Wednesday, December 15, 2010

Kelayakan Peguam Syarie

Assalamualaikum wbt.


Lagi dua hari, saya bakal ditemuduga sebagai Peguam Syarie Pahang .Lulus atau tidak terpulang kepada usaha dan rezeki yang ditentukan oleh Allah s.w.t, tapi apa yang saya harapkan supaya lebih ramai golongan muda memasuki dan menyahut profesion ini sebagai satu keperluan masyarakat dan bukanlah hanya memandang kepada status profession dan minat. Ini kerana, kekurangan golongan peguam syariah mempengaruhi lambakan kes-kes keluarga Islam yang makin meruncing. Lihat sahaja masalah sosial, penceraian yang sentiasa berlaku setiap hari.Amat membimbangkan hati saya. Malah mungkin hati sahabat-sahabat semua.

Saya juga melihat perjalanan sejarah dan biografi tokoh-tokoh Islam terdahulu, mereka bukan sekadar bijak dalam sains, matematik dan dunia perubatan, malah asas pengetahuan mereka adalah syariah.Hebat dan mantapnya mereka dalam dunia ilmu masing-masing.

Jom kita tengok kelayakan-kelayakannya (Hanya untuk Negeri Pahang sahaja ya).Setiap negeri kelayakannya adalah berlainan ya.Terpulang kepada pentadbiran mereka.

Kelayakan Peguam Syarie. 
Sumber: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Seseorang yang memohon untuk menjadi Peguam Syariah hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut-
  • Beragama Islam dan telah lulus peperiksaan akhir yang membawa kepada ijazah sarjana muda Syariah  daripada Universiti AI-Azhar atau mana-mana institusi pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri; 
  • atau  adalah seorang peguambela atau peguamcara beragama Islam yang didaftaraikan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166]; 
  • atau telah berkhidmat sebagai Kadi dengan mana-mana Kerajaan Negeri di dalam Malaysia selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun;
  • telah mencapai umur dua puluh satu tahun;
  • berkelakuan baik dan
  • tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apaapa kesalahan jenayah;
  • tidak pernah dihukum menjadi bankrap;
  • warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; dan
  • sebagai peguambela dan peguamcara, telah lulus peperiksaan Sijil Peguam Syariah.
Nota: Doakan saya supaya dipermudahkan urusan, diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua cabaran. Gagal sekali tak bermakna kita gagal untuk selama-lamanya dan Allah s.w.t sentiasa bersama-sama kita:-)

13 comments:

nur.sa said...

good luck yati. :)
moga apa yang dicitakan tu berjaya. ameen.

nenek moden said...

Amin..Insyaallah Berjaya!!

basirah ghalib said...

owg byk mulut bley jd lawyer x

fayafaya bintun kamil said...

maan najah ukhti.. :)

humbleyat said...

nur.sa:
terima kasih nur.sa .Insya Allah;-)

nenek moden:
ameen..harap tak blank di situ he2..

basirah ghalib:
boleh je..meh cuba he2..

fayafaya bintun kamil:
syukran jazilan ukhti:-)

ztie said...

tahniah! semoga berjaya!

nabilah_2908 said...

wah...peguam...

good luck yer...!! :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SERIBU KALI CINTA

humbleyat said...

ztie:
terima ksih ztie:-) chayok2..

nabilah_2908:
terima kasih jugak;-)

suri said...

Salam kawan..
semoha berjaya :) Amin

ada anak mau gak surh dia bljar pandai2 mana tahu salah sorg dri mrka mau jadi peguam kelak heee

Hisyam Muhibah said...

Semoga berjaya dan bertambah seorang lagi pejuang institusi kehakiman syariah di negeri Pahang.


entri terbaru : Rukun Taubat ke 4

humbleyat said...

amin..tetapi perjalanan sy bru bermula..doakan yg terbaik agar sy dapat membuat sumbangan..:-)

Aida Ismail said...

cikda tak tahu humbleyat (nak panggil kak yati boleh?) peguam. Itu cita cita cikda tuu. tapi itu lah. tak kesampaian. =D wish you all the best keyy. Semoga Allah sentiasa bersama dengan kak yati =)

humbleyat said...

cikda:
boleh cikda..lagi dekat di hati ;-)
Alhamdulilah k.yt dah lulus interview tu walaupun tersungkur time interview tu :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...