Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Enjoy the breakfast..:-)

Tuesday, April 24, 2012

Aku Kata....

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Satu Perkongsian untuk renungan bersama


Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.
 Sumber: syahirul.com

Monday, April 23, 2012

Sibuk, Emosi dan Ibadah Hati

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari ini dan sejak Khamis lepas, merupakan hari yang menguji kesabaran saya.Maklumlah, saya perlu berulang alik ke klinik selama 3 hari berturut turut untuk pantauan  BMI. Ahamdulilah semuanya selesai, yang penting jaga pemakanan.Bila pergi berulang alik macam tu, terasa pergi ke "slimming program" pula.hehe

Tapi apa yang serius, memandangkan saya masuk lewat ke pejabat, dalam pukul 11 pagi berbanding hari biasa, adalah seseorang yang memuntahkan kata-kata yang bukan, dan menyebabkan saya agak meletup sedikit.Mula berperang dengan emosi.Ada sahaja kata-katanya yang menyakitkan hati.

Dan pagi ini saya berbekalkan cucur badak yang ibu mertua saya buatkan, terasa  mahu disumbat kuih itu ke dalam mulutnya. Tetapi bila difikir balik, tak patut saya berbuat begitu, kerana saya sedang diuji dengan kesabaran . Dan saya tarik nafas panjang-panjang, siapkan dokumen seperti yang diminta, bersedia untuk berdepan dengannya dengan ayat-ayat "cinta" saya.

Alhamdulilah, urusan berjaya diselesaikan dengan cara yang baik walaupun pertama kali saya berdepan dengannya dan tiada api kemarahan di antara kami.Saya gunakan budi bicara saya kembali berbanding emosi yang mendadak sebelum ini.Istighfar banyak-banyak merupakan alternatif yang terbaik sehingga perasaan yang bergelodak itu tenang kembali..

Bagi saya, kerjaya peguam perlu juga ada amalan-amalan ayat Al Quran tertentu bila berdepan dengan klien yang penuh emosi, yang tidak mahu mendengar penjelasan kami.Bukan setakat "reverse psikologi" aje dan pandai melontarkan hujah yang ada.:-)

Sebab itu kerja itu dinilai sebagai satu ibadah, satu pelaburan amalan kita ke akhirat sana, dengan cara bagaimana kita melawan emosi, bagaimanaa kita menggunakan toleransi yang ada bagi meraih pahala yang berganda dan bukan sekadar untuk kepentingan duniawi sahaja.

Wallahualam.
 

Friday, April 20, 2012

Jom Berwangi Wangian

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Kebelakangan ini, saya suka betul dengan wangian-wangian yang lembut.Sebelum ini, saya suka bau-bauan yang segar, tapi dah tukar habit agaknya.Minyak wangi  yang saya pakai  sekarang yang "light" aje, saya seorang sahaja yang boleh bau.Jangan sampai lelaki yang bau-bauan wangi kita sudahlah, hukumnya ada disebut di dalam hadis ini kan?

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Teringat saya perkongsian ceramah yang didengar suami saya, katanya "Suami kena hati hati bila isteri pergi bekerja, minta isteri lalu depan kita dua tiga kali untuk testing wangian isteri...sama ada baunya kuat atau sebaliknya"

Jadi isteri-isteri sekalian, jangan pakai minyak wangi sebarangan tau, kerana dosa kita itu sekarang di pundak bahu suami.Kan sudah janji suami isteri mahu bercinta sampai ke syurga?Maka kita mulakannya dari usaha yang kecil kan? Selepas ini mungkin kita perbetulkan pakaian kita pula..Nanti rebeh pula bahu si suami dek memikul dosa-dosa kita..

Aromaterapi di pejabat saya
Hukum berwangian yang lebih lanjut boleh di dapati di sini. Harap ianya dapat membantu kita semua dalam perkara sebegini.



Oh disebabkan saya suka benda yang wangi-wangi , hari tu saya dah borong dua pewangi bilik, Satu dari Lovely Lace-Lily of the Valley..wangi dan sangat-sangat lembut.Buat kerja pun rasa tenang dan tanpa stress walaupun kerja bertimbun, dan telefon tak henti berdering hehe.Satu pejabat sukakan bau ini, tak kira lelaki mahupun perempuan.

Yang satu lagi, saya beli sebab ada promosi, emak dan suami sukakan bau lavender, maka saya beli khas untuk keselesaan mereka. Glade Scented Gel Lavender


Yang dalam kereta saya pakai Air Wick Aqua Mist-Jasmine.Segar baunya, bertahan lama sesikit berbanding perfume kereta yang digantung.:-) Jimat


Alamak , perfume untuk sembahyang saya pun dah habis, nampaknya kena mencari lagi ni hehe..Yang murah aje..janji wangi dan lembut untuk menghadapNYA..

Jadi sama-sama kita gunakan wangi-wangian pada tempat yang sepatutnya, ok?

Nota:
Baru-baru ni beli sabun mandi wangi yang besar punya, rasa nak mandi aje sepanjang hari.Apa dah jadi ni? Pembawakan baby ke?:-P





Thursday, April 19, 2012

DIY : Sweet Rose Ribbon

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
 
Credit: click here
Merahnya si bunga ros, buat saya geram je memanjang.Comel bila dijadikan daripada kain fabrik, riben.Sanggup saya menatap lama-lama kat kedai menjual kerongsang  di sebuah pusat membeli belah dan memerhati bagaimana ianya menjadi bunga ros dari material yang tertentu.


credit :click here
Yang ni gambar hiasan je.Saje nak tepek, sebab comel sangat.Macam ada idea bila tengok gambar ni.:-) Kalau pergi kedai bunga dengan mak, suara pun boleh bertukar menjadi "Suara Sizuka".Terlebih teruja la maknanya.hehe..

Akhirnya selepas mencuba saki baki riben hijau yang ada dan Tutorial terbaik di sini.Versi Bahasa Inggeris. dan pergi ke pasar malam untuk tengok balik cara lipatannya (tempat jual kerongsang riben ros) , akhirnya jadilah begini, puas hati hehe selepas subuh hari..:-)


Riben Ros
Pada mulanya nak tampal pada kaki jubah, tapi tak cukup la pula, maka saya jadikan kerongsang. Yang kat bawah ni, tambah  mutiara sedikit untuk penaik seri. Sesuai juga untuk dijadikan rozek untuk majlis-majlis kan.?

Ha yang ros hijau tu favourite saya, yang pertama menjadi.Kira ada sentimental value juga :-)


Ada mutiara pula

Lebih menggembirakan, kawan-kawan pejabat saya semua sukakannya.Terima kasih juga buat emak, suami yang mengomen mana yang patut saya baiki tentang keutuhannya dan"kembangnya". Hehe.

Tapi kesimpulannya memang kena ikut "sense" dan banyak salah untuk pertama kali kerana ros pertama saya  kuncup dan tak sekembang yang ini ...:-P


Wednesday, April 18, 2012

Tak Suka, Tapi Maafkan Ye...

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber gambar

Wee...dah lama tak jenguk ke sini...Selalu tetapkan syarat, habiskan kerja dahulu, baru "update blog"..huhu..Tapi kerja memang tak pernah habis kan?  Hipokrit betul. Tahu-tahu sudah masuk ke penghujung April.Wah Sekejapnya.Trimester kedua saya pun hampir berakhir...Dup dap dup dap..Tambah-tambah dengan kekerapan tendangan si kecik ni..:Alhamdulilah..:-)

Ha, pernah tak ada perasaan yang  tak suka sangat pada seseorang.Saya juga bukan sempurna orangnya, kadang-kadang memang ada rasa begitu.Kalau dibiarkan perasaan tu, memang menjeruk hati kan..? Apatah lagi ada sahabat yang tikam belakang kita, buat cerita yang bukan-bukan.

Maka, ketika itu, beristighfarlah banyak-banyak sehingga hati kita rasa tenang kembali, dan berdoalah bahawa, "Ya Alllah, tunjukkanlah kebaikannya kepadaku walaupun sedikit bagi menghapuskan perasaan benci itu kerana aku tidak mahu hati ini dikotori dengan segala perasaan benci dan segala sifat mazmumah yang akan ada selepas ini.Semoga dengan kebaikannya, dengan senyuman yang ikhlas akan melembutkan hatiku dlam memafkan dirinya..Ameen...!".(Saya selalu buat begini kalau perasan saya tengah berkecamuk..huhu)

Insha Allah, yakin dengan Allah swt 100%,  akan ada jawapan dariNya..
Semoga persahabatan yang ada tetap terus utuh kerana kasih sayangNya..

Nota: Kuatkan semangat wahai sahabat.Hidup ini satu perjuangan.


Wordless Wednesday :Segar Tapi Kelabu...

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber . Di Sinun..:-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...