Tuesday, July 31, 2012

Dehidrasi Dan Kurang Air?

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber gambar : sini

Bulan-bulan puasa ini, air yang sejuk berais pelbagai warna itulah yang menarik hati saya.Penghilang dahaga selain kurma yang memberi tenaga segera.Hehe.Air longan lah, sirap bandung laici, honey dew lah..Hmm air kathira je yang tak dapat lagi rasanya.Hehe..Fuh!Sedap tak terkata.(Tetiba teringin air krusher KFC..)

Tetapi, harus berhati-hati, apatah lagi ibu hamil yang berpuasa, jika didapati badan dehidrasi, digalakkan berbuka puasa, dan minum air masak sebanyak-banyaknya untuk menampung keperluan air dalam badan. Saya pernah ceritakan hal ini dalam entri ini.:-)

Semalam pun saya rasa badan saya kurang air, mula rasa risau dihati, puasa pun asyik melepet aje.Cek Air kencing, sudah berwarna keruh.Mestilah saya risau. Mula membuat carian di internet mengenai warna air kencing yang terhidrasi dengan baik.Semoga ia menjadi panduan buat semua.



Pada mulanya saya berada di skala 5.Fuh!berpeluh juga nak minum air banyak-banyak.tetapi saya tekad untuk kesihatan diri dan si kecil ini walaupun kadang-kadang saya rasa kembung tak dapat minum air yang berais dan berwarna.Alhamdulilah, saya dah dapat skala 1-2.Keputusan check-up di kilinik pada hari ini adalah normal.Syukur sangat-sangat.

Ok.Saya juga nak kongsikan beberapa artikel menarik tentang dehidrasi, warna air kencing dan seumpamanya.Semoga menjadi panduan buat semua.:-)



Nota Naluri:
Selamat berpuasa semua,sedar tak sedar dah 11 Ramadhan kan?
Still counting for Ramadhan and baby's due date by Nuzul Quran.:-)


Cerminku Retak Satu

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber Gambar : Sini
Dugaannya awal Bulan Julai.Ha! Seminggu sebelum memperbaharui "Road Tax".Cermin kereta retak!Hati mana tidak terkejut.Semuanya disedari selepas Zuhur, sebelum keluar ke bandar bersama zauji.

Saya pula terlepas cakap, sedang berkira-kira tidak mahu mengambil insurans cermin, memandangkan tidak menghadapi sebarang masalah dengan cermin (Berlagak la konon kan?) Tak sangka jiwa kereta rupanya begitu sensitif, sehingga retaknya hanya dari dalam sahaja, tetapi tidak dapat dirasai secara kasar dari bahagian permukaan.

Alhamdulilah segalanya selesai setelah berbincang dengan panel insurans, membuat laporan polis.Dari situ baru saya tahu, ada sesetengah panel insurans memlukan laporan polis dan ada yang tidak.

Terfikir jugak, agaknya kalau kita terlepas cakap, dan melukai seseorang mesti hatinya juga akan retak dari dalam dan tidak nampak secara fizikalnya.

Maka berhati-hatilah dalam setiap pertuturan dan percakapan kita.Bahaya tau.Kerana mulut badan akan binasa.


Nota Naluri:
Doakan saya ye kawan-kawan, hari ini si kecil dah berusia 39 minggu.Masih malu-malu untuk berjumpa kami :-P.


Thursday, July 26, 2012

Bermalam Di Wad Antenatal

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Saya sedang menghitung hari sekarang.Bila agaknya si kecil ni nak keluar.Tetapi tak sangka dalam usia kandungan 37 minggu 6 hari bersamaan 3 Ramadhan, saya ditahan di wad untuk pantauan.Fuh!Pengalaman pertama bermalam di wad antenatal,Mungkin ditakdirkan begitu sebagai pra persediaan saya sebelum proses kelahiran agaknya. ( Stiker baby di tepi kanan blog ini kiraannya agak advance-hari ini pun baru 38 minggu 3 Hari :-)

Tapi si kecil ni belum keluar lagi tau.:-) Harap-harap bila abinya dah selesaikan tugasannya dan di hujung minggu ni, keluarlah yek.(Mood tak sabar nak lihat wajah si kecil). Bukaan masih dalam 1-2cm.Tapi sehingga sekarang saya masih belum ada tanda-tanda yang lain untuk proses seterusnya.Jadi perintah berkurung dan bercuti dari tugasan pun bermula dari 3 Ramadhan.Tarikh due -Hari Nuzul Quran, 6hb Ogos nanti.

Melihat Ibu-Ibu Yang Mengalami Kontraksi

Ya Allah!Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu, melihat rakan-rakan satu wad menahan kesakitan.Salah seorangnya rakan sekolah saya, Syifa'.Tak sangka kami bertemu ketika membuat pemeriksaan CTG dan VE pada malam itu.Alhamdulilah, dalam jam 1-2 pagi, saya mendengar suara bayinya  dari dalam Labour Room.Saya dapat menyaksikan secara live, bagaimana air ketubannya pecah.Mahu berderau jantung saya ketika itu.

Seorang lagi rakan wad saya bukaannya baru 3cm, tapi melihat dia menahan kesakitannya, kerutan dahinya membuatkan saya makin menghargai pengorbanan ibu-ibu.

Dan malam itu, saya tidak putus-putus berdoa dan berzikir agar dipermudahkan segalanya.Tidur saya juga berselang seli dengan tangisan bayi yang baru dilahirkan dan keluhan ibu yang menahan kesakitan.

Ya Allah, permudahkan urusan kami nanti Ya Allah.Berikanlah ketenangan dan kekuatan kepadaku ketika tiba saatku nanti.

Tangisan Bayi Di Pagi Hari

Dalam Jam 5 Pagi, saya dikejutkan oleh jururawat yang bertugas untuk membuat pemeriksaan.Berbagai cerita dan petua yang dia kongsikan, dan persoalan yang terjawab.Lega hati saya mengenai kondisi saya, yang kurang mengalami kontraksi.

Selepas itu, mata saya tidak dapat lena lagi.Jadi duduk di atas katil wad terus berdoa dan berzikir, berulang alik ke tandas (tandasnya pun cantik hehe).Pada masa inilah saya nampak jururawat menolak katil-katil bayi mungkin dalam 5 bayi untuk dimandikan.Syahdunya tangisan mereka.Bagaimana pula tangisan si kecil saya nanti?Makin tak sabar rasanya.:-)

Alhamdulilah, pada pagi itu, setelah dipantau kontraksi dan VE, bukaan masih sama, saya dibenarkan balik dan berehat di rumah.:-)

Semoga segalanya dipermudahkan dan doakan saya ye kawan-kawan.


Thursday, July 19, 2012

Tiga Ramadhan Yang Berbeza

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sources: here
 Ramadhan tiba lagi.:-)

Saya mula rancak berblog ketika bulan Ramadhan 2010.Menceritakan apa yang saya lalui,ketika itu saya masih sendiri and "single".Siapa sangka Ramadhan ketika itu terlalu banyak cerita yang tersirat dalam mencoret kehidupan saya. 

Ramadhan 2011, saya berpuasa sebagai status isteri, dan menantu.Sangat berbeza, dan saya mempunyai pengalaman baru.Berterawih bersama keluarga di masjid saya diijabkabulkan, berjalan kaki ke surau bersama suami di kampung halamannya di bawah sinar bulan Ramadhan.:-)Susah nak diungkapkan dengan kata-kata.

Ramadhan 2012, saya berpuasa sebagai bakal ibu pula, Apa pula cabaran berpuasa bersama si kecil yang hanya menunggu hari .Ramadhan kali ini paling mendebarkan. Bukan sekadar perjuangan rohani untuk diri sendiri, malah bersama amanat kecil yang ada. Fuh! Apa-apa pun, Insha Allah saya akan cuba bersedia dengan kemungkinan yang ada.

Petang ini, kami sekeluarga sudah merancang untuk membeli barang-barang dapur untuk persediaan berpuasa.Mensyukuri nikmat yang ada sempena ketibaan Ramadhan.Adik beradik sudah berkumpul di rumah.Pagi-pagi selepas subuh,sudah terdengar keriuhan mereka.Dengan usikan yang membuatkan hati-hati kami tersenyum.Indahnya hidup berkeluarga :-)

Nota:
Doakan saya sempat melalui Ramadhan sebelum si kecil ini menjengah dunia yek.:-)
Dalam hati tak sabar juga jumpa si kecil ini..hehe :-) Begitu juga dengan Ramadhan.
Dua-dua saya tak sabar nak jumpa. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.Ameen!


Wednesday, July 18, 2012

Pertemuan Ukhuwah Sebelum Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sejak-sejak tak pergi mahkamah , jarang betul berjumpa dan makan bersama-sama mereka.Baju hitam pun banyak dah tak muat pada kiraan 36 minggu.Aiyak!Alhamdulilah, akhirnya rancangan yang diatur menjadi.

Lokasi New Horizon Kuantan, 12/07/2012, makan tengahari bersama, memang terbaik.Gambar makanan pun tak sempat nak snap, sebab sedap sangat hehe..

Pic tisu aje..Thanks to Aida, Anna and Wani for the pics..:-)

Dini, Aida, Sarah dan Anna
Akak Lawyer senior, Kak Nita dan Kak Salmah :-)

Saya di takak 36 minggu, tersorok baby yerk..:-P
Kan dah kata, gambar makanan tak ada.hehe, dah selamat dihadam oleh kami semua, kepala ikan pun dah hilang. Jadi saya rekemen sangat New Horizon Restaurant untuk sesi pertemuan atau berbuka puasa nanti.Best dan berbaloi.:-)

Nota: 
Terasa nak godek gambar lama sahabat baik di UIAM dulu, memang kami semua dah terpisah jauh, last jumpa setahun yang lepas, ketika walimah saya.Pic Lama, muncullah yerk.


Wednesday, July 4, 2012

Makin Menghampiri Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Google Images :Ramadhan In Canada..


Kita sudah menghampiri Nisfu Syaaban.Kira-kira lagi 15 hari menuju Ramadhan. Apa persediaan dan "training" kita? Kalau dah di facebook, berbagai gambarajah dikongsikan bersama, seronok juga melihat aura Ramadhan diwarwakan begitu.Berkongsi perasaan Aura Ramadhan bersama-sama.:-)

Sumber :Facebook
Saya sukakan kedatangan Ramadhan, kerana ia memberi saya satu ketenangan.:-)
Dan tahun ini, mungkin Ramadhan itu berbeza untuk diri saya sendiri, adakah saya mampu bersolat terawih, membaca Al Quran hingga khatam, menikmati malam-malam Ramadhan dan seumpamanya?

Ya Allah, permudahkan segala urusan kami dalam menerima amanahMu di bulan yang penuh barakah.Satu kurnia yang tidak ternilai..Semoga kami sebagai bakal abi dan umi juga mendapat segala rahmat Ramadhan kali ini, walaupun ia mungkin tidak sesempurna mana.

Nota Naluri: Menghitung Ramadhan dengan penuh makna..:-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...