Tuesday, October 29, 2013

Jaket IIUM

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Ok yang di atas ini ini meja kerja saya.Bersepah kan? :-P..Tapi ada satu jaket IIUM , dan bantal buat sandaran saya kala penat menaip dokumentasi.Jaket itu dipakai ketika penghawa dingin sejuk yang tak dapat saya tahan.Maklumlah, saya ni jenis kurang penebat haba.Mudah sejuk.Bakkata orang, pantang kena "air cond". tangan terus sejuk macam air batu.Itu baru "air cond" di garisan khatulistiwa.Bukan lagi di kutub utara kan?

Hari ni, ada ada klien datang.Mahu berjumpa bos.Tetapi, beliau tidak ada sebab ada urusan outstation di utara.Saya cuma ambil input yang klien mahu, draf perjanjian melombong bijih besi. Usai berbincang, saya keluar untuk mengambil draf di "printer" yang terletak di luar bilik saya.

Terus klien tadi tanya, "Puan, IIUM yang di jaket puan tu ape, yek"

Pasti dia meneliti seluruh ruang kerja saya kan?Dahlah ada potret keluarga, kawan-kawan buat inspirasi kerja saya.

Peneman waktu pagi, air panas kaw!
Saya: IIUM tu International Islamic University Malaysia, dalam BM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Klien :Oh..patutlah, saya selalu nampak IIUM ni, kiranya ramai juga lah lawyer dari UIAM.

Saya : UIAM memang keluarkan graduan undang-undang yang ramai sebab ia adalah universiti yang belajar perundangan Islam sama ada dia praktis atau tidak.Sebab misi Tan Sri Ahmad Ibrahim, pengasas Kuliyyah Undang-Undang mahukan seluruh graduan undang-undang yang ada di Malaysia ini mempunyai pengetahuan dalam perundangan Islam, maka suara di parlimen juga akan berasaskan perundangan Islam, sebab tu graduan undang-undang ramai berbanding dengan universiti lain..Wallahualam


Saya hanya bagi pandangan begitu, kerana itulah inspirasi saya ketika belajar sehingga sekarang, sebab itu jaket itu masih saya pakai sehingga sekarang.

Dan saya bersyukur kerana saya adalah tergolong di dalam misinya.Alhamdulilah.

3 saudara kandung perempuan saya. yang ceria sokmo.:-) Sweet kan?
Kepada semua graduan.Selamat bergraduasi.Juga sekalung tahniah buat adik saya, Basirah sempena graduasi di UMT pada 20/10/2013.Akak tumpang bangga dan gembira dengan awak..Semoga akan memperoleh pekerjaan tetap yang mantap!Amin (Buat masa sekarang dia kerja dengan saya :-) )

Nota Naluri:
Selangkah ke menara gading, selangkah ke arah cita-cita.Moga-moga urusan sentiasa dipermudahkan dalam menghadapi cabaran era terkini.

Wednesday, October 23, 2013

Jangan Terlalu Sayang...

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Semalam , sambil santai-santai selepas Isyak, tengok satu drama "Seindah Sabarmu".Kisah seorang suami yang terlalu menyayangi isterinya sehingga ada rasa tak suka pada anak kandungnya.Ataupun si suami ini menganggap yang si anak tadi adalah satu beban ke atas isterinya.Fuh!

Zauji tanya sinopsis cerita tersebut kepada saya, maka saya kata "Bahaya juga kalau terlalu sayangkan manusia, sebab tu apa apa yang kita buat kena berpada-pada..."


Ingat tak ada sesuatu pepatah yang sentiasa kita dengar,lebih kurang begini..

"Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan pergi
Cintakan Allah, kekal abadi"

Jadi kesimpulan yang kami dapat, jangan terlalu letak rasa sayang pada manusia, ibubapa, suami, isteri.Tetapi letaklah rasa bersyukur kerana kita ada masih peluang untuk bersama mereka.Maknanya perasaan syukur tadi juga adalah salah satu intipati kasih sayang juga kan? Kasih sayang kerana Allah....:-)

Sekadar muhasabah kasih sayang..

Wallahualam.

Monday, October 14, 2013

Tatkala Orang Bercuti Aidiladha...

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Orang satu pejabat bercuti, saya masih di pejabat.Hanya ada dua staf bertugas dan saya! Kedai makan banyak tutup, pasar tani kat depan pejabat mulai sesak.Hari ni pun ramai yang berpuasa sunat Zulhijah, Hari Arafah.


Saya di pejabat tengah buat "billing"!Sambil pasang Radio IKIM kuat-kuat.Semoga dipermudahkan urusan.

Selamat hari raya Aidil Adha buat semua sahabat-sahabat.Selamat menjalani ibadah korban.Moga-moga kita semua akan mendapat rezeki untuk menunaikan ibadah haji pada masa akan datang.Ameen!


Dan yang terakhirnya. Selamat balik kampung semua!

Hati-hati memandu tau macam Aina ni..:-P
Nota Naluri:
Tak dapat  fokus juga kerja hari ni.Mood cuti bergelandangan.Allahurabbi....


Friday, October 11, 2013

Rest with Zikir Di Pejabat, Rumah...:-)

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Penangan kerja yang semakin menimbun, saya mencari alternatif penenang hati, dan sesuatu yang boleh jadi  " booster" untuk saya melakukan kerja dengan senang hati.

Dan sekarang ni, saya memang suka dengar zikir dari Heliza Helmi, ceria sekali. Dalam video klip itu sendiri pun, menunjukkan yang Heliza ni buat kerja sambil berzikir.Senyum aje memanjang.Bukan senang nak senyum dalam berzikir sambil mengingati Allah Yang Maha Esa.


Eh, Aina pun suka lagu ni.Selalu juga ajak dia dengar lagu zikir ni.
Jadi sesiapa yang rasa serabut dengan kerja macam saya,
Jom kita zikir sambil buat kerja, pasti senang hati , Insha Allah....

Umat Islam pasti boleh!
^_______^

Nota Naluri:
Jatuh hati dengan tudung telekung sebab kalau kita di Mekah, pakaian kita mesti macam telekung, ala-ala "solat ready" kan?

Tuesday, October 8, 2013

Tolak Duit Pakcik RM300.00 Tiap Tiap Bulan....

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Baru-baru ini, saya menghadiri satu sesi cabutan undi tawaran rumah kos rendah dan sesi penyerahan kunci.Kami sampai agak lambatlah jugak. Tetapi tetap disambut baik oleh jabatan yang berkenaan.Wah! meriahnya dewan ni, sampai bersesak-sesak sekali.Kaunter khidmat peguam pun dah sesak, tiada ruang untuk saya dan rakan sepejabat untuk duduk.Bagaimana lah agaknya kami nak "attend" klien nanti...Hendak berdiri pun tiada ruang..huhu..

Apa yang saya nak kongsikan di sini, saya perhatikan dewan yang penuh, sesak dan padat.

Agak-agak siapa yang hadir?

Ada juga dengar suara kanak-kanak, warga emas, ibu bapa, anak muda..

Mereka datang penuh harapan, kegembiraan kerana mendapat skim perumahan kerajaan.Bukan urusan yang mudah tau,setelah  bertahun bertahun menunggu.

Paling terharu, datang dengan satu keluarga.Menambah kegembiraan yang ada.Tak dapat nak diterangkan bagaimana riak-riak wajah gembira mereka.

Itu baru sesi sebelum penyerahan tawaran.Bagaimana perasaan yang mendapat kunci rumah pula?


Ada seorang klien kami, merupakan salah seorang yang mendapat kunci pada hari yang bersejarah ini.Saya mungusik-usik dia , "Puan, jangan lupa jemput kami kalau buat pulut kuning ye..!" Sambutnya dengan syukur, "Alhamdulilah, seronok rasa dapat masuk rumah baru..Dah lama akak tunggu ni.."..Senyuman tak pernah lekang dari mukanya...Tanda gembira yang sangat-sangat.

Ok yang paling saya terharu, ada seorang pakcik orang kurang upaya- cacat penglihatan bertongkat, datang ke meja panel peguam.Seperti biasa, pihak guaman akan tanya nak buat pinjaman bank mana?nak guna nama anak ke?


Tetapi pakcik ni kata "Pak cik nak bayar sendiri, tiap tiap bulan, tak nak buat pinjaman bank". Pegawai bertugas yang berkenaan tu kata "Mana boleh pakcik, beli rumah ni,kena buat pinjaman bank.Ada saudara atau anak-anak yang boleh membantu?"

"Pakcik tiada sesiapa.Tapi tolak je lah duit pakcik ni dari Jabatan  Kebajikan Masyarakat tiap-tiap bulan RM300.00" beria-ia dia mengunjuk buku usangnya yang hampir lusuh.Mungkin buku rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya pun jadi simpati dengan pakcik tadi.Seronok melihat dia bergembira untuk memiliki sebuah rumah. tetapi melangkah ke dunia realiti, dari segi prosedur untuk membuat pinjaman, memag agak sukar.Melainkan mempunyai simpanan yang berjumlah sama nilai dengan rumah tadi.

Maka, saya mencadangkan, "kes pakcik ni "special case", minta rujuk jabatan sekian-sekian.Harap mereka dipertimbangkan kaedah lain yek untuk pakcik beli rumah..sebab prosedur sekarang takde dah kaedah sewa-beli macam dulu-dulu, sekarang ni kena buat bayaran penuh..".

Maka kami minta pegawai yang berkenaan supaya membawa pakcik tadi berjumpa dengan pegawai atasan untuk mengatasi masalahnya.Harap ada sumbangan untuk pakcik ni untuk memiliki rumah tersebut daripada sesiapa yang bermurah hati..

Jika difikirkan, dalam usia sebegitu, memang sukar untuk mendapatkan kelulusan pinjaman bank.Terpulang kepada jabatan berkenaan atau ADUN untuk menyelesaikan masalahnya.Moga-moga mereka dapat membantu pakcik tadi memiliki sebuah rumah.

Nota Naluri:
Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap orang.Tetapi  membina rumah di syurga adalah lebih indah.Sama-samalah kita berazam membina mahligai di syurga dengan mentaati segala perintah Allah swt dan menjauhi laranganNya untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa..Amen!


Friday, October 4, 2013

Merenung Kewangan Masa Hadapan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Ada sahabat saya kata, sekarang ini masa meningkat taraf hidup, cari pelaburan yang terbaik, cari rumah.

Semasa saya "outstation" pada hari Sabtu atas dasar urusan kerja, ada pegawai yang kata, "Sekarang ini kerja hari Sabtu dan Ahad adalah tuntutan hidup, takde feeling nak cuti dah.Kalau betul-betul nak bersama anak dan keluarga, ambillah cuti betul-betul walaupun satu hari..."

Ada juga sahabat yang tanya tentang kenaikan gaji yang ada (bagi yang bekerja swasta).Kata saya, kita memang ada hak untuk kenaikan gaji setiap tahun.Tapi jangan terlalu bergantung pada status gaji yang ada. Kita cari alternatif yang ada.Gunakan ia sebaiknya.

Kenapa? Pinjaman Pendidikan, Pelaburan, Kenderaan, Rumah adalah satu keperluan dalam tuntutan hidup kita.Terpulang kepada kita bagaimana menguruskannya.Saya pasti ada banyak tips oleh pakar kewangan yang boleh kita rujuk.

Macam saya , masih menelaah buku "Ke Mana Wang Anda?" oleh Hajah Rohani. (Isy tapi cari buku tu malam tadi, kat mana pulak letaknya..adess lupa plak...).




Salah satu tips yang menarik hati saya, adalah simpanan takaful.Kalau lah saya tahu tips ni, dari zaman saya belajar lagi saya nak mencarum..Pelaburan Takaful adalh pelaburan yang sangat menguntungkan, sebab industri takaful semakin berkembang, malahan sebahagian daripada ekonomi Islam.

Berbincang dengan zauji, tentang dana pendidikan yang ada.Mungkin zaman pendidikan anak-anak kita akan kembali seperti zaman mak ayah kita.Siapa yang kaya sahaja boleh belajar memandangkan peruntukan yang ada.Apatah lagi, kos pendidikan mestilah semakin tinggi seiring dengan zaman kan.

Contohnya, saya ambil "double degree", perundangan dan syariah, lebih kurang RM32,000 ke atas.Status kalau tak bayar, boleh jatuh bankrap.Kan teraniaya tu.

Jadi, menjadi sebahagian golongan ibu bapa yang berkerjaya, kami merancang kos maksimum pembelajaran anak-anak akan datang lebih kurang dalam RM 80,000.00-RM100,000.00 untuk setiap seorang dalam masa 18 tahun termasuk perlindungan kesihatan.Insha Alllah, Semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki.

Mahu merancang dana kewangan sehingga ke anak cucu.Merancang masa depan melalui pelaburan takaful No 1 di Malaysia.Amin!

Nota Naluri:
Sama-sama reschedule bajet kewangan kita.

Jika anda berminat untuk mencarum TAKAFUL bersama kami boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda! elfateh.inspiration@gmail.com/cyfar_mmy@hotmail.com
Whats app/SMS- En Muz 019 9598199 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...