Thursday, September 11, 2014

Waqaf v. Corporate Loan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini, tengah rancak mengendalikan kes "corporate loan". Antara sebab kenapa blog ini terabai.Perlukan komitmen yang tinggi dalam menjaga kepentingan dan sekuriti bank dan prosedur yang berikutnya. Kes Jual beli rumah masih ada, tapi dah di serahkan pada staf yang ada dan ianya di bawah pemantauan saya. Perjanjian pelbagai juga ada, dan cabarannya bila "liaise" dengan pegawai pegawai baru. Makin bertambah "ciri ciri keselamatan" mereka.Maka bertambahlah kerja kami untuk "counter propose with legal reasons".Bertabahlah buat research semacam assignment/tesis macam zaman student dulu. Menjelajah buku, akta, peruntukan perundangan, kes terdahulu.

Sumber gambar Pondok Annur Penor
Ok.Dalam kesibukan mengendalikan kes korporat tersebut, saya juga berkesempatan ke Majlis Pecah Tanah Perasmian Kolej Islam An Nur, Penor, Pahang di bawah kelolaan Ustaz Mokhtar Senik .Mereka menggunakan konsep wakaf dalam membangunkan Masjid dan Kolej (Pusat Pendidikan) .Satu Lot Masjid RM50.Satu Lot Kolej RM100.00. 

Lakaran Gambar Kolej Islam Annur, Penor
Buat waqaf atas nama arwah abah sekali.Semoga segala amalan baik untuknya sentiasa ada untuk kehidupan arwah abah di sana.Aamiin.

Pernah dengar kan tentang wakaf? Wakaf Al Quran, Wakaf Tanah. Konsep Membeli sambil mewakafkan tanah. Nak beli rumah sekarang semua harga mahal-mahal. Jadi mewakafkan tanah seperti ini adalah satu pelaburan amal yang terbaik untuk bekalan kita ke sana.

Maka, terfikirlah saya, kalaulah semua pembangunan dan perniagaan yang ada di Malaysia ini berkonsepkan waqaf dan bukan kepada pinjaman bank semata-mata.Amannya rasa.Semua orang akan tidak akan berhutang kan.Tiada kes penggulungan syarikat, kebankrapan, lelong dan saman-saman sebab tak bayar hutang.Kerja kami pun jadi mudah,Tetapi kepentingan bank pun tidak dipertikaikan, sebab mereka harus ada dalam menjana maslahah ekonomi umat Islam yang ada kan.

Menarik betul tentang waqaf ni kan.

Sekadar pengetahuan, dipetik dari website Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

  • Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .

Sebenarnya banyak lagi tentang jenis waqaf, syarat-syarat waqaf, tetapi kena study dulu sebelum buat nota untuk diri sendiri. Tak berani nak petik sumber sana dan sini.Kena tengok kitab juga ni tentang konsep pemberian harta di dalam Islam.Cek sumber hadis dan seumpamanya.

Kalaulah saya student lagi, bolehlah komited untuk cari semuanya. Sekarang ni sekadar curi-curi masa dan ambil basic idea sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat untuk waqaf kepada Masjid atau Kolej Islam An Nur, boleh hubungi mereka seperti di bawah ini;


Bersama-sama memartabatkan kemajuan dan ekonomi ummah.:-) 

Wallahualam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...