Friday, January 6, 2012

Marathon Tolong Menolong Di Pasar Tani Khamis

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Semalam saya ke pasar tani membeli barang-barang keperluan keluarga.Macam biasa, cari ikan, ayam, sayur-sayuran kampung sedikit sebanyak.Dalam kepala memang saya dah terbayang keropok lekor panas-panas yang bulat-bulat dicucuk dengan lidi sate.Nasib baik ada.:-)

Emak saya pula teringatkan kuih bingka keladi yang berwarna ungu.Itu tempat pertama yang dia tuju.Tapi gambar tak sempat "snap" sebab kami dah habiskan semuanya dalam perjalanan.Hehe..:-)

Sumber : Klik sini
Tapi apa yang saya nak saya kongsikan di sini adalah sifat tolong menolong yang saya nampak di sekitar pasar tani semalam.Berturut-berturutan kejadiannya dalam kesesakan dan kesibukan orang berurusan jual beli.

Sejurus selepas emak saya membeli kuih idamannya yang berwarna ungu, kami melalui di hadapan seorang nenek yang meminta simpati sumbangan orang yang lalu lalang.Ya, minggu lepas pun, saya  juga bertemu dengan nenek yang sama, tapi ketika suami saya yang bagi derma.Tapi kali ini ,emak saya menghulurkan tangan kanannya untuk menderma.(adegan tolong menolong yang pertama).

Kami meneruskan pencarian kami.Saya juga ralit melihat gelagat-gelagat mereka di pasar tersebut, sehingga saya melalui jalan yang sangat sesak dan saya tak dapat melaluinya, dan Alhamdulilah seorang lelaki yang budiman memberikan laluannya kepada saya dengan tanda hormat.Kononya "ladies first".(adegan tolong menlong yang kedua).

Sambil saya ucapkan terima kasih itu, mata saya sempat menangkap satu situasi tolong menolong lagi.Kali yang ini yang ketiga menurut perkiraan saya.Seorang lelaki juga mengejar seorang wanita yang tertinggal barang di tempat dia berniaga.Bersungguh-sungguh dia mengejar kakak tu.

Dalam diam saya merasa kagum dan kaget, melihat semuanya, seperti video di bawah ini.Adegan tolong menolong yang berturut-turut.:-)




Video ini , adik saya, Idah pernah kongsikan di "facebook"nya.Walaupun kejadian itu tak serupa macam video di atas ini, tapi saya berpeluang melihat mereka-mereka yang berhati murni di sini.Alhamdulilah..

Semoga amalan tolong menolong itu sentiasa menjadi amalan seharian kita. :-)

‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2)
 
 

4 comments:

cun09 said...

salam dik ^__^

tolong menolong begitu "canteeq" bila ia dr hati yg ikhlas...insyaALLAH

**lama x mkn keropok cucuk lidi tuuu...moge sihat**

suri said...

klu ada bgtu cam kehidupan org arab di sana mmg baguskan heee...

selamat tahu baru yati..lama tak masuk sini mtk maaf sgt2 sb kebelakang ini sibuk blog pula baru ok semalm alahai..asyik kena hacak dan masalah hosting jer huuu..sabo jelah ..

Hayati A.G said...

cun09:
wslm kak..

akak pun canteeq jugak sebb selalu tya khabar sy kat sini..hehe:-)

jom mkn keropok lidi berjemaah kak hehe...

Hayati A.G said...

suri:
tulah..mesti dunia ni pun aman je..takdeklah kes ragut dsb..

sebb sume saling tlg menolong dan prihatin...:-)

selmat thun baru suri...

its ok..perkara biasala tu klu dlm berblogging :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...