Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Kan Dah Dekat



Segala pujian bagi Allah s.w.t. mempertemukan kita semua dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh kerahmatan dan keampunan.Andai kita tahu Ramadhan Ini Ramadhan Terakhir...pasti kita Akan bersiap sedia membuat persiapan.

Tapi suasana Ramadhan yang paling saya suka, malam-malamnya agak berbeza berbanding bulan-bulan yang lain, bunyi cengkerik, sinar bintang dan bulan, burung -burung yang berkicauan pada waktu pagi menunjukkan kegembiraan mereka tentang kehadiran Ramadhan.Masjid dan surau juga agak meriah dengan kehadiran jemaah-jemaah, teringat pula saya kisah Ramadhan yang lepas, macam-macam rupanya yang terjadi, malam-malam yang penuh keajaiban.

Hadiah dari seorang sahabat, tasbih, kerongsang capal Nabi s.a.w & minyak atar sempena Ramadhan..:-)

Cabaran Ramadhan sentiasa ada, perlu ada input-input pengetahuan tentang isu semasa Ramadhan, kerana ada yang akan bertanya, akan ada masalah yang timbul di luar pengetahuan kita, kemungkinan besar akan ada seseorang yang datang secara peribadi antaranya, 

"Saya tak sempat nak niat, jadi saya tak puasa lah.."
"Saya ingat waktu sahur, tetiba terdengar azan, jadi saya pun tak puasa lah.."
"Kalau guna inhaler waktu puasa boleh ke?"
"Kalau pakai lipbalm waktu puasa macam mana pula hukumnya?"

Jangan ketawa mendengar soalan yang remeh begitu, jika berada di persekitaran mereka yang memerlukan pengetahuan anda, didiklah mereka, ajar mereka cara yang betul, terangkan kaedah satu persatu.Mungkin kita sendiri juga perlu mengulangkaji dantidak arif dalam perkara sebegitu bukan?

Saya juga pernah menjadi rakan sebilik dari luar negara selama beberapa semester, tak sangka Ramadhan itu merapatkan ukhuwah kami, saya diminta untuk mengajar dia mengaji.Subhanallah!

Dia hadir secara diam dan bertanya sambil memegang Muqadadam sementara kami menunggu Terawih, " Yati , Can you teach me to read all Surah in Al-Quran?Help me..Then i'll going Terawih with you ok?

Suaranya sayu, saya juga agak terkejut dan tidak menyangka keadaannya sebegitu.Tetapi saya hanya sempat mengajar dia mengenali Surah-surah Lazim sahaja, kerana kemudiannya kami tidak menjadi rakan sebilik lagi.

Sebenarnya terlalu banyak kisah sebegini, dalam kita sibuk mempersiapkan diri dan ibadah kita, tanpa sedar ada yang memerlukan pertolongan kita.Maka hulurkan tangan,ikhlaskan hati.

Saya agak tertarik denagn Video yang dihasilkan oleh IsmaAustralia sempena Ramadhan.Saksikan, hayatilah ia dengan sepenuh jiwa dalam menghidupkan Ramadhan.Tak rugi tengok,layan yerk..




"Amat sia-sia & rugi mereka yang melalui Ramadhan namun tidak mendapat keampunan"

Nota: Pertama kali menyambut Ramadhan sebagai isteri..[Ye ke?Macam masih bermimpi lagi he2..:-)]Selamat Berpuasa Semua!





Wednesday, July 27, 2011

Majlis Perkahwinan: Zulaikha & Adam


Alhamdulilah dan tahniah atas perkahwinan sepupu saya Ika dan suaminya Adam pada 23hb Julai 2011 di Kota Gelangi 1, Jerantut, Pahang.Terasa kemeriahannya dan kegembiraan si pengantin baru ni.Fuh Pejam celik pejam celik, mereka berkahwin cuma seminggu sebelum berpuasa.

Kita tengok gambar je yek..:-)

Banner 


Meja Makan Beradap


Meja makan keluarga pengantin lelaki
Ha, ni baru ada gambar pengantinnya.Mesti dah tak sabar nak tengok gambar pengantin kan. Jangan tipu yerk..:-)


Teringat pula cerita Adamaya.Tapi mereka berdua ni cinta "roadblock" semenjak Ika ni bersekolah lagi.Macam-macam kan?Kalau dah jodoh tak ke mana kan.


Bersama-sama sepupu dan pakcik yang berkesempatan hadir dan sempat join untuk ambil gambar.Cheese!

Selamat Pengantin baru buat Ika & Adam, semoga bahagia dunia akhirat.Insha Allah!



::Wordless Wednesday::





Monday, July 25, 2011

Cinta...


 Sangat Indah!Mahu kongsi di sini..


Ya Aziz..
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar tidak Ada Lagi Yang Dapat Menawanku Selain Engkau
.
Ya Rahim..
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu
.
Ya Robbi..
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit Yang Tidak Menemukan Puncanya
Penuhilah Rasa Sakitku Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai punca Pertemuanku Dengan-Mu
.
Ya Robbi..
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Sentiasa Ku rasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu
.
Ya Allah..
Jika Kasih Adalah KebahagiaanYang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Ku persembahkan Sesuatu Untuk-Mu
.
Ya Allah..
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu
Ke manakah Wajahku Hendak Ku sembunyikan Dari-Mu
.
Ya Rahman..
Dunia Yang Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yang Tak Dapat Ku tembus Di Malam Yang Gelap Gelita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menjejakinya
.
Ya Rahim..
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yang Ku lalui Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Aku Sedar  Semua Ini Milikmu
Dan Suatu Saat Jika Kau Kehendaki
Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu

Sumber: Aku ISLAM



Sunday, July 24, 2011

Dendam Dari Kelemahan Itu


Teringat kata-kata seorang sahabat saya, tika hati kita tak kuat, minta kekuatan dari Yang Maha Kuat, ALLAH s.w.t. Bermakna kata-katanya. 



Saya sering ditanya oleh anakguam, kawan-kawan seperjuangan.."Bila nak buka firma guaman sendiri?" "Bila nak jadi rakan kongsi firma?" . Jawapan saya ringkas, saya tak mampu untuk beri komitmen 24 jam kerana saya mahu masa kualiti untuk keluarga saya kerana mereka adalah sumber kekuatan saya.

Cukuplah bekerja pada waktu pejabat. Punch card keluar, tutup fail.Jika tidak, tugas dan bidang kerja saya ini memerlukan komitmen yang penuh, Perlu "update", kajian, sangat-sangat peka dan kreatif menyelesaikan masalah.Tetapi semua itu saya peruntukkan masa yang maksimum pada waktu pejabat.Kadang-kadang jika kes itu rumit  untuk diselesaikan, memang meracau lah saya di dalam mimpi.

Teringat pula saya mengigau sambil kata dengan gaya tangan sekali, "oh, file mana? oh, ada kat situ tolong ambilkan?kan ada kat situ, adalah kat situ..." (yang ini mengikut apa yang diceritakan oleh keluarga saya ketika saya mengigau..:-P.Ketika ini saya tengah mengendalikan sebuah kes korporat).

Bila jadi macam ni, kadang-kadang terlintas di hati mahu berhenti dan menceburi bidang lain, dan saya juga kadang kala lemah bila tiba waktunya.Tapi saya tahu, saya perlu bangun kembali, menebus "dendam-dendam " kerja yang masih belum diselesaikan dan memperbetulkan niat kembali dan terus ikhlas dalam bekerja.Dan Allah jua yang memberi Kekuatan tersebut sehingga saat ini.Alhamdulilah


"May Allah Gives His Strength And Ways Of Being Patients"





Friday, July 22, 2011

Terlupa Apa Yang Perlu

Terlalu asyik dengan sesuatu sehingga kita terlupa apa yang perlu.
Semoga Allah memberi kita petunjuk andai kita lalai dan terleka.
Tak mahu menjadi lalang yang sentiasa tunduk dan rebah.
Tapi mahu menjadi "pokok" yang akarnya sentiasa teguh walaupun dipukul ribut.


Pokok.Lagu yang terlalu abstrak bagi saya.Sangat tersirat mesejnya.

Thursday, July 21, 2011

Selamat Hari Lahir, Adikku Yang Zuhud :-)




20 July 2011.Selamat hari lahir Idah, satu-satunya adik saya yang bermata bundar. Yang lain mata sepet sikit kot.Semoga Idah dimurahkan rezeki (Nak-nak kerja di Kuantan kan..:-p). Yang penting bekerja lah di mana-mana pun, asalkan letakkan akak kat hati Idah tau.Cewah!

Maaf sangat entri hari lahir lambat sehari, yang penting akak dah nyanyikan lagu untuk Idah pagi semalam kan?Kan sedap suara akak.:-)


Ok. akak letak gambar Idah yang paling ayu k?Jangan marah yek.Ha, kalau nak tahu, adik saya seorang sangat komited, bertanggungjawab orangnya.Ok ada la bakat untuk menjadi ahli politik kot.Hehe.Insha Allah Ameen!

Idah ni sangat mengambil berat tentang ahli keluarganya.Terlalu ambil. berat.Setiap satu ditelitinya, baik dari cara kami berpakaian, pelajaran adik beradik kami. Asal merosot sedikit, bersedialah masing-masing dengan nasihatnya untuk memajukan diri dalam pelajaran dan akademik.Haa , macam  Menteri Pelajaran pula!

Oklah, tertaip lebih la pulak.Apa-apa pun akak sentiasakan yang terbaik untuk Idah tau, dalam setiap doa-doa akak.:-)

Nota: Terima kasih banyak-banyak Idah sebab sudi jadi Floor Manager akak yerk:-) Terbaek!



Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Emosinya Dakwahmu...






Diri ini terpaku tatkala mendengar cerita, seorang wanita yang yang mempunyai pengetahuan agama, menegur seseorang dalam nada yang penuh emosi.Tak perlu lah saya menceritakan bagaimana situasinya,mungkin saya hanya perlu bersangka baik-baik sahaja terhadap sikapnya.

Cuma apa yang terlintas di hati saya, berleter, mengajak dan mendidik adalah perkara yang berbeza ketika ketika mahu menegur seseorang itu.

CONTOH:

Berleter : Dengan penuh emosi, "Hisy , awak ni, tak insaf  lagi ke? dahla kita ni tak tahu kita ni mati bila?Buat lagi kerja haram tu!"

Pada pandangan saya, teguran sebegini agak keras bunyinya,tidak sesuai bagi kita menegur untuk mereka yang masih cetek pengetahuannya.

Mengajak : "Eh, akak, nanti kita solat sama-sama yerk".

Tapi bila tiba waktunya, hati kita kecewa, kerana ajakan itu tidak bersambut atas alasan dan dalih yang diberikan.

Mendidik .Contohnya, orang yang tak solat.

"Eh, cantiknya awak make-up, macam mana awak cuci bila nak solat yea?guna pencuci ape?Tak ambil masa yang lama ke?masa tengahari kan pendek aja.bagilah tips sikit.." 

"Err..sebenarnya saya tak solat...

" Kalau awak solat, awak tak makeup la yea?"

 "Err..tak saya tak solat di pejabat sebab.........." 

Dan ketika inilah, kita mendidik mereka cara bersolat dan yang pasti perlu "follow up" kerana iman manusia ini senipis bawang.Dan secara automatiknya ilmu itu disampaikan..:-)

Tapi saya pasti, ada pelbagai cara untuk menegur perkara-perkara yang sebegini, seperti menghadiri mana-mana kuliah agama , usrah dan sebagainya.Pastinya daie-daie di luar sana lebih pakar mengenai cabran-cabaran berdakwah dan cara-cara mengatasinya.

Wallahu 'alam.


Monday, July 18, 2011

A Promise From Allah:-)





My Husband has made me laugh, 
wiped my tears, 
hugged me tight, 
saved my life, 
watched me succeed,
 seen me fail, 
cheered me on, 
kept me going strong, 
put up with my mood swings,
 has said everything will be alright when things get tough, 
keeps me sane. 
My husband is a promise from Allah 
that I'll have a friend forever .. 

Copy and paste this if you have a great husband like I do.


Human Cloning In Islamic Perspective


Klon?Apa agaknya yang rakan-rakan bayangkan ye.Isu ni memang dah lama.Tapi saya cuma terbelek-belek "assignment" ketika bergelar pelajar dahulu.Sayang juga jika dibiarkan berhabuk, jadi sebagai alternatif saya nak kongsikan maklumat dan kajian kami di sini, supaya ia sentiasa disebar, dikongsi, di"update" jika ada maklumat yang berkaitan.

"Profesor Klon.?" hehe..:-) Teringat cara profesor ni gelak :-)

Klon atau "Istinsaakh" dalam bahasa Arab pernah menjadi isu kemanusiaan yang panas suatu ketika dahulu di setiap sudut dunia. Apa yang pasti , ianya pasti  menjadi persoalan setiap individu yan beragama Islam terutama mengenai  hukum dan perspektif nya dalam Islam.

Secara amnya, daripada pandangan Islam, ada dua isu yang diketengahkan;

  1. Adakah ia mempersoalkan kepercayaaan dan pegangan orang Islam tentang kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta?
  2. Kenapa pengklonan ini harus dibenarkan?
Isu ini telah dibincangkan di Islamic Fiqh Academy yang berhubung dengan Organization of Muslim Doctors di Kuwait.Pakar perubatan juga hadir dlam perjumpaan ini dalam menerangkan proses-proses dan implikasinya.

Adakah ia mempersoalkan kepercayaaan dan pegangan orang Islam tentang kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta?
Berkaitan isu pertama, ada persetujuan bersama bahawa pengklonan tidak membawa kepada persoalan kepada percayaan Islam di dalam apa jua cara pun.Jika seorang saintis berkemampuan dan berjaya membuat kaedah pengklonan, ianya tidak menjadikan mereka sebagai pencipta.Mereka hanya memanipulasi ciptaan Tuhan dan menggunakan sebab dan akibat bagaimana Allah menciptakan manusia.Klon adalah sebab dan hanya Allah s.w.t yang mengakibatkan tercipatnya manusia.

Kenapa pengklonan ini harus dibenarkan?

Apakah implikasinya terhadap teknologi biologi baru jika ia dibenarkan?Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menitikberatkan sama ada ianya dibenarkan atau tidak  menurut Al Quran dan Sunnah. 

Perbincangan di dalam Islamic Fiqh Academy telah mencapai konklusi bahwa pengklonan ini dibenarkan  di dalam pertanian dan haiwan kerana ianya adalah tidak mustahil dalam bidang perubatan yang mana mungkin membawa satu penemuan yang boleh menyembuhkan penyakit yang kronik dan serius kepada orang-orang yang tertentu. Jadi pengklonan ini dibenarkan tetapi dalam kadar terhad dan hanya untuk tujuan perubatan sahaja.

Asas syariah yang diaplikasikan di sini adalah "la dharara wa la dhirara " atau " No harm Given and no harm taken" .

Teknologi pengklonan ini menjadi haram kerana ia  menyebabkan maslah-masalah yang berikut;
  • menyebabkan mudarat kepada personaliti ;
  • menyebabkan mudarat kepada maruah ;
  • menyebabkan mudarat kepada keluarga dan masyarakat.
Di dalam surah-surah berikut, ayat-ayat ini menerangkan bahwasanya Allah lah yang menciptakan manusia ini menjadi sebuah sistem keluarga, melalui penciptaan lelaki dan perempuan.Subhanallah!

Annisa :1

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kamu kepada Rab (Tuhan) kamu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya dijadikan jodohnya, kemudian daripada kedua-duanya Dia (Allah) membiakkan laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu saling tanya-bertanya tentang-Nya (tentang Allah), dan (peliharalah) hubungan (silat’ur-rahim) kekeluargaan. Sesungguhnya Allah adalah al-Raqib (Pengawas) atas kamu"

Al-A'raf:189

Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.


Al Hujurat:13

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."


Secara konklusinya, hasil pengklonan tidak akan dikira sebagai penciptaan yang sempurna.

Ada juga sesetengah pendapat Sarjana-Sarjana Islam yang membincangkan tentang isu mengubah ciptaan Allah (taghyr khalq Allah) tidak dibenarkan di dalam Islam melainkan ianya benar-benar diperlukan atau kebajikan manusia itu sendiri (maslahah).

Rasullullah s.a.w juga melarang untuk mengubah badan, muka, kening dan seumpamanya.Jika mengubah  ciptaan di anggota badan juga tidak dibenarkan di dalam Islam, apatah lagi untuk membenarkan pengklonan  yang melibatkan genetik?

Wallahu alam

Hanya sekadar perkongsian dari saya.Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diri yang naif ini.  



Friday, July 15, 2011

Kalau Saya Seorang Pengarah Filem



Hi, Izfa, saya menyambut tag kamu, boleh juga lah berangan kejap nak jadi pengarah filem, duduk atas kerusi sambil cakap "action!"..Izfa ni juga merupakan rakan editor saya di 100penulis.:-)

Kalau saya seorang pengarah filem, teringin juga nak buat satu cerita tentang penguasaan ilmu.Sebenarnya saya sangat mengagumi kisah-kisah tokoh sejarah, bagaimana mereka berjuang dengan ilmu yang ada.Bukan setakat satu cabang ilmu, tapi PELBAGAI.Hebatnya mereka dalam mendisiplinkan diri dan mempelbagaikan ilmu.Tapi filem ni mesti nampak macam berat kan untuk dihayati.Saya tahu.Mungkin hanya sedikit sahaja yang ingin menontonnya.:-(


Tapi itulah cabaran saya untuk menghidupkan sejarah,terlalu banyak kisah teladan yang boleh golongan muda ikuti, cuma harus ditransformasi sahaja dalam versi moden, bagaimana ada anak-anak muda (macam saya kot) mengambil nilai-nilai murni, Contohnya kisah sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh si pejuang muda, Rabiatul Adawiyah si sufi wanita tentang bagaimana harus kita terapkan nilai kehidupannya dalam kehidupan kita.


Bagi kawan-kawan yang tidak suka matematik, mungkin kita boleh terapkan kisah tokoh Islam Matematik, Al-Khawarizmi dalam kehidupan kita.(Macam saya, kurang suka matematik :-P). Bukan sahaja ilmu matematik, malah ilmu astronomi.


Dalam diam saya juga mengagumi cerita CSI, Criminal Minds bukan hanya kerana kisah siasatan jenayah, tetapi bagaimana mereka boleh menyebarkan ilmu dan mengajar kita berfikir lebih pantas, dan konsep itu yang saya mahukan, supaya minda kita sentiasa berkembang dan tidak hanya di takuk lama.

Tag:
Teringin nak tahu filem arahan kamu.:-P



Thursday, July 14, 2011

Kami & Winter Sonata Elektrik

Winter Sonata Elektrik?Pandai-pandai je bagi nama yerk.Sebenarnya, saya dan rakan sepejabat akhirnya berkesempatan ke i-City walaupun tiba di Shah Alam dalam 12 tengah malam (masa tu status  bujang  lagi.eh lupa pulak, tunangan orang rupanya ) :-P. Nasib baik pergi dengani kawan-kawan perempuan.Dek  penangan disebabkan hajat-hajat mereka yang berkenaan, saya pun ikut sahajalah, takkan nak tinggal di hotel keseorangan kot.Tak sanggup!


Kebetulan saya di sini ada tugasan luar sebagai panel peguam PTPTN, di ibu kota.Orang kata sambil menyelam minum air kan? Jadi "menyelamlah" kami ke bandar I-city yang sering diperkatakan itu.Hmm Warna-warni, haba-haba elektrik pun terasa juga yerk..


Musim luruh di waktu malam.Teringat pokok getah kat rumah lama dulu, kalau tiba musim  daun-daun berguguran, tiap-tiap hari la membakar daun-daun kering dan membersihkan halaman rumah.Tambah-tambah pula asyik dengar biji buah getah meletup .Kutip dan kutip dapatlah satu guni, boleh main congkak:)


 Ops!gambar kami terpegun tengok winter sonata elektrik :-P Pandai tak berlakon?Dengan Yani (peguam pelatih). Kak Aja dan A'ai.


 Ok.Ok. Winter sonata elektrik kami dah difilemkan.:-P.Sah takde drama air mata.Tersenyum je semua kan?


Akhirnya, sekeping gambar kenangan buat memori dua gadis melayu berbaju kurung di I-City.:-)

 "Berjalan,bermusafirlah melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk kita berfikir"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...