Wednesday, October 20, 2010

Lawan Jangan Layan!

Pernah tak rasa malas menguasai diri sesangat, sampai nak buat kerja apa pun tak larat?

Pernah tak target nak siapkan kerja, tapi tak dapat siapkan juga pada hari target tersebut?

Pernah tak rasa letih dan mengantuk sesangat, tapi banyak kerja yang perlu disiapkan pada hari tersebut?

Jika ada perasaan seperti diatas, sila tetapkan dalam hati LAWAN JANGAN LAYAN!



Laungkan perkataan "LAWAN JANGAN LAYAN" dalam hati kita dan tarik nafas dalam-dalam, dan ambil satu semangat baru untuk kita capai matlamat kita. memang tidak dapat dinafikan, khususnya bagi pelajar, pergi ke kuliah tetapi mengantuk yang amat sangat. Sedangkan kuliah itu juga sangat penting dalam proses pembelajaran bagi mengambil keberkatan guru.Cuba setkan semula pemikiran anda, Insya Allah.

Bagi yang bekerja, perkataan ini boleh juga dilaungkan apabila terbit rasa letih, malas menguasai diri .Cuba lawan perasaan negatif itu, nescaya, kerja yang tertangguh dapat dilakukan.

Satu contoh yang terdekat, Bangun awal untuk solat subuh, pasti ada segelintir  yang susah nak bangun pagi, dan rasa mengantuk menjajah diri dari menunaikan fardhu subuh.Setkan juga dalam minda anda "LAWAN JANGAN LAYAN!"

Nota:  Perkataan ini saya amalkan sehingga sekarang jika ada perasaan negatif yang bertandang,Kadang-kadang kita perlu memberi semngat kepada diri kita sendiri untuk terus bermotivasi.


11 comments:

di sebalik wajahku.. said...

salam,

akak lama tak melawat akak.
yeah kuiz lagi 3..
LAWAN JANGAN LAYAN..
lambat akak tido?? =)

khairolghani said...

bagus juga kalau buat camni..selalu kalau kat ofis,bila malas menjelma,saya akan stop kerja,dan start blogwalking..tapi kena beringat la,sebab takut lalai pulak dengan blogwalking

ztie said...

hai....!! Terima kasih sbb singgah kat blog. Ehe.. A'ah.. Faham x bhs sarawak? Takpe.. Nanti saya buat sikit2jadi bahasa melayu baku so semua senang faham kan?

Selalunya mmg camtu kan. Malas2. Tapi kalau sentiasa malas nak buat keje.. Keje tak jalan laa.. Bila nak siap? Ehe

nabilah_2908 said...

yupp..

Lawan jangan layan....ada kalanya suka gak buat mcm ni...terutama bila rasa malas nk bagun pagi...nk bersiap2 pergi kerja...hehe..

thanks sebab sudi singgah blog sy.. :)

Q said...

perasaan malas jangan dilayan, makin dilayan makin membebankan.
sedang hujan, seronoknya tidur~ huhuhu...

suri said...

suka lawan dri layan hee...

ikutkan hari2 malas nak g kerja tapi kena lawan gak sebab nak cri rezeki utk anak...pikir anak terus ada semangat..klu tak kerja mana nak ada duit betul tak?? heee

suri said...

sori lama tak singgah sini...harini try pegi blog kwn2 byk sungguh entri yang keciciran..smlm bzi..hari ni leh tahan skit aduiii..

Allah...Allah...

humbleyat said...

atiey:
tulah, akak pun sibuk juga tak sempat nak ziarah atiey..hmm waktu malam je la nak curi masa untuk blog ni ;)

humbleyat said...

khairolghani:
xsalah blogwalking masa bekerja kalau kita tahu batasannya kan? kata2 tu hanya perangsang diri...;)

humbleyat said...

ztie:
tq2 melawat sini jugak..faham kot sikit2 bhs srwk hehe..kerja siap bila kita bersungguh2 ;)

nabilah_2908:
jom kita kempen rmai2 lawan jgn layan..hehe

q:
wah..tidur waktu hujan..kene layan ni...hehe

humbleyat said...

suri: terima kasih sudi singgah walau kesuntukan masa..sy pun tak sempat nak menjengah suri dan kwn2 yg lain..huhu

jom lawan jgn layan hehe;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...