Tuesday, February 11, 2020

Bila , Di Mana dan Bagaimana?

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Awal tahun 2020 , kita banyak dikejutkan dengan kematian mengejut, kematian pada usia yang muda.

Malam tadi, bersuara dengan suami, rasa takut pula nak bangun dari tidur pagi-pagi. Bimbang jika pula dijemput, kita, dia , anak-anak, mak. Allahu!

Lepas tu, Selalu dengar motivasi pagi di IKIM.FM. Kali ini, topik mengingati kematian. 

Persoalannya yang bermain, Kita tidak tahu bila kita akan mati, Di mana kita akan mati dan bagaimana bentuk kematian kita.

Maknanya, kita perlu bersiap sedia pada bila-bila masa dan di mana mana.

Biasakan kehidupan kita dengan mengingati Allah, tidak kisah apa yang kita kerjakan.

Bila kita sayangkan Allah, automatik kita kan tinggalkan perkara yang tak baik.

Ada risau bila berbuat salah, ada rasa gundah bila tinggalkan perkara yang baik.

Perlu diingatkan, kita dihantar di dunia untuk diuji sama ada berbentuk kebaikan dan kejahatan.

Boleh membentuk kesabaran dan menahan marah atau tidak.

Boleh sentiasa menjadi pemaaf atau tidak.

Boleh menjadi seorang yang ikhlas atau tidak...

Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...