Wednesday, December 26, 2012

Banjir di Kuantan

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Keadaan banjir di kawasan pejabat -Malay Town,Kuantan
 Isnin.24.12.2012.Hujan memang lebat dari pagi.Tapi gagahkan diri juga mandi air yang sejuk macam ais.Arwah Tok Mek kata, kalau nak hilangkan hawa sejuk, penawarnya mandi.Saya sokong kata-katanya.Lepas mandi terus hilang rasa sejuk. Di pejabat, ramai staf yang ambil cuti atau sambungcuti terus ke Cuti Krismas.Kehadiran Peguam 3/5.Kakitangan 6/20.Staf lelaki semuanya keluar menyelesaikan urusan mereka.Jadi yang tinggal keseluruhannya hanya perempuan di pejabat.Sesekali terdengar juga petir berdentum-dentam ditambah bunyi hujan yang lebat tidak berhenti sejak malam tadi

Pejabat pun sunyi macam dalam perpustakaan.Mood cuti melanda.Sedang asyik saya menyelesaikan kerja-kerja saya, tiba-tiba saya dikejutkan oleh suara staf , "Cik Yat!Jom kita alih kereta, Air tengah melimpah, park kereta semua dah kena banjir..!"

Apalagi, kelam kelibut saya turun ke bawah bawa kunci kereta.Tengok-tengok air dah melimpahi kawasan parking.Tayar kereta pun sedang ditenggelami air.Tong sampah tersadai akibat hanyut  pula di belakang bonet kereta..

Terkepung, kiri kanan dah banjir.

Air dari stadium melimpah masuk ke Malay Town, Kuantan.
Tong sampah dah tersadai kat kereta..waa!
 Ya.saya memang panik!telefon zauji, samada mahu alih kereta putih atau tidak memandangkan jalan keluar masuk Malay Town sudah dikepung air.Macam duduk dalam pulau aje rasanya.Kata zauji, selagi air tak masuk ekzos kereta, boleh redah dan alih kereta.Minta pendapat ayah mertua pun, pendapat yang sama.Jangan redah air, nanti air masuk kat ekzos terus ke enjin kereta dan kos kerosakan akan berganda.Jadi saya ambil keputusan tidak alih kereta, dan mengharapkan banjir kilat ni akan terus surut.Hanya tengok update terkini dari facebook Kuantan.Rupanya satu bandar Kuantan ditenggelami banjir kilat.

Alhamdulilah, dalam pukul 3 petang,kebanyakan jalan sudah dibuka, dan hari ini dapat pelepasan awal balik.Perjalanan balik saya dipenuhi jalan yang penuh lumpur dari sungai, sampah-sampah yang tersekat dijalanraya..

Emak kata, ini baru ujian kecil , banjir kilat, kita dah mula panik satu bandar, belum lagi bencana yang besar-besar macam tsunami...

Nota Naluri:
Alhamdulilah, hari ini dah nampak matahari di Kuantan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...