Saturday, October 30, 2010

Hijaunya Saya!


Hari ini saya nak berkongsi apa erti warna dalam hidup saya.Kiranya ekslusif dari pandangan saya sendiri.Saya pasti banyak artikel mengenali warna diri dan potensinya.Saya juga yakin warna memainkan peranan penting dalam kehidupan dan personaliti kita.

Wednesday, October 27, 2010

Hutang Hutang Janji


Topik kali ini saya nak menyentuh tentang janji. Mungkin sekali termasuk janji-janji manis, menanam tebu di tepi bibir.Bagi saya, tak perlulah kita hanya berjanji semata-mata hanya untuk menjaga hati orang lain.Kalau tak dapat menunaikan tersebut kan susah?Berkatalah benar walau ia pahit!

Mungkin lebih selamat kita hanya memberitahu dengan cara begini ,dengan menerangkan segala risiko yang akan dihadapi dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata manis begitu sahaja.Betullah kata-kata orang tua, berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.Berbicaralah melalui akal kita.Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya.

Monday, October 25, 2010

Lafaz Bukan Mainan


Terpanggil rasanya untuk saya berkongsi sebuah drama tempatan "Lafaz Bukan Mainan" yang dibintangi oleh Fizz Fairuz dan Sari Yanti. Tahniah buat RTM kerana memilih drama yang tepat bagi isu penceraian yang menjadi-jadi di kalangan umat Islam.

Drama ini ringkas sahaja, tidak melibatkan banyak konflik, tetapi menyampaikan mesej yang telus dalam meniti bahtera perkahwinan. Memang diakui, berkahwin dalam usia yang muda telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita. Namun, terdetik di hati saya, adakah mereka cukup matang untuk meniti alam perkahwinan. Ya, mungkin mereka sudah cukup matang, apatah lagi telah mengikuti kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri.

Saturday, October 23, 2010

Kelahiran dan Kematian 20102010


Tarikh 20.10.2010 menjadi perhatian yang agak ramai.Tarikh yang cantik sekali susunannya.Tidak saya sangka, pada hari tersebut, terdapat kelahiran dan kematian pada hari yang sama yang melibatkan orang terdekat dengan saya.

Semangat Yang Hilang


Saya rasakan minggu ini agak panjang sekali.Beratnya hati saya nak bekerja pada hari Isnin.Tidak tahu kenapa saya bagaikan  terpaksa menyelesaikan kes korporat. Memang benar kes korporat yang bernilai RM4juta  tersebut mempunyai tekanan yang sangat besar.Terdetik dalam hati, rasa tak nak bangun tidur sahaja, mahu sahaja menyambung tidur yang tidak seberapa lena itu.Tetapi apakan daya,terfikir pula amanah yang dipertanggungjawabkan. Jadi saya putuskan untuk...

Wednesday, October 20, 2010

Lawan Jangan Layan!

Pernah tak rasa malas menguasai diri sesangat, sampai nak buat kerja apa pun tak larat?

Pernah tak target nak siapkan kerja, tapi tak dapat siapkan juga pada hari target tersebut?

Pernah tak rasa letih dan mengantuk sesangat, tapi banyak kerja yang perlu disiapkan pada hari tersebut?

Jika ada perasaan seperti diatas, sila tetapkan dalam hati LAWAN JANGAN LAYAN!


Monday, October 18, 2010

Undang-Undang Jenayah Sihir






Seorang suami melafazkan talak kepada si isteri dalam keadaan dipukau, yang melibatkan ilmu hitam, sahkan talaknya?

Seorang isteri disihir oleh suami supaya dikunci mulut dan ditutup kes untuk mendakwa si suami yang asyik memukul, menendang dan perbuatan yang lain.Teraniayakah si isteri?

Saturday, October 16, 2010

Iman Yang Tergelincir


Jika diperhatikan, bulan ini saya kurang keluarkan entri-entri baru.Tidak disangka bulan Oktober adalah paling sibuk buat saya sehinggakan bertambah kerinduan untuk membaca entri-entri rakan-rakan semua.Harap dimaafkan ye, jika tak sempat melawat ke blog rakan- rakan semua.Tetapi, harus juga diluangkan masa, kerana banyak perkara yang saya ingin kongsikan.

Friday, October 15, 2010

Cinta Mahmudah & Cinta Mazmumah



Entri kali ini mengenai sifat cinta mahmudah dan mazmumah, diambil dari Solusi Isu #23. Memang tak rugi beli majalah ini. Kadang-kadang saya tak sempat juga nak membaca. Jadi bila ia dijadikan entri, dapatlah kita sama-sama berkongsi info ini. Tambah-tambah majoriti-majoriti remaja-remaja sekarang tengah mabuk cinta.Pantang tengok kawan bercinta, kita pun bercinta juga sehingga lupakan dunia. Tapi perlu diingat, yang paling penting dengan meletakkan betul-betul  dalam hati kita, biar cinta kerana Allah kerana ia lebih berpanjangan dan lebih mendapat rahmatNYA.Amin...Jom kita selidik Cinta Mahmudah Dan Mazmumah!

Sunday, October 10, 2010

Hanya Kerana Cinta


Malam ini, secara tiba-tiba saya tersentuh mendengar lagu "Hanya Kerna Cinta" . Mungkin hanya kerna cinta saya pada keluarga tersayang. Di sini ada nota-nota saya mengapa lirik lagu ini amat menyentuh hati saya. Lagu ini  dikeluarkan sempena Raya baru-baru ini gabungan personaliti Hot FM dan Artis Monkey Bone iaitu Hafiz, Aril, Ayu, Anne & Tini.

Saturday, October 9, 2010

Musafir

Ibunda dan saudara-saudara saya sering berpesan, sebelum bermusafir, ambillah wudhu dan tunaikanlah solat sunat bermusafir supaya perjalanan kita dilindungi .Biasanya saya akan melakukan solat ini jika bermusafir  maklumlah, seorang perempuan bermusafir , pasti akan timbul rasa kerisauan di hati jika ada apa-apa berlaku dalam perjalanan. Apatah lagi hanya saya yang memandu, jadi melalui solat ini, akan timbul rasa keyakinan yang rahmat Allah melindungi kita sepanjang perjalanan walau apa pun yang terjadi.

Thursday, October 7, 2010

Migrain

Hari ini saya ada terima risalah kesihatan melalui produk kesihatan antarabangsa yang saya langgani . Tambahan pula ada info yang menarik yang boleh kita kongsi bersama mengenai migrain.Saya pasti ramai yang mempunyai masalah migrain dan ada berbagai cara mengatasinya. Harap info ini akan membantu bagi mengurangkan migrain anda ye.Kita ikuti artikel ini yang saya petik dari risalah "Gaya Hidup Forever".

Sunday, October 3, 2010

Jatuh Hati Pada Solusi


Mula mengenali majalah ini melalui edisi 8, di mana illustrasi muka hadapan membuat hati saya tersentuh di mana kematian itu datang tiba-tiba. Saya dapati majalah ini mempunyai barisan kolumnis yang hebat-hebat dan bertauliah.Apatah lagi setiap isu dihuraikan dengan berbagai perspektif disokong oleh sumber-sumber Al-Quran dan Hadis. Itu yang membuatkan saya masih setia dengan majalah ini berbanding majalah lain yang kandungan hanya "copy paste" dan mungkin tanpa sedar, ianya hanya cetakan ulangan sahaja yang membuatkan saya tawar hati untuk melanggan majalah tersebut.

Sehingga kini, saya masih tidak sabar menunggu edisi solusi yang terkini.

Nota: Mengharapkan barisan kolumnis Solusi akan terus menggarap karya Islam sebagai wadah dakwah tanpa jemu



100 Kuntum Ros!


100 kuntum bunga ros ini saya tujukan kepada 100 penulis sebagai tanda penghargaan dan persahabatan buat semua editor 100 penulis. Sepanjang menjadi salah seorang editor 100 penulis, bermacam-macam pendapat yang kami kongsi daripada semua perspektif. Maklumlah, mereka terdiri daripada berbagai golongan seantero Malaysia.Saya pula tak menyangka, permohonan saya dibalas dengan segera oleh pihak pentadbiran, pada masa itu bilangan editor masih 45 orang dan sekarang saya menjadi antara saksi perkembangan bilangan 100 penulis sehingga sekarang.Tahniah kepada pihak pentadbiran kerana berjaya merancang sistem yang begitu baik sekali. Jom mengunjungi 100 penulis!



Nota: 100 kuntum bunga ros ini melambangkan keharmonian sepanjang abad, kekal sehingga akhir hayat. Semoga 100 penulis begitu juga dalam melahirkan generasi baru untuk terus berkarya!



Friday, October 1, 2010

Kenapa Tak dapat Biasiswa?

Seringkali kita mendengar pepatah "setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya". Tetapi dapatkah seseorang itu mencari hikmah yang tersembunyi sebenarnya dengan mata hati? Untuk memudahkan pemahaman hikmah yang terindah, saya selitkan melalui pengalaman yang dialami, yang telah dikongsi bersama saya (mungkin saya ditakdirkan untuk menjadi penasihat yang baik agaknya).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...