Friday, September 27, 2013

Bukan Siti Khadijah, Aishah atau Fatimah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Insha Allah akan cuba yang terbaik walaupun bukan superwoman :-)

Wednesday, September 25, 2013

Terkejar-kejar..

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Semut pun tengah kerja keras mencari rezeki..:-)
Selepas je PRU baru-baru ini, firma kami memang tak cukup tangan, tak berhenti-henti kes datang.Lunch pun saya dah skip, pagi-pagi beli kuih je yang 3biji RM1.00..haha(Samibi boleh berjimat-jimat).Tapi ada kawan saya tu, siap  ada lunch dengan hot cup maggi lagi, semata-mata nak habiskan kerja. Wow lagi dahsyat.Komited dengan kerja..

Saya sendiri pun dah lama tak rendam maggi sejak dah bergelar isteri, itu pun jarrraaang sangat..Kadang-kadang makan maggi pun curi-curi, takde lah beria.Tengok tv pun skip, takde beria nak menghayati macam dulu-dulu.

Bayangkanlah minggu ini, ada dua projek berbeza dilancarkan.Lagilah tak cukup tangan.Hmm..Nampak gaya kenalah belajar sabar dalam bersabar...

Kisah di rumah lagilah..Nak basuh baju kena ikut turn..Maklumlah duduk serumah dengan ibunda tercinta, adik-adik pun ada.Pagi-pagi berebut mesin basuh, berebut ampaian.Kalau tak settle lagi, kenalah tunggu..Huhu..

Barang dapur lagi, pun terkejar-kejar nak arrange dengan emak. Itupun, adik dah ambil alih.Lega sikit kat situ. nak beli. Yelah balik kerja pun masing-masing pukul 5.30 -6.00 petang.Masa pun dah semput..Nasib baik Pasar Tani Kuantan dah ada setiap Rabu dan Ahad depan pejabat, bermula minggu lepas ,area Stadium Darul Makmur, cuma seberang jalan aje la.Cuma lambat jumpa Aina aje la.Sabar ye Aina.

Agaknya dalam hidup memang sentiasa terkejar-kejar kan.Nak urus diri sendiri pun tak sempat.Waa!


 Penyelesaiannya, selepas ini saya kena serius buat kerja saya.No smiling face!Ada berani?

Wallahualam.

Friday, September 20, 2013

3S: Sawang, Sibuk & Sabar

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sawang di blog ini, tanda tuan tanah sedang kesibukan yang amat.Tetapi dalam kesibukan yang ada, banyak pengajaran dan hikmah yang ada.

Biasalah bila sibuk melanda, stress (tekanan) kerja pasti ada.Dengan selera makan yang belum tentu hadir di tekak.Hanay top-up air masak dan kadang-kadang, roti dan kopi jadi pengalas perut.Huhu dahsyat tak.Ada kalanya, satu hari tak dapat menjamah nasi. Balik rumah mengadu kat mak buat muka sedih... "Mak, akak tak makan nasi langsung hari ni..huhu.." . Alhamdulilah, masih ada emak yang mendengar luahan hati anaknya yang sibuk ini.Tapi pesan emak selalu macam ni.." Ikhlaslah dalam bekerja, sudah-sudahlah merungut tu.."..Terdiam seketika saya mendengar suaranya yang sering menasihati saya.

Tapi zauji kata, saya sibuk mengalahkan menteri..Ye ke??
Rakan sepejabat kata, saya kena start pakai attire yang lasak-lasak, senang nak berkejar ke sana dan ke sini..

Ha,itulah simptom-simptom kesibukan saya.Ada berani nak kerja macam saya ? hehe...
Samapai ada tahap tu, saya ketepikan semua kerja saya, minta pandangan kedua daripada sahabat-sahabat dan rakan sepejabat.Sekurang-kurangnya beban ini hilang.

Tetapi , beban itu tak hilang pun sebenarnya, saya terbawa-bawa balik ke rumah.Sentiasa mendoakan urusan diermudahkan.Mengadu pada Allah swt lagi. Baru ada ketenangan.

Kemudian saya terbaca artikel ini, Semuanya akan berakhir-Hami Asraff.terkena batang hidung!

Sumber
Apa yang dimaksudkan adalah kita perlu bersikap OPTIMIS!Masih ada 16 jam yang berbaki lagi untuk tidak stress.Rupanya stress dan kesibukan kerja itu hanya sebahagian kecil dalam seharian hidup kita.Dan rupanya kita masih ada 16 jam untuk menguruskan diri.Ke mana masa 16 jam itu menghilang agaknya, sehingga kita asyik memikirkan 8jam (tempoh bekerja) yang agak stress itu.

Sebenarnya, sikap kita pandai membahagikan masa, profesional dalam mengisi dan ruang akan menentukan semuanya.

Wallahualam.Sekadar pandangan peribadi.

Nota Naluri:
Baru dapat menarik nafas dengan lega, misi kes berjaya daam tempoh yang singkat.Segala puji ke atasNYA!



Wednesday, September 18, 2013

Perkongsian:New Mothers and Productivity

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


[Motherhood Series] New Mothers and Productivity

“O Messenger of Allah! I want to go out and fight (in Jihad) and I have to ask your advice.” He said: “Do you have a mother?” He said: “Yes.” He said: “Then stay with her, for Paradise is beneath her feet.” [Sunan an-Nasa’i]

Being A Productive New Mother
A new mother is a unique being.
She stands at the threshold of a journey in which every step she takes can earn her immense reward in the dunya and akhirah. And every deed she does form the basis of an adult who is deeply and firmly rooted in the deen of Allah (glorified and exalted be He).

“A woman is a shepherdess in charge of her husband’s house and children and she is responsible for them” [Sunan Abu Dawud].

So, how can a new mother become a productive new mother?

The Messenger of Allah (peace and blessings of Allāh be upon him) said, “…do as many deeds as you are capable of doing, for Allah (glorified and exalted be He) will not become weary (of giving you reward)… the deed liked most by Allah (glorified and exalted be He) is one to which the doer adheres constantly, even if it is small” [Sahih Muslim]

5 Ways to Manage Your Housework as a Productive Mother

Begin your day at Fajr
“A successful woman is one who wakes up early and gets going,” says my mother, and I agree with her!Every time I stay awake after Fajr, I am able to complete my studies, finish my household chores and am more cheerful throughout the day. Don’t sleep after Fajr. Recite Quran and get on with your work for the day.Yes there will be days when you will not be able to wake up no matter how hard you try, but don’t make this a habit.If your child wakes you up in the middle of the night, recite the dua for waking up in the night. Do dhikr, make dua as you change the nappy or feed the baby. Offer 2 raka’ah of Tahajjud. Try your best to pray at the earliest.  

As you analyse your day and get into the rhythm, you will be able to manage praying on time often. “Don’t delay prayers or you WILL miss it. Housework never ends,” said a mother of three children and a one-month old baby.

Plan your day before it begins 
Making a to-do list for the tasks that needed my attention the night before or at Fajr helped me stay focused and also feel a sense of achievement at the end of the day. There are some excellent articles on tips for stay-at-home moms. You can also grab some handy mom-worksheets at the resources section.

Nap times 
Use nap times for completing tasks that need your concentration the most. If the baby does not have a nap routine yet, then find his natural body pace and soon you will know the times when your child gets tired and needs a nap. If your little one still refuses to sleep, then put him or her in the sling and switch tasks. Go for grocery shopping, as the rhythmic movement of the trolley lulls the baby to sleep

Take rest 
Take a nap. “It’s a sunnah,” says a friend happily. Chalk out a time in the day when you can truly sit down and drink your tea or coffee in peace. No matter how much work awaits you, relax for those 15 minutes each day. This helps reduce stress and the self-pity attacks of “Oh my God, I have so much to do!” 

Dress up for success 
Pyjamas, however comfy they may be, is not very good for productivity. So get out of them in the morning! Dress up the baby and yourself in clothes that you could leave the house in, so you could do so if need by without a big fuss.

Being a productive mother must also include increasing your beneficial deeds as you go through your day. Here are five different ways you can become a productive new mother through beneficial deeds. Try out these five tips to ease your housework as a productive mother, In sha Allah:

About the Author:
Sana Gul is a mother of two and a student , learning the Quran and the Seerah. She works for Islamic Lifestyle , a group aiming to help people live their lives according to the Quran and Sunnah. She also writes for the blog islamiclifestyle4u.wordpress.com


"Lacuna" Teori dan Praktikal

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Dengan rakan sepejabat :-) Siapa nampak paling muda hoho..
Antara teori dan praktikal..yang mana mudah?Nak dapatkan teori juga bukannya mudah.Dokumentasi pun juga bukannya mudah. Once kita letakkan teori dalm kehidupan praktikal kita, baru kita tahu apa isu-isu yang berbangkit yang ada. Baru kita tahu kaedah penyelesaiannya melalui masalah praktikal yang ada.Baru kita tahu sekecil masalah teknikal pun boleh jadi isu besar.

Begitu jugalah dalam dunia perundangan.Ha, kalu kita tengok kadang-kadang kes yang "tip top" selalu keluar suratkhabar, kemudian keluarlah rumusan yang kata undang-undang tidak adil kan. Itulah undang-undang manusia, tidak menyeluruh.Ada "lacuna" dalam act, ada "silent requirement" yang sentiasa menjadi pembelaan. Ada "exception on general cases", kes jenayah perlu ada "prima facie"" beyond reasonable doubt"

Bukan mudah kerja-kerja pembuktian. Walaupun kita nampak ada bukti yang kukuh , kadang-kadang bila dipersoalkan dalam perbicaraan, bolah jadi ada keraguan.Ada keraguan yang munasabah, tak boleh hendak dijadikan bukti kukuh.Salah hukum atas bukti yang ada keraguan, kan zalim namanya, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.


Itu tentang litigasi.

Tentang kes individual, korporat dan komersial pun begitu juga,Tidak boleh meletakkan standard ke atas setiap kes.Kerana setiap kes yang datang adalah pelbagai latarbelakang.Jadi ada pelbagai penyelesaian.Hanya meletakkan standard itu sebagai " guideline" kita untuk menyelesaikan masalah.Jangan kata kerja perundangan itu mudah.

Kesimpulannya teori dan praktikal perlu ada kesinambungan.Tak boleh kata teori itu betul, tak boleh kata praktikal itu betul sebab teori itu hanya "guideline", dan praktikal itu realiti praktikaliti teori.

Sekadar pandangan peribadi.:-P (Sebab kerja tengah banyak, sampai klien offer untuk bungkuskan makanan)

Nota Naluri:
Rindu nak update blog macam dulu-dulu.. tapi 1000 rintangan hadir dalam kesibukan kerja ...


Friday, September 13, 2013

Playsmart Petrosains, Kuantan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Gambar waktu Aina rancak merangkak, dalam 8 ++ di Petrosains
Petrosains Kuantan adalah satu tempat yang menarik untuk anak-anak mengetahui tentang sains dan kehidupan.Tapi rasanya ramai yang tak tahu tentang adanya Petrosains di Kuantan. Terletak di Bangunan Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur. Bila ada banner, bunting besar-besar baru, ramai yang pergi.Dibuka setiap hari Selasa-Ahad, 9.00 pagi-5.00 petang.

Selalu juga saya pergi ke Petrosains ni.Ia adalah konsep Playsmart, jenis mini petrosains berbanding Petrosains di KLCC.

Sementelah, adik saya bertugas di situ, mestilah saya mengunjungi jika ada kelapangan, sejak Aina dalm perut lagi, saya join program buat eksprimen.Seronok tau. Lagi seronok kalau satu keluarga buat eksperimen sama-sama.Kukuhkan silaturahim..:-)

Macam-macam ada, bukan aje budak kecil yang seronok ,tetapi yang dewasa pun turut teruja dengan mainannya.Nak gambar lagi menarik, boleh lawat di sini.

Jadi sempena program Petrosains, Semangat Hari Malaysia yang berlangsung dari 13-15 September, mohla rodong-rodong Kuantan, kita pergi sama-sama yek..bertempat di ;

 Petrosains PlaySmart Kuantan
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Jom pergi beramai-ramai dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Nota Naluri:
Kesibukan yang menghimpit masa, 8-10 jam di pejabat terasa macam sekejap sahaja.Update blog pun tak sempat..huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...