Thursday, May 24, 2012

Another Satin Rose Ribbon

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Another project by me! Rose Ribbon Brooch Edition..:-) Sebelum ini, saya ada buat tetapi untuk suka-suka sahaja.rujuk entri ini.

Tak sangka akan dpat tempahan sebanyak ini, selepas zauji promotekan rose ribbon ini sebagai cenderahati dan jualan karnival.Maka berhempas pulas kami (saya, zauji dan adik ipar) selama dua hari menghabiskan projek kali ini. Harga tertakluk atas material yang digunakan..:-)
Special and Limited Edition upon request:-)
 
Yang di atas ini sebagai special souvenier sempena Hari Guru baru-baru ini, untuk anak saudara.

My favour is blue..:-)

Yang ini pula, untuk jualan karnival.Pakai padan suai aje warna yang ada.hehe.

Colourful tak?

Ok.kalu ada yang berminat boleh la order kot hehe.just email me, humblehayati@gmail.com/nus_haa@yahoo.com untuk maklumat lanjut
Harga tertakluk kepada material yang digunakan.

Ok lah, guruh pun dah berbunyi, jadi kena tamatkan entri untuk hari ini sesegera mungkin.
Semoga jumpa lagi.:-)



Thursday, May 17, 2012

Number One For Me

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

 You Are Number One For Me!

Satu-satunya gambar mak dan mak..hehe..teka jangan tak teka..
Dan tahun ini saya dah ada dua ibu, mak dan mak mertua.Lagu ini ditujukan untuk mereka berdua kerana berjaya membesarkan anak-anak dengan cemerlang.Insha Allah.Semoga kami suami isteri, adik-adik dapat terus berbakti kepada mereka berdua selagi hayat masih dikandung badan walaupun pelbagai cabaran yang menduga.Bukan senang nak jaga hati mak-mak ni tau.Yang penting sifat ikhlas kita terhadap mereka.

Hadiah untuk emak dan ibu mertua, adalah sama, nanti saya kongsikan k.:-) Hadiah tak semestinya pada hari ibu kan?Bila-bila pun boleh kan..yang penting menghargai kasih sayang mereka..:-)

Ok jom dengar lagu dulu  k..



I was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me

Maher Zain – Number One For Me

"Ya Allah, kuatkanlah hati kami untuk terus berjasa kepada ibu bapa kami dan ampunlah dosa-dosa kami dan kedua bu bapa kami .Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil lagi.."


Wednesday, May 16, 2012

A Story of Three Plus One of Practising Law...

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, rupanya sudah hampir empat tahun saya berjuang di bidang perundangan, sebagai Peguambela & Peguamcara.Walaupun hampir empat tahun, setiap hari saya masih belajar perkara yang baru.Dan yang paling mengembirakan, saya mendapat target saya menjadi Peguam Syarie Pahang, (secara part-time) kerana bidang saya masih major di bidang hartanah dan korporat.

Tetapi yang pasti saya takkan berani untuk melupakan perjuangan utama saya dalam bidang syariah, buat masa sekarang, saya banyak mencuri masa untuk mempelajari lebih details tentang prosedur.Yes, hukum asas sudah ada dalam pegangan, tapi bila melibatkan prosedur perlu banyak praktikal lagi.

Tentang liku-liku dan suka duka kerja saya..klik di sini..:-)

Bagaimana saya boleh terlibat dalam bidang ini?
Bermula dari Tingkatan 3, seorang guru Bahasa Inggeris yang pernah menjadi pengamal perundangan menjadi inspirasi saya.Gayanya lembut tetapi tegas dan penuh hujahan.Cikgu Norhaslina namanya.

Doa seorang guru ketika Tingkatan 3 juga tidak dapat saya lupakan, Ustaz Fathi.Ketika itu saya tasmik surah hafazan di depannya.entah kenapa , dia bertanya tentang cita-cita saya, dan saya menjawab, mahu jadi peguam.Kemudian dia kata "Oh mahu jadi macam Karpal Singh, yea..?"..Masa tu saya tak kenal pun siapa dia..ngee...Yang paling mengejutkan saya, ustaz tadi mendoakan saya berjaya mencapai cita-cita saya, walaupun saya tahu saya tak layak menjadi peguam pun.Dahlah saya kenit, pendiam pulak tu..dan bukannya jenis yang cerdik, markah pun ok2 je..:-P

Cita-cita tercapai
Jurusan Undang-undang di UIAM merupakan pilihan terakhir saya sekadar hanya melengkapkan borang UPU.Saya tahu kelayakan saya hanya cukup-cukup dan saya berserah kepadaNya.Terpulang pada rezeki saya.

Tak sangka, Allah telah menentukan bidang perundangan buat saya.Alhamdulilah!Ramai kawan-kawan, saudara-saudara terkejut dengan pilihan saya, kerana katanya saya hanya boleh jadi ustazah..:-)

Apa salahnya kalau jadi "ustazah lawyer" kan?hehe...

Three Plus One
Three Plus One, bermaksud sudah tiga tahun saya mendapat Lesen Peguam Sivil, dan setahun mendapat Lesen Peguam Sharie Pahang.

Ketika menjadi sukarelawan di Kg Gumum Tasik Chini bersama Peguam Pahang

Berlalu pantas rupanya waktu, tapi emak saya kata empat tahun praktis masih belum cukup pengalaman, maka kumpullah lima tahun pengalaman, baru ada ummph dan ada seniority..dan bertukar arah angin.

Bertukar angin?
Hehe..ramai yang bertukar angin ke arah bidang pendidikan dan perniagaan.Malah ada kawan saya sudah mula membuka firma guaman sendiri, membuka perniagaan sendiri.Ada yang beralih angin berikutan stress dan sebagainya.Stress memang ada bila berhadapan kes yang rumit dan klien yang cerewet,:-P..Masa tu rasa nak balik kampung tanam kacang je..Termimpi-mimpi..Mengigau..Yang penting pada waktu ini cuba berfikiran terbuka dan betulkan niat balik..

Baru balik dari court, celebrate hari jadi staff pulak di ofis:-)
Bekerja di bidang ini memang banyak memerlukan pengetahuan.Dengan pengetahuan akan ada keyakinan diri untuk berkomunikasi.Maksudnya, kena selalu peka dengan isu sekeliling.Sebab kita tak dapat nak menjangka   ada masalah-masalah yang kita tak pernah dengar pun ataupun masalah itu diceritakan dengan cara yang membuatkan kita keliru.Juga harus pandai membezakan fakta dan emosional.

Bersama kakak senior pejabat di Majlis Makan Malam DPMM, Hotel Zenith Kuantan
Pengalaman dan pandangan rakan sepejabat juga penting dalam berkongsi dan menghuraikan serabut di kepala...hehe

Seronok Tak Kerja

Yang penting enjoy!dan lakukan yang terbaik walau ada masalah teruk sekalipun (ngeri tak dengar?)..Bergantung kepada jiwa masing-masing, bidang perundangan ini luas, pilihlah mana yang terbaik.Kalau suka berhujah, teruskan bahagian litigasi.Begitu juga sebaliknya..

Alhamdulilah, agak-agak berapa lama hati saya jadi kuat dan teguh untuk berjuang dalam bidang perundangan ini yerk.Doakan saya k.Wanita selalunya tertewas untuk bertahan lama dalam bidang seperti ini kerana perlukan komitmen dan perlukan pengurusan masa yang terbaik..

Nota Naluri: 
Yang pendiam tidak bermakna dia tidak pandai berhujah, tetapi hujahan itu perlu bertempat dan tidak melulu..:-)


Monday, May 14, 2012

Jumpa Blogger : Kehidupan Sementara.

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Ada satu ketika, saya asyik mengintai inbox emel, menanti-nanti jawapan seseorang.Menjeling "chatbox" blog sendiri, dan masih menanti jawapan yang saya tunggu.Juga ternanti-nanti jika seseorang itu memberi mesej yang penuh makna buat saya. Wah! Sindrom apakah ini..hehe :-P

Isy jangan sangka yang bukan-bukan tau, sebenarnya saya menanti masa dan ketika untuk berjumpa blogger , Kehidupan Sementara, saya panggil dia akak cun..:-) (Jangan marah ye kak hehe..)

5 April 2012, di tengahari yang terik,menjadi titik pertemuan kami.Sampai mata kami menjadi sepet-sepet menahan teriknya.Tapi memang tersengih la masing-masing.Seolah macam lama tak berjumpa, padahal baru kali pertama berjumpa.:-) Sebelum tu, sempat lagi akak cun ni kenakan saya melalui panggilan telefon tentang tawaran kerja di Putrajaya..huhu..

Seronok rupanya berjumpa rakan maya ni, apatah lagi sering bertukar pendapat tentang kehidupan, cabaran yang ada.Ada rasa motivasi dalam diri..Terima kasih banyak-banyak ye kak..:-)

Gambar?hehe biar menjadi tatapan saya aje..sebab sepet matanya menahan panas hehe..

Semoga pertemuan kami akan sentiasa diberkatiNya ameen!


Friday, May 11, 2012

Fitrah Bila Diuji

Bismillahirahmanirahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hidup kita ini harus diuji.Tidak semestinya sentiasa dikelilingi dengan berita gembira semata-mata.Kerana adakalanya gembira itu akan ditenggelami dengan ujian yang ada.

Jadi. ketika ini fitrah insan itu bermula, mencari satu cahaya, mencari satu jalan yang terang.Menjaga hubungan dengan Maha Pencipta, Allah s.w.t.Mula berkira-berkira sekiranya ada "lost contact" di situ. 24 jam tidak pernah lupa untuk mengingatiNya dan memohon pertolonganNya.

Juga mencari kesilapan yang ada ketika mana berhubungan sesama insan.Mula merenung diri, memohon  kemaafan dan sebagainya.

Tahukah kita, bahawa dalam menyelesaikan urusan seharian menjaga hubungan dengan Allah swt dan sesama insan adalah penting dan akan mempengaruhi keberkatan dalam kehidupan kita.

Contohnya, kadang-kadang kita fikir kita sudah cuba yang terbaik dalam sesuatu perkara, tetapi misi kita hampir gagal.Dan di situlah kita harus lihat diri kita sama ada "lost contact" ataupun tidak.

Sebab itu, dalam amalan seharian kita sama ada berbentuk keduniaan, janganlah melupakan pada Yang Maha Esa.Biarkan hati kita sentiasa mengingatiNya walaupun tangan dan akal kita bekerja untuk dunia.

"Ya Allah, izinkan aku mencintaiMu melebihi segala yang ada di dalam dunia ini, 
Izinkan aku mencintai orang yang mencintaiMu, 
Izinkan aku mencintai segala perkara yang menjuruskan aku untuk mencintaiMu."


Nota Naluri: 
Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu video seorang ibu muda memukul anak kandungnya sendiri,.Apa yang saya sedih ketika anak kecil itu kesakitan, dia masih merangkak dan menghampiri ibunya walaupun akhirnya dia ditepis oleh si ibu itu.Itukah fitrah kasih sayang anak?Allahu Akbar!Runtun hati saya melihatnya..


Tuesday, May 8, 2012

An Evening Date With Dietetion

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saya sukakan info kesihatan walaupun tak dapat nak jadi doktor.Jadi saya nak kongsikan amalan pemakanan yang sihat ketika pertemuan saya dan dietetik pada minggu yang lalu.Kali pertama tau zauji temankan ke klinik untuk pemeriksaan umi dan baby (Ish blushing dah rasanya muka ni) .Terima kasih banyak-banyak yek. Pagi dan petang pula tu sebab masih dalam minggu pantauan .Alhamdulilah semuanya ok.:-)

Siasatan Pemakanan Harian

Masuk je bilik tu, saya disiasat apakah amalan pemakanan harian saya?Pengakuan terus terang dan berani haha.Ada enam jadual makan (Pagi, Antara Pagi dan Tengahari, Tengahari, Petang, Malam dan Supper) dan tiga jenis mangkuk yang berlainan saiz.Kecil, sederhana dan besar.Dietetik tu minta saya tunjukkan sukatan mana yang saya biasa makan untuk pagi, tengahari dan malam.(hehe memang kantoi di situ)

Kesimpulannya, Ada tiga waktu makan utama yang kita tak boleh skip, iaitu, Pagi, Tengahari dan Malam.Dan makan malam seharusnya sebelum Pukul 8.00 malam untuk memudahkan proses penghadaman. Sukatan makanan juga harus yang betul, nasi dalam sukatan yang kecil, lauk daging, ikan , ayam juga dalam sukatan yang kecil, tetapi sayur-sayuran yang harus dalam sukatan yang sederhana banyak.

Tentang nasi, dietetik tu tidak menghalang nasi, cuma kurangkan sukatan.Nasi putih lebih selamat pengambilannya berbanding nasi goreng sebab ia mengandungi minyak.

Masakan Yang Betul
Penggunaan minyak masak -Baru saya tahu untuk menumis sayur, dianjurkan untuk menggunakan minyak sayur-sayuran , dan kalu untuk deep frying, baru boleh guna minyak kelapa sawit.

Masakan Lemak - Boleh makan dalam dua kali seminggu.Jangan makan tiap-tiap hari tau. tapi kalau gemarkan masakan lemak, gantikan santan dengan susu lemak rendah.


Oh ya, saya pun baru dapat tahu kandungan santan original dan santan kotak-bebas kolestrol, adalah lebih kurang.Rupanya saya juga tertipu dengan label santan kotak "free cholestrol".



Susu Kotak- Digalakkan ambil susu kotak yang ada tulis "lemak rendah". Jangan sesekali beli yang ada perisa macam coklat, strawberi dan sebagainya, sebab perisa tu ada kandungan gula tersembunyi.Tak bagus tau..:-)

Buah-buahan- digalakkan makan untuk menggalakkan penyerapan zat-zat makanan yang kita makan tadi, denga lebih cepat, bagus untuk penghadaman juga.Wajib ambil tau.

Isu HB Untuk Ibu Hamil

Persoalan yang biasa bagi Ibu hamil., kalau kurang darah ,kita selalu disarankan supaya makan hati ayam, kerang dan bayam atau sumber zat besi yang lain.Sebenarnya ada cara pemakanan yang betul untuk penyerapan zat besi yang lebih cepat.



Rupanya sumber zat besi ini ada dua jenis, sumber haiwan dan sayur-sayuran.Sumber haiwan lebih cepat penyerapan zatnya berbanding sumber sayur-sayuran. Tetapi sumber haiwan seperti daging, hati dan kerang mengandungi kolestrol yang tinggi dan tidak digalakkan mengambil dalam kandungan yang banyak.Kerana kesannya adalah dalam jangka panjang selepas bersalin macam kolestrol yang tinggi.

Jadi apa dietetik sarankan, makan sikit-sikit tetpai harus disudahi dengan makanan yanag ada vitamin C seperti buah-buahan supaya penyerapan zat besi tadi lebih mudah diserap ke dalam badan kita.:-)

Sebab tu doktor selalu bagi Iron Tablet dan Vitamin C kan?Jadi jangan tinggalkan Vitamin C yek.

Tetapi penyerapan zat besi ini akan terhalang dengan minuman kafein dan bersusu.Jadi doktor lebih sarankan supaya minum susu sebelum tidur atau awal- awal pagi atau jarakkan 2-3 jam untuk penyerapan zat besi terlebih dahulu.

Ok itu je yang saya ingat buat masa sekarang untuk dikongsikan bersama kawan-kawan semua. Kalau ada pandangan dan ada kesilapan , sila kongsikan ye.:-)

Wallahualam.

Nota: Ada kawan request makaroni bakar.:-) Ada masa nanti sya share kan yerk.:-)


Friday, May 4, 2012

All About Touching....Isk Isk...

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Minggu yang amat-amat menyentuh hati, menghantar ibunda tercinta ke Kelantan atas urusan menemani adik ke sesi temuduga USM-dietitik.Bukannya sehari tau tapi hampir seminggu..Huhu.

Pada ketika itu, barulah terasa rumah itu sunyi tanpa leterannya. Hari yang cerah pun boleh terasa hujannya.Hehe.

Begitulah kehidupan jika telalu bergantung kepada insan.Bila hilang dari pandangan sedikit pun dah mula rasa sedih kan.Seharusnya kita yang sudah besar panjang ini sudah pandai berdikari, melangkah jauh untuk meneruskan kehidupan.Banyak misi dan visinya lagi yang masih belum sempurna.

Letak gambar mak, sebab rindu sangat :-)


Maka rutin harian saya pun berubah, sementalah tinggal tiga beradik di rumah, sediakan sarapan pagi sebaik selepas Subuh (biasa sempat mandi dulu, baru tolong mak hehe),  bagi makan kura-kura kecik dan ikan mak, bersihkan bilik air dan tandas ketika mandi, bagi wangi-wangi sikit.Update stok dapur, kena fikir menu masak sesorang, membasuh pakaian, jemur baju.(Alamak baju tak sempat lipat lagi!).Malam ambil adik dari tempat kerja, (boleh je nak suruh adik perempuan pergi ambil, tapi tinggal sesorang kat rumah, tetiba blackout ke, kan dah panik kat situ hehe) Sudah padat jadual harian di situ kan?.

Sekarang ni tengah fikir, bila pulak nak arrange masa pergi pasar basah ni, Sabtu ni semua bekerja dan ada hal pula, takkan nak gi sesorang?Huhu..Pengurusan masa yang panik!

Nota: 
Semalam dapat "call" dari ibunda tercinta, dia ada belikan hadiah untuk baby - "bedding set". Terharu lagi.Kita jumpa hari hujung minggu nanti ye mak...


Thursday, May 3, 2012

Memburu Husnul Khatimah

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt.

Idea untuk menulis entri memang mencurah.Cuma nak aturkan ayat dan subjek perlukan masa sedikit.Wah!masa memang mencemburui kita.Jadi saya harus mula yang mana satu yek?Isu kesihatan?Sosial?Syariah?Atau tentang kehidupan kita..




Ok.Ok..saya cuma mahu kongsikan satu perkara dulu...



Saya cemburu mendengar ada sahabat2 yg meninggal dlm perjalanan pergi ceramah, ada yg meninggal balik dari kuliah, ada yg meninggal sedang bermusyarat untuk jamaah, terbaru sahabat saya Baba Tahir meninggal dlm Masjid Pondok beliau jam 3 mlm ketika Tahajjud..bila mengenang itu semua,mahu rasanya seluruh jadual hidup ini dipadatkan.   Agar ketika saat ajal itu dtg bukan waktu sedang berihat...Bukan senang memburu kematian yg baik.

Share status ye Pak Su...hehe

Apa yang saya faham di sini, pastikan waktu kita itu tidak sia-sia, sentiasa bermanfaat, sentiasa bersedia untuk ke "sana"..Ada juga sahabt yang mengingati saya, alangkah bagusnya sambil berbual pun, hati kita ini merintih rindu dan melantunkan alunan zikir di dalam hati.Bibir berbicara mengenai dunia, tetapi hati tak pernah lupa pada Yang Maha Esa..

Wallahualam..


Wednesday, May 2, 2012

Wordless Wednesday

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
 

Sumber: sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...