, bertambah komitmen, bertambah tanggungjawab dan masa yang makin semput untuk uruskan diri sendiri.Itu pun belum sampai tahap belajar sambil bekerja lagi.

Destinasi utama awal semester hingga sebelum final exam! [kredit]

Ok sewaktu bergelar belajar, apatah lagi pelajar jurusan undang-undang, yang sering dikenali sebagai "muka library".Ya, hampir setiap hari berkunjung ke perpustakaan.Awal awal semester, walaupun tidak sesibuk mana dan tanpa "assignment", saya mula merancang strategi keseluruhan silibus subjek sepanjang semester. mencari rujukan buku, kes dan contoh soalan peperiksaan akhir tahun.Sebab saya tahu saya bukan pelajar pintar maka saya kena rancang strategi mengikut kemampuan saya.Sekurang-kurangnya saya tidak akan rasa kecewa dengan usaha yang saya ada.

Itu tentang strategi semasa bergelar pelajar.

Strategi uruskan masa dan diri sendiri.Dah lama rasanya tak buat jadual aktiviti harian.Pernah tak tengok jadual harian macam ni?(Rasanya, perlu ada jadual praktikal untuk wanita bekerjaya pula.huhu)

Contoh jadual harian. pelajar hafiz
Ok.Mungkin ada yang kata. "bukan kita ikut pun jadual tu pun, mesti ada yang skip punya lah"

Jawapan saya, memang kita akan ter "skip" jadual tu, malah ada aktiviti dalam jadual itu kita tak ikut langsung, tapi bila adanya jadual aktiviti harian, kita akan tahu ke mana perginya masa.Atau kita telah menggunakan masa yang sebaiknya atau sebaliknya.Jadual itu adalah "guideline" kita dalam menguruskan masa.

Tapi, persoalannya, jika kita ada kerja lebih dan tak sempat nak dibuat dan dilaksanakan, macam mana pula yek?Pendapat saya, kita perlu "ganti" masa tersebut, contohnya tidur lambat dari jadual biasa kita.Jika biasanya tidur pukul 12tgh malam, lanjutkan ke satu jam, maknanya tidur pukul 1 pagi, sebab itu adalah ganti rugi buat masa yang hilang tadi!Ataupun bangun seawal empat pagi untuk membuat tugasan kita.

Lagi satu sistem countdown di planner, untuk aim berapa hari lagi ke "event day/klimaks".Kenapa penting, supaya kita peka dengan masa, dan  tugasan yang masih belum siap.Diari pun boleh guna, tapi saya guna cara kalendar/planner dan highlight countdown tu, supaya saya tak leka.Maklumlah saya ni jenis cepat teralit.Jadi itu adalah cara saya mengatasi kelemahan saya ketika itu.Contoh countdown tu macam ni.

credit to google -countdown calendar
Ruang kosong di dalam kotak , saya tuliskan countdown dengan highlight (pink, biru, hijau) yang penting nampak nombor countdown tu.

Serius, ia berkesan untuk saya ketika belajar dahulu.Sekarang saya nak cuba praktikkan dalam status saya, sebagai wanita bekerjaya punya komitmen  kepada suami, anak dan ibunda tercinta.

In Sha Allah, nanti saya kongsikan ye, supaya hidup kita akan lebih teratur

Nota Naluri:
Tengah serabut uruskan masa dan kehendak diri huhu..Akan aktif kembali ke mahkamah, aktiviti peribadi dan keluarga selepas ini.
 

Thursday, May 23, 2013

DIY:Laminate Flash Card

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Kali ni tutorial laminate flash card sendiri.Oleh sebab kertas flash card asyik berkeronyot, mungkin inilah penyelesaiannya.Laminate.

Pertama sekali, boleh beli laminating filem. Contoh seperti di atas.Hantar ke kedai untuk laminate pun boleh.Kalau ada mesin laminate lagi bagus.

Laminating filem ni ada macam-macam saiz.Terpulang pada kita nak pakai saiz yang mana satu.Saya pilih 111 x 154 mm, sesuai dengan flash card yang saya ambil di sini.Ada 100 keping dalam ni.In sha Allah cukup untuk saya buat flash card huruf hijaiyah baris depan, bawah dan hadapan.Tapi setakat ini baris atas dulu.Step by step.



Ok.Macam biasa letakkan flash card di celahan laminating filem tadi. Alaskan dengan kain, tuala nipis atau seumpamanya sebab kita tak nak seterika langsung atas laminating filem tadi, nanti lembik kena panas seterika, jadi lapikkan macam bawah ni, tutup flash card tu, kemudian gosok dengan seterika yang dipasang pada aras "cotton" sahaja.


Kemudian ulang langkah  yang sama ke atas semua flash card tadi, sehingga semua laminating filem tadi sekata.


Ok.Dah siap.Jadi boleh buat sesi dengan anak belajar huruf fathah hijaiyah.

Semoga Allah berkati usaha kami.Amin!

Wednesday, May 22, 2013

Didik Makna Al Fatihah Pada Anak

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah.
Ini lagu Aina dan uminya..sambil main-main.Seronok sangat dia dengar. Harap-harap dia akan menghayati maksud surah Al Fatihah.Saya yang menyanyikan lagu ni, tetiba terasa sebak pada bahagian "Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan" . Allahu Akbar!

Ha, sebut Allahu akbar, Aina dah pandai bunyikan Allahu Akbar.Maknanya takdelah sebiji percakapannya tapi ada bunyinya.Maklumlah uminya nak lepas nafas je Allahu Akbar!Terasa penat je, sebut Allahu Akbar! Nenek  dan abi Aina pun ada dengar, agak jelas sebutannya.Allahu Akbar!

Oklah..Saja nak kongsikan lagu ni, bolehla buat dodoi anak sambil main-main dengan dia.Dengar yek kawan-kawan..hehe:-P


Segala puji bagi Allah.
Tuhan semesta Alam
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya KepadaMu, Kami Mohon Pertolongan
Hanya KepadaMu , kami menyembah
Tunjuki Kami Jalan Yang Lurus
Jalan orang-orang yang Engkau Kurniakan Nikmat Kepada Mereka
Bukan jalan mereka yang dimurkai
Dan Bukan pula jalan mereka yang sesat...
Amin! 

Monday, May 20, 2013

Nanti, Bila Dah.....

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sebagai satu perkongsian.


nanti,
bila dah ada suami,
jangan lupa keluarga.

nanti,
bila dah ada suami,
jangan lupa adik-adik.
nanti bila dah ada suami,
jangan buang ibu dan ayah.

nanti,
bila dah bahagia,
jangan lupakan ayah dan bonda.

jangan lupa,
walau taatmu pada suami,
sebahagian ‘saham’ syurgamu masih ada pada ibu.

jangan bangga,
walau kini kau bahagia pada suami,

kau dulu,
bergantung harap pada ayah dan ibu.
walau bagaimana layanan mereka kepadamu,

jangan lupa,
tanpa mereka,
kau mungkin tak akan ada.

ya,
bila sudah bahagia nanti,
jangan kau buang ayah dan ibumu,
cinta mu pada lelaki,
jangan sampai membuatmu menderhakai, apatah lagi melukai hati mereka. ”


Thursday, May 16, 2013

Salasilah Keluarga & Islamic Probate a.k.a Faraid

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Masa belajar dahulu, subjek ini dikenali sebagai Probate @ Succession of Islamic Law.Bagi saya yang tak suka matematik dan tak pandai matematik, subjek ini adalah paling berat untuk saya.Tapi tak sangka dalam kebencian pada subjek matematik, saya mampu dapat A+ untuk subjek ni.Formulanya adalah latihan mengira dan membiasakan diri dengan fakta kes dan berjaga malam sepanjang hari sehingga jawab peperiksan akhir semester.Alhamdulilah.Mungkin Allah bagi dapat keputusan sebegitu kerana saya aktif mengendalikan kes faraidh sehingga kini.Itulah hikmahnya.:-)
 


Jadual di atas ni adalah panduan ringkas pembahagian faraidh dalam kes asas.Penting untuk dingat jika dalam keluarga tersebut ada anak lelaki, maka hak-hak waris lain seperti cucu lelaki, anak saudara (maknanya keturunan yang dibawahnya dan sejajar dengannya) tidak dapat hak faraid.

Permohonan Faraid boleh dibuat di Mahkamah Syariah ataupun  JKPTG (Jabatan Pengarah Tanah Dan Galian)mengikut nilai harta yang dimiliki. Namun perlu diingat, ahli keluarga hendaklah menyenaraipendekkan terlebih dahulu salasilah kepada keluarga untuk menentukan hubungan waris dan si mati untuk kadar pembahagian harta.Silap salasilah, silap pembahagian, dikhuatiri akan mengambil harta yang tidak hak.

Kemudian, salinan sijil kematian, sijil antara si mati dan pasangan, dan kad pengenalan waris-waris perlu disimpan setempat bagi memudahkan urusan.

Bila dah tahu salasilah keluarga,bolehlah kita buat  pengiraan secara umum mengikut jadual di atas ataupun lebih mudah menggunakan aplikasi pengiraan faraid seperti di sini

Ok itu sahaja nota ringkas dan asas untuk faraid hari ini.Keperluan untuk setiap keluarga mengetahui salasilah keluarga adalah sangat penting bagi mengelakkan kes makan harta anak yatim.Emm, bahaya tu..

Wallahualam.

Nota Naluri:
Pernah dituduh klien sebagai "pembongkar waris"..Tetiba teringat cerita penyiasatan bersiri Detective Conan..:-P


Wednesday, May 15, 2013

Buku S.M.I.L.E

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


SMILE adalah untuk Skil-Motivasi -Inspirasi-Luar Biasa-Elegan adalah karya bersama Irma Hasmie dan Zamri Bin Mohamad.Alhamdulilah,dah  pun menghabiskan buku ni. Nasib baik tak tebal mana, bolehlah dalam sehari habiskan sambil melayan-layan keletah Aina.

Kandungan buku ini  merupakan kisah-kisah santai , inspirasi yang terpilih oleh Irma.Tajuk-tajuknya menarik.Dan saya juga teringat buku cerita yang selalu saya baca waktu di sekolah rendah yang berbentuk cerpen dan ada pengajaran di hujungnya






Buku ni sebenarnya adalah hadiah Naib Johan Pertandingan Bercerita Bahasa Arab adik saya yang bongsu ni.Tak sangka dia berminat nak masuk pertandingan di kolejnya (Kolej Islam Pahang).Semoga berjaya selalu.Untung-untung boleh jadi MPP nanti, dan akak akan doakan yang terbaik untuk Zudin.


Tengok tajuknya "Meraikan Jemaah Syurga" pun dah cukup menggambarkan visi buku ini, satu motivasi untuk memperbaiki diri .Ilustrasi Gambar Irma pegang buku tu pun dah cukup menarik minat untuk terus membaca buku ni.Bahasa buku mudah difahami dan sesuai untuk semua golongan.


Yang Istimewanya, buku ini ada Nota Irma (eh, macam Nota Naluri je,:-P).Nota ini adalah catatan, pengajaran darinya mengenai kisah yang diceritakan sebelum ini.Bukan itu sahaja ada pelan tindakan susulan dan contoh lagi.Maknanya tak adalah kita membaca sampai habis, kemudian hilang begitu sahaja, tetapi ia boleh dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita.

Ok.Siapa yang berminat boleh cari di kedai buku ye,Harga tak perasan la pula, sebab buku ini hadiah adik.

Nota Naluri:
Masih menyimpan angan-angan Mat Jenin untuk ada buku terbitan sendiri, tapi tak tahu genre apa..huhu..Zauji sarankan Motivasi Islam, Isu Hartanah...Tengoklah nanti..:-)

Tuesday, May 14, 2013

Ujian Tanda Kesyukuran

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Panasnya demam itu umpama bahang api neraka yang paling kecil.Sebab itu penawarnya air.Kiasnya umpama air itu memadamkan bahang api tersebut.Dan sebab itulah sakit itu menggugurkan dosa.Tetapi ini hanyalah satu  perumpamaan untuk memahami konsep sakit itu penghapus dosa.Wallahualam

Hikmah berpuasa itu sendiri pula untuk merehatkan proses penghadaman yang selam ini telah berkerja keras untuk sistem tubuh badan.Dalam setahun ada dua belas bulan, didatangkan Ramadhan pula hanya sebulan untuk berpuasa, Rejab dan Syaaban juga sebagai training untuk menuju ke Ramadhan, begitu puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.Rahmat Allah swt, tidak terhitung dan terbalas oleh kita.

Bukan itu sahaja, sekecil-kecil ujian macam jari tersepit (eh?), juga satu peringatan.Sebab saya teringat kan pada anakguam yang jarinya tidak cukup lima ketika menandatangani perjanjian, ada juga tangan yang langsung tidak boleh bergerak, hanya mampu letak cop ibu jari sahaja.Ralit juga saya pandang..Insaf! dan syukur kerana masih mempunyai tangan yang cukup sempurna sifatnya.Tetapi, walaupun mereka ini tidak sempurna tetapi tetap menjadi orang yang berjaya.


Maka, bersabarlah atas setiap ujian yang menimpa, usah mengeluh, bahkan bersyukur Allah turunkan ujian itu sebagai tanda kasih buat hambaNya, supaya meletakkan rasa kesyukuran di dalam hati, meletakkan rasa keazaman di dalam hati untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.

Nota Naluri:
Mahu mencari buku koleksi Langit Ilahi jika berkesempatan. Mari Menjadi Hamba.Sebagai Pemangkin Motivasi Diri.

Sunday, May 12, 2013

Selamat Datang Bulan Rejab

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt


Selamat datang bulan Rejab!Semoga bulan ini akan diimarahkaan dengan segala amalan sunat.Rejab datang, menandakan Ramadhan akan hadir menemui kita.Alhamdulilah! semoga ianya akan bermanfaat untuk seluruh umat Islam yang sentiasa menantikannya saban tahun.

Nota:
Tak dapat menaip lebih panjang akibat jari tersepit pintu kereta semalam.Adess..rasa kebas ada lagi, tangan umpama ada "dakwat kekal"- lebam dan darah beku.:-P..

Thursday, May 9, 2013

Dessert Sambil Kerja ;-P

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sambil buat kerja , makan sekali sekala, mana badan tak naik..hoho..sekali sekala mesti ada refreshment kan.Kalau buat kerja tanpa henti, beku juga la gayanya.Makan petang/pagi biasanya ada staf yang rajin buat pencuci mulut. Sejuk tekak makan.

Kek Kurma Segera

Puding Karamel Pelangi Kak Nor

Puding Cheese Crackers A'ai

Cheese Auni Cookies!
 Tetapi yang pasti makanan ini semua dikelilingi fail kerja!

Aisy.Macam mana pula suasana bulan Rejab nanti, masing-masing dah sepakat untuk puasa beramai-ramai.Jadi dessert ini akan tinggal kenangan /KIV buat sementara waktu.Tapi apa-apa pun, saya suka minum air masak juga.Masa tu mesti isu menu buka puasa pula.Bukan senang nak mencari idea ni.Kalau ada jadual menu, senang je.Tak payah susah-susah.

Rasanya, saya perlu ada satu buku koleksi idea resipi sarapan pagi/tengahari/petang/dessert. Teringat buku resepi emak saya, arwah abah siap buat lukisan untuk mencantikkan buku resepi emak.Adakalanya emak suruh saya tulis cantik-cantik resipi dalam bukunya, siap tampal gambar lagi.

Tambahan pula, resipi emak saya ada kekuatannya tersendiri, begitu juga ibu mertua saya. Harus buat dari sekarang koleksi sebegini  sebagai wishlist saya.Contohnya sampai sekarang saya teringat laksam allahyarhamah Tok mek, tak sempat menuntut ilmu katanya. Lagi satu laksa pahang Tok di Pekan, special punya.Dari tak suka laksa lemak, dah jadi favourite saya. Tapi resipi dia lain dari lain sebab ada rasa kari.Uish!kenangan tu, siap pusing mesin laksa lagi kat kampung.Siap tok hantar ke rumah laksa ni bila saya demam. terharu.

Semoga impian ini akan telaksana.Menjana khazanah resipi keluarga.

Lima Tahun Sekali #Bahang PRU13

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Undi Dun Teruntum, Parlimen Kuantan
 Sekadar catatan kenangan  #PRU13.Lima tahun sekali kan.Beratur panjang juga di pusat mengundi.Rasanya sebelum ini, tak adalah seramai tu, dalam 30 minit saya dah balik ke rumah.Tapi kali ini, saluran di tingkat 3, saya beratur di tingkat satu!Pengajarannya, bawa bekal air dan kipas tangan supaya lebih selesa.Sakit pinggang berdiri lama-lama

Kecil-kecil dahulu selalu berangan nak jadi ahli Parlimen, sebab uniform dia menarik dan smart di dalam Parlimen.Apatah lagi lantang menyuarakan hak rakyat.

Debaran penuh debaran.Terasa satu hari yang cukup panjang menunggu "the new Malaysia".

Sana-sini bincang PRU 13.Bak kata Barack Hussein Obama, PRU13 adalah "the most competitve election..".Apa-apapun, perjuangan kita baru bermula.In sha Allah, Dia akan menolong seluruh hambaNya, cuma kita diuji sedikit dugaan demi dugaan.Jadi, kawal emosi kita dan pandang ke hadapan dan teruskan kerja keras kita sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam.

Wah! saya pun pening melihat update terkini dari media alternatif, tetapi terpulang kepada fikrah kita untuk menjustifikasikan segala isu dan pendapat.

Apa-Apa pun selamat bertugas buat semua ADUN dan Ahli Parlimen.
Selamat Berkhidmat untuk Rakyat!
Ini Kalilah!
 
Pemimpin Yang Baik

[kredit]

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat "Sesunggunhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"
2:30

Nota Naluri: 
Yakin apa yang berlaku ada hikmahnya. Ini adalah satu signal rakyat buat pemimpin. 
 

Thursday, May 2, 2013

Man Jadda Wajada II

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Mood Man Jadda Wajjada mesti kena ada!walaupun tersalah sarung kasut hujung minggu ke pejabat, sepatutnya pakai yang ada tumit sebab ada  "meeting" petang nanti.Alhamdulilah, Allah itu Maha Penyayang, meeting tersebut ditangguhkan pada hari keesokannya, maka ber"oustation"lah saya ke Rompin nanti.

Ok kita semarakkan Semagat Man Jadda Wajada dengan lagu.Saya rasa lagu ni wajib dengar bagi mereka yang berjuang.. Contohnya belajar, bekerja (saya mahu siapkan misi settlekan case), kempen pilihanraya..inspirasi untuk uruskan masa (berjuang dengan masa)...

Selamat berjuang semua..!



Nota Naluri:
Banyak lagi semangat dan inspirasi yang saya perlukan untuk menjadi lebih baik...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...