1/8/12

Optimistik Armageddon

BY humble.yat IN , 7 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Baru baru ini saya membaca sebuah rencana dari akhbar tempatan, mengenai 2012, bencana alam yang diramalkan dan virus-virus penyakit yang dijangka berlaku sepanjang 2012. Saya juga gusar mendengarnya.Huhu.Tapi takkan nak terus takut kan.

Ada juga desas desus yang mengatakan kiamat akan berlaku dalam tahun ini.Tapi saya pasti buku Armageddon 2012 karya Muhammad Alexander ini ada jawapannya.


Walaupun saya baru membaca hanya lima bab yang pertama, buku ini memberi jawapan dan gambaran yang jelas.Tentang persoalan yang sentiasa berlegar di kepala saya.

Apa yang menarik perhatian saya, ada satu keratan hadis, (buku tu tak ada kat sini sekarang, ada di rumah mertua he2, tetapi nak kongsikan juga yek :-)) yang lebih kurang begini bunyinya, andai ada biji kurma di tangan kita, sedangkan kita tahu kiamat itu akan datang dalam masa yang  terdekat, tanam biji kurma itu dahulu.

Apa yang saya dapat ambnil di sini, walau apa pun yang terjadi, kita harus optimistik , terus berusaha dan jangan sia-siakan masa yang ada.

Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu bila datang hari kiamat.Dan kita hanya perlu bersedia, bersiap siaga menghadapi segala soal jawab di Padang Masyhar kelak.

Persoalan yang penting di sini, kita tahu tentang tanda-tanda kiamat dan bencana akhir zaman, jadi seharusnya setiap pekerjaan kita lakukan hendaklah bersungguh-sungguh keranaNya, kerana itulah yang akan membantu amalan kita di "sana" nanti.Mudah-mudahan.Ameen!

Akhir kata , saya sarankan buku ini sebagai wajib milik . :-)


7 inspirasi naluri :-):

Aty Fared said...

Menarik.. betul..begitu banyak tanda dan bencana yang berlaku sekarang..[takut] yang penting tak kiamat pon kite kene sentiasa bersedia tuk menghadapi hari mati dan nak ke tak nak kite tetap kan melalui hari kiamat tu jugak satu hari nanti..

cun09 said...

salam dik ^_^

tq ...kongsi tentang buku niiii...cam kena cari jeeee...

**penah dengaq gok pasai hadis kurma tuuu**

suri said...

eh humblehayati dan kwin ker? huuuuu

suri said...

suri ada buku dia yg sebelum ini "bencana di sebalik gunung" yakjuj dna makjud huuu..tulisan sedap tapi ambil amsa nak baca sb byk mengkaji buku2 sana sini. mmg tulisan dia makan masa nak faham tpai klu tulis secara terus2 lagi mudah tangkap heee..cam buku2 rujuakn bahan bacaan islam lain heee.terus pada isi dan maksud.

humble.yat said...

aty fared:
terima kasih sudi ke sini aty..:-)

tulah..sy pun takut klu selalu tgok bencana kerap berlaku...T.T

tp bila bc buku ni, sy dapat satu point yg penting , be optimistik :-)

humble.yat said...

cun 09:
wslm kak..:-)

sama2..benda baik mmg wajib share...:-)

mmg kena cari, supaya persoalan sume dijawab, byk hujah sejarah, sains disokong alquran dan hadis kat sini.

gambarajah pun ada...

minggu ni sy blik rumah mertua, nak tgok balik hadis tu..sy pun dah lupa "matan" nya..huhu..

tu yg kena ccek blik ni..:-)

nnti apa2 sy share blik ye kak..:-)

humble.yat said...

suri:

alhamdulilah..sudah sampai serunya tahun lepas..:-)

cek entri bulan june 2011 yek..:-)

oo yakjuj makjuj..tak baca lagi buku tu...tp betullah buku ni sarat ngan info ..kena baca slow2..hehe sebab tu sy pun tak habis baca lagi..:-P