Showing posts with label LEGALDIARY. Show all posts
Showing posts with label LEGALDIARY. Show all posts

6/8/23

.Mission Impossible & Accomplished.

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Masih ingat entry FAILED?

Sambungannya Alhamdulilah tak sangka akhirnya kes itu selesai dengan kos asal. Beberapa kali surat rayuan saya kemukakan. Doa pada setiap hari, inform boss berkenaan status kes tersebut , meluahkan rasa sedih pada rakan sepejabat dan berkongsi cara menyelesaikannya dan minta mereka doakan.

Bila dikenang balik, memang rasa tersungkur nak habiskan file tu. Nak-nak pelbagai ujian yang hadir menguji kami bermula 2023. Yang pentingkan teruskan langkah walau berat. Percaya Allah itu sentiasa ada.

Alhamdulilah. Rasanya tahun ni saya boleh mula bertenang dan fokus pada fail baru memandangkan fail fail lama yang penuh lagenda selesai, nak nak yang terlibat dalam tempoh PKP.

Tau tak, diari dan kalendar bermula 2019- 2022, dengan notis penutupan premis, permohonan permit rentas daerah, notis kuarantin memang saya masih simpan sebab terlalu banyak perkara yang berlaku. Ternyata rekod diari yang diconteng cakar ayam itu akhirnya ada gunanya bila buat permohonan, kronologi kes.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Semoga urusan-urusan fail saya selepas ini dipermudahkan urusan dalam era yang penuh mencabar. Doakan ye. 



Since 2008 till 2023 in legal practising. Tetiba dapat "Anugerah Lawyer Sabar Itu Indah" dari firma.  Pandai sangat masing masing letak nama award tu. huhu. 


10/2/17

WAHM: Zurich Takaful, My New Family

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Tak sangka saya akan menceburi bidang takaful separuh masa. Kalau dulu, pantang ejen takaful approach, memang macam macam taktik nak elak.Ha, sekarang dah jadi ejen takaful..Jangan tak tahu, takaful juga sebahagian dari cabang Ilmu Syariah. 

Caruman takaful ini membantu pelanggan  memberi perlindungan kewangan jika ada sebarang kemalangan, sakit dan kematian.Kalau panjang umur, dan polisi matang terlebih dahulu, boleh dapat cash value tau dan ianya bergantung kepada pelan yang diambil. Kena ingat ada pelan, bayar dan burn seperti Medical Card Stand Alone.Walaupun konsep bukan konsep simpanan, secara automatik kita mewakafkan/memberi hibah harta kita melalui caruman kita secara bulanan untuk membantu pencarum polisi lain apabila diperlukan.

Eh panjang pula bila bercerita pasal takaful.Kita stop dulu ye.

Ok , mungkin ni kali pertama saya bekerja di bawah organisasi yang besar, dulu dikenali sebagai MAA Takaful.Sekarang dah jadi Zurich Takaful.Memang best, setiap effort kita ada ganjarannya dan rasa dihargai sangat-sangat setiap kerja yang kita.Of course kita akan rasa lebih bersemangat dan bermotivasi untuk terus membantu orang-orang lain.Makna takaful pun saling bantu-membantu kan?

Seriously, memang mereka adalah family baru saya.Maklumlah jakun sikit, tak pernah menceburi bidang lain selain perundangan dan naungi di bawah satu organisasi yang besar dan kukuh.

Antara sebab saya menyertai takaful, saya bercuti tanpa gaji selama 3 bulan sebab nak fokus jaga Adhwa Zinnirah (my prem baby)- for sure dia adalah "booster" saya untuk membuat kerja dari rumah dan menjana duit hehe. Kemudian saya resign because there is a need to focus with my family and i can't focus and give commitment 100% to my job before this.There is a lot of appointment, and special care i need to do. At the same time, saya juga perlukan income untuk membayar pinjaman-pinjaman  saya dan membantu ebonda tercinta saya.Nanti dia takde income dari anak manja dia pula huhu.

So, buat kerja dari rumah sahaja.Merasalah jadi WAHM-Work At House Mom. Memang kena organized masa betul-betul.Barulah saya merasai bagaimana rasanya menjadi WAHM.Selama ini selalu tengok orang bekerja dan rumah dan saya juga sering mengimpikan yang sama hehe. penat juga tapi relax and enjoy sebab anak depan mata. 

Ok antara faktor utama saya menceburi takaful dan celik takaful sebab

......
......
......

Sebelum ini saya banyak mengendalikan kes jual beli rumah, asyik tengok orang beli rumah jual rumah.sampai orang tu dah ada berapa aset dengan nilai kekayaaan mereka, Itu rezeki bagi mereka yang berduit kan. Bukan satu perkara yang mudah  bagi kita rakyat marhaen nak dapat kan sesebuah rumah.

Kita juga maklum dah banyak kesedaran orang nak kumpul nak beli tanah atau rumah sebagai aset. Maksud saya, buat sewa, homestay dan jual rumah tu bila harga market value dah tinggi kan? Golongan sebegini memang bernasib baik sebab ada gaji yang stabil, dan mendapat kelulusan bank. Bukan senang tau nak dapat kelulusan loan di zaman ekonomi meleset ni tau.

Kita pun maklum, prosedur beli rumah bukannya mudah, kita kena buat persediaan untuk wang deposit, fee guaman dan macam macam lagi sebelum menikmati keuntungan dan jangka masa panjang. Dan jika berlaku kematian ketika masih dalam tempoh pinjaman. Waris kita terikat untuk membayar baki jual beli jika jumlah takaful rumah adalah rendah  dan tidak dapat melunaskan segala baki pinjaman rumah sebelum dipindahmilik kepada wari waris si mati.

Ini adalah part paling klimaks kepada waris bila takaful rumah tidak mencukupi untuk menampung baki pinjaman rumah tadi.. Kalau mereka bernasib baik, tak perlu bayar jika perlindungan takaful mencukupi. Di mana waris waris ni nak cari duit untuk selesaikan baki hutang bank tadi , kan? Nampak tak isu ini?Masa ni waris akan cari sama ada si mati ada duit takaful atau tidak jika berlaku kematian.Masa ini adalalah masa yang tepat bagi waris menggunakan duit takaful bagi menyelesaikan pinjaman yang ada tanpa melalui proses tuntutan pesaka.

Inilah keperluan takaful pada situasi ini untuk bahagian pertama.

Kalau orang yang tak berapa ada duit dan mengharapkan duit gaji dan EPF semasa bersara, apakah yang ditinggalkan untuk waris mereka.? Adakah takaful akan membantu mereka?

I will write by next entry ye.

Banyak kerja la pula huhu..Minda dan jasad sudah terbelah enam. Multi tasking dah sekarang walaupun dalam kesibukan yang ada. Impian mahu menyumbang untuk umat tanpa henti dengan pengetahuanyang ada ..:-)

Luaskan syariah dalam ekonomi umat Islam...:-)



3/14/16

Legal Diary: Kekal Di Sini...

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



In sya Allah, tahun ni sudah memasuki tahun ke-lapan, saya bekerja di arena perundangan hartanah dan syariah. macam macam ragam, macam macam "peel" orang yang datang berurusan dengan saya. Tapi In sya Allah, mereka yang datang dengan hati yang bersih, kebanyakan dipermudahkan urusan berbanding mereka yang datang penuh emosi.

Pelbagai status, latar belakang pendidikan, latar belakang pekerjaan, dari yang bankrap sehingga menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Ada yang tak tahu membaca tapi berjaya dalam bidang mereka. Ramai juga jutawan senyap yang saya jumpa.Alhamdulilah saya juga tumpang gembira untuk mereka walaupun kejayaan saya tidak semewah mereka.

Yang penting saya perlu banyak memberi daripada menerima dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah di dalam pekerjaaan saya. 

Saya memang kekal di firma lama, dari zaman peguam pelatih sehingga sekarang. Satu satunya peguam wanita di firma guaman.Bos-bos saya semua lelaki yang betul betul menjaga kebajikan kami.Kawan-kawan sejawatan ada yang datang dan pergi, menerima jawatan kerajaan, dan kebanyakan mereka telah membuka firma guaman sendiri.

Tahniah buat Ana dan Irfan..mereka berani mengorak langkah untuk membuka firma guaman sendiri.

Dan kenapa saya masih kekal di sini.Itu semua kehendak Allah kan?

Tahniah juga buat Yani & Afiq yang berjaya memasuki sektor perundangan kerajaan.

Perjuangan kita semua sama, berbakti kepada masyarakat. agama dan negara, cuma jalan yang berbeza.

Tahu tak apa yang saya bayangkan semasa saya memohon pekerjaan?

Saya bayangkan saya mahu bekerja dari firma yang kecil, dan membantu firma tersebut untuk pergi lebih jauh dan ada penambahan staff yang ramai dan kes yang banyak selepas berada di situ. .Angan-angan lagi, kadang-kadang saya bayangkan nama saya tersenarai di letterhead firm tersebut.Masa tu saya tak bekerja lagi tau.Tapi angan-angannya macam-macam.hehe.Setiap kali lalu di signboard mana pejabat peguam, itulah imaginasi saya.hehe.

Rupanya, bila baca satu buku, itu adalah daya imaginasi cemerlang, bukan angan-angan.Alhamdulilah, semua yang saya bayangkan tercapai dengan izin Allah.Saya diterima masuk ker firma tersebut kerana ada background syariah dan boleh baca kitab, Facts tau , kebanyakan peguam di tempat kami semua pandai baca kitab arab and background persekolahan agama.Mungkin itu yang kriteria yang bos-bos cari pada kami.

Keputusan saya untuk melanjutkan ke ijazah kedua , undang-undang syariah, ketika rakan rakan lain sudah memasuki alam pekerjaan , dan ada saving sendiri, sudah mula berkahwin , dan ada anak,  bukannya satu perkara yang mudah.Cuma ketika itu, saya terfikir apa akan jadi pada sepuluh tahun akan datang. Dengan ramai graduan wanita yang keluar dari IPTA, dan apa kelebihan yang saya ada berbanding mereka untuk berebut peluang pekerjaan.

Mungkin tak jauh mana pun pemikiran saya berbanding perancangan akal seorang lelaki, Macam Fahri dalam novel  "Ayat-ayat Cinta" tu ..hehe

:-P

Rupanya memang betul, kadang kadang bila kami post out jawatan kosong, kemudian memilih resume mereka,memang kami mencari kelebihan dari latar belakang dan pengalaman yang ada. Jadi, buat fresh graduate dan calon-calon , cari pengalaman betul-betul yang membawa hala tuju. Pengalaman yang betul betul spesifik. Bukan pengalaman secara asas dan general.Maklumlah zaman sekarang semua mahu kerja yang cepat dan cekap.Yang penting kuat emosi dan tidak sensitif.

Tips untuk peguam hartanah, kalau boleh biar kita ada asas litigasi. Yang simple pun ok. Sebab itu menjadi kekuatan kita dalam pekerjaan. Yang akan menjadi salah satu kelebihan kita berbanding orang lain yang mana boleh membantu masyarakat di luar sana.Jangan jadi zero litigasi k?Ambil tahu sedikit ilmu litigasi.Sekurang-kurangnyanya kita boleh buat penyelesaian di luar mahkamah yang mana boleh menjimatkan kos dan masa.Dan itulah penyelesaian yang terbaik.

Banyak pula perkongsian pengalaman kali ni yek.

Semoga bermanfaat yek.

Nota Naluri:
Lepas ni nak angan-angan nak buat talk pula, Kena ada ilmu public speaking pula ni.:-)Berangan kan free hehe


3/9/16

Rumah : Checklist Dokumen Wajib Ada

BY humble.yat IN , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari ni nak kongsikan senarai dokumen yang perlu ada bila dah dapat kunci rumah. Sebab banyak klien saya , apabila dia merancang untuk menjual rumah ataupun refinancing(pembiayaan semula ) kebanyakan dokumen perjanjian beli tidak lengkap dan menyukarkan proses dan pertambahan kos.

Jadi, saya harap perkara ini bermanfaat untuk semua.

1. Perjanjian Jual Beli 
Mesti berrtarikh dan dimatikan setem, ditandatangani penjual pembeli disaksikan peguam 
Ada salinan geran sebagai lampiran, dan harga jual beli dan maklumat yang seadanya.

2. Salinan geran atas nama pembeli
Bila kita beli rumah dan membuat pinjaman bank, tak semestinya kita ada geran asal.Sebab geran asal tergadai pada bank.maka bank yang akan simpan geran asal tersebut bagi tujuan jika pembeli tidak membayar pinjaman bank, mereka ada hak untuk membuat lelongan dan sebagainya

Jadi salinan geran asal (yang fotostat) .Biasa boleh minta salinan tersebut dengan peguam yang mengendalikan pendaftaran pindahmilik rumah tersebut.

3. Resit Cukai Tanah & Cukai Pintu
Cukai Tanah adalah cukai yang dibayar ke Pejabat Tanah Daerah yang dibayar setahun sekali sahaja.Manakala Cukai Pintu dibayar kepada Majlis Perbandaran dibayar dua kali setahu.Sila bayar tiap-tiap tahun,sebab kebanyakan dari tidak membayar kedua-dua cukai sehingga menyebabkan tunggakan yang terlalu banyak dan melibatkan penalti.

4. Segala Resit Atas Perbelanjaan Rumah
Resit Fee Guaman, Resit Renovation Rumah.Penting sebab sebagai bukti perbelanjaan atas rumah bagi urusan LHDN jika rumah itu dijual dalam tempoh kurang lima tahun ke bawah.

5. Dokumen Bank
Wajib. Ada salinan yang bersetem mengikut produk bank yang dipilih  dan No Akaun Pinjaman Bank ada supaya mudah berurusan.

6.Salinan CCC(Sijil Layak Menduduki)
Yang ni wajib ada bagi yang beli rumah secara terus dengan pemaju.Kalau beli rumah dari owner sendiri, tak perlukan CCC , hanya geran individu sahaja yang berdaftar atas nama pemilik terkini.

Ok Itu sahaja perkongsian dari saya,Balik ni masing masing sila semak ye.Sila pastikan semua dokumen tu ada dan diletakkan setempat.

12/21/15

Please Don't Confuse

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


 

Zaman teknologi dan maklumat di hujung jari sememangnya amat mencabar Apatah lagi untuk bidang profesional seperti perubatan, undang-undang dan seumpamanya.Well, saya rasa ia memang sangat memberi kesan besar kepada kerja saya.


Sebab kadang-kadang yang datang bawa perjanjian sendiri katanya, digoogle tanpa meminta pandangan mereka yang berpengetahuan, dan ianya tidak memberi perlindungan yang menyeluruh dan tidak bleh dijadikan bahan pembuktian yang kukuh, Kemudian, pihak kami tak dapat nak diselesaikan.kemudian kata, perundangan tidak adil.

Ada juga yang membandingkan  kes diri sendiri dengan kes kawan-kawan lain,  Tak semuanya fakta serupa.Tak semua penyelesaian serupa.Mungkin serupa tapi tak sama,Sebab kita kena cungkil satu persatu. 

Melatah dan membuat tindakan sendiri. Tindakan di luar emosi kemudian tidak mahu mendengar penerangan pihak yang berpengalaman dan berpengetahuan. Akhirnya merugikan diri sendiri.

Perlu ingat kita manusia, bukannya sempurna.Begitu juga dengan sistem, tak semuanya sempurna,Adakalanya offline juga.

Bayangkan hampir setiap hari menerima keadaan yang begitu.

Saya tengah draf perjanjian kes A, Kemudian klien B datang menceritakan situasinya, perlu fokus untuk membezakan fakta dan emosi. tengah berbincang ada panggilan handset dari C dan orang  D interkom! Wassap dan SMS dari E & F. Emel dari G serentak!kerja 7 in 1! 

Mana tak penat dan stress.Apa yang saya harapkan semua boleh bersabar dan memberikan respon sewajarnya.Tak usah nak compare begitu dan begini,

Apa yang kita boleh buat banyakkan tolak ansur, hormat orang tak kira tua dan muda.Sebarkan kasih sayang. Please..Jngan ikut emosi yang melulu dan suka menuduh..

Mood: Nak hilangkan stress


12/1/15

Magic & Masa Depan

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Google pic
Cerita tentang kerja dan masa depan.

Sekarang ni kan dah ramai buat business sendiri, dah ada brand sendiri.Dan macam macam kejayaan yang saya lihat.Serius,saya juga tumpang gembira bila melihat lahirnya usahawan muslim yang berjaya memonopoli pasaran.Tentang WAHM (Work at House Mom), melihat perkembangan mereka , sayalah yang tumpang gembira.Tetapi kenapa saya tak join bisnes?Aha,Soalan cepumas tu.

Nak-nak soalan soalan dari sahabat saya yang dah ramai menukar bidang mereka dari apa yang dipelajari di universiti dan mereka yang berjaya up brand sendiri.Business kan masyuk,  Rezeki 9/10. Boleh jadi jutawan hendaknya.Insya Allah.

Hmm..Lets me answer the question..
  • Saya memang enjoy dengan kerja sekarang walaupun ada stressnya (Mohon dijauhi dari penyakit darah tinggi dsb, Aamin!).
  • Saya rasa bersyukur sangat melihat anakguam gembira apabila saya memberi perkhidmatan saya sebaiknya dan kes diselesaikan.
  • Mahu menjaga kualiti masa dengan keluarga dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Sebagai tuntutan fardhu kifayah di kawasan tempat yang tinggal.
  • Sebagai social service  dan sumbangan kepada sesiapa yang menerlukan sekiranya saya berkemampuan untuk menyelesaikannya, Insya Allah.

Well, bak kata officemate saya, kadang-kadang kita jangan selesa berada di comfort zone, perlu mencari magik!Maknanya keluar dari zon selesa. Sebab kita tak tahu potensi dalam diri kita. 

Adakah saya berasa selesa dengan suasana kerja saya? Bagi saya, ilmu perundangan memang tak pernah habis, sebab kita perlu sentiasa "update". Setiap fakta kes adalah berbeza, maka cara penyelesaian juga berbeza.Apa yang ada, hanyalah asas yang perlu dipelbagaikan.

Makanya, saya mahu mencari  magik dalm syariah, spesifik faraid, hibah dan hartanah. Insya Allah, mana tahu suatu hari nanti saya akan jadi konsultan tentang perkara ini . (yeay, tak perlu praktis dah macam sekarang dah hehe.) cakap je macam Prof. Muhaya (she is too perfect for me)  Nak belajar semua bidang memang tak terkejar dah.Jadi perlu fokus sahaja dan jadi specialist.

Yang penting muamalat memang sangat perlu dijaga. Kadang kadang orang ingat saya tak kahwin lagi.Oops..memang kena letak pic kahwin kat bilik ni.hehe

Insya Allah, saya perlu fokus mencari "magic" saya.Buat homework dan teruskan perjuangan, 

Doakan kejayaan saya yek.


1/15/15

Rumah : Kunci, Penalti dan Aduan Kerosakan

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah, kami dah dapat kunci rumah pada April 2014, lokasi Bukit Rangin , Jalan Kuantan By Pass. Faktor pembelian, sebagai "one stop centre" untuk berulang alik dari rumah mak, keluarga mentua dan tempat kerja. dan lokasi yang bakal membangun seperti Bandar Indera Mahkota, Kuantan dan pastinya harga rumah naik cepat walaupun lokasi itu pernah banjir.Nilai harta memang tetap naik setiap tahun yek berdasarkan pembangunan yang ada.

Pandangan dari jalan utama perumahan selepas banjir 24/2/2014 surut pada 26/12/2014

Insya Allah, satu perumahan semuanya sepakat untuk mengelakkan risiko banjir jika berlaku lagi.Baru tahun pertama kan. Projek perumahan ini akan berakhir sehingga fasa ketiga, Jadi fasa pertama baru siap dan tempat kami menajdi perhatian pihak berkuasa tempatan untuk menaiktaraf jalan dan memperluaskan aliran Sungai Pandan,Insya Allah semoga dipermudahkan.

Di sebalik banjir 2014, ukhuwah kami di situ bertambah kuat.Alhamdulilah syukur sangat. Ada lebih kurang 424 unit rumah di fasa satu.Siap ada satu rumah untuk budak tahfiz, taska pun ada sebelah rumah je.

Asalnya kami nak buat sewa or homestay.Tetapi keputusan itu berubah bila zauj berulang alik dari Kuantan setiap hari sejak bertugas di Muadzam Shah.Katanya mahu lihat anak membesar depan mata dan memberi kasih sayang ayah kepada anak.Besar pengorbanan zauj.Semoga Allah sentiasa merahmati zauj.Aamin..

Prosedur.

Bila dapat kunci, semak tarikh Perjanjian Jual Beli sebab kita boleh tuntut perkara berikut;
i) Penalti lambat serah milikan kosong/kunci/CCC setelah dua tahun perjanjian ditandatangani;
ii) Tempoh liabiliti kecacatan selama dua tahun dari tarikh CCC dan/atau penyerahan kunci;

Cara kiraan penalti:

Tarikh ubah yek..sebab yang ni sample kiraan projek kami
Biasanya bila dapat kunci, pemaju akan bagi satu borang semakan tentang aduan kerosakan rumah. Sila teliti semuanya seperti dalam senarai tersebut dan buat aduan kerosakan pada Pemaju.Jika kerosakan lambat dibaiki, follow up , jangan biar sahaja.Sebab bila cepat repair, lagi cepat boleh duduk

Macam yang kami buat, ada masker tape dan marker, kemudian tulis kod huruf yang digunakan seperti RETAK=R, BOCOR = B, SILING =S dan seumpamanya untuk memudahkan kami untuk melihat kategori tu.tampal pada tempat yang bermasalah.

Kemudian kami print out gambar dan tandakan tempat yang bermasalah macam ini supaya senang nak follow up di masa akan datang;

Aduan Pertama Kami-Senang Kontraktor Pemaju nak rujuk
Hak pembeli tentang struktur bangunan hanya dalam tempoh dua tahun sahaja. Kalau ada bahagian yang direnovate, bahagian tersebut bukan lagi di bawah liabiliti pemaju.Jadi cepat bertindak yek.Janganlah selepas dua tahun terima kunci, baru nak mengadu begitu dan begini.Confirm kos kena tanggung sendiri dah hehe.

Kalau boleh bila musim hujan adalah waktu terbaik untuk melihat kebocoran siling yang berlaku.Nasihat saya, jangan renovate siling kapur atau apa-apa di bahagian siling rumah, dah renovate, pemaju tak cover yek.

Ok ini setakat kesimpulan tentang prosedur awal selepas terima kunci,

Semoga menerima manfaat yek.

Jika ada pertanyaan , do email me nus_haa@yahoo.com

Ada masa nanti saya akan kongsikan cara pengurusan fail hartanah.Insya Allah

Wallahualam..


11/13/14

Baik,Alhamdulillah..

BY humble.yat IN No comments

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirahmanirrahim.. 


Entri untuk melepaskan tekanan kerja.:-P
Satu Perbualan telefon

Klien : Assalamualaikum...
Saya   : Waalaikumussalam...
Klien : Yat Sihat?
Saya: Baik, Alhamdulilah
Klien. Baik sokmo awak ye.Takde yang tak baik...
Saya : Ok lah saya jawab jawapan lain.Sebenarnya saya tengah stress.Kerja banyak sangat .
Klien : Ye ke.Stress? Takpe, lawyer terrer ni, mana boleh stress
Saya: Uih..stress Dato. tangan saya tak serupa tangan orang dah, terbang ke sana sini dah.
Klien : Awak nampak je kecik, tapi power..
Saya: Mana ada Dato'. saya ni biasa-biasa aja.Cuma saya fikir kerja ini Amanah. Kalu saya tak buat amanah ni, habis saya kena soal di Masyhar.Itu yang saya takut.Takut disoal, kenapa tak jalankan amanah orang huhu..Itupun ada yang terlepas agaknya, tengah cungkil fail lain-lain.
Klien: ok Insha Allah boleh buat, Tapi settlekan file saya juga tau,
Saya :Ya, Insha Allah..Doakan dipermudahkan urusan.


Sukarnya nak capai level taqwa dalam kerja kan. 
Apa pun kita up level taqwa dalam bekerja.
Ibadah taqwa dalam bekerja.



11/10/14

Epilog Bila Banyak Kerja

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Sedang menghadapai lambakan kerja.Banyak sehingga fail-fail kes melepasi hidung.

But it is my passion to serve on legal service to community which it  has no ends.

Cuma apa yang saya ingat, tugas ini Amanah Allah.

Dia yang berkuasa memberikan segala tenaga, kekuatan , kecerdasan kepada kita dalam menyelesaikan semua masalah.Maka cuba buat sehabis baik.Pedulikan pandangan orang lain.


Supaya kelak, bila tiba masanya mengundur diri dari bidang ini dan dunia fana ini, semuanya sudah selesai dan akan memudahkan urusan urusan pihak pihak yang selepas ini. Cuba menyelesaikannya sehabis baik.Insya Allah

Tetapi, manusia ini bukannya sempurna untuk melakukan semua tugasan serentak.Andai ada lapan tangan pun untuk melakukan semuanya, belum tentu setanding dengan dua tangan yang Allah beri.Maka, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya telah mencakupi.

Manusia ini mudah lupa.Maka peranan kita sesama manusia saling ingat mengingati. Kita bukannya hidup seorang diri, 

Bila kerja banyak, memang banyak merepek.Hihi..

Nota Naluri:
Semoga diberi peluang sepenuhnya untuk menyumbang sesuatu dalam menegakkan syariat Islam.

Ehem ehem..sekarang kami tengah sibuk buat proposal kepada Baitul Mal dalam pentadbiran harta orang Islam.Doakan ye semua.

9/30/14

Tinggal Kenangan- Iqra' IIUM

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Suatu tika dahulu, masuk ke gerbang Taman Ilmu dan Budi,
Perasaan yang ada, DAMAI.
Simbol dakwah agama Islam di Tanah Melayu bermula.


Kini hanya tinggal kenangan.

Miss u Old IIUM..

T.T

9/11/14

Waqaf v. Corporate Loan

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini, tengah rancak mengendalikan kes "corporate loan". Antara sebab kenapa blog ini terabai.Perlukan komitmen yang tinggi dalam menjaga kepentingan dan sekuriti bank dan prosedur yang berikutnya. Kes Jual beli rumah masih ada, tapi dah di serahkan pada staf yang ada dan ianya di bawah pemantauan saya. Perjanjian pelbagai juga ada, dan cabarannya bila "liaise" dengan pegawai pegawai baru. Makin bertambah "ciri ciri keselamatan" mereka.Maka bertambahlah kerja kami untuk "counter propose with legal reasons".Bertabahlah buat research semacam assignment/tesis macam zaman student dulu. Menjelajah buku, akta, peruntukan perundangan, kes terdahulu.

Sumber gambar Pondok Annur Penor
Ok.Dalam kesibukan mengendalikan kes korporat tersebut, saya juga berkesempatan ke Majlis Pecah Tanah Perasmian Kolej Islam An Nur, Penor, Pahang di bawah kelolaan Ustaz Mokhtar Senik .Mereka menggunakan konsep wakaf dalam membangunkan Masjid dan Kolej (Pusat Pendidikan) .Satu Lot Masjid RM50.Satu Lot Kolej RM100.00. 

Lakaran Gambar Kolej Islam Annur, Penor
Buat waqaf atas nama arwah abah sekali.Semoga segala amalan baik untuknya sentiasa ada untuk kehidupan arwah abah di sana.Aamiin.

Pernah dengar kan tentang wakaf? Wakaf Al Quran, Wakaf Tanah. Konsep Membeli sambil mewakafkan tanah. Nak beli rumah sekarang semua harga mahal-mahal. Jadi mewakafkan tanah seperti ini adalah satu pelaburan amal yang terbaik untuk bekalan kita ke sana.

Maka, terfikirlah saya, kalaulah semua pembangunan dan perniagaan yang ada di Malaysia ini berkonsepkan waqaf dan bukan kepada pinjaman bank semata-mata.Amannya rasa.Semua orang akan tidak akan berhutang kan.Tiada kes penggulungan syarikat, kebankrapan, lelong dan saman-saman sebab tak bayar hutang.Kerja kami pun jadi mudah,Tetapi kepentingan bank pun tidak dipertikaikan, sebab mereka harus ada dalam menjana maslahah ekonomi umat Islam yang ada kan.

Menarik betul tentang waqaf ni kan.

Sekadar pengetahuan, dipetik dari website Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

  • Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .

Sebenarnya banyak lagi tentang jenis waqaf, syarat-syarat waqaf, tetapi kena study dulu sebelum buat nota untuk diri sendiri. Tak berani nak petik sumber sana dan sini.Kena tengok kitab juga ni tentang konsep pemberian harta di dalam Islam.Cek sumber hadis dan seumpamanya.

Kalaulah saya student lagi, bolehlah komited untuk cari semuanya. Sekarang ni sekadar curi-curi masa dan ambil basic idea sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat untuk waqaf kepada Masjid atau Kolej Islam An Nur, boleh hubungi mereka seperti di bawah ini;


Bersama-sama memartabatkan kemajuan dan ekonomi ummah.:-) 

Wallahualam.


7/7/14

Hukm on Late Payment Interest?

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Minggu ini memang sibuk buat kerja pasal tuntutan "late payment interest". Kebiasaannya saya tidak menggalakkan klien saya atas  tuntutan "late payment interest" jika ada kelewatan penerimaan baki jual beli daripada pembeli.Kerana pada saya sifat tolak ansur sesama mereka amatlah penting di dalam menguruskan urusan jual beli hartanah.Kerana pada masa sebelum ini, bila sebut tentang  interest,  mesti berkait dengan riba. Riba kan hukumnya haram. .Jadi awal-awal saya nasihatkan klien supaya elakkan menuntut "late payment interest" tersebut,

Walaubagaimanapun, hari ini saya tergerak hati ingin tahu tentang hukum penalti lewat bayar.Apakah batasannya, apakah pendapat ulama kontemporari  tentangnya pada zaman ini memandangkan, bila berlaku kelewatan pembayaran, penjual akan menanggung kerugian pada masa-masa tersebut. Dan kesannya keapda saya yang mengendalikan dokumen tersebut.

And the answer is from my favourite personaliti in fiqh muamalat Dr Zaharuddin Ab Rahman.

Denda Lewat Bayar Di Bank Islam Riba?

Perlu diingatkan pendapat  Ustaz Zaharuddin ini lebih spesifik kepada isu late payment interest di sektor perbankan islam.

"Ganti rugi atau compensation yang dikenakan oleh bank Islam adalah terhasil daripada proses jual beli dengan bayaran ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala penalti bank konvensional adalah hasil daripada kontrak pinjaman semata-mata"

"Para ulama kontemporari terbahagi kepada tiga kumpulan menentukan hukum penalti akibat lewat pembayaran hutang sebagaimana yang terdapat di bank-bank Islam"

Kumpulan Pertama : Harus dikenakan penalti dalam bentuk wang
Mereka seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Bin Mani', Majlis Penasihat Syariah Bank Islam Jordan, dan Fatwa Persidangan Dallah Al-Barakah [1] dan majoriti Majlis Syariah di bank-bank Islam di Malaysia.
Menurut kumpulan ini wang penalti itu pula boleh dimanfaatkan oleh bank Islam. Keharusan ini berdasarkan beberapa hujjah antaranya :-
·    ‘Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai wang. Ia dinamakan mumatil yang disebut oleh Nabi SAW:
مطل الغني ظلم
Ertinya: "Penangguhan sengaja (daripada membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu kezaliman." (Riwayat Al- Bukhari, no 2167, 2/799)
لي الواجد ظلم يحل عقوبته وعرضه
Erti : bagi orang berkemampuan dan melewatkkan hutang adalah zalim, halal ke atas mereka hukuman (Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban : Sohih)
Kedua-dua hadis ini menunjukkan haram hukumnya melewatkan pembayaran hutang bagi mereka yang ada kemampuan.
•·    Qiyas kepada hukuman terhadap perampas harta orang lain. Sekiranya terdapat seorang mencuri atau merampas atau enggan memulangkan harta mangsa yang disimpannya, mangsa diberi hak untuk mengambil mana-mana harta pencuri, perampas atau penyimpan bagi mengembalikan haknya yang dicabuli. Mereka juga bertanggungjawab atas harta mangsa sepanjang tempoh tersebut, justeru sebarang kerugian yang ditanggung oleh mangsa turut akan dituntut dari pencuri, perampas dan penyimpan.

Hal ini dikira sama dengan pelanggan yang berjanji membayar hutang bank Islam pada tempoh tertentu, tetapi melanggar janjinya. sebagai tindakan susulan, bank dibenarkan bertindak dengan mengenakan penalti seperti hukuman merampas.
•·    Hukuman ta'zir (denda) ke atas pesalah seperti orang berduit tetapi sengaja melewatkan bayaran hutang terpulang kepada ijtihad hakim atau pemerintah, tanpa terhad kepada hukuman dalam bentuk tertentu sahaja, hukuman boleh datang dalam bentuk denda kewangan dan juga lain-lainnya.

Malah terdapat riwayat silam yang menunjukkan pemerintah Islam pernah mengurung individu sebegini sehinggalah ia membayar hutangnya [2]. Ringkasnya, hukuman seperti disenarai hitamkan nama, dirampas passportnya, dirampas hartanya dan dijual untuk menyelesaikan hutang adalah dibenarkan oleh Islam.
Kumpulan Kedua :Mengharuskan penalti bentuk wang tetapi disalur kepada kebajikan.
Kumpulan ini seperti kumpulan pertama dari sudut mengharuskan penalti bentuk wang dikenakan ke atas pelanggan yang lewat membayar hutangnya, namun semua jumlah yang terkumpul dari penalty ini TIDAK BOLEH dimanfaatkan oleh pihak bank. Semua jumlah tersebut mestilah diberikan kepada kebajikan awam atau faqir miskin.
Antara yang berpegang dengan fatwa ini adalah Dr Abd Sattar Abu Ghuddah, dan ia turut diputuskan oleh Majlis Syariah AAOIFI bagi produk Murabahah. Fatwa AOOIFI menyatakan :-
يجوز أن ينص في عقود المداينات : مثل المرابحة على التزام المدين عند المماطلة بالتصدق بمبلغ أو نسبة بشرط أن يصرف ذلك في وجوه البر
Erti : Harus dimasukkan dalam mana-mana kontrak yang bersifat hutang seperti Murabahah , bahawa orang yang berhutang di ketika berlaku kelewatan bayaran hutang sedangkan ia mampu, dia akan menyedeqahkan satu jumlah atau nisbah tertentu dengan syarat jumlah tersebut diserahkan kepada kebajikan. [3]
Pandangan ini dipegang oleh majoriti ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Hujah bagi kumpulan ini adalah :-
•·    Konsep sedeqah duit (ta'widh atau compensation) kepada badan kebajikan atau faqir miskin adalah dibuat atas konsep Iltizam at-tabarru' yang disebut di dalam kitab fiqh mazhab Maliki. Sebagaimana kata Imam Malik :
والمعروف من أوجبه على نفسه لزمه
Erti : Dan perkara yang baik (ma'ruf) sesiapa yang mewajibkan (berjanji) untuk ditunaikannya, wajib (lazim) untuknya menunaikannya" [4]

Ia bermakna semua pelanggan memberikan komitmen jika ia gagal memenuhi janji untuk membuat pembayaran hutangnya kepada bank dalam waktu yang telah dipersetujui. Ia berjanji akan bersedekah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya.

•·    Riba hanya akan berlaku apabila pemberi pinjam (atau dalam konteks kontrak jual beli) penjual sendiri yang mengambil wang penalty tadi, yang hutang pelanggan bertambah kerana lewat bayar. Iaitu Riba al-Jahiliyah dan juga an-Nasiah.

Namun demikian jika jumlah penalty diserahkan kepada pihak ketiga dan kebajikan, ia tidak lagi menjadi riba menurut kumpulan ulama ini.
Di kebanyakan bank Islam yang mengamalkan fatwa ini, jabatan Syariah dan majlis penasihat Syariah yang akan memantau. Malah keputusan majlis penasihat Syariah juga mewajibkan akaun yang diasingkan bagi tujuan ini. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul daripada ta'widh akan terus masuk ke akaun khas seperti charitycontohnya. Ia pula tidak boleh disalurkan kepada charity kecuali setelah disahkan layak oleh majlis penasihat Syariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan kronisme dalam pembahagian.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa buah bank Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak mengehadkan penggunaan wang ta'widh (compensation) kepada faqir miskin sahaja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka sebagaimana kumpulan pertama. Perkara ini mungkin telah disahkan harus oleh majlis penasihat Syariah masing-masing.
Kumpulan ketiga : Penalti tidak harus sama sekali
Antara ulama yang terkuat mengempen pandangan ini adalah Dr Nazih Hammad, Dr Md Ali El-Gari dan lain-lain dengan pelbagai hujah juga. Hujjahnya adalah [5] :-
•·    Penalti disebabkan lewat bayar adalah riba

•·    Menolak konsep rampasan tadi kerana hujjah yang mengatakan pihak mangsa boleh mendapat untung dan manfaat kiranya ia mendapat hartanya kembali dalam waktu yang sepatutnya adalah andaian semata-mata. Terdapat kemungkinan besar juga dia tidak langsung memenafaatnya atau mungkin berpotensi untuk rugi jika diperolehi hartanya. Justeru menggunakan hujah ini tidak kukuh.
Kesimpulan
Setelah membaca dan merujuk hujjah-hujjah setiap kumpulan serta melihat kepada keadaan dan konteks semasa, saya cenderung kepada pandangan kumpulan kedua.
Pandangan kumpulan ketiga juga amat baik, namun, untuk bertindak sedemikian dalam konteks semasa, sudah tentu ada antaranya yang sesuai manakala tidak sebahagian lainnya. Memandangkan lemah sifat amanah manusia untuk membayar hutang mereka dewasa ini dan bagi menyekat mudarat besar daripada berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh(gantirugi) akan dikenakan.
Bagi fatwa di Malaysia, isu ini dibawa ke persidangan ilmuan Syariah di peringkat Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia. Hasilnya keputusannya menyebut, bagi menyekat kecuaian sengaja ini, maka diharuskan mengenakan denda ta'widh dengan syarat ia adaah kerugian sebenar yang ditanggung oleh pembiaya. Penentuan kadar rugi ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. [6] Selain itu hanya kadarnya adalah 1 peratus sahaja dan ia tidak bersifat compounding 
Pembaca perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh bank konvensional adalah compounding iaitu penalti ini akan dimasukkan dalam jumlah pinjaman dan jika kena penalti lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan kepada jumlah pinjaman asal yang ditambahkan dengan penalti. Ini zalim dan amat menindas.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman

11 Feb 2009 
Artikel tersebut banyak menyentuh secara spesifik tentang penalti yang dikenakan bank Islam. Tapi point yang perhatian saya adalah tentang masalah umat pada zaman sekarang...

"‘Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai wang"

"Memandangkan lemah sifat amanah manusia untuk membayar hutang mereka dewasa ini dan bagi menyekat mudarat besar daripada berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh(gantirugi) akan dikenakan."

Sekadar nota untuk #mylegaldiary #syariahlaw

Semoga bermanfaat.

Wallahualam.