4/8/15

Wishlist : Berkebun

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Sepertimana yang kita maklum, kita dah pun melalui fasa GST.Jadi, Cabarannya;

i. Untuk Menjadi Pengguna Bijak
ii. Bijak Berbelanja dan Membezakan Barang Keperluan dan Kehendak

* Aina pun dah pandai sebut GST tau.Agaknya sebab selalu dengar umi cerita pasal GST kot.huhu

Maka , wishlist saya, untuk berkebun dan menanam sayur di rumah. Lebih sihat dan terjamin kan? 


Link

Tetapi bagaimana denagn pembahagian masa. Bila nak menyiramnya? Mungkin hidroponik adalah keadah terbaik untuk orang yang sibuk macam kami, tetapi dalam masa yang sama kami boleh menikmati hasil sayur-sayuran kan?

Hehe Rumah pun tak berhias dan deko lagi, dah sibuk nak berkebun? 

Ok.Sedikit sebanyak kenangan berkebun saya.

Dulu, masa arwah abah ada, saya mempunyai ruang kebun sendiri dalam belakang rumah tempat kami membesar. Kacang Panjanglah yang paling menjadi.Masa itu saya masih di Tingkatan Satu, sekolah sesi petang.Maka, paginya bolehlah saya menguruskan" kebun kecil" saya.Abah dah pergi bekerja, saya sibuk menyemai dan menyiram pokok, bagi makan ayam dan sebagainya.Memang seronok, 

Daun sup, daun bawang, daun pandan, daun kunyit, pokok kari, daun kesum pun memang wajib tanam kan?

Link: cara tanam daun bawang dalam bekas

Kalau  dulu time kecil-kecil kan selalu main cikgu-cikgu, masak-masak, kejar-kejar kan?(Eh ada juga main cikgu ajar Bahasa Arab, ajar baca Al Quran hehe) Tapi saya ajak orang main kebun-kebun dengan jiran-jiran.Menjadi pula tu kan.Siap ada giliran menyiram lagi.Kalu minggu ni jiran ni balik kampung, maka ada lah giliran untuk menyiramnya.

Pernah juga tanam lobak, taugeh, ulam raja. Pucuk ubi kayu pun petik macam tu je.Nikmat hasil menanam, memang seronok sangat.Masa tu jiran pun tanam kacang botol, lagilah meriah waktu tu.Nak sayur ambik je.(Lagi lagi kaki sayur macam saya ni kan?)

Tetapi selepas masuk asrama dalam Tingkatan 3, kebun ditinggalkan, maka tiadalah hasil tanaman saya sendiri.

Dan kami sekeluarga berhijrah ke kawasan bandar, Ruang untuk berkebun memang terhad.Tapi ibunda tercinta tetap menanam daun kunyit, serai, daun pandan, ulam raja, pokok kari.Yang paling penting pokok bunga kertas.Memang meriahlah kawasan tanah yang kecil tu.Eh pokok hempedu bumi pun ada.

Agak-agak, zaman kegemilangan berkebun itu akan kembali lagi ke?

Itulah antara faktor kami membeli rumah "corner lot". Alhamdulilah, rezeki kami.Sebab saya sering mengimpikan mempunyai ladang tanaman sendiri.Harap harap impian itu bakal menjadi kenyataan.Setakat ini kami baru tanam pokok pisang, serai, pokok bidara, limau purut, ubi kayu, mempelam. Tapi tanah yang ada tu tak berapa nak subur,Maklumlah ditambun dengan tanah bukit, masih keras lagi.Jadi, kena cari tanah hitam yang subur untuk sebelum menyemai benih dan pokok-pokok tu.


Pokok kacang panjang, pemberian jiran yang ada hasil dulu, 

Kawasan perumahan emak saya pula dikelilingi orang Cina.Tapi saya suka sangat berjalan jalan di kawasan rumah mereka (Selain tengok design rumah biasa-biasa, tapi nampak mewah , corak tile, tiang rumah, awning yang menarik, carporch, kaki lima,pagar yang friendly.. hehe..sempat lagi berangan tu) , sebab, walaupun kawasan yang terhad, macam macam mereka tanam, Kira apa yang ditanam tu, boleh untuk dimakan dan tak perlu ke pasar untuk beli sayur-sayuran.Serius.Sampai sekarang saya tak jemu tengok kebun uncle tu.Sawi, kobis sangatmekar dan segar-segar belaka. Hanya tanam di luar pagar di tepi jalan. Jiran belakang pun macam tu.atas jalan tar pun menjadi.

Kalau balik kampung suami saya di Chenor, lagilah saya suka merayap kat kebun tu, macam-mcam pokok ada,. Duduk bawah pokok limau purut bau wangi je.Berangan nak pokok limau purut kat rumah, supaya ada pewamgi asli. Pokok ubi pun banyak.Ha, satu lagi pokok tebu telur.First time saya dengar. Pokok tu macam pokok tebu, tapi isi dia macam telur. Sedap digoreng denag sayur campur..Pokok belimbing bukuh pun ada. Macam-macam la.Buat saya jadi teruja sangat.

Senarai keperluan menanam yang perlu ada,

- polybag, tanah subur, benih pokok  (basic yang saya nampak)

kalau ada lagi, bolehlah kongsikan dengan saya ye. Mahu belajar menanam kembali.

Nota Naluri;
Dalam sibuk plan nak berkebun, risau plak negara Yaman bergolak.Semoga Allah melindungi kita semua.