Saturday, October 9, 2010

Musafir

Ibunda dan saudara-saudara saya sering berpesan, sebelum bermusafir, ambillah wudhu dan tunaikanlah solat sunat bermusafir supaya perjalanan kita dilindungi .Biasanya saya akan melakukan solat ini jika bermusafir  maklumlah, seorang perempuan bermusafir , pasti akan timbul rasa kerisauan di hati jika ada apa-apa berlaku dalam perjalanan. Apatah lagi hanya saya yang memandu, jadi melalui solat ini, akan timbul rasa keyakinan yang rahmat Allah melindungi kita sepanjang perjalanan walau apa pun yang terjadi.

Menurut sebuah hadis Rasullulah s.a.w, dengan mengerjakan solat sunat musafir ini, maka terhalang ia dari sebarang keburukan.


Selain itu, kita juga dihadiahkan rukhsah solat jama dan kasar bagi si musafir. Dulu, pernah saya terfikir, pada zaman yang  serba moden yang mana setiap kilometer ada terbina masjid,dengan menaiki kereta yang lajunya menjangkaui masa , tidak mengalami susah payah, penderitaan dan kelaparan berbanding zaman Rasullullah dahulu  merentasi padang pasir yang gersang  dalam beberapa hari, kehausan, jadi mengapa kita harus teruskan solat jama dan kasar sedangkan kemudahan untuk bersolat  sudah ada?

Saya mendapat jawapan yang pasti. Sesungguhnya Allah sangat sayangkan hambaNya, dikurniakan kelonggaran dalam menyempurnakan ibadat walau bagaimana pun keadaan kita. Walaupun begitu masih ramai yang meringankan-ringan ibadat ini. Sampai hati mereka menjauhkan diri kan?

Walau apa-apapun perlu diingat, niat dan tujuan musafir itu ialah untuk melakukan kerja-kerja yang baik yang diharuskan oleh syara' atau beribadat seperti  ibadat haji dan umrah, berdakwah, menuntut ilmu dan seumpamanya.

Antara -antara contoh kerja-kerja yang baik adalah;
  • mengurus perniagaan
  • menjalankan tugas atau pekerjaan
  • mencari pengalaman dan pengetahuan
  • menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai yang jauh dan sebagainya.
Jika melancong untuk tujuan bersukaria (contohnya ke Genting Highland) dan berbuat maksiat, tidak diharuskan solat jama dan qasar.

AMALAN-AMALAN MUSAFIR



Mandi Sunat Musafir
Solat Sunat Musafir
Membaca Doa-Doa Musafir
    supaya kita diberikan pahala dan berdoa supaya Allah melindungi perjalanan kita dari sebarang bahaya dan sebarang kemalangan yang tidak diingini.Jangan lupa letakkan rasa tawakal yang padu kepada ALLAH Yang Maha Penyayang ye ketika memulakan  perjalanan.Insya Allah.

    Wallahualam.

    4 comments:

    aisyahHumaira said...

    Assalamu'alaikum...

    Apa khabar adk?
    Alhamdulillah, itulah yg sebaik-baiknya, pd ALLAH jualah tempat kita berlindung dr segala sesuatu..

    SURI said...

    jika kita bermusafir dlm kebaikan sperti agma ilmu pasti ia akan mendapat keberkatan dariNYA.

    humbleyat said...

    wslm.k.aisyah..alhamdulilah sihat cuma kebelakangan agak sibuk sikit.
    Sesunngguhnya Allah itu Maha Pengasih pada hamba-hambaNYA.;)

    humbleyat said...

    hi suri. terima kasih sudi baca entri yang tak seberapa di sini.

    sebelum keluar rumah, harus niat musafir, supaya perjalanan kita dilindungiNya;)kita ni je yg selalu meringan-ringankannya kan?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...