Monday, December 31, 2012

Takaful Terbaik Untuk Anak Anda!

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Merancang dana pendidikan anak anda?Mahu pendidikan terbaik untuk anak anda?Mahu perlindungan kesihatan dan pulangan tahunan yang tinggi terhadap dana takaful anak anda?


Saya pasti Takafulink Education MAA Takaful, Adalah yang terbaik untuk anak kami, Aina Syafiyah. Insha Allah kami akan mencarum RM100.00 sebulan untuk Aina.Semoga usaha kami diberkati.

Tak pandai nak cakap apa kelebihannya.Tetapi setelah disurvey pilihan inilah yang terbaik.Mudah-mudahan. Semuanya ada di sini.KLIK SINI

Jika berminat, silalah hubungi pihak admin di  elfateh.inspiration@gmail.com/019-9598199. Dapatkan quotation untuk si kecil anda dengan segera.

Kalau ada rezeki Aina, bercita-cita mahu pendidikan yang terbaik untuknya.Ameen!Semoga dipermudahkan segala urusan kami.


Nota Naluri:
Baru baru ini saya baru sahaja mendapat tahu bahawa Takafulink Education antara yang terbaik berbanding produk lain.:-) Psst..Laburkan bonus gaji anda bersama takaful.Sejajar dengan pulangan ASB...:-)
 

Friday, December 28, 2012

Aina CinTa Rasullullah

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Semangat cintakan Rasul semakin membara bila dengar lagu ini-Muhammad Nour oleh Harmony Band.Apa lagi beria-ia saya nyanyikan lagu ini untuk Aina. Dan dia melayan sambil tersengih-sengih.kadang-kadang ada juga bunyi ikut lagu :-)


Semoga kami dapat mendidiknya supaya cintakan Rasullullah s.a.w,Ameen! 

Aina Syafiyah di usia 4 bulan


Thursday, December 27, 2012

Salam Tangan Lelaki?No!No!No!

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[kredit]
Bekerja di sektor perundangan yang melibatkan golongan ahli perniagaan sebagai anakguam merupakan satu cabaran buat saya. Taraf hidup yang berbeza dengan kehidupan yang sederhana.Kereta mereka BMW, Mercs, Hilux , Jaguar dan entah macam-macam lagi keluaran yang saya mungkin tidak tahu.Bagi mereka masa itu emas.Setiap saat itu adalah duit.Tiada keuntungan dalam bulan tersebut, mula susah hati mengejar hasil-hasil mereka.Malah ada juga yang mengambil kesempatan.Ada juga yang bermurah hati menyerahkan hasil keuntungan mereka kepada badan-badan yang diperlukan.Tapi kes itu jarang sekali ada.

Berbalik apa yang saya nak coretkan di sini.Saya selalu melihat mereka ini bersalaman dengan bukan muhrim.Iaitu, lelaki salam wanita, dan wanita salam lelaki.Dan cabaran saya bermula...

Ada ketikanya klien lelaki menghulurkan tangan sebagai tanda terima kasih setelah saya menyerahkan dokumen mereka.Mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.Saya cuma bagi isyarat seperti  mengenggam tangan saya dan cakap "Sama-sama..".

Kadang-kadang saya terpaksa cakap, "Oh Maaf Encik, saya tak salam lelaki.." sambil tersenyum.Alhamdulilah faham.

Itu antara seagama.Ada yang faham, dan ada yang tidak faham.Setakat ini alhamdulilah, saya tidak pernah menyalami mereka.Alhamdulilah, Allah itu menjaga hati saya dari terus menyambut salam salam tersebut.

Kadang-kadang saya terfikir, saya sudah bertudung besar, menutup aurat sebagaimana yang disarankan.Sekali pandang, orang akan tahu kita mempunyai latarbelakang agama.Rupanya tidak.mereka tidak memandang begitu.Bekerja di sektor ini, memang ada cabaran bermuamalat.Patutlah tidak ramai yang bertudung labuh bertahan di dalam bidang ini.Yang tinggal hanya mereka yang berpakaian "vogue" dan  biasa-biasa sahaja.

Ada ketikanya juga, saya perlu bertemu dengan klien bukan muslim, selesai kes mereka.Mereka bersungguh-bersungguh mahu ucapkan terima kasih sebelum meninggalkan bilik saya.Beria-ia menghulurkan tangan beramai-ramai.

Tapi dengan tenang saya katakan, "I'm sorry,I'm a Muslimah, doesn't shake our hand with man.." . Mereka hanya menyambut "Ooo..I see..then we just bow you just like japanese style.." Dan akhirnya kami hanya menundukkan kepala ala "japanese Style" sebagai tanda hormat.Memang kelakar detik itu.Tetapi sama-sama tersenyum gembira

Kalau kawan-kawan pernah baca buku Ayat-Ayat Cinta, watak Fahri yang begitu tegas untuk tidak menyalami wanita cukup megagumi saya.Caranya, menolak dengan baik dan menerangkan satu persatu kenapa dia tidak berbuat begitu.Malah tidak pernah jemu untuk menerangkan waima beberapa kali pun.

Saya nampak dari sudut ini, ia adalah konsep dakwah dalam muamalat.Tetapi berapa ramai yang berbuat begitu.

Kawan-kawan yang bergelar muslimah, jangan gentar untuk bekerja jika ada cabaran muamalat seperti ini.Malah sahut ia sebagai satu dakwah.Semoga mungkin kita mampu mengubahnya.Insha Allah.

Wednesday, December 26, 2012

Banjir di Kuantan

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Keadaan banjir di kawasan pejabat -Malay Town,Kuantan
 Isnin.24.12.2012.Hujan memang lebat dari pagi.Tapi gagahkan diri juga mandi air yang sejuk macam ais.Arwah Tok Mek kata, kalau nak hilangkan hawa sejuk, penawarnya mandi.Saya sokong kata-katanya.Lepas mandi terus hilang rasa sejuk. Di pejabat, ramai staf yang ambil cuti atau sambungcuti terus ke Cuti Krismas.Kehadiran Peguam 3/5.Kakitangan 6/20.Staf lelaki semuanya keluar menyelesaikan urusan mereka.Jadi yang tinggal keseluruhannya hanya perempuan di pejabat.Sesekali terdengar juga petir berdentum-dentam ditambah bunyi hujan yang lebat tidak berhenti sejak malam tadi

Pejabat pun sunyi macam dalam perpustakaan.Mood cuti melanda.Sedang asyik saya menyelesaikan kerja-kerja saya, tiba-tiba saya dikejutkan oleh suara staf , "Cik Yat!Jom kita alih kereta, Air tengah melimpah, park kereta semua dah kena banjir..!"

Apalagi, kelam kelibut saya turun ke bawah bawa kunci kereta.Tengok-tengok air dah melimpahi kawasan parking.Tayar kereta pun sedang ditenggelami air.Tong sampah tersadai akibat hanyut  pula di belakang bonet kereta..

Terkepung, kiri kanan dah banjir.

Air dari stadium melimpah masuk ke Malay Town, Kuantan.
Tong sampah dah tersadai kat kereta..waa!
 Ya.saya memang panik!telefon zauji, samada mahu alih kereta putih atau tidak memandangkan jalan keluar masuk Malay Town sudah dikepung air.Macam duduk dalam pulau aje rasanya.Kata zauji, selagi air tak masuk ekzos kereta, boleh redah dan alih kereta.Minta pendapat ayah mertua pun, pendapat yang sama.Jangan redah air, nanti air masuk kat ekzos terus ke enjin kereta dan kos kerosakan akan berganda.Jadi saya ambil keputusan tidak alih kereta, dan mengharapkan banjir kilat ni akan terus surut.Hanya tengok update terkini dari facebook Kuantan.Rupanya satu bandar Kuantan ditenggelami banjir kilat.

Alhamdulilah, dalam pukul 3 petang,kebanyakan jalan sudah dibuka, dan hari ini dapat pelepasan awal balik.Perjalanan balik saya dipenuhi jalan yang penuh lumpur dari sungai, sampah-sampah yang tersekat dijalanraya..

Emak kata, ini baru ujian kecil , banjir kilat, kita dah mula panik satu bandar, belum lagi bencana yang besar-besar macam tsunami...

Nota Naluri:
Alhamdulilah, hari ini dah nampak matahari di Kuantan.

Friday, December 21, 2012

Kebosanan Menunggu

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Bosan menunggu giliran..
 Hadir ke mahkamah itu seronok bila kes kita semuanya teratur, tiada bantahan, cepat dipanggil untuk pendengaran.Tapi yang bahagian yang paling bosan adalah menunggu giliran.Adakalanya pukul 11 pagi baru nak panggil kes.Panas tapak kaki jika berdiri, panas tempat duduk jika da kerusi.Bosan mata memandang ke kanan dan kiri.Papan kenyataan sudah habis khatam dibaca.

Aduhai masa.Kalau ada di pejabat sekarang, sudah bermacam-macam kerja boleh dibuat.Nak buat online dari sini?kena bawa fail yang tebal-tebal untuk semak keseluruhan semua dokumen.Berat!

Bosan tapi terus belek..
Apa lagi, membelek lagi fail-fail kes yang dibawa sekadar melepaskan bosan di hati. Tetiba teringat, ada buku dalam handbag, alhamdulilah, boleh baca sekejap.Hehe.Ada pula kawan yang nampak buku yang saya baca, terus berminat nak cari di kedai buku.

Keesokannya, nampak sahabat saya pula asyik membaca buku sambil menunggu giliran.Buku yang sama dengan yang saya ada. Dan mata saya pula ralit memandang seorang peguam junior membaca sambil berdiri memegang buku Nabi Sulaiman dan politik.Wah Menarik juga.

Bumbung Kompleks Mahkamah Kuantan
Maka berbincanglah kami bertiga tentang buku-buku yang kami baca, falsafah yang kami tahu.Semuanya di luar bidang perundangan.Tanpa sedar, giliran saya sudah dipanggil.Sungguh berkongsi membaca buku itu lebih seronok rupanya.

 "Membaca itu Menara Ilmu"


Thursday, December 20, 2012

Khabar Suka Khabar Duka

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

kredit

Terlalu banyak kejadian yang tidak disangka berlaku baru-baru ini.Itu namanya D.U.G.A.A.N.Bila dah ditimpa dugaan, emosi pun bercampur baur.Tidak dapat dikawal.Sukarnya Ya Allah.

Kisah Pertama, kereta biru saya kemik hadapan-kemalangan.Alhamdulilah, sudah dihantar ke bengkel, hampir sebulan di sana.Sebulan juga menumpang kereta adik.Terfikir nak naik aje bas RapidKuantan yang baru dilancarkan di Kuantan ni.

Kisah Kedua, pada hari yang sama kereta biru saya kemik.Housemate adik saya di UMT dirasuk atau histeria sambil mengacu senjata-senjata ke arah housemate yang ada.Tindakan, Buat laporan kepada HEP, panggil polis, ustaz untuk "membersihkan" rumah tersebut, simpan senjata-senjata yang tajam di tempat yang berkunci.Semuanya berlaku ketika adik saya sibuk membuat assignment, ujian.Sudah berhari-hari adik saya tidak tidur di rumah sewanya, sebaliknya tidur di rumah kawan.Mengadu lagi pada HEP.Alhamdulilah dapat asrama kolej kediaman.Selesai.

Kisah ketiga.Ketika kes saya hampir selesai, dan baru berbual dengan klien, keesokannya saya mendapat berita bahawa klien tersebut diserang strok, perlu pembedahan di kepala.Ya Allah!Pendeknya masa.Saya kaget teringat suara cerianya.Mendapat maklumat dari isteri klien tadi, bahawa dia masih koma.

Kisah keempat.Alhamdulilah, kes syariah selesai, Permohonan fasakh bertukar menjadi kes penceraian talak.Jalan yang pendek.Klien pun rasa lega setelah lama kesnya terbengkalai di firma guaman yang lain.Pertama kali saya memberi arahan supaya klien tekad keluar rumah , bawa anak-anak jauh dari suami. dan terus buat laporan polis jika tidak mahu dipukul lagi.

Kisah kelima.Suami rakan sepejabat akhirnya terpaksa dipotong hujung kakinya akibat sakit yang dialami. Adik kawan sejawatan pula meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.kes langgar lari.Dengar kata,arwah tercampak ke longkang dan lehernya terkulai di situ.Ya Allah!!!Tak sanggup saya mendengarnya.

Kisah keenam, Aina sudah mula menggulingkan badannya secara santai.Tidur kami hanya menjadi benteng katil sahaja.Penawar hati kami setelah penat bekerja seharian.Cium hari-hari pun tetap rindukan dia waktu kerja.:-)

Tetiba teringat kata-kata rebut lima perkara sebelum lima perkara....

Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian (kredit)

"Orang yang berjaya ialah orang yang menghormati masa.."

Monday, December 17, 2012

Free Gift Story: Jewellery Set

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Saja nak kongsikan kegembiraan, sebab dapat free gift HEMATITE JEWELLERY SET  and HEMATITE SCHMUCK SET.

Al kisahnya saya yang tak perasan langsung saya dapat free gift.Masa tu dah nak balik,zauji pun dah pesan balik rumah awal.Tapi tetiba tangan ni gatal nak kemas surat-surat kat rak belakang meja pejabat.Tetiba saya terasa ada parcel tebal.Buka punya buka.Oh !Jewellery Set.hehe..Berkilau milau lagi.Mata saya pun berkilau.Dunia!Dunia....

Dari : Reader's Digest

Saya melanggan majalah Reader's Digest, sebagai kesetiaan melanggan, dapatlah set jewellery tu. 

Silau-silau!hehe
   Jangan terlalu teruja dengan harta dunia . 
Kerana dunia itu ujian untuk kita.



(Mood tengah simpan sifat teruja untuk memenangi Hyundai Tucson 2.0 la plak.macam la dapat ..)


 "Maksudnya: Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" (Al Kahfi:46)
 

Friday, December 14, 2012

Homemade Triffle Oreo

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.
 

Second trial for triffle.Tapi kali ini ini  saya tambah biskut oreo atas lapisan kek swiss roll..Alhamdulilah, percubaan yang menjadi. Buat dua hidangan, satu bekas untul rakan-rakan sepejabat, satu bekas untuk rumah.Kos lebih kurang RM13.50 satu hidangan dan boleh dimakan beramai-ramai.Jimat dari membeli kan.Buat pun mudah, cuma kena sabar sikit untuk gaul kastard, tunggu lapisan kastard sejuk dulu, kemudian baru tuangkan jeli di atas lapisan kastard.

Ramuan tambahan: biskut oreo yang dihancurkan..:-)

 Resipi Triffle Oreo
Satu (1) gulung kek swiss roll
Satu (1) paket biskut oreo- dihancurkan
Satu (1) tin koktel buah campuran
Satu (1) tin potongan buah pic
Satu (1) kotak jeli strawberry/rasberry
Satu (1) tin susu cair
Satu (1) tin air (mengikut sukatan tin susu cair)
Empat (4) sudu tepung kastad
Tujuh (7) sudu gula pasir

Cara membuatnya:
Potong kek swiss rol tadi dan susun cantik-cantik dalam bekas.Jangan bagi ada ruang kosong di antara celahan kek.Kemudian air koktel buahan campuran tadi dituangkan di atas gulungan kek sekadar untuk melembapkan, jangan tuang sampai habis.Taburkan biskut oreo yang dihancurkan untuk lapisan kedua triffle.Biarkan seketika.

Untuk kastad, campurkan tepung kastad, gula , susu cair dan air. Didihkan di dalm periuk sehingga mendidih.Kacau kastad tu, jangan berhenti kacau, nanti kastad tu tak cantik.Bila dah siap, tuangkan kastard tadi atas lapisan oreo pulak.Bila dah rasa agak sejuk, dan kastad tu dah macam memejal, tuangkan buah-buahan campuran atas lapisan kastard tadi.Benam-benamkan buah-buahan tadi atas kastard.

Untuk jeli senang aje.Tuang aje serbuk jeli tadi dengan dua cawan air, kacau sampai mendidih dan agak likat.Bila dah agak likat, tuangkan atas buah-buahan campuran tadi.Dan akhir sekali, susun potongan buah pic atas jeli.benamkan jugak tau.Jadi bila nampak separuh tenggelam, ia namapak cantik aje.

Sedia untuk dimakan.


Bawa ke pejabat, ada pulut durian homemade by Kak Ita.Alhamdulilah rezeki kami pada pagi Jumaat.

Nota Naluri:
Pembahagian masa yang berjaya ketika membuat triffle sambil Aina dijaga oleh makcik-makciknya.Hehe..


Wednesday, December 12, 2012

Bila Orang Panggil Pn Hajjah..

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.
 
Destinasi Cinta yang ku cari..

Dapat panggilan telefon dari seorang sahabat.
"Lama tak dengar khabar enti?"
"Alhamdulilah sihat-sihat je.Eh ada case nak minta tolong mention la ni yerk..?"
"Enti ni tau aje niat ana kan"
"Tau dah...Boleh je..untuk apa?kes apa?"
"Accident case-Case management,  fixed hearing date..pending medical report"
"Ok.ok..nanti fax surat untuk mention case ok.."
"Eh.Ana (kawan saya) cuti yerk?
"A ah Ana gi Mekah.Haji"
"Enti tak gi haji ke?"
"Belum lagi, belum ada rezeki lagi..Doakanlah.."
"Bila enti nak pergi?"
"Insha Allah, bila sampai seru nanti..takpe, bila ingat kisah tukang kasut yang dapat haji mabrur walaupun tak pergi, cukup untuk buat penyejuk hati..Anta tau kan cerita tu..kisah zaman ulama sufi Abdullah bin Mubarak?"
"Owh..cerita yang mana yerk..?

Berjelalah saya menceritakan balik kisah Muwaffaq tadi pada sahabat saya sebagai perkongsian dan semangat untuk terus melakukan kebaikan.

Sejurus selepas itu, saya menerima satu fax.

ATTENTION: PN HAJJAH YATI


Aduh..!Nak kenakan orang la ni.
Keesokannya saya faxkan tentang status kesnya.

ATTENTION TUAN HAJI...

Nota Naluri:
Kagum dengan hajjah muda sekarang.Doakan giliran saya dan keluarga ke sana pula yek.
Agaknya Aina pun dapat jadi Hajjah muda pulak..:-P


Monday, December 10, 2012

Cooler Bag Biru vs. Rebus Batu

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Rutin harian saya.

Handbag untuk isi barang personal.Ibunda tercinta yang bagi handbag tu.Saya suka sebab ada riben sebagai aksesori.Bila ada riben di handbag, memang rasa bertambah sweet. Handbag saya sebelum ini ada riben juga.Hantu riben saya ni heh.Eh dalam handbag ada paket milo, oat 3 in 1, biskut buat bekalan kalau lapar.:-P

Cooler bag biru, ada bekalan susu untuk si kecil, Aina.Kat tingkat atas beg tu ada pam Medela Harmony beli dengan Kina.Beg tu beli dengan Kak Mardziah, pengasas Dunia Susu Ibu dan Telekung Project (Kuantan, Pahang).Pergi rumah dia di Indera Sempurna.Jimat postage barang.Lepas tu baru tahu ada Fabolous Mom dekat rumah.Pusing-pusing kat situ (Jalan Beserah ke Air Putih) banyaknya kedai bayi.Cuma harga yang berbeza.Rasanya macam lebih kurang sahaja harganya.Dengar kata Fabolous Mom ada jualan murah kan?Bila nak pergi ni..walaupun sebelah rumah je..Asyik pandang aje dari tepi jalan..Hajat tak kesampaian lagi.Ingat nak beli pam elektrik baru.Tapi tengah fikir lagi memandangkan pam manual sekarang pun ok lagi.

Sekarang ini saya pasti semua ibu-ibu mempunyai pengetahuan tentang penyusuan susu ibu berikutan polisi penyusuan susu ibu rancak berkuatkuasa di semua hospital. Tambahan pula banyak gajet penyusuan mengikut mampu milik mudah didapati di pasaran.

Apa yang saya fikirkan, bagaimana tentang nasib ibu yang tidak berkemampuan, mungkin tidak mampu membeli makan yang berzat dan mempunyai gizi seimbang.Bagaimana mahu mengekalkan "supply and demand" ?Sedangkan seorang ibu  perlu kepada pemakanan yang seimbang dan penuh khasiat untuk menyusukan seorang anak.Pendek kata golongan ini adalah yang susah sangat-sangat.Mungkin kita pernah dengar kisah mereka yang tidak berkemampuan, memberi susu pekat yang dibancuh cair kepada anak anak masing, asalkan anak mereka kenyang.Pada mereka itu susu yang paling murah.

Ada juga kisah si ibu merebus batu untuk diberi makan pada anak-anaknya pada zaman Khalifah Umar r.a., begitu juga dengan kisah tukang kasut , dimana ada seorang ibu memasak bangkai keldai untuk anak-anaknya.

Kita?makanan itu sentiasa ada, malahan adakalanya menjadi satu fenomena, macam durian crepe.Semoga kita terus bersyukur dalam menikmati sesuap makanan, seteguk minuman, ucaplah Alhamdulilah beribu kali sekali pun kearna kita masih ada peluang menikmati rezeki yang ada.

"Panjangkan kesyukuran itu"

Nota Naluri:
Bauhulu pandan?Klien yang bagi.Punyalah tak tahan dengan bau bauhulu ni, dalam kereta juga saya ngap!hehe maknanya sedap ke tengah lapar tu?Tamak betul umi Aina sorang ni.Balik rumah makan lagi tapi cicah dengan air milo berasap pula sementara tunggu waktu malam.



Thursday, December 6, 2012

Dulu Dan Sekarang..Yang Mana Cantik?

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saya bagi nama bunga kembang ungu yang cantik.
Yang ini saya beli di Cameron Highland, waktu belajar dahulu, trip Mahallah @kolej kediaman.Tak tahu namanya ape, tapi yang pasti saya sejuk memandangnya.Letak kat meja belajar buat penyejuk mata kalau bosan mengadap buku.Dan akhirnya, bila mahu bergraduasi, bunga ini saya bagi pada kawan, Fuza.Masa tu dah berkembang cantik sangat.Sayang nak bagi.Tapi benda yang yang paling sayang harus kena bagi kan?(Eh macam dialog kat filem Nur Kasih pulak)


Yang ini pula saya beli waktu saya rasa bosan mengadap fail kerja.Akibat tension punya pasal.Waktu lunch saya cari bunga untuk digubah.Rasanya bunga bougainvella kot.Harap menajdi sebagai penyejuk mata.Digubah oleh saya dan ibunda tercinta.

Jadi yang mana cantik?

Bagi saya dua-dua cantik, tak kisah yang dulu dan sekarang.

Kedua-dua bunga in ada kiasan tersendiri buat saya.

Tak kisah samaada dulu dan sekarang, kita kena sentiasa cantik dari segi sahsiah dan seumpamanya.Malah perlu bertambah cantik sebab pengetahuan sudah bercambah dan berkembang macam bunga-bunga.Akhlak kan bunga diri?


Akhirnya disinilah tempat letaknya bunga di sudut hujung bilik saya, bila agak bosan, mesti curi-curi pandang bunga kat sini.Tarik nafas dan sambung buat kerja balik.Aduhai!Bunga dan perempuan memang tak dapat dipisahkan kan?

"Akhlak itu bunga diri
Cantik untuk dilihat
Harumnya bagai kasturi
Warnanya memikat"
Nota Naluri:
Kat ofis saya ada kedai bunga, hampir setiap hari saya intai ada seorang pakcik ni gubah bunga kat luar koridor kedai.Macam-macam kombinasi warna.Subhanallah cantiknya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...