Tuesday, December 21, 2010

Khabar Iman Dari Al-Zalzalah

Lokasi di kelas tilawah, seorang pelajar muslimah Singapura mengalunkan bacaan surah lazim Al-Zalzalah.Bacaannya tidaklah bertaranum, cuma bacaan yang mengikut tajwid sahaja.Diikuti suara yang agak serak-serak basah.

Entah kenapa tiba-tiba hati rasa sayu mendengarkan bacaannya.telalu menusuk hati.Bacaannya yang agak mendatar, membuatkan saya sempat menghayati terjemahannya.Hampir satu kelas senyap, menahan sebak air mata.Bacaannya seperti orang yang menangis.


Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!.
8.Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar dzarrah, nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalnya)!.

Ingatkan hati saya saja yang sebak, rupanya hati ustaz yang mendengar pun terusik jua,"Mm..kamu menangiskah?" tanyanya kepada pelajar muslimah dari Singapura."Taklah ustaz, memang suara saya begini..." ujarnya sebaik sahaja menghabiskan surah tersebut.Betapa kesannya alunan suara itu dalam memberi peringatan kepada kami dan percaya atau tidak, suaranya masih segar dalam ingatan saya.

Sungguh, walaupun surah ini sentiasa di dalam bacaan saya, tidak pernah saya menghayatinya sebegitu rupa.Hendak memulakan ayat pertama itu, rasa sukar sekali tatakala melihat tafsirnya.

Dengan membayangkan bumi digegarkan sedahsyat-dahsyatnya, rasa takut itu menular di dalam hati.Itulah petanda akhir zaman.Adakah kita sudah bersedia dengan amalan kebaikan kita..?

Akhir tinta, hayati bait-bait lirik Khabar Iman dari Raihan buat peringatan kita semua.Wallahualam..


Nota :Sudahkah anda menghayati khabar iman dari Surah Al-Zalzalah?

7 comments:

iqbalsyarie said...

sering kali saya membaca terjemahan surah ini, hanya datang ialah keinsafan yang timbul tenggelam. Sedikit cuma yang masuk dalam hati. Tapi bila saya membaca artikel ini, hati saya bergetar. Seperti mampu mentafsir tulisan yang datang dari hati kamu. Iyalah... apa yang daang dari hati pasti akan turun ke hati juga.

humbleyat said...

terima ksih iqbal kerana sudi membaca..:-)

tulisan iqbal pun dr hati ke hati jugak kan?;-)

Penduga Arus said...

Iman yazid wa yanqus (Iman manusia boleh bertambah dan boleh berkurang)

Tanda2 org beriman itu ialah apabila dibaca ayat2 Allah S.W.T, hati mereka akan bergetar dan merasa keagungan-Nya.

Muhasabah!

humbleyat said...

:-)syukran pendug arus..
moga2 iman kita sentiasa bertambah:-)
amin...

SumaiyyahAbidah said...

Indahnya dan hebatnya al-Quran, kalau kita tak faham maksud pun, boleh tersentuh bila dengar bacaannya. Kan lebih baik kalau kita faham?

Keep on writing. Best baca :)

suri said...

indahnya bacaan itu tidak dapat ditandingi ayat2 lain..

Maha Kuasa Tuhan Sekalian Alam

humbleyat said...

Sumaiyyah Abidah:
klu faham tetapi tak
menghayatinya..susah jugak kan?:-)

suri:
ayat-ayat cinta untuk HambaNYA..:-)
subhanallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...