Wednesday, June 26, 2013

Jerebu, Asap & Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Jerebu.Salah satu ujian dari Allah.
Asap yang menyelubungi bumi selama 40 hari.Merupakan satu tanda-tanda kiamat.
Ini adalah satu latihan untuk kita.Supaya mempersiapkan diri di akhir zaman.

Teringat Buku Armageddon 2012 , Isu Asap yang menyelubungi adalah yang paling panjang.Ada pelbagai perbahasan.Kesannya kepada orang yang beriman.Kesannya kepada orang yang kufur adalah berbeza.Sebab kita ada Ramadhan, satu latihan berpuasa sebagai pertahanan sistem badan menahan "asap". Maka bersyukurlah , Ramadhan yang datang setahun sekali itu penuh rahmat buat mereka yang beriman.

Terfikir, dalam perkara ibadah  ini,kita perlu pentingkan diri sendiri.Tinggalkan hal dunia sebentar.Fokus pada Yang Maha Esa.

[kredit]
Tetapi bab tinggalkan dunia itulah yang sukar.Ada berlaku tidak khusyuk dalam solat.Teringat-ingat hal yang tidak selesai .Tetapi hanya satu yang saya ingat, yang  selalu saya pesankan dan titipkan buat peserta kem ibadah satu ketika dahulu (sewaktu aktif menjadi fasilitator dan kadangkala peserta) . Pandang sejadah dan FOKUS dan terus khusyuk.Gelapkan tentang dunia sebentar.

Sungguh ilmu FOKUS ini penting. Bukan dalam hal solat, bukan dalam hal kerja.Tetapi dalam segala-galanya.

Nota Naluri:
Teringat Survival Camp- sujud di atas tanah yang berair, tidur dalam khemah yang berair akibat hujan lebat yang datang tiba-tiba.

Tuesday, June 25, 2013

Sibuk Memangku Tugas

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Bukan tak nak update blog.Ada banyak cerita yang saya nak kongsikan sebagai manfaat kita bersama.Sekarang saya dalam mode sibuk!Allahurabbi..memegang dua department sekaligus, litigation and conveyancing.Bukan satu kerja yang mudah.

Tetpi saya yakin, bantuan Allah itu ada, cuma saya yang perlu cekap dan fokus.Yang penting sentiasa bawa bertenang.Tambahan pula, ramai kawan-kawan yang cukup membantu .Alhamdulilah.Itu bantuan dari Allah jua.

Kes pesaka dan faraidh makin bertambah.Bertambah ligat saya berulang alik ke pejabat pesaka nanti.Hujahan yang perlu disapkan.Biasa paling teruk pun, sebelem keluar dari rumah, baru nak ulangkaji segala hujahan untuk bicara.Nak buat macam mana, itu sahaja pilihan yang saya ada.yang penting Fokus dalam kerja.Buat sehabis baik.

Meeting di luar, tak payah cerita, kadang di tengah kesibukan menyiapkan dokumen,  terus meluru keluar.Tetapi berbagai cerita dan pengalaman yang saya dapat, di sebalik kisah "terkejar-kejar"..

Tapi sebaik habis baca hujahan sempat juga saya membaca buku yang sedia ada di dalam tas tangan.Ya, menjadi umat Islam, kita tidak harus buang masa.Gunakan dan manfaat apa yang ada , apa yang diperuntukkan kita.Ada masa, saya akan review buku yang telah saya baca.Saya juga tak sabar berkongsi tentangnya.

Ya Allah, kuatkanlah hati ini dalam memikul amanah yang ada...!

Yang penting fokus dan yakin dengan janji Allah swt yang akan sentiasa membantu hambaNya.Niat kerana Allah!
 

Monday, June 24, 2013

Syiah : Tolong Delete Gambar Anda di Media Sosial.

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni isu Syiah menjadi topik panas, walaupun ianya sudah lama muncul sebelum ini.Tetapi di dalam kekalutan dan kesedaran kita menangani isu Syiah ini, dan sumber yang paling laju adalah di medan sosial, Facebook, ada sesuatu terjadi yang melibatkan kawan saya sendiri yang mana gambar beliau yang bertudung labuh digunakan oleh satu akaun (dipercayai penyebar fahaman syiah-wallahualam) berdasarkan statusnya.

Saya terkejut melihat page tersebut, bila zauji kata, "Tengok ni, Student UIA pun syiah..".

Apalagi, saya pun siasat latar belakang faker tadi (dikenali sebagai Farah Al Zahra), dan membandingkan dengan facebook sahabat saya, yang sama-sama belajar Shariah di UIAM.

Confirm! Orang tu guna profil gambar sahabat saya!Ya Allah! berdebar rasa hati.Zauji yang beristirehat pun saya ganggu kerana terkejut dengan penyebaran itu.

Terus saya hubungi kawan-kawan satu batch yang online, Dinie, Sakinah dan Dilla ketika itu untuk pengesahan dan sokongan.Kalau saya seorang sahaja yang lihat, tentu buktinya tak kuat.Ok semuanya mengesahkan itu sahabat kami.Dalam masa yang sama kami hubungi sahabat kami (secara fakta- dia tak aktif facebook pun, dan sudah lama kami tidak menghubungi beliau)Tapi kami yakin dia bukan fahaman syiah.

Dalam masa yang sama saya cuba buat screenshot tentang "faker" tersebut, tetapi gagal.Allahuakbar!

Ada juga antara kawan-kawan saya cuba berbual dengan faker tersebut dengan menanyakan sahabat kami , dia mengaku dia sahabat kami tetapi diam bila bertanyakan tentang sahabat-sahabat kami yang lain.

Tidak lama selepas itu,tiba-tiba faker tersebut dah tukar gambar profil kepada gambar wanita berpurdah -kartun.Dan sekarang saya tak dapat jejak langsung akaun faker tersebut.

Ringkasnya, saya sudah berhubung dengan orang yang sharekan gambar tadi, membuat pengesahan dengannya supaya perkara ini tidak berlanjutan.Alhamdulilah case closed selepas Asar semalam.

KESIMPULAN.
Walaupun kita upload gambar yang sopan di laman sosial, ianya tetap akan dipergunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, maka akan berlaku fitnah dan salah faham di kalangan kita.

Sikap peka itu perlu bila ia melibatkan sahabat kita, jangan diam, bertindak ikut kemampuan.

Saya sendiri terkesan dengan peristiwa ini, maka dengan rasminya saya akan delete segala gambar saya di laman sosial.

Semoga kawan-kawan semua juga mengambil inisiatif juga demi menjaga imej Islam.

Nota Naluri:
Sebelum zauji pergi kerja, dengan muka serius, katanya "Hari ni kalau boleh delete semua gambar-gambar kita kat facebook.Walaupun yang telah diprivatekan...Bimbang suatu hari akan terkena pada kita pula...".

Monday, June 17, 2013

Hajj/Umrah: As Time Goes On

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Orang kita kata, biar lambat asal selamat.Pepatah Bahasa Inggeris kata "better late than never". Tetapi pepatah tersebut tak dapat nak dipakai dalam melakukan perkara kebaikan.Perkara baik usah ditangguh kan?Contohnya,bila sampai jodoh, sampai seruan panggilan ke Mekah.Haruslah disegerakah bila sudah berkemampuan. 

Musim cuti sekolah baru-baru ini,ramai yang mengambil peluang untuk bercuti.Tapi yang paling bagus bagi mereka yang berkemampuan, menunaikan umrah.Allahuakbar!Mekah...siapa yang tak nak ke sana kan?Mekah,Kaabah,Raudhah,Hajarulaswad,Makam Rasullulah saw sinonim dengan impian kita sebagai HambaNya. 

Bagi mereka yang pandai menyimpan di akaun Tabung Haji sejak dari kecil,disokong dan ditambah pula dari sumbangan ibubapa,mereka bernasib baik punya rezeki sebegitu,dapat menunaikan umrah bersama keluarga.Tetapi bagi mereka yang baru bekerja,belajar mempunyai impian begitu, dan baru nak memulakan tabungan umrah dan haji,masih berpeluang lagi.Insha Allah, boleh.Yang penting FOKUS, tetapkan matlamat.

Bagaimana? Ha, kami bagi tips yang menarik.


Pertama, pastikan ada akaun tabung haji. Ya, ada yang buat autodebit siap-siap ditolak dari gaji tiap bulan.Tapi cara saya, ada elaun bonus baru saya simpan.Kira simpan lumpsum terus.Kemudian harus daftar pendaftaran haji, dengan bayaran yang ditetapkan, boleh ditolak dengan jumlah akaun simpanan atau locked dari simpanan KWSP(jika ada).


Kedua, simpanan alternatif tabungan haji/umrah secara disiplin yang mempunyai manfaat.Contohnya simpan RM150.00 sebulan,dan dalam sepuluh tahun akan dapat dalam RM25,000.00 dan anda telah merancang untuk menunaikan haji .Manfaat dan perlindungan seperti berikut;


  • Hibah
  • Khairat Kematian
  • Ziarah Protection (takaful apabila ke Arab Saudi)
  • Upah Haji (bagi mereka yang tidak berkesempatan)
  •  Pulangan Pelaburan Yang Tinggi  
  • Tuntutan kemalangan RM100,000.00 
 Maklumat yang lebih lanjut ada di sini, tentang simpanan TAKAFUL HAJI bersama MAA TAKAFUL.
 
Jika anda berminat untuk mencarum TAKAFUL HAJI bersama kami boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda! elfateh.inspiration@gmail.com
Whats app/SMS- En Muz 019 9598199
 
Nak cerita panjang lagi tentang ini.Insha Allah, ada kesempatan saya review yek.
 
Syukur dan Alhamdulilah buat kawan-kawan yang sudah pun mencarum takaful haji bersama kami.Mereka kata, susah nak cari pelan simpanan macam ni.Jadi semua tak mahu lepaskan peluang istimewa ini.Kawan-kawan macam mana?

Nota Naluri :
Sedang berurusan dengan arkitek tabung haji sekarang ni..nervous!Mahu kurier dokumen penting petang ini.Doakan semuanya dipermudahkan.


Friday, June 7, 2013

Rama-Rama Cantik, Tapi Sayang Hidup Tak Lama..

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Sementara tunggu klien, pandang rama-rama dan kehidupan..
 Salam Jumaat semua dan Salam Israk Mikraj..
Walaupun hari agak sibuk untuk saya sudahkan tugasan saya, ada dua perjanjian yang perlu diderafkan, ada dokumentasi yang perlu disiapkan, tetap nak juga update blog.Ambil mood katanya.

Teringat anak saudara, Iqram menyanyikan lagu rama-rama, tak ingat pula liriknya macam mana, tapi katanya "...rama-rama cantik, tapi sayang hidup tak lama.." Rasa tersentuh pula kat lirik tu.Macam rama-rama di dalam lukisan di atas tu..

Macam kita juga, hidup tak lama, ada misi lagi yang perlu dituju.Akhirat sana..:-)
Tidak lama selepas itu saya ada dapat email dari Puan Lina Karim,Ibu Darwisy Darwisya , pesannya begini;


Tentang jaminan akhirat, tentang ibu bapa lepas tangan..Nauzubillahiminzalik..

Yalah, bila di padang Masyhar nanti, kita hanya bawa diri sendiri sahaja, Cantik di dunia, akhirat belum tentu bagaimana kan?Apatah lagi, kita berada di akhir zaman,sangat akhir.....!

sebelum mesyuarat dimulakan, planner dan pen wajib.
 Jadi hari ini kita ambil semangat kata-kata dari Ustaz Zaharuddin;

" Jangan rasa cukup dengan kerja dan ilmu yang ada, MESTI teruskan usaha jadi "specialist". Keluarlah dari kepompong "cukuplah", "bolehlah", "dah ok dah ni", "ala kadar" dan zon selesa kepada kembali tidak selesa kerana sentiasa pelajari yang baru, dengan itu Insha Allah terus berjasa kepada ummah hingga akhir hayat"

Jadi, mari sama-sama jadi umat Islam yang cemerlang, dengar lagu ini buat motivasi diri, "Menuju Wawasan"-UNIC , lagu semangat dari zauji untuk saya suatu ketika dahulu:-P..


"Kita ada Allah Maha Kuasa...Doa Sebagai Senjata.."


Tuesday, June 4, 2013

Till Jannah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

 Alhamdulilah!

Selamat ulang tahun kedua zauji habibi..

Semoga Allah merahmati kita berdua dan redha akan kita sebagai hamba-Nya.

Semoga Allah memberkati , menganugerahkan keberkatan dan mengumpulkan kebaikan kepada kita dalam membina baitul muslim sehingga syurga


 Insha Allah, segala suka duka kita akan harungi dengan iman, Amin!


Monday, June 3, 2013

Semangat "Isnin Biru"

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Cuti hujung minggu yang agak sibuk, selesaikan rutin, memenuhi jemputan kawan baik dan majlis aqiqah Aina Syafiyah.Tahu-tahu hari Isnin menjelma.Fuh!Biru.

Mug Monday Blues!:-P
Secawan milo panas di pagi Isnin "biru" (Monday Blues) memulakan kerja.Harap dapat memanaskan enjin-enjin sistem pemikiran untuk bekerja dengan pantas.Tak lupa juga bekal lepat ubi kayu dari ibu mertua.

Rakan sekerja, monday's blue external hard disk, wireless mouse & signing pen..
Semoga semangat kerja mengatasi kepenatan hujung minggu yang sibuk hilang bila bekerja dengan "rakan sekerja yang biru ni.

Baca artikel motivasi kerja sikit di sini. Mahu jadi pekerja memberi supaya ada keberkatannya..Amin!

[kredit]

Bersama mereka yang rajin bekerja..:-) ada lagi yang tiada dlm gambar..

"Bercita-cita, membantu dalam meningkatkan motivasi diri di tempat kerja atau pejabat. Cita-cita akan menjadi pendorong atau pemangkin untuk terus berusaha"

Nota Naluri:
Jadi saya mahu letak cita-cita-cita mahu "financial freedom" sesegera mungkin . Jadi ayuh berusaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...