1/11/19

Throwback : Life Struggle 2016-2018

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Sebuah entri thowback. Dinukilkan di sini sebagai kenangan .

Alhamdulilah bertemu lagi.

Struggle 2016 adalah  nak menggantikan baki puasa 30 hari masa mengandungkan Adhwa, puasa ganti dan puasa nazar untuk Adhwa' Zinnirah . Alhamdulilah dia sihat dan mempunyai perkembangan yang baik walaupun saiznya agak kecil berbanding kanak-kanak sebaya dia.


Syukur juga dia aktif dan mempunyai perkembangan yang baik walaupun ada delay growth, dan masalah berat. Appointment pakar pun sudah semakin berkurangan.Hanya tinggal paedtrik appointment sahaja,Tetapi penat juga sebab kita kena susun jadual untuk cover kerja dan date appointment dia, lepas tu berdebar tunggu keputusan doktor.Belum susun jadual appointment ibu tercinta lagi yang masih berulang-alik ke pakar.Doakan kami dipermudahkan urusan ye.

Trivia Adhwa' Zinnirah:
  • umur dua tahun masih boleh pakai baju budak setahun 
  • Suka sangat makan sayur dan buah, macam tahu dia perlukan imuniti yang berganda dari orang lain.
  • Kalau makan memang dah tak pandang orang dah.
Alhamdulilah 'ala kulli hal.


Beg First Aid

Saya pun dah terbiasa bawa beg first aid ke mana mana. Hanya guna cooler bag lama je masa guna pam medela harmony untuk Aina .


Dalam beg cuma ada bekalan ubat emergency ( demam, batuk, selsema ), inhaler, chamber , set termometer, cool fever.


Minyak Herba Asmak, Minyak Bayini, Bepanthen, Balm Body Booster dalam satu beg lain sebab sentiasa digunakan.

Antara tips beg emergency...link facebook..tak semua pun saya ikut, sebab just ikut keperluan sahaja.


Turun Naik Stok Susu

Masalah stok susu pula berlaku bila dah ganti puasa, memang susu drop huhu..Bertabahlah, nasib baik Adhwa jenis berselera makan .Dia paling minat sayur dan buah, berbanding ayam dan ikan. Berbeza dengan selera kakaknya, Aina yang baru sahaja nak berkenalan dengan sayur-sayuran setelah puas dipujuk.

Ibunda tercinta dan zauj yang paling banyak menyokong dalam penyusuan penuh untu Adhwa Zinnirah.Tanpa sokongan daripada mereka, hilang juga semangat ,

Terima kasih juga buat adik saya, Basirah yang ketika itu berhenti kerja untuk mengikuti suaminya di Johor, dan memenuhi permintaan saya untuk menjaga Adhwa sementara saya pergi menyelesaikan tugasan terakhir di pejabat dalam tempoh sebulan . Masa tu , dia tiada anak lagi, tapi dah pandai skill pengurusan susu ibu setelah ditunjuk ajar.Bila dah ada anak  nanti, confirm dah tak kekok nak handle susu perahan ibu. 


Pumping Mother, Pam Heavy Duty- Tiny Touch (2016)

Untuk Adhwa umi guna pam Tiny Touch. Memang berguna, masa itu Cimilre mahal lagi.Sekarang dah banyak pilihan pam yang bagus. Pam Tiny Touch jenis heavy duty, sesuai lah dengan keadaan saya yang menjadi "pumping mother" untuk sebulan sebab Adhwa di hospital sejak dilahirkan selama sebulan. Itupun selepas balik rumah, "Sucking"nya  masih lemah atas faktor saiznya yang kecil,  banyak bagi guna cup kecil. Tahan rindu dan menangis kat Adhwa pun dah biasa haha. Sebab kita tinggalkan dia di hospital kemudian tawakal. Masa tu fikir macam macam. Kesian dia tak dapat tidur dengan umi dan belajar berdikari dalam wad, tidur tanpa dodoian dan pelukan umi.


Merasalah pengalaman menjadi pumping mother hampir dua bulan tanpa direct feeding. Memang penat, sebab kita takde baby untuk disusukan, cuma ada pam dan hantar stok susu ke hospital pada setiap hari dalam waktu pantang selepas emergency ceaserean .Saya pun tak tahu dari mana kekuatan itu datang.Semangat dan dorongan yang kuat dari zauj pun ada. Istilah pantang memang terbang ke laut ye.


Seminggu lebih juga lah berkawan dengan wheelchair dan pakai mask untuk ke wad NICU HTAA .Lepas tu saya dah berlatih jalan lasak, pakai kain batik, ikat bengkung moden luar kain batik, sarung jubah , ke hospital pada waktu petang , minta adik hantarkan., kemudian tunggu suami balik dari perjalanan kerja yang jauh. Tiap-tiap hari dia berulang 200km semata-mata untuk melihat kami sekeluarga.


Kesimpulan/Ibrah

Bila keadaan macam ini, memang macam-macam dugaan. Dahulu bila ada masalah, boleh lagi nak luah kat kawan-kawan.Tapi bila dah terlalu banyak ujian, Allah juga tempat terbaik untuk mengadu.Serius.


Hati ini dah hilang rasa nak berkongsi masalah dengan kawan-kawan.Sebab bukan semua boleh rasa dan faham apa yang saya rasa.Struggle yang saya alami, kesukaran yang saya alami untuk lepaskan jawatan dan segalanya.


Bila waktu sukar, masa ini kita boleh kenal sahabat yang sokong dan sebaliknya.


Belajar menerima qada dan qadar seadanya. Tidak mengeluh dengan ujian yang ada.Malah kami boleh terima dengan hati yang terbuka dan harungi segalanya .


Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.


Lebih menghargai masa bersama keluarga. 


Baca Al Quran pun sentiasa rasa sebak sebab banyak sangat nikmat yang Allah dah bagi.


Ok itu sahaja perkongsian hari ini.


Semoga bermanfaat bagi sesiapa yang membaca.

Ingatlah, bahawa ujian yang datang itu akan menguatkan dan mngukuhkan iman kita.Rugi tak ambil peluang ini yek. Jangan sedih -sedih ye. Allah sentiasa ada bersama kita.Insya Allah.