Wednesday, December 31, 2014

Mentari Di Hujung Disember

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hujan dan langiT yang berduka tanpa henti sebelum hari kejadian 23/12/2014


Alhamdulilah..

Di Kuantan, mentari bersinar terang tetapi angin monsun tetap terasa sejuk hingga ke tulang sumsum.

Semoga kita semua mendapat rahmat kasih sayangNya setelah apa yang berlaku..

Banyak muhasabah yang boleh ambil dari setiap doa di laman sosial dan sebagainya.

Begitu juga juga dengan kisah Ibrah bahtera Nabi Nuh yang tidak dapat menyelamatkan anak dan isterinya ketika banjir besar.

Maka, apa yang tinggal?
Renung-renungkanlah..

Wallahualam.


Wednesday, December 17, 2014

Hujan Disember

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Awan berat menemani perjalanan ke tempat kerja.Semoga hujan ini membawa rahmat, manfaat dan rezeki buat kami di Kuantan, Pahang.

Agak mendebarkan juga, bila hujan turun selama dua hari dan amaran peringkat jingga dikeluarkan sehingga hari esok. Kawasan ofis di Putra Square sudah dua tahun mengalami banjir kilat. Untuk tahun ini, entah bagaimana,Semoga sistem perparitan bandar ada perubahan untuk mengurangkan kadar banjir kilat.Stuck rasanya.

Di kawasan Shahputra Indera Mahkota, Mahkamah, jalan dah ok, sebab sistem perparitan yang baru.Mudah-mudahan. Tapi hati tetap ada debaran.

Semoga dijauhkan segala prasangka di dalam hati.

Link 

Aaminn...

Wallahualam..


Tuesday, December 16, 2014

Persistent

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Semalam borak-borak dengan bos, sebelum sepeninggalan dia ke umrah.Kata-kata yang terpahat adalah "PERSISTENT". Katanya, orang kita "lack of persistent". Jadi kalau nak berjaya , kena ada sikap ini.




Sources

Sekian, nota untuk motivate diri sendiri untuk maju ke hadapan.

Wallahu' alam


Wednesday, December 10, 2014

Resipi : Laksa Sardin "Chenor"

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

First time makan Laksa Sardin di kampung zauj di Chenor, Pahang. Itu pun sampai teringat ingat bila balik Kuantan. Request nak belajar dengan mak mertua laksa sardin ni.Memang sedap tak terkata. Siap jamu tetamu lagi, rakan sepejabat. Mula-mula tak bagi tahu lagi laksa apa . Tunggu diaorang makan sambil berteka teki. Ada yang teka Laksa Pahang lagi .Macam macam la. Tetapi memang dapat sambutan hangat la. Adik yang bongsu asyik teringat laksa sardin kakak dia ni. Memang mudah nak masak sebab pakai sardin je kan.Tak perlu nak kukus ikan lagi.Hehe. Jimat masa.

Meh tengok resipi laksa sardin "Chenor".(Sebab dapat rasa dari sana dulu kot)

Dah makan separuh, baru teringat nak ambil gambar laksanya..

Bahan-bahannya
1 bungkus laksa halus (direndam dan direbus)
3-4 biji bawang merah
1-2 Batang serai
2-3 keping asam keping
2-3 biji cili api (ikut citarasa masing masing yek)
Sesudu serbuk kunyit
Serbuk cili/Cili kering (yang telah dikisar, kalau nak kuah merah sikit.)
1 biji kelapa (diperah santannya)- 1 santan kotak pun boleh 
1 tin sardin besar
I biji timun yang dihiris -sebagai ulaman

Cara membuatnya;
1. Perah santan kelapa tadi.
2.Masukkan bwang merah yang dihiris
3.Masukkan serai yang telah diketuk sedikit
4 .Masukkan asam keping, serbuk kunyit.
5. Sardin tadi dihancurkan secara 60:40 .Jangan bagi hancur sangat , Bagi nampak isi sardin tu juga.
6. Masak atas dapur dan tunggu hingga masak.
7. Jangan lupa masukkan garam yek.Kalau kurang pedas, tambah cili api.
8. Kalau nak sedap lagi, letak daun kesum dan bunga kantan.
9. Makan bersama laksa dan berulamkan timun pund ah cukup sedap.

Tips:
Harus makan dengan laksa halus, kalau makan dengan laksa gandum yang tebal, cepat rasa muak. Laksa halus membuatkan kita rasa tak puas nak makan dan pastinya rasa nak tambah lagi.:-)

Siap untuk dihidang dan disantap.:-)

Tuesday, December 2, 2014

Dhuha, Rezeki, Sempit Yang Lapang

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Solat Dhuha seringkan dikaitkan supaya dimurahkan rezeki kan? 
Dan Ujian rezeki kita pula berbeza-beza. 
Ada yang diuji tentang pelajaran, kerja yang sibuk, kewangan, jodoh, anak, keluarga. 

Teringat tentang Lima perkara sebelum lima perkara.Sebab saya diuji dengan kesibukan kerja sehingga tak tahu yang mana hendak didahulukan.Allahu Akbar.Memang terasa "sesak" sangat bila buat sesuatu kerja.terkejar-kejar sehingga waktu makan pun tak "on time".

Penyelesaian Kesempitan 
Mohon Allah swt melapangkan kesempitan itu.Sebelum ini selalu mohon dipermudahkan urusan. Rupanya ada istilah lain selain dipermudahkan urusan iaitu LAPANG SEBELUM SEMPIT


Kali ini  memang betul betul terkesan dengan "LAPANG SEBELUM SEMPIT". 
Pentingnya masa itu umpama emas, Pentingnya masa itu umpama pedang. 
Dan formula paling mudah ialah istiqamah dengan DHUHA.


Alhamdulilah, kerja saya dilapangkan sedikit demi sedikit. Fail yang menimbun akhirnya sudah surut.  Kes yang ada isu besar dan sulit pun sudah dileraikan satu persatu,Dipermudahkan setiap urusan dalam setiap perjalanan kes tersebut.Waktu pun berlalu perlahan seakan mengerti saya perlukan waktu untuk menyelesaikan kesemua kerja.

Syukur Alhamdulilah.Terasa sangat bererti nikmat kelapangan yang telah diberikan.

Dhuha itu bukan sedar untuk murahkan rezeki harta semata-mata kerana skop rezeki itu terlalu luas.Masa dan waktu itu juga adalah satu rezeki yang juga tidak ternilai dalam mencari ketenangan.

Wallahualam.

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian..." -Al 'Asr

Thursday, November 13, 2014

Rumah : Water Filter

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wth

Water Filter juga merupakan satu keperluan rumah pada zaman sekarang. Jadi kena masukkan water filter sebagai wishlist.:-) Borak-borak dengan supplier water filter ni.Rupanya mereka memang target orang Kuantan sebab isu Lynas, yang boleh menyebabkan pencemaran.Tak pasti pulak kaitannya macam mana pula kan?

Jenama yang famous, mestilah COWAY dan ELKEN. Memang hanya buat perbandingan antara dua produk ni dah rasanya. Ada satu lagi produk yang dahulunya di bawah Ana Edar Sdn Bhd.Affordable juga harganya, dapat dua pakej lagi.

Kelebihan mesin air;

  • Kita tak perlu masak air dan simpan air peti banyak-banyak.Tekan aje dah boleh minum.
  • Jimat masa nak hidang air kepada tetamu yang datang
  • Mestilah terjamin kebersihannya
Kekurangan mesin air
  • Bila "blackout", tak dapat nak minum, kena cari sumber air lain.Maknanya masak sendiri atau beli botol air yang besar untuk bekalan kita.

COWAY

Antara produk Coway yang ada. Water Filter. Yang menarik perhatian saya adalah model Metro dan Petit. Beza Metro dan Petit adalah saiz tangki simpanan Air, Petit adalah model yang kecil molek. Metro adalah model Coway yang tinggi dan mempunyai simpanan tangki yang besar sedikit.Ada saluran paip di bwah mesin untuk pengeluaran air yang banyak.(Rasanya suka model Metro kot)

Metro Coway
Petit Coway

Petit adalah model yang kecil molek. Metro adalah model Coway yang  tinggi dan mempunyai simpanan tangki yang besar sedikit.Ada saluran paip di bawah mesin untuk pengeluaran air yang banyak.(Rasanya suka model Metro kot-faktor tangki simpanan yang besar).mempunyai dua shu air.Tapi yang normal boleh laras sampai sejuk macam air peti.

Best pasal Coway ada security child lock pada button air panas.

Coway kata, kalu mesin air ni rosak kena banjir, diaorang akan servis atau ganti yang baru.Baru baru ni banjir di Kemaman , banyak mesin air Coway diganti baru. Ok juga kan. Maklumlah , stay di kawasan potensi banjir, harus dipertimbangkan tentang waranti banjir kan.Baru berbaloi nak beli.

Bayaran Coway secara sewa beli selama lima tahun maksimum.Minimum bayaran selama dua tahun.Kalau tak silap untuk model Metro dalam RM140.00 sebulan termasuk servis percuma dari COWAY selama lima tahun.ok kan? Dan kebanyakan jabatan kerajaan pun memilih COWAY .

*update


Ada model Mach juga.Comel macam Petit.Installment pun lebih kurang sama.Sekarang ini ada sale 30% bagi pembayaran tunai sehingga 10 Disember 2014. Jimat lebih kurang RM1,050.00.Bila bayar tunai, memang jimat, cuma kena bayar service secara tahunan. dan mesin tu dah boleh jadi hakmilik kita sepenuhnya.

ELKEN BIO PURE


Yang ini pun menarik jugak.ELKEN BIO PURE K-100, K-200, K-300. Yang menarik perhatian saya mestilah model yang tinggi lampai iaitu K 300, mempunyai tiga suhu air, hot,cold, dan normal. Yang menarik perhatian saya tentang BIO PURE K 300, pusingan air yang kotor akan terus mengalir keluar.Tidaklah di dalam mesin air je kan. Child lock security pun ada pada air panas.Button dia pun tinggi, memang tak dapat budak budak nak capai,melainkan panjat pakai kerusi.Confirm sampai.

Ansuran pun rasa lebih kurang COWAY juga rasanya.

Jadi pilihlah yang man berkenan.Tetapi bila blackout je , mesti "hang" nak minum air.
Bab penggunaan elektrik bertambah.Masa cuaca hujan lebat dan guruh pun kena tutup juga untuk keselamatan bersama.Nak musim musim tengkujuh macam ni kan. Atau Ada alternatif lain tak?

Semoga bermanfaat.

Baik,Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirahmanirrahim.. 


Entri untuk melepaskan tekanan kerja.:-P
Satu Perbualan telefon

Klien : Assalamualaikum...
Saya   : Waalaikumussalam...
Klien : Yat Sihat?
Saya: Baik, Alhamdulilah
Klien. Baik sokmo awak ye.Takde yang tak baik...
Saya : Ok lah saya jawab jawapan lain.Sebenarnya saya tengah stress.Kerja banyak sangat .
Klien : Ye ke.Stress? Takpe, lawyer terrer ni, mana boleh stress
Saya: Uih..stress Dato. tangan saya tak serupa tangan orang dah, terbang ke sana sini dah.
Klien : Awak nampak je kecik, tapi power..
Saya: Mana ada Dato'. saya ni biasa-biasa aja.Cuma saya fikir kerja ini Amanah. Kalu saya tak buat amanah ni, habis saya kena soal di Masyhar.Itu yang saya takut.Takut disoal, kenapa tak jalankan amanah orang huhu..Itupun ada yang terlepas agaknya, tengah cungkil fail lain-lain.
Klien: ok Insha Allah boleh buat, Tapi settlekan file saya juga tau,
Saya :Ya, Insha Allah..Doakan dipermudahkan urusan.


Sukarnya nak capai level taqwa dalam kerja kan. 
Apa pun kita up level taqwa dalam bekerja.
Ibadah taqwa dalam bekerja.



Monday, November 10, 2014

Epilog Bila Banyak Kerja

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Sedang menghadapai lambakan kerja.Banyak sehingga fail-fail kes melepasi hidung.

But it is my passion to serve on legal service to community which it  has no ends.

Cuma apa yang saya ingat, tugas ini Amanah Allah.

Dia yang berkuasa memberikan segala tenaga, kekuatan , kecerdasan kepada kita dalam menyelesaikan semua masalah.Maka cuba buat sehabis baik.Pedulikan pandangan orang lain.


Supaya kelak, bila tiba masanya mengundur diri dari bidang ini dan dunia fana ini, semuanya sudah selesai dan akan memudahkan urusan urusan pihak pihak yang selepas ini. Cuba menyelesaikannya sehabis baik.Insya Allah

Tetapi, manusia ini bukannya sempurna untuk melakukan semua tugasan serentak.Andai ada lapan tangan pun untuk melakukan semuanya, belum tentu setanding dengan dua tangan yang Allah beri.Maka, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya telah mencakupi.

Manusia ini mudah lupa.Maka peranan kita sesama manusia saling ingat mengingati. Kita bukannya hidup seorang diri, 

Bila kerja banyak, memang banyak merepek.Hihi..

Nota Naluri:
Semoga diberi peluang sepenuhnya untuk menyumbang sesuatu dalam menegakkan syariat Islam.

Ehem ehem..sekarang kami tengah sibuk buat proposal kepada Baitul Mal dalam pentadbiran harta orang Islam.Doakan ye semua.

Monday, November 3, 2014

Tok Gajahku

Dapat juga menikmati satu hari cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan Tok Gajah. Walaupun tak berapa nak minat lihat perkembangan bola,tapi bila pasukan Tok Gajah masuk final, haruslah semangat kan. Tapi serius, game final memang mendebarkan setiap minit.Alhamdulilah rezeki berpihak pada Tok Gajah untuk Piala Malaysia kali ini.


Mana taknya, seminggu sebelum perlawanan, rakan sepejabat semuanya sudah ke hulur ke hilir cerita pasal tok gajah.Sehinggakan saya yang zero pasal bola, boleh mengingati hampir setiap kelebihan pemain tok gajah.

Pejabat pula berhadapan Stadium Darul Makmur, menjadi saksi tempat perebutan tiket.Mana tak terkena tempias tok gajah?

Masing-masing pula dah ada jersi dan baju tok gajah.Bertambah meriah la gayanya. Rakan sepejabat lelaki, memang dah buat rombongan untuk menyokong di Stadium Bukit Jalil.

Ale ale Tok Gajah ku.....

Macam-macam kan.

Sekadar catatan kemenangan buat Tok Gajah


Monday, October 27, 2014

Review : Qaseh Junior

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.




Al Kisah  Pemakanan Sunnah untuk Kanak-kanak.

Waktu Aina berumur enam bulan dahulu, saya mulakan dengan puri kurma pada Aina sebagai permulaan makanan sunnah untuknya. Adakalanya saya bagi kismis sebagai gantian makanan ringan untuknya.

Apa yang saya bimbang tentang Aina, masalah pelawasan, seringkali sembelit, kiranya sampai menangis setiap kali nak membuang. Dan penyelesai masalah ini biasanya kurma atau betik. 

Maka, setelah "research" dibuat, sebelum supplemen vitamin digunakan, maka kami mulakan dengan "Qaseh Gold Junior" yang merupakan kompilasi makanan sunnah.Dengan hanya sukatan 1/2 sudu pada setiap pagi dan malam. Simpan dalam peti ais, bertahan lama la jugak.Kira berbaloi-baloi lah juga.



Masalah yang timbul apabila, sampai musim si anak ni tak nak minum Qaseh, mungkin jemu agaknya. Tiada mood nak melayan kan.Jadi saya masukkan dalam bancuhan susunya, atau pun dlm makanannya, contoh telur separuh masak kacau dengan Qaseh Junior.Ikut atas kekreatifan kita macam mana nak selesaikan.

O ye lagi, tidurnya pun makinlena di malam hari.

Meh kita tengok apakah khasiat dan kelebihan Qaseh Junior.





Antara testimoni yang saya dapat:

"Anak makin lena tidur malam"
"Anak bertambah selera makan"
"Demam cepat kebah"

Apa-apa pun ia tetap bergantung kepada niat kita dan sifat tawakal kita kepada Allah swt.Ingat yek.

Harga runcit Qaseh Junior : RM60.00
Untuk harga lebih rendah, jom daftar ahli.Fee RM30.00 untuk seumur hidup.
Whatsapp/Telegram 0123096875. Taip QASEH .
Order ikut pada stok yang ada ye.
Siapa cepat dia dapat. Boleh COD di Kuantan.
(Area Bandar, Permatang Badak, dan sepanjang Jalan Beserah)

Monday, October 20, 2014

Rumah: Mencari Kipas Silling

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Agak "blur" juga bila masuk ke kedai nak cari kipas siling.Yang nampak pada banner kedai atau promosi, semuanya kipas DEKA. Tapi serius memang cantik "design"nya.Tapi jangan rambang mata tau.Harga pun berpatutan.

Kedai yang kami pergi, Kedai Lampu Annur, terletak di Malay Town, Putra Square, sebelah pejabat PTPTN.Servisnya memang tip top, siap dapat "quotation bill" lagi, Daripada situ, kami boleh buat keputusan dan mendapat rentak untuk teruskan pencarian kipas.Wajib pergi kedai ini,sebab harganya memang murah dan terbaik di Kuantan.Yang penting usahawan Melayu tau.Saya sokong 100%.Semoga perniagaan mereka berjaya selalu.


Satu kedai lagi yang kami dengar di Kuantan, harga kipas dan lampu yang paling ok, adalah LA Lighting di Jalan Beserah, Tapi tak pergi pun, sebb pergi di kedai yang lain-lain, Kedai Lampu An Nur juga yang terbaik.Facebook : Kedai Lampu An Nur.

Sesiapa yang minat lampu"downlight", wajib pergi kedai ini dulu tau.

PEMILIHAN JENAMA KIPAS
Kipas Deka
Antara kelebihan kipas DEKA adalah "budget type" Ianya buatan tempatan.Warranty tiga tahun, dan pusat servisnya banyak dan mudah berbanding kipas jenama lain. Orang kedai kata servisnya tip top. Nampak juga bakal jiran kami pun guna kipas DEKA warna hitam.Tapi, saya tak minat warna hitam.Sebab tetiba nampak siling rumah tu sempit.Suka warna putih dan warna cerah-cerah.

Eh,kipas sekarang dah canggih-canggih yek, siap ada fungsi "bluetooth" dan "mp3. Terasa seperti rusa masuk kampung pula.

Antara kipas DEKA yang menarik perhatian kami;

Deka Q9


Yang ni ada lampu "dimmed".katanya 4 level dimmed.Harga dalam RM4++.00.Boleh deal dengan kedai kalau nak kurang.Biasa kalu kita nak full set untuk rumah,Confirm boleh dapat less.

Deka F1

Rasanya kipas ni paling diminati ramai.Tak pasti harganya berapa.Tapi kalau perasan di restoran, adakalanya diaorang letak kipas ni.Ok and not bad.


Deka Baby G Series

Haa..yang ini sesuai utnuk siling rendah dan ruang yang kecil.Comel sangat.Akan dipertimbangkan untuk bilik kami yang mempunyai siling rendah.

WALL FAN
Model : Galaxy M3 RM380.00
Antara "wall fan" yang menarik perhatian saya.Mungkin sesuai kat "dining area".:-) Angin dia pun kuat. Sejuk je.

Kita Survey Lagi!

Ber"whatapps" dengan kawan, katanya dua-dua rumah dia guna kipas Siling Panasonic.Lama juga dia pakai.Balik rumah mak, eh, kipas Panasonic lagi. Berkualiti jugalah kipas Panasonic ni.Memang cepat sejuk.

Maka, bermusyawarah lagi dengan suami, sama ada Panasonic atau KDK.Mencari direct dealer /supplier kedua-kedua kipas.

Apa yang kami dapat maklum, KDK merupakan "specialist" dalam  bidang kipas sahaja,Tidak mengeluarkan produk elektrik yang lain seperti peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya.Apa yang menarik lagi, rupanya motor kipas  KDK ini diambil dari motor kipas Panasonic!Mmm...makin konfius pula jadinya.

Kipas KDK
Maka, to be fair and square, kami memilih kipas KDK 3 bilah (regulator)  untuk ruang bilik, dan Panasonic 4 bilah (remote)  untuk ruang tamu dan bilik utama .Satu lagi bilik yang mempunyai siling rendah masih dalam pencarian.Belum bertemu yang sesuai lagi. Semoga semuanya bertahan lama.


Kipas KDK


Kipas KDK ini kami direct dengan supplier KDK, di Jalan Bukit Ubi.Tak ingat pula nama kedai tu apa.Tapi kedai antara kedai yang "wanted" di Kuantan sebab terkenal dengan harganya yang affordable. Kami memilih tiga bilah, atas keluasan bilik yang ada, maka ianya sudah memadai.Memilih regulator untuk backup kepada remote ceiling fan yang lain dan sebagai eksperimen kami yang mana lebih tahan lama.Tapi faktanya , kipas yang pakai regulator memang lebih tahan lama kan.Anginnya pun lebih kuat.Oh satu lagi.Ambil yang kipas bertiang tinggi sebab atas sebab ketinggian bilik.

Kipas Panasonic
Panasonic F-M14C8 WT/WY

Yang ini pun kami deal direct dengan supplier Panasonic.Alhamdulilah puas hati dengan harga yang termurah di Area Kuantan.Kedai dealer/supplier Panasonic berdekatan dengan Ambank, Jalan Haji Abdul Aziz.Kalau nak beli barang Panasonic, beli di kedai ni, sebab kedai supplier, harganya lebih murah berbanding kedai elektrik yang biasa. Yang ini kami pilih empat bilah disebabkan keluasan ruang yang sudah memadai. Remote sebab kalau rosak boleh cari spare part . Tapi kalau remote rosak, Fuh mesti berpeluh sakan nanti.Huhu..sebab tu saya prefer regulator.Tapi regulator kebanyakannya hanya untuk kipas tiga bilah sahaja.

Ok.semoga entri ini boleh menjadi panduan untuk semua pembeli kipas.
Semoga bermanfaat.Juga sebagai panduan untuk saya di masa akan datang tentang lokaliti kedai yang terbaik di Kuantan.

Wallahualam.

Nota:
Beli barang elektrik, kadang kadang ikut atas nasib kita juga.Kalau dapat yang elok, maka bertahan lamalah dia, Begitu juga sebaliknya.Doa je banyak banyak, semuanya bertahan lama.

Tuesday, October 7, 2014

Idea Langsir Dapur

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Mood nak masuk rumah baru.Hari ni nak kompilasikan idea untuk langsir dapur dahulu.:-) Ingat nak guna "roman blind". Sambil masak, cuci pinggan, bolehlah cuci mata menghadap pemandangan bukit, kan. Lagi satu, faktor rumah corner lot yang mana menghadap simpang jalan. Maka kena cari langsir yang selamat dan bebas melakukan aktiviti di dalam rumah dan telus matahari petang.


Konsep yang diminati adalah minimalis sebabnya adalah seperti berikut;
1.Faktor bekerja , bukan ada masa yang banyak untuk mengemas hehe
2..Kedua, senang nak kendalikan (maintain) . Kalau kotor, senang nak cuci.
3. Ketiga, mempunyai ciri-ciri keselamatan 
- Langsir tidak telus cahaya sehingga nampak bayang bayang di waktu siang atau malam. Tujuan  menjaga aurah.
-  Fabrik tidak mudah luntur warna dalam masa yang singkat.
- Fabrik tidak mudah terbakar
4. Sukakan yang simple dan tidak serabut.Yang penting nampak saujana luas mata memandang.:-P
   









Wah, tak terkata tengok satu satu.Tapi hakikatnya nanti, kita tengok apa yang jadi.Tetiba terfikir nak tambah konsep minimalis dan ceria . Macam kat atas ni.

Setakat ini hanya survey standard rate roman blind dalam RM59.99-RM69.99.Kedai bidai and blind tak tengok lagi.Nanti kita survey untuk lebih penjimatan "Dua Puluh Sen".Sensitif betul bila harga minyak naik sekarang yek.

Tuesday, September 30, 2014

Tinggal Kenangan- Iqra' IIUM

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Suatu tika dahulu, masuk ke gerbang Taman Ilmu dan Budi,
Perasaan yang ada, DAMAI.
Simbol dakwah agama Islam di Tanah Melayu bermula.


Kini hanya tinggal kenangan.

Miss u Old IIUM..

T.T

Tuesday, September 23, 2014

Al-Kisah Qaseh Gold

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Al-kisah sebelum bermula dengan pemakanan sunnah Qaseh Gold Adinda. Biasanya, saya selalu tidur awal sementelah seharian bekerja. Jam 9.30 malam dah mula mengantuk, tertidur di sofa sambil tengok tv menjadi kebiasaan.Makanan malam pun tak sempat dihadam lagi, saya sudah "tertidur". 

Di tempat  kerja, asal pukul tiga petang lebih. Mula kurang konsentrasi untuk mengendalikan kes, yang kebanyakannya betul-betul memerlukan penelitian.Sakit mata memandang kesemua dokumen.

Memikirkan tentang kesihatan sebagai seorang wanita untuk jangka masa panjang dan masalah pelawasan. Maka zauj mencadangkan untuk memulakan dengan pemakanan sunnah terlebih dahulu sebelum mencuba supplemen yang lain. Jadi saya buat keputusan untuk memilih Qaseh Gold Adinda .

Bulan pertama menggunakan Qaseh Gold Adinda, masalah pelawasan saya hilang.Barulah badan terasa ringan dan cergas sedikit.Waktu  tidur saya dah berganjak ke tengah malam, bolehlah bermain dengan Aina sampai dia mengantuk.Jarang dah tertidur depan televisyen.Lagi-lagi dah boleh ambil upah jahit jubah,Itupun part time dan sekadar hobi sahaja,Tak ambil banyak-banyak. hehe..

Bulan Kedua dan seterusnya , konsisten ringan badan pada awal pagi.Waktu tidur pendek tetapi cukup.Alhamdulillah.melainkan ada perasaan malas dan rasa nak sambung tidur balik,hehe.Bahaya betul virus "M" ni.

Alhamdulillah, waktu malam, saya masih bertenaga sehingga tengah malam, bermain dan beraktiviti dengan Aina Syafiyah yang saya sentiasa saya rindui sepanjang hari. Masalah pelawasan juga selesai.

Sehingga sekarang pun, saya masih mengamalkan Qaseh Gold sampai dah tak ingat botol yang ke berapa dah,

Owh,sekarang memang dah jadi ahli Ana Edar.Malah dapat bonus setiap 20hb bulan.Tak sangka dalam suka-suka menggunakan dan mengambil manfaatnya.Boleh dapat bonus kalau matanya dah cukup.(Kiraan mata memang saya tak tahu, sebab yang penting Qaseh Gold Adinda memang terbaik.)
Sumber Gambar
Antara testimoni pembeli Qaseh yang direct dengan saya.
Semuanya berbeza mengikut keadaan kesihatan mereka dan niat mereka.

"Sakit kepala hilang dan badan rasa ringan."
"Period teratur.Sebelum ini tidak tetap."
"Masalah menopous selesai."
"Sebelum ni kalau makan daging kambing, mesti sakit kepala.Selepas amalkan Qaseh, dah hilang rasa sakit kepala bila makan daging kambing.."
" Dah baik dari masalah buasir"
" Pelawasan menjadi lancar."
"Bangun pagi awal dan  badan rasa ringan"
"Lebih fokus untuk membuat kerja sepanjang hari"
"Demam cepat kebah.Tiada lagi MC lama-lama"

Alhamdulillah.Yang baik semuanya datang dari Allah jua.

Harga runcit Qaseh Gold Adinda: RM71.90.
Untuk harga lebih rendah, jom daftar ahli.Fee RM30.00 untuk seumur hidup.
Whatsapp/Telegram 0123096875. Taip QASEH .
Order ikut pada stok yang ada ye.
Siapa cepat dia dapat. Boleh COD di Kuantan.

Cara pemakanan.



Tiga sudu besar sebelum makan waktu pagi.Dan tiga sudu besar sebelum tidur.
Biasanya satu botol Qaseh Adinda digunakan dalam tempoh sebulan.

Tips 1:
Guna sudu plastik- supaya khasiat madu kekal.
Kalau pakai sudu besi, hilang khasiat madu tersebut.

Tips 2:
Tetapkan niat untuk apa sebelum kita minum.

Tips 3:
Kalau tak pernah amalkan madu sebelum ini,
cuba mulakan dengan satu sudu, kemudian dua sudu, dan seterusnya tiga sudu.
Buat secara berperingkat sebab madu akan ambil masa untuk serasi dengan darah kita.

Ok itu sahaja perkongsian hari ini semoga bermanfaat.:-)

Thursday, September 11, 2014

Waqaf v. Corporate Loan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini, tengah rancak mengendalikan kes "corporate loan". Antara sebab kenapa blog ini terabai.Perlukan komitmen yang tinggi dalam menjaga kepentingan dan sekuriti bank dan prosedur yang berikutnya. Kes Jual beli rumah masih ada, tapi dah di serahkan pada staf yang ada dan ianya di bawah pemantauan saya. Perjanjian pelbagai juga ada, dan cabarannya bila "liaise" dengan pegawai pegawai baru. Makin bertambah "ciri ciri keselamatan" mereka.Maka bertambahlah kerja kami untuk "counter propose with legal reasons".Bertabahlah buat research semacam assignment/tesis macam zaman student dulu. Menjelajah buku, akta, peruntukan perundangan, kes terdahulu.

Sumber gambar Pondok Annur Penor
Ok.Dalam kesibukan mengendalikan kes korporat tersebut, saya juga berkesempatan ke Majlis Pecah Tanah Perasmian Kolej Islam An Nur, Penor, Pahang di bawah kelolaan Ustaz Mokhtar Senik .Mereka menggunakan konsep wakaf dalam membangunkan Masjid dan Kolej (Pusat Pendidikan) .Satu Lot Masjid RM50.Satu Lot Kolej RM100.00. 

Lakaran Gambar Kolej Islam Annur, Penor
Buat waqaf atas nama arwah abah sekali.Semoga segala amalan baik untuknya sentiasa ada untuk kehidupan arwah abah di sana.Aamiin.

Pernah dengar kan tentang wakaf? Wakaf Al Quran, Wakaf Tanah. Konsep Membeli sambil mewakafkan tanah. Nak beli rumah sekarang semua harga mahal-mahal. Jadi mewakafkan tanah seperti ini adalah satu pelaburan amal yang terbaik untuk bekalan kita ke sana.

Maka, terfikirlah saya, kalaulah semua pembangunan dan perniagaan yang ada di Malaysia ini berkonsepkan waqaf dan bukan kepada pinjaman bank semata-mata.Amannya rasa.Semua orang akan tidak akan berhutang kan.Tiada kes penggulungan syarikat, kebankrapan, lelong dan saman-saman sebab tak bayar hutang.Kerja kami pun jadi mudah,Tetapi kepentingan bank pun tidak dipertikaikan, sebab mereka harus ada dalam menjana maslahah ekonomi umat Islam yang ada kan.

Menarik betul tentang waqaf ni kan.

Sekadar pengetahuan, dipetik dari website Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

  • Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .

Sebenarnya banyak lagi tentang jenis waqaf, syarat-syarat waqaf, tetapi kena study dulu sebelum buat nota untuk diri sendiri. Tak berani nak petik sumber sana dan sini.Kena tengok kitab juga ni tentang konsep pemberian harta di dalam Islam.Cek sumber hadis dan seumpamanya.

Kalaulah saya student lagi, bolehlah komited untuk cari semuanya. Sekarang ni sekadar curi-curi masa dan ambil basic idea sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat untuk waqaf kepada Masjid atau Kolej Islam An Nur, boleh hubungi mereka seperti di bawah ini;


Bersama-sama memartabatkan kemajuan dan ekonomi ummah.:-) 

Wallahualam.


Thursday, September 4, 2014

Erti Memberi Dan Keberkatan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari ini ada dua kes yang selesai.Kesimpulannya, rezeki mereka.Alhamdulilah, saya juga tumpang gembira. Kisah mereka ini mungkin antara kisah yang terpencil.Tentang mereka yang berduit tetapi suka memberi.


Bos saya selalu pesan, "Yati, kalau ada rezeki, jangan lupa memberi, tak rugi memberi pada sesiapa pun walaupun sikit.Kerana di situ ada keberkatannya.". 

Ya, bila ada rezeki, biasanya saya akan menyimpan, tetapi bila ditarbiah begitu oleh bos, ada rezeki, insha Allah saya berkongsi sama-sama.Alhamdullillah, setakat ini rezeki itu ada sahaja bila diperlukan, Duit kan boleh cari.Tetapi kasih sayang sesama manusia mana boleh dijual beli dan tukar ganti kan?Tanda kesyukuran juga tanda hubungan kita dengan Allah yang tidak pernah putus.

Ok berbalik kepada topikMemberi.ditulis di sini sebagai ingatan untuk saya.

Kisahnya , ada seorang klien kami, bila selesai satu kes, dia akan berkongsi dengan kami.memang tak pernah lupa. Kadang-kadang kami berseloroh dengannya bila dia dapat bahagiannya, "Jangan lupa belanja  kitaorang tau". Tetapi dia memang tak pernah lupa, bagi setiap kes yang dia dapat.Berkongsi.

Sehinggalah suatu hari, saya "update" bill guaman kami dengan bos, dan dia pesan,

"nak minta apa-apa mintalah dengan dia, Insya Allah dia akan bagi.." 
"Eh takpe ke bos, menyusahkan dia pula nanti"
"Tak pe, lagi banyak memberi, lagi murah rezeki dia nanti.Cuba tengok fail yang ada, banyak kan?Dulu dia pernah berada di bawah .Hampir bankrap.Dalam keadaan macam tu, saya nasihatkan supaya sentiasa memberi.Sebab kita tak tahu di mana datangnya keberkatan tu.Alhamdulilah rezeki dia banyak dan sentiasa ada.Macam yang kita nampak.Lagi satu dia ni sentiasa solat jemaah di surau.Hubungan dengan Allah tu lagi kuat..Tanyalah orang surau dan masjid, semuanya kenal dia.."

Saya akui apa yang bos saya katakan.Dan saya baru sahaja mengetahuinya tentang kisahnya.Rasa syahdu pula mendengarnya.

Dan hari ini, kami tak berseloroh minta dibelanja lagi.Tapi tanpa di minta, awal-awal dia memberikan kami sebahagian daripada rezekinya.Oh serba salah pulak. Insha Allah kami akan memaafaatkannya sebaik mungkin.

Wallahualam.

Thursday, July 24, 2014

Aktiviti Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Tadarus Al-Quran
Alhamdulilah seawal Ramadhan , target kami sepejabat untuk bertadarus Al Quran sebelum/selepas Zuhur, berjalan.Moga Allah peliharakanlah hati-hati kami, sepanjang Ramadhan.Moga jiwa kami akan terus berjuang melawan cabaran iman yang datang.

Eh, sejak pakai smartphone ni (lambat sikit panggilan nak pakai smartphone, tu pun beli sebab Corby II dah hang untuk buat call) , amat mudah untuk baca AlQuran di mana-mana pun. Sehinggakan Aina pun faham , kalau dia tertekan Apps Mathurat, ataupun Al Quran, dia dah buat runut mengaji.Zikir pun dah pandai.Kadang-kadang sebut "Ya Allah!" konon-konon terkejut.Mengajuk umi nya kot.:-)

Selamat Hari Lahir Aina- 20 Ramadhan
Sibuk nak baca kitab tazkirah masa ni..
Jadi malam 20 Ramadhan semalam, Aina Syafiyah dah genap dua tahun.Alhamdulilah, Allah swt bagi nikmat untuk menyusukan dia sehingga dua tahun.

Semoga Aina Syafiyah menjadi anak yang solehah dan orang yang baik budi pekertinya .Amin!

Iftar

Tahun ini menu berbuka kami sekeluarga "simple" sahaja.Tiada air batu, hanya air panas sahaja,kurma dan kuih muih, mee goreng ke. Nasi biasanya makan waktu sahur.Oh, boleh kurus kan saya ni?

Moment yang paling best, berjaya pujuk satu keluarga berbuka puasa di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Special recipe from Chef Ammar, anjuran pejabat saya. :-) Jutaan terima ksih bos-bos kesayangan, Berbaloi ajak mereka.Alhamdulilah rezeki kami sekeluarga.Terawih dan moreh pun ada.Surau pun selesa di sana.

Alhamdulillah!Iftar Di de Rhu Beach Resort.Terbaik!

Semoga puasa dan setiap ibadah kita, niat kita, zikir kita, sentiasa dirahmati Allah swt.

Selamat berpuasa semua.Juga Selamat Hari Raya.

Syahdu betul nak taip "Selamat Hari Raya" kerana masih sayangkan Ramadhan.T.T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...