Wednesday, February 29, 2012

:: Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

 -Take A Rest in Homestay Kg Lonek-

Friday, February 24, 2012

Asam Garam Hidup

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Asam garam hidup.
Adakalanya kuat seperti akar tunjang yang berpaksi teguh di bumi.
Ada ketikanya lalai dan hanyut dilambung ombak. 

Kala hanyut itu, hanya iman yang dapat menyelamatkan kita.
Pegangan kita kepada Nya.
Tiada yang lain yang lebih dari itu.

Asam garam hidup
Bercita-cita tinggi.
Tinggi menongkah langit.
Namun ada ketikanya , cita cita itu memerlukan pengorbanan.

Asam garam hidup
 Jangan putus asa selagi nadi masih berdenyut.
Jangan putus harapan walau ia tipis sekalipun.
Jangan putus doa selagi masih berdaya.
Jangan putus ikhtiar selagi kudrat masih ada.

Setiap perjalanan hidup ini sudah diatur indah oleh Allah
Kegembiraan, kebahagian, kesusahan yang mematangkan kita
Untuk lebih optimis dalam hidup.

Segala kepahitan dan kesusahan itu hanya sementara.
Hanya menduga.
Sejauhmana kesabaran kita.
Sejauhmana tawakal kita kepadaNya.

Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah.
 
From my desk- 3.58 PM, 24/2/12

Tip Elak Mengantuk Di Pejabat

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Tip elak mengantuk di pejabat.
  1. Hampiri kawasan bercahaya -setuju sangat, saya suka buat kerja dalam kawasan yang terang.:-)
  2. Pandang pepohon yang hijau - Kena ada pasu bunga dalam bilik agaknya.
  3. Basuh muka
  4. Wangian aromaterapi -Oh, wangian terapi saya dah habis, kena beli yang baru ni.
  5. Dengar muzik - Yang ini selalu..:-)Tapi kadang-kadang saya nak buat kerja senyap macam dalam library, habit baru sekarang..
  6.  Lakukan senaman ringan- berjalan-jalan cari makanan ada kot ;-)
Saya nak tambah sedikit, kalau saya mengantuk, suka tengok dan baca blog, tapi pastikan kita tak lalai dengan tugasan yang ada .Kalau makan tengahari, saya makan sedikit sahaja, elakkan mengantuk bekerja di waktu petang. Minum air masak banyak-banyak untuk memastikan oksigen mencukupi di otak untuk melakukan tugasan yang seterusnya.

Rupanya, ada sumber yang mengatakan, mengantuk selepas makan adalah normal kerana darah akan mula berkumpul di perut bagi membawa nutrien makanan ke seluruh badan. Jadi darah akan berkurangan di otak.

Oo..Barulah saya tahu...:-)

 

Wednesday, February 22, 2012

Kerja Memang Tak Pernah Habis

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Akibat kerja yang menimbun-nimbun, blog ni pun tersadai.Bila sampai 5.30 petang, rasa macam nak sambung buat kerja, tetapi bila mengenangkan kata-kata suami, "Kerja memang tak pernah habis.." .

Tekad saya tutup komputer, capai kunci kereta.

Bermula pula tugasan lain, mengambil adik yang bekerja di Petrosains, cawangan Kuantan, meredah pula lebih kurang 4 trafik laluan kemuncak waktu pulang kerja. Sampai di rumah lebih kurang 6.15 petang.Akibatnya tersadai lembik di sofa depan tv.

Jika barang dapur tiada, bergegas pula kami pasar malam , mencari barang basah.emak saya ni memang cerewet memilih barang dapur, hanya yang segar menjadi pilihannya.Yang dah tak segar je ditolak ke tepi jauh-jauh.Huhu.Sampai di rumah balik dalam waktu Maghrib.Kadang-kadang sebelum Isyak saya dah tersadai kat katil.

Hmm..pernah seorang kawan saya yang ada bermalam di rumah kami, sebelum dia mendapat rumah sewa, katanya, sekarang baru dia faham kehidupan saya, penuh komitmen dan punya tanggunjgawab yang besar.Katanya lagi, hanya orang yang melihat sendiri realiti hidup saya, akan memahami gaya hidup saya, mendengar sahaja tidak cukup.

Saya juga teringin untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti itu, tapi apakan daya, tanggujngawab kepada keluarga perlu diutamakan terlebih dahulu, Syurga kan di bawah tapak kaki ibu.:-)

Ada ketikanya, saya masuk lewat ke pejabat, menyelesaikan urusan keluarga sebentar, bukannya lama pun. Tapi anakguam pula menanti-menanti di pejabat.Bukan saya sengaja, tapi saya ada tugas lain yang perlu diselesaikan, saya ni bukannya "robot" ok?. Saya hanya manusia biasa, punya keluarga, ada tanggungjawab.

Jangan kacau meja saya :-P...

Ada juga klien yang datang, sukarela untuk membersihkan meja, maksudnya, menyudahkan kerja-kerja saya, dengan selambanya saya melepas geram "Saya suka meja saya bersepah..." hehe..Fail-fail yang di atas meja itu adalah kes yang sedang berjalan, kalau diletak dalam rak, terlepas pandang nanti, kan bahaya tu, memprejudiskan anakguam.

Mengadu pula kepada kawan sepejabat, ada klien nak "membersihkan" meja saya, kata kawan saya tadi "Our job is handling documents , banyak bezanya..nak tak nak meja kita memang bersepah, kalau bersih memang pelik la.."..Sejuk sikit hati saya..dan semangat mengendalikan fail-fail di atas meja naik kembali :-)

Mengadu pula saya pada ibunda tercinta tentang kerja yang menimbun itu, katanya, "buatlah kerja sikit bila balik rumah. Cover kerja sebelum "maternity leave"...nanti susah pula pejabat nak buat kerja akak tu.."

Hmm betul juga, tapi pernah dalam dua minggu saya buat kerja pejabat di rumah pada waktu malam, ketika suami saya pulang ke rumah pada hujung minggu , dia dah berangan macam cerita "Mr. Mama.".katanya sambil bergurau, dia berkahwin dengan "Perdana Menteri".Adoi terkena saya di situ.Huhu.

Tapi tak mengapa, mungkin lepas ini saya akan cuba memaksimumkan daya kerja saya, dan selesaikan sedaya yang termampu.Insha Allah.Allah kan ada sentiasa bersama kita dalam menjalankan tugas-tugas seharian.

Jadi berusahalah dengan sesungguh-sungguhnya..:-)

"Bekerja itu satu ibadah"


:: Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 "Sesibuk mana pun kita, jangan tinggalkan Al Quran...."
:-)



Tuesday, February 21, 2012

Wahai Wanita..Senyum Sikit...

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.

Selalu tak, kalau di jalan raya, tetiba nampak kereta yang dipandu oleh perempuan, lelaki seringkali mengeluh, "Oh patutlah, perempuan..."

Bagi saya, bernasib baik menjadi perempuan, kalau ada kesalahan yang begitu, sentiasa akan dikecualikan..dan dimaafkan begitu sahaja betul tak..?

Ok saja je nak kongsikan gambar di bawah ini, untuk saya dan wanita-wanita di luar sana untuk senyum sebentar atau senyum sokmo, dan harus bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.Insha Allah.


Dan lagu khas buat insan bernama wanita, dengarkan yerk..



"Ya Allah, jadikan aku wanita yang solehah, yang baik di antara yang terbaik..."


Thursday, February 16, 2012

Kasut Auntie Ni Mahal...

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber: Klik di sini

Pagi Jumaat yang baru sahaja berlalu, di platform 2, Terminal Makmur. Saya sedang menunggu bas yang menuju ke Bahau bagi menghadiri satu urusan di sana. Kereta saya tinggalkan pada adik saya, supaya  mudah untuk dia berulang alik pergi ke tempat kerjanya.Kalau boleh saya mahu tidur sahaja dalam bas sepanjang perjalanan 3 jam tersebut.hehe.

Tapi di platform itu, saya disapa oleh wanita india, berpangkat makcik pada saya, bertanyakan bas yang menuju ke Bahau. Saya katakan, kami menuju ke destinasi yang sama.Tersenyum wanita itu mendengarnya.Kelihatan anak lelakinya, masih ada untuk menemani ibunya.Sejuk hati saya, melihat keadaan yang begitu.

Kami berbual-berbual sementara menunggu bas yang agak lewat tiba sedikit.Senang membahasakan dirinya sebagai "auntie".Dia berbicara mengenai pengalamannya, duduk di bilik sewa beramai-beramai dengan gadis Melayu, mengambil cuti kerja untuk berkunjung ke rumah anak perempuannya di Bahau dan pengalaman dia diragut dan ditahan di wad, berikutan kecederaannya.

Katanya dia takut juga untuk berjalan dengan barang kemas. Sambil bergurau, saya berkata, "Auntie pakailah tudung macam saya, barulah peragut tu tak nampak barang kemas auntie..". dan kami sama-sama ketawa.

Tiba-tiba dia menyentuh tentang sandalnya, berwarna hitam yang tersarung kemas di kakinya.

"Kasut auntie ni mahal.."
"Ooo.." Sambil itu saya mula meyorokkan kasut saya dari pandangannya..
"Puas auntie cari yang murah, tapi yang inliah yang paling sesuai dengan auntie.."
"Yelah auntie, kasut macam ni, kalau ada tali memang senang nak berjalan.."
"Sebab itu auntie beli kasut ni walaupun mahal"
"Berapa harganya auntie?
"RM11.00..."

Sumber : Klik sini  :-)

Saya terdiam seketika.Memandangkan kasut Dr Cardin berwarna coklat yang saya sarungkan pada pagi itu. Jumlahnya sembilan kali ganda dari sandal wanita tadi.

Hmm..agak-agak dapat tak mesej di situ?

Belajar besyukur dengan apa yang ada, belajar berjimat dan bersikap cermat, mungkin ada yang memerlukan pertolongan kita lagi.Dan jangan terlalu bercitarasa tinggi.

Saya tahu, ada golongan sentiasa mengejar barang yang berjenama, barang pasar malam sedikit tidak dipandang.Mungkin mereka mengutamakan kualiti, begitu juga saya, yang susah untuk mendapatkan saiz kaki "Cinderella". hehe.

Tetapi bagi wanita tadi, kasut RM 11.00 mempunyai nilai yang tinggi baginya.

Saya terdiam di situ.

Akhirnya bas yang kami tunggu sampai, saya sempat lihat tiket wanita tadi, tempat duduk kami berjauhan.

Sambung wanita tadi, "Nanti kita duduk sebelah-sebelah ye dalam bas, seronok borak dengan awak.."
" Baik auntie, kalau tempat duduk sebelah auntie kosong, saya duduk ye..Jangan risau.."

Nota : 
Al fatihah buat ayah kepada sahabat baik saya Mahirah yang telah kembali ke rahmatullah sdan anak kembar  rakan sekerja saya setelah ditahan di wad ICU. (Klik di sini untuk entri berkaitan ) .

Hati masih rasa sayu, tetapi perjuangan hidup perlu diteruskan.



Friday, February 3, 2012

Emergency :Mohon Doa Rakan-Rakan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber:Google

Saya memohon doa rakan-rakan buat ;
Rakan pejabat saya, Kak Ita, yang telah ditahan di Wad ICUdi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan atas jangkitan virus dalam paru-parunya sejak petang semalam, sedang mengandungkan anak kembar dalam 5 bulan lebih.Insha Allah, tengahari ini, saya akan menziarahinya bersama-sama rakan pejabat.

Ayah sahabat baik saya , Mahirah, dimasukkan ICU di Pontian, Johor,angin ahmar sampai separuh otak belah kiri.Doktor tak berani menjanjikan apa-apa dan keadaannya tak berapa baik sehingga hari ini.

Dan akhir sekali, sepupu saya, Baihaqie, yang disyaki demam denggi.

Semoga keadaan mereka bertambah baik.Ameen!

Nota : Minggu lepas, seorang lagi sepupu saya (masih kecil) ditahan di ICU akibat lelah.Alhamdulilah, sudah keluar wad.

Wednesday, February 1, 2012

Aduhai Anak

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Saya teringat, dalam beberapa hari sebelum arwah abah meninggalkan kami, saya nampak dia berulang alik ke tandas, maka saya meluahkan rasa simpati saya kepada ibunda tercinta.Katanya, " Berjasalah selagi abah masih ada...".

Maka dari saat itu saya tekad untuk jaga pemakanannya, walaupun emak yang masak, saya cuma kata  "Abah, jangan makan yang itu..makan yang ini aje.".Dan ianya dibalas dengan senyuman abah, "Sayang jugak kakak kat abah ye.." Pada waktu arwah abah ada batuk-batuk ada demam-demam sahaja, dan "kakak" itu adalah panggilan keluarga untuk saya,

Saya pula hanya mampu tersenyum dan menahan sebak.T.T

Kalau ada sesiapa yang perasan "quotes" di profil saya "Mahu Berjasa Selagi Ada Nadi".Ilhamnya adalah dari kisah di atas.Jadi...

Sejauh mana bakti kepada ibu dan ayah kita sepanjang umur kita yang masih ada?
Sebanyak mana kasih yang dicurah oleh kita kepada ibu dan ayah tercinta?
Sejauh mana kita menjaga nama baik ibu dan ayah kita?
Adakah kasih anak itu melalui kiriman wang secara banyak?
Panggilan telefon setiap hari?Menjenguknya di kampung?
Atau dari keikhlasan hati kita?

Tentu jawapannya keikhlasan hati kan?Dari hati yang ikhlas, barulah datang semua perbuatan, seperti berhubung dengan ibu dan ayah melalui telefon, dan video  call. Zaman sekarang kan dah canggih manggih.Alhamdulilah.Jadi gunakan teknologi dengan sebaik-baiknya dan seada-adanya.Mengunjungi di kampung dan membantu dan meringankan tugas-tugas mereka.


Ketika saya di matrikulasi, kami sering diingatkan oleh Fellow. Wajib telefon ibu ayah di kampung dua kali seminggu, atau paling kurang sekali seminggu jika sibuk sekalipun.Masa itu hanya telefon awam sahajalah yang ada.Duit syiling yang banyak-banyak dalam satu beg kecil dihabiskan semata-mata untuk berborak dan melepaskan rindu.

Nah, zaman sekarang kan sudah ada pelbagai telefon canggih manggih ,tak perlu lagi nak kumpul duit syiling banyak-banyak kan?kan lagi senang?Cuma tanya hati kita sama ada ikhlas atau tidak aje kan?:-) Hendak seribu daya , tak nak seribu dalih.hehe.

 

Ok.Saya tergerak hati nak kongsikan video Ceramah Ustaz Don. Anak Asset Ke Neraka Atau Syurga.Yang menarik hati saya, hanya anak-anak yang mampu menjaga aib dan maruah keluarga dan dari amalan-amalan anak-anak yang soleh akan membantu ibu bapa mereka di akhirat kelak.Adakah kita sebagai anak sudah punya amalan yang soleh untuk bekalan mereka?Adakah kita cukup baik dalam menajga maruah mereka sama ada dari segi perbuatan dan sebagainya.

Banyak lagi point-point yang penting, yang seorang anak itu perlu tahu bagaiaman hendak menguruskan jenazah ibu dan ayah mereka, tahu membacakan tahlil dan talkin, dan macam-macam lagi.Jangan lupa hayati ceramah itu tau, apa-apa yang baik kita kongsikan sama-sama.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...