Thursday, June 26, 2014

Cuti Di Bulan Ramadhan?

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


"Apa persediaan Ramadhan umi..?", soal zauj.Tiba-tiba saya terkesima.Tak Terkata. Mahu dijawab, rasa segan.Biar diri sendiri aje yang tahu..huhu

Tetapi bagi seorang wanita, sebelum hadirnya Ramadhan, sibuk melunaskan puasa ganti kan? Meriah satu pejabat berpuasa bersama-sama, walaupun tempat bersahur dan berbukanya di rumah masing-masing.Bila tiba Rejab, Syaaban, bahkan hari Isnin dan Khamis, masing-masing riuh ajak berpuasa "berjemaah". Sebab itu penting hidup dalam jemaah, saling sokong menyokong di antara satu sama lain.

Insha Allah, semoga dipermudahkan urusan juga untuk saya dan Kak Ida mengendalikan Tadarus Al-Quran di pejabat, di samping menyemak bacaan masing-masing.Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kami.

Yang  paling saya respek, ada seorang makcik yang mengendalikan kedai makan yang tak kurang meriahnya, menutup operasi sepanjang bulan puasa walaupun ketika waktu berbuka.Pekerja-pekerjnanya pun diarah tidak bekerja dan bebas mencari pendapatan masing-masing sepanjang Ramadhan.Katanya, "Makcik nak beribadah aje bulan puasa ni..sebab tak meniaga langsung bulan puasa ni.." Masha Allah..!

Saya juga sering membayangkan bahawa  hujung minggu dan malam saya dengan Al Quran, mendidik diri melalui tafsir tafsir Al Quran.Tiada lagi sibuk keluar mencari keperluan raya.Penat!

Semoga bulan Ramadhan yang hadir nanti, akan meriah dengan ibadah Lillahi Taala..

Selamat berpuasa semua untuk seluruh umat Islam....

Thursday, June 19, 2014

Jangan Pernah Berhenti Belajar

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Berapa lama kita belajar pun, 
sebanyak mana "skroll" yang ada di genggaman pun
sebanyak mana pengalaman yang ada pun
Jangan pernah berhenti belajar. 
Jangan sesekali merasa cukup dengan ilmu yang pernah kita belajar.

Kerana kata pepatah ;
"Tuntutlah ilmu sehigga ke liang lahad"


Jangan rasa terlalu selesa dengan kedudukan sekarang,
bahkan kita perlu setapak maju ke hadapan 
usah dipandang pencapaian kita yang lepas
kerana ianya merupakan teladan dan sempadan buat kita
untuk mengharungi cabaran umat yang akan datang
Lillahi Ta'ala..

Wallahualam.

"Sesiapa yang menempuh satu jalan untukmenuntut ilmu,maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga" -Hadis Riwayat Muslim

Thursday, June 5, 2014

Pemakanan Sunnah Kami

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saya sering dinasihatka ibunda tercinta. Amalkan pemakanan tambahan supaya kita sentiasa sihat dengan izinNya.Maklumlah sumber pemakanan sekarang berbeza dengan zaman mak ayah kita dulu-dulu, organik asli lagi.Sekarang ni banyak toksik.Itu yang membuatkan badan kita lemah.

Suami pula sering menggalakkan mengamalkan pemakanan sunnah.Pagi-pagi , selepas bangun tidur, madu dan minyak habbatus sauda.Pertama kali saya nampak orang minum minyak habbatus sauda yang dititiskan di dalam minuman pagi. Pelik juga kan.

Sumber: Zauj guna yang ini.Dititis dalam minumannya saban pagi
Saya pula selalu amalkan jus delima campur madu. Mengandungkan Aina pun tak pernah tinggal madu dan delima.Apa yang saya fikir waktu, Allah jadikan makanan-makanan ini pasti ada kelebihannya, dan sebagai hambaNya menggunakan segala nikmat yang Dia kurniakan.Minum, makan makanan sunnah kemudian tawakkal.

Sumber: Antara kelebihan pati delima
Harga pasaran pati delima ni RM18.00.Kadang-kadang ada yang RM21.00.Tengok atas penjual.Kalau beli di Pasar Kurma , Beserah, boleh dapat RM15.00. Macam-macam produk makanan sunnah di sana, yang harganya jauh lebih murah dari harga runcit.

Tetapi, serius, dulu ada juga selalu demam dedar (demam yang tak berapa nak jadi), selepas pemakanan ni, badan saya ringan dan cerdas.demam jarang menyinggah.Alhamdulilah...

Air delima ni pun sesuai untuk kanak-kanak.Pengganti air Ribena kononnya.Favourite Aina ni, termasuk buah delima. Bolehlah habis buah delima tu.Kadang-kadang saya bagi kismis, ganti "jajan".

Waktu belajar dulu, saya memang peminat nescafe.Sehingga ke suatu hari, saya tekad untuk tinggal nescafe kerana kandungan kafein yang agak kuat.Maka cuba beralih arah ke habbatus sauda.Sedap!Mula-mula memang rasa pahit habbatus sauda, tapi lama-lama saya dah tak ingat nescafe.Bila start minum nescafe,saya dah mula rasa sakit kepala.Tanda kafein yang ada pada nescafe tu memang banyak.Bahaya kan?

Sumber: pengganti nescafe saya..
Ketika berpantang pun saya amalkan minum habbatus sauda.Cicah dengan biskut lemak.Panas-panas.Memang segar.Harga dalam RM10.00.Boleh juga dihidangkan pada tetamu yang datang. memang ramai yang pertama kali rasa habbatus sauda, jadi teruja.Bak kata orang, rasa sekali nak lagi.

Jadi, marilah kita amalkan pemakanan sunnah dalam kehidupan kita.Amalkan Sunnah, dapat pahala.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.Semoga bermanfaat.

Nota Naluri:
Marilah kita sokong produk makanan sunnah, terjaminan kehalalannya.Insha Allah.

Wednesday, June 4, 2014

Tiga Tahun Kasih Sayang

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah.Tiga tahun sudah perkahwinan kami. Selamat ulangtahun pernikahan kami.
Terima kasih kerana sentiasa memberi peringatan, nasihat tanpa jemu, menjadi motivator diri ini.



Semoga Allah sentiasa merahmati setiap detik perjalanan suka duka kita sehingga ke syurga kelak. Amin!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...