4/19/12

DIY : Sweet Rose Ribbon

BY humble.yat IN 8 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
 
Credit: click here
Merahnya si bunga ros, buat saya geram je memanjang.Comel bila dijadikan daripada kain fabrik, riben.Sanggup saya menatap lama-lama kat kedai menjual kerongsang  di sebuah pusat membeli belah dan memerhati bagaimana ianya menjadi bunga ros dari material yang tertentu.


credit :click here
Yang ni gambar hiasan je.Saje nak tepek, sebab comel sangat.Macam ada idea bila tengok gambar ni.:-) Kalau pergi kedai bunga dengan mak, suara pun boleh bertukar menjadi "Suara Sizuka".Terlebih teruja la maknanya.hehe..

Akhirnya selepas mencuba saki baki riben hijau yang ada dan Tutorial terbaik di sini.Versi Bahasa Inggeris. dan pergi ke pasar malam untuk tengok balik cara lipatannya (tempat jual kerongsang riben ros) , akhirnya jadilah begini, puas hati hehe selepas subuh hari..:-)


Riben Ros
Pada mulanya nak tampal pada kaki jubah, tapi tak cukup la pula, maka saya jadikan kerongsang. Yang kat bawah ni, tambah  mutiara sedikit untuk penaik seri. Sesuai juga untuk dijadikan rozek untuk majlis-majlis kan.?

Ha yang ros hijau tu favourite saya, yang pertama menjadi.Kira ada sentimental value juga :-)


Ada mutiara pula

Lebih menggembirakan, kawan-kawan pejabat saya semua sukakannya.Terima kasih juga buat emak, suami yang mengomen mana yang patut saya baiki tentang keutuhannya dan"kembangnya". Hehe.

Tapi kesimpulannya memang kena ikut "sense" dan banyak salah untuk pertama kali kerana ros pertama saya  kuncup dan tak sekembang yang ini ...:-P


8 inspirasi naluri :-):

All about a journal said...

wah...kreatif rupanya...bolehla kirim ke seri kembangan na...^__^

ieza ashaari said...

kreatif la mommy nie.. :)



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

DariMataHati said...

cantik...:)

humble.yat said...

@allaboutjournal

hehe boleh nanti sy bagi yerk...oo kat sri kembangan..knp la sy selalu bygkan akak kat nun utara yerk..huhu

humble.yat said...

@izfanora
ish..takdelah kreatif mana pun..cuma geram nak mencuba je :-)

nasib baik menjadi walaupun byk yg tak jd pd mulanya :-P

humble.yat said...

@Darimatahati

wah terima ksih..nanti singgah lagi yek kat sini..:-)

suri said...

hum cantik sy suka sy nj try buat pastu letk kt kasut heeee

thnks hum :)

humble.yat said...

suri:
hehe suri buat mesti lagi cantik..sy dah lama tak buat diy n..memang favourite diy ni kan?