Tuesday, July 19, 2011

Emosinya Dakwahmu...






Diri ini terpaku tatkala mendengar cerita, seorang wanita yang yang mempunyai pengetahuan agama, menegur seseorang dalam nada yang penuh emosi.Tak perlu lah saya menceritakan bagaimana situasinya,mungkin saya hanya perlu bersangka baik-baik sahaja terhadap sikapnya.

Cuma apa yang terlintas di hati saya, berleter, mengajak dan mendidik adalah perkara yang berbeza ketika ketika mahu menegur seseorang itu.

CONTOH:

Berleter : Dengan penuh emosi, "Hisy , awak ni, tak insaf  lagi ke? dahla kita ni tak tahu kita ni mati bila?Buat lagi kerja haram tu!"

Pada pandangan saya, teguran sebegini agak keras bunyinya,tidak sesuai bagi kita menegur untuk mereka yang masih cetek pengetahuannya.

Mengajak : "Eh, akak, nanti kita solat sama-sama yerk".

Tapi bila tiba waktunya, hati kita kecewa, kerana ajakan itu tidak bersambut atas alasan dan dalih yang diberikan.

Mendidik .Contohnya, orang yang tak solat.

"Eh, cantiknya awak make-up, macam mana awak cuci bila nak solat yea?guna pencuci ape?Tak ambil masa yang lama ke?masa tengahari kan pendek aja.bagilah tips sikit.." 

"Err..sebenarnya saya tak solat...

" Kalau awak solat, awak tak makeup la yea?"

 "Err..tak saya tak solat di pejabat sebab.........." 

Dan ketika inilah, kita mendidik mereka cara bersolat dan yang pasti perlu "follow up" kerana iman manusia ini senipis bawang.Dan secara automatiknya ilmu itu disampaikan..:-)

Tapi saya pasti, ada pelbagai cara untuk menegur perkara-perkara yang sebegini, seperti menghadiri mana-mana kuliah agama , usrah dan sebagainya.Pastinya daie-daie di luar sana lebih pakar mengenai cabran-cabaran berdakwah dan cara-cara mengatasinya.

Wallahu 'alam.


2 comments:

izfanora said...

islam itu indah.. :) suka baca entry nie..

sy pnh ada seorg kwn. dia islam dan dah lama tak sembahyang. setiap kali waktu solat, dia tgk sy keluar. dia tnya sy pergi mana. dan sy jwb pergi solat.

sampai satu ketika, dier sendiri dtg kpd sy dan ckp, "sy dah lupa nk solat. boleh ajar?"

oleh sebab minggu itu minggu terakhir sy bekerja dan dier bukan muhrim sy, sy hanya sempat memberinya buku. semoga ia bermanfaat.

Srikandi Al-Azwar said...

Assalamualaikum..Salam Ukhwahfillah..menarik tulisan saudari humbleyat ini. Ringkas tetapi padat maknanya! Suka! sedikit tambahan, seorang da'ie yg betul2 memahami uslub da'wah pasti tdk mudah melatah, melenting dan sebagainya dgn menggunakan kata2 yg kurang enak didengar. Seorang da'ie yg mletakkan jalan da'wah itu sebagai jalan juangnya pasti memegang teguh dgn ayat ini: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Al-Nahl: 125). Jadi, maaf saya katakan di sini, saya kurang setuju apabila dikatakan "seorang yang mempunyai pengetahuan agama" tadi tanpa meletakkan ayat yg selanjutnya "kemungkinan insan itu kurang menghayati ayat Allah di atas ini". Mungkin itu lbh selamat. Kekadang pembaca yg kurang menilai akan cepat menghukum. Apa pun, nice work!! keep it up! Hadiah untuk saudari http://tinta-srikandi.blogspot.com/2011/07/janji-yang-pasti-bab-4.html ..Harap suka! (^_^) Teruskan perjuangan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...