Sunday, January 30, 2011

Kembara Hitam Putih


"Pengadilan itu satu wasilah menegakkan makruf dan menentang kemungkaran, menolong yang kena zalim, menakutkan yang zalim daripada melakukan kezaliman,menyampaikan hak kepada tuannya,mendamaikan di antara manusia dan menghukum dengan kebenaran (hak) dan Allah kasih kepada mereka yang mengadili dengan yang hak" (Al Mughni:Jilid 9 halaman 34)



Nekad.Mencari kembali hitam putih.Semuanya selepas kembali bercuti dari Chinese New Year .Sebelum ini saya hanya banyak melakukan kerja di pejabat dan hanya turun di mahkamah apabila ada bicara dan urusan kecemasan.Kini 100% di tangan saya.T.T

Rindu pada rakan-rakan seperjuangan mula bertapak.See you in court ya!


Having Dinner In Zenith


Hotel Zenith di Kuantan antara hotel termewah di Kuantan, Pahang.
Pembinaan yang dilaksanakan selama 24 jam tanpa henti.


Yang ini pula gambar model Hotel Zenith.

Tengah-tengah mencari gambar hotel Zenith tadi, terjumpa satu blog yang menulis secara terperinci mengenai Hotel ini.Klik di Sini. Penulis blog ini ialah lelaki berbangsa Inggeris yang tinggal di Kuantan sejak Mei 2006. Mengagumkan dan "awesome"!Jadi bagi yang mahu bercuti di Kuantan, inilah tempat terbaik, berhadapan dengan pusat membeli belah terbesar di Kuantan, East Coat Mall.

Malam ini saya berpeluang mengagumi seni binaan Hotel Zenith, ada makan malam di sana. Perkhidmatan mereka juga sangat cemerlang dan makanan di sana sangat berbeza dan ada citarasa tersendiri.


Tudung,kerongsang rama-rama and kad jemputan je.As a teaser.


Alhamdulillah, dapat lagi berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang masih praktis.Bukan senang nak meniti dan bertahan di dalam  kerjaya sebegini.Semoga kami sama-sama diberi kekuatan untuk menjadi "wakalah" umat sejagat.Aminn!


Saturday, January 29, 2011

Bertemu Kawan Lama


Hari Jumaat.Dah sampai ke penghujung minggu rupanya.Tak sangka hari Jumaat ini yang menemukan saya bertemu dengan kawan lama sekolah rendah, Hidayah.Masih mempunyai semangat yang tinggi walaupun dia mempunyai sedikit kekurangan sejak lahir.Berjubah ungu dan bertudung kemas.Seronok sangat melihat dia berjaya.Bukan senang menjadi "dia".Alhamdulilah, saya pernah di sisinya untuk menolongnya.

Di sekolah dulu, kami tidak suka pergi ke kantin untuk berebut , jadi kami bawa bekal dan makan bersama. Saya bertubuh kecil, dan dia mempunyai masalah pergerakan leher.Berat mata yang memandang, berat  lagi bahu memikul.

Petang, menghadiri mesyuarat di Wisma Sri Pahang.Berjumpa lagi kakak senior sekolah, seorang ketua aspuri dan seorang lagi bendahari aspuri..Wah, berborak rancak kami di situ sebelum mesyuarat bermula.

Dan saya masih berharap akan berjumpa dengan ramai kawan lama lagi.Ukhuwah itu sangat indah..:-)


Thursday, January 27, 2011

Macam Mana Nak Cari Barang Hilang?


Tengahari semalam, saya dijemput oleh dua sahabat saya untuk makan tengahari.Sangat "urgent".Berdebar pula saya, apa kaitannya dengan saya.Kata mereka, nak minta bantuan "ustazah loyer".Adoi, dapat gelaran baru pula.Mereka pun tidak kurang hebatnya, cuma mungkin situasi yang panik menjadi penyebabnya.



O, rupanya, ada dokumen penting hilang melibatkan impak besar. Berat juga tu.

"Dah cari banyak kali, tapi kami yakin ada dalam pejabat tu.Mustahil hilang macam tu..."
"Berapa kali?"
"Entah, tak terkira dah, Yati"
"Cari lagi, cari setiap satu jangan jemu, buat solat hajat satu pejabat"

Kemudian timbul topik tentang orang yang disorok bunian, duit hilang, tetapi melalui bantuan orang tengah yang mungkin mempunyai "anugerah". Saya juga mengenali seseorang yang boleh membantu kami, tetapi pada waktu begini, agak sukar untuk saya menghubunginya.

Teringat pula ayah kawan saya di utara, pernah membantu anaknya dari di"ganggu" dari jauh.(Wallahu alam).Kawan saya dengan nakalnya, "boleh ke minta dia tolong carikan melalui phone?".

Tergelak pula saya mendengarnya,"kalau doa sendiri lagi direct dengan Allah, baik kita doa sendiri je.Lagi senang kan.Nak -nak tengah hujan macam ni.Kalau boleh spesifikkan doa tu, jangan sekadar minta barang hilang tu terjumpa, minta sekali gerakkan hati orang-orang yang terlibat tu.Manalah tahu orang yang kita paling tak sangka itulah yang dapat membantu kita.Kalau Allah nak membantu, dia sentiasa bantu kita melalui jalan yang kita tidak pernah terfikir pun.Tapi dalam masa yang sama back up plan perlu ada . Tanda ikhtiar kita.Kalau hari ke-3 masih tak berjumpa, buat laporan polis dan dalam masa yang sama, cari lagi, dan harap-harap pada masa itu urusan dipermudahkanNYa."

Nampak mereka berdoa dengan bersungguh-sungguh sekali mengharapkan bantuanNya.Sanggup kami berhenti menghirup sup utara yang tengah panas di depan kami,T.T

Hmm..dan apa yang menarik saya jumpa cara-cara mencari barang-barang yang hilang -Darussyifaonline-Klik di sini, untuk maklumat yang lebih lanjut.

Nota.Ikhtiar harus ada dengan niat yang suci, betul dan ikhlas lillahi taala, untuk menyelesaikan amanahNya.



Monday, January 24, 2011

Life Is Like Riding A Bicycle

Terima mesej di tengah malam dari seorang sahabat,

"Yati, sedap tak ayat ni?
-Life is Like Riding A Bicycle, To Keep The Balance You Have To Continue Riding-So, I have to keep riding to keep me balance in his journey toward HIM..Rasa sedih la pula"

"Jangan sedih-sedih dan mengenang nasib,Yang penting teruskan perjalanan kita dan lakukan yang terbaik walaupun kita bukan dari yang terbaik,He will listen ok?"

"Ok thank you for your support... "

"Welcome, jangan lupa tahajud yek, so awak jadi lebih kuat dan laju untuk kayuh basikal"

"Tu la nak tidur dah ni, Nak qiyam..Moga dapat kayuh laju and jauh-jauh..kemudian dapat tenaga dan kaki yang kuat dan tiba ke destinasi dengan selamat"



Saturday, January 22, 2011

Secret Admirer Bagi Limau?

Wah, balik sahaja dari pejabat lebih kurang dalam 6.30 petang, emak spontan berkata "Akak, ada orang bagi limau sekotak untuk akak...".

Terkejut kejap, siapa pula yang bagi.Oh, jiran kami berbangsa cina, Uncle Lim agaknya. Tapi, emak menggeleng keras,

"Bukan dia.."
"Hah, habis tu siapa pula"
"Tu, Mr.Lau "
"Oh, Mr.Lau.."

Alamak, Mr.Lau ke.Isy Malunya.Mr.Lau ni memang agak bergaya dan smart.Suka sangat tengok penampilan dia, sentiasa bersemangat walaupun dalam perkara yang kecil.Dia merupakan pengetua pra-sekolah di hadapan rumah saya. 

Tapi tak sangka, limau mandarin sekotak diberi untuk tuan punya kereta yang baik hati (Saya la tu) .Rasanya dia yang banyak menolong saya.Maklumlah, jalan keluar dari rumah saya waktu pagi agak sesak dengan kereta ibu bapa yang menghantar anak-anak masing-masing.Jadi memag agak susah untuk saya keluarkan kereta untuk pergi bekerja dan dia menjadi "polis trafik" tidak rasmi saya.

Bila dah dapat keluar dari parking, saya cuma turunkan tingkap sedikit, angkat tangan , senyum dan cakap terima kasih sebab tolong saya.Itu sahaja bualan kami di pagi hari.Tak lebih dari itu pun.

Tapi yang paling saya suka ucapan dia ketika majlis bertemu ibu bapa kanak-kanak pra sekolah di tempatnya iaitu; " Sebenarnya saya agak gementar berucap di depan kamu semua (ibu bapa) dan ini adalah kali pertama saya berdiri dan memberi ucapan, tetapi apabila melhat anak-anak kecil di sini, sangat gembira dan yakin melakukan apa yang mereka belajar, kenapa saya tidak boleh, dan saya ingin meminjam semangat anak-anak ini dalam diri saya dan  berdiri di sini".

Comel kan ucapan dia.Bermakna dan mendalam.

Tapi, sikap yang paling bagus, dia meminta tolong isterinya menghantar buah limau itu.Memahami kami sekeluarga majoritinya perempuan dan bertudung.Jadi, andai kita menjaga penampilan dan akhlak kita sebagai Orang Islam, mereka juga akan menghargai cara kita kan.

Apa-apa pun, saya sangat berterima kasih atas pemberian limau itu. Rasa tak sabar tunggu hari Isnin dan ucapkan " Terima Kasih Mr.Lau", angkat tangan dan senyum.


Notis Peringatan Terakhir Bagi Peminjam Tertunggak PTPTN



Sepanjang hari kami satu pejabat berhempas pulas mengorbankan hujung minggu kami bagi mengeluarkan notis peringatan terakhir bagi peminjam tertunggak PTPTN yang lahir pada tahun 1988.Bayangkan 720 notis bermula daripada semalam,meneliti penyata baki, alamat terkini , merekod cara penyamapaian dan data-data berkaitan bukan satu perkara yang mudah.Mata pun dah agak berpinar macam rancangan tv tergendala pula.

Bukan sahaja firma kami, malah firma-firma lain juga sedang bersungguh membuat kerja yang sama.Jadi, sesiapa yang belum menjelaskan bayaran PTPTN, sila jelaskan ye,sebelum tindakan undang-undang diambil.Jika tidak bekerja, harus berusaha untuk mendapatkan kerja segera yang mungkin walaupun rezeki untuk bekerja untuk belum tiba lagi.Bersabar dalam perkara-perkara macam ini dan banyakkan solat dhuha ya.


Nasihat saya, jika notis itu sampai di tangan anda, jangan panik dan jangan risau dan gusar tentang kena penjara (hehe).Segerakan sahaja pembayaran mengikut kemampuan.Yang penting, ansuran setiap bulan itu berjalan.Jika tunggakan tersebut atas alasan kesihatan, maklumkan kepada pihak yang berkenaan supaya dapat dipertimbangkan penangguhan pembayaran kamu.

Tetapi bagi sesiapa yang telah membuat bayaran, sila abaikan notis tersebut, tapi janganlah berhenti membuat bayaran pula ye.

Oh ya, sengaja nak ingatkan, notis peringatan ini berbeza dengan saman ya.Jika kamu terima saman, kehadiran diwajibkan ke mahkamah untuk mengaku atau tidak terhadap tuntutan tersebut.Jangan lupa bawa kad pengenalan dan perintah penghakiman persetujuan akan direkodkan jika si peminjam tertunggak hadir.

Andai tidak dapat hadir, usahlah menghantar wakil, kerana penghakiman ingkar tetap akan direkodkan tanpa kehadiran.Dan apa yang boleh dibuat selepas itu, cuba berbincang dan merancang pembayaran semula kepada pembiaya-pembiaya berkenaan  dan ianya terpulang kepada budi bicara mereka.

Apa-apa pun banyakkan solat dhuha ya supaya dimurahkan rezeki untuk melunaskan hutang-hutang dan dipermudahkan segala urusan.

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya”
 (Al-Baqarah:282).



Wednesday, January 19, 2011

Horlicks Itu Ada Sentimentalnya


Setiap kali ke kedai makan, adik saya yang bongsu pasti tidak melepaskan air Horlicks.Kiranya Horlicks dan dia sudah sinonim.Ketika dulu, waktu masih bersekolah, saya tidak gemarkan Horlicks, dan bila arwah ayah ajak makan di luar, saya juga minum air Horlicks, tapi hanya sekali sahaja.



Tidak saya sangka, sebelum berangkat  pulang ke kampus,  arwah belikan satu botol Horlicks yang besar buat bekalan.Pelik juga sebenarnya.Kenapa tiba-tiba dengan horlicks?Tanya emak, dia pun tidak tahu motifnya.Tapi saya tetap tidak menolak pemberian arwah ayah.

Bila diingat-ingat kembali, setelah sampai ke asrama kampus "O..Hari tu ada order air horlicks panas kat kedai minum sekian-sekian" (Kami sebenarnya jarang makan di luar).Betapa "concern"nya arwah pada apa yang saya minum dan buat.Tanpa saya sedar, Horlicks itu ada kasihnya dan saya tidak sia-siakan walau setitik air Horlicks tersebut.

Bukan itu sahaja, pada tahun saya menduduki UPSR, sarapan saya setiap pagi, telur separuh masak dan madu.Bukan satu perbelanjaan yang kecil pada waktu itu, kerana kami bukanlah dari keluarga yang senang.Saya diminta menghabiskannya walaupun saya tak suka sangat.Tapi lama-lama dah biasa.Dan Alhamdulillah, saya membawa berita gembira tentang keputusan UPSR yang cemerlang ketika dia terlantar sakit akibat kemalangan.Tersenyum dia melihat slip keputusan peperiksaan tersebut.


Dan kini, saya berazam, ingin membuat perkara yang sama. Membeli Horlicks sebagai pemangkin semangat dan tanda kasih saya pada adik bongsu sempena peperiksaan SPMnya walaupun saya agak terlewat untuk menyumbangkannya.:-).

Nota: Sekejap lagi nak ambil dia dari kelas tambahan pula dan baru-baru ini dia mengalami alahan antibiotik.Nasib baik bertindak cepat, andai lambat. berkemungkinan masuk ICU.Nauzubillah!


Payung Masjid Nabawi


Mood: Masih demam "dedar".Masih menyusun kata-kata untuk entri seterusnya.Mungkin gambar ini sebagai penyejuk hati dan akan membuatkan kita berazam untuk ke sana.Masjid Nabawi:-)









Tuesday, January 18, 2011

Sukarnya Poligami Itu



Ketika bergelar pelatih dalam kamar, saya sering melihat kes bagi permohonan poligami, majoritinya bernikah di luar negara secara diam-diam  tanpa pengetahuan isteri pertama  dan berniat untuk mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini.Jarang pula ada kes yang melibatkan persetujuan dari isteri pertama.Itu realitinya.

Ketika saya belajar dahulu, kaum lelaki mana yang tidak tahu tentang tafsir ayat ini yang membenarkan poligami.Kadang-kadang ayat ini pula dijadikan  sebagai "defence" mereka untuk berpoligami.

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." 
(Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Saya juga berkesempatan melihat alasan-alasan permohonan poligami mereka, benar, memang tidak dapat dinafikan, bahawa pemohon poligami ini semuanya dari golongan berkemampuan.Gaji bulanan dari RM7,000-00 hingga RM10,000-00.Itu dari segi kemampuan kewangan sahaja.Tapi bagaimana dari segi keadilan untuk si isteri?


cerita yang menyampaikan isu poligami

Ada satu juga satu pendapat dan kisah yang menarik dari sudut pandangan mata lelaki apabila saya bertanyakan tentang poligami yang makin menjadi-jadi ketika itu, antara kata-katanya ;

" Macam nilah, klien tadi merupakan seorang isteri yang merasa kekurangan dirinya dalam menyempurnakan tanggungjawabnya terhadap si suami.Dia tidak mampu kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya, maka didorong rasa ketidaksempurnaan dirinya itu menyempurnakan nafkah zahir dan batin,lalu terus mendorong si suaminya untuk berpoligami, malah dicarikan pula calon isteri suaminya, menolong si suami tadi untuk membuat permohonan poligami di mahkamah berkenaan."

Wah, syahdunya mendengar sifat si ikhlas isteri tadi untuk memperbaiki ketidaksempurnaan dirinya yang terlalu sibuk dengan kerjayanya.Terasa hikmah poligami adalah untuk menyempurnakan apa yang kurang dalam diri si isteri tadi.

Rakan-rakan sekuliah saya pula ramai yang berkata "tidak sanggup jadi isteri kedua, tapi mahu menjadi isteri pertama supaya mendapat payung emas ganjaran pahala!".Itu bagi pendapat mereka yang betul-betul menghargai hikmah poligami.

Tapi kita selalu mendengar, "tak nak menjadi isteri kedua , nanti dikatakan merampas sayang suami orang". Lihat, soalan yang sama, tapi jawapan yang berbeza bukan.Fikir-fikirkan dan perbezaannya begitu ketara bukan?

Tapi, ingatlah kaum lelaki, kaum perempuan ini perasaannya lemah dan sangat halus, sekuat mana iman dan taqwanya kepada Allah, terusik dan goyah  juga perasaannya, cuma apa yang diharapkan peranan si suami pada ketika itu sangat penting bagi kekuatan si isteri tadi.Sukarnya untuk mencapai payung emas ganjaran berpoligami itu.

"Jika Saiditina Fatimah r.a, wanita syurga yang pertama  itu tidak sanggup untuk berpoligami, apatah lagi wanita biasa"



Monday, January 17, 2011

Dua Mimpi Buruk


Pagi tadi, ibu dan adik saya bercerita mengenai mimpi buruk, sedangkan saya tidak bermimpi apa-apa pun.Yang peliknya, dalam mimpi itu, tangan ibu saya digigit kala jengking dan ada seorang wanita berbangsa Cina memegang tangan ibu saya dan berkata "Tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah". Dengan serta merta, sakit digigit kala jengking tadi hilang. Subhanallah.Bila ibu saya tersedar, dia masih merasai tempat  sakit yang digigit tadi.

Mimpi adik lagi menakutkan saya, dia kata " nampak akak dan kereta akak terbalik!".Astaghfirullah, berderau jantung kejap.Hu2..Kedua-duanya berlaku dalam malam yang sama.

Tapi, andai kata sahabat-sahabat bermimpi buruk, dan tersedar (mungkin dah tak cukup nafas sebab terkejut)Istighfar banyak-banyak dan baca doa mimpi buruk seperti di bawah ini ya..


"  Ya Allah, aku berlindung dari pekerjaan syaitan, dan dari segala kejahatan mimpi"


Sunday, January 16, 2011

Puding Roti Karamel

 Tiba-tiba sahaja teringat ada sebungkus roti yangdah nak hampir tamat tempoh, daripada membazir dan tak sempat nak buat "breakfast", kita buat puding roti karamel sebagai pencuci mulut waktu petang kan?


sebelum dikukus :-)
 Resepinya ;
 1 bungkus roti putih (dicarik-carik)
Sedikit air (untuk melembapkan roti tadi)
 1 tin susu cair
1 cawan air
 1 cawan gula pasir
 1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastad
 Sedikit kismis.
Gula dan air dimasak sebaga karamel.(yang ini perlu ada "skill")

Susu cair, gula pasir,telur,esen vanila, tepung kastad dikacau sehingga rata.Setelah rata, masukkan roti tadi. Karamel yang kekuningan tadi diletakkan terlebih dahulu atas acuan, kemudian baru tuangkan bahan puding tadi. Kukus dalam 30-40 minit dan sedia untuk dimakan.:-)


Makan sikit-sikit sahaja ye..
Selamat menjamu selera.


Tuesday, January 11, 2011

Apabila Mata Lelaki Melihat Keindahan Wanita




Saat gadis melintas, ketika itulah mata-mata lelaki menyorot langkah kaki si gadis itu.Memang tidak dinafikan, kebelakangan ini fesyen dan trend telah menampakkan susuk si gadis itu dan yang pasti lelaki pasti terpukau dengan "kecantikan " ini, ada pula yang berkata (atau mengambil kesempatan) "Cantiknya ciptaan Tuhan!" "Rugi kalau tak tengok, rezeki dah ada depan mata","Wah comelnya, macam artis la budak tu". Dialog dan skrip biasa yang biasa dilontarkan oleh kata hati lelaki.

Saya juga pernah semeja makan bersama bersama-sama golongan ini, tak kira umur dan usia, bila si gadis yang memakai baju yang agak trendy (mungkin nampak susuk tubuh mereka), mata mereka seolah tidak berkelip dan terpaku memandang "keindahan" itu yang berada di depan mata.Sanggup berhenti menyuap makanan.



Bak kata sahabat saya, senang sahaja nak bagi peringatan kepada golongan macam ini, jika jawapan mereka itu "Cantik!" dan saat mereka terpaku itulah, jawapan kita seharusnya begini (lontaran suara perlu cukup didengari oleh mereka ya, supaya mesej itu sampai buat peringatan bersama  ;

"Hmm, bidadari syurga lagi cantik daripada mereka semua!"
"Bidadari syurga lagi cantik sebab tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin, dan mereka sentiasa menjadi perawan dan tidak akan hilang daranya walaupun telah disentuh!"
"Siapa yang lebih cantik ?Perempuan itu atau bidadari syurga?"

Sampaikan kata-kata ini buat kaum lelaki supaya mereka tidak lalai, dan buat kaum perempuan, jagalah aurat juga ya, kerana bidadari syurga itu lebih cantik tanpa memakai pakaian yang "trendy".Dan kita perlu cantik dalam menjaga peribadi sebagai orang yang beriman.

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Ar-Rahmaan : 56) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...