Semalam, saya telah pun dimaklumkan untuk "on-call" untuk dua kes bicara, kes pecah amanah dan saman malu bagi membantu rakan seperjuangan saya. Perasaan?Usah cakap, sambil memandu pun terketar kaki tau.Nasib baik sebelum keluar, sempat juga "attend" klien dan menyelesaikan masalah jual beli mereka.Alhamdulilah!
Inilah tempat kes-kes mahkamah tinggi dijalankan.. |
Tanpa sempat untuk menutup penghawa dingin, lampu di bilik pejabat, saya bergegas keluar ke mahkamah. (Berkemungkinan besar kami akan balik dalam 5.30petang, dan tak sempat nak balik ke pejabat sebentar, nampak tak kekalutan di situ?huk2)
Menurut sahabat saya, bukti-bukti baru yang hendak dimasukkan mendapat banyak bantahan dari pihak lawan.Agak tertekan juga mendengar suara pihak lawan plus intonasi mereka yang sengaja untuk membuli kami selaku peguam junior.
Kami menyemak kembali "evidence act", bahawa di Malaysia, sebarang bukti baru ketika perbicaraan dijalankan sepatutnya diterima dan tidak ada isu bukti tersebut diperolehi secara "illegal" untuk dijustifikasi.Lega sikit tapi masih berdebar menanti keputusan tuan hakim.
Alhamdulilah, hakim menyebelahi pihak kami dan bukti baru itu diterima dan pihak lawan harus "cross exam" bukti baru kami. Saksi yang kami ada juga sangat pandai menepis soal balas dari pihak lawan atas pengetahuan beliau mengenai pecah amanah yang berlaku.Kami sama-sama menarik nafas yang sangat panjang tanda lega. Auranya sampai terkena pada jurubahasa mahkamah dan polis pengiring .
Mereka juga teruja melihat kes bicara kami, kata mereka agak panas dan dramatik.betul ke?
Kes disambung esok bagi saksi ke-3,4,5. Macam berita pula ya. Doakan kami ya, jangan biarkan si penyeleweng itu teus melakukan perbuatannya.Asyik nak menganiaya orang ajer..
Buat renungan bersama;
Buat renungan bersama;
"Jika kamu (dalam perang Uhud) mendapat luka, sesungguhnya kaum (musyrik) itu pula mendapat luka yang serupa (dalam perang Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan dan kekalahan), Kami pergilirkan di antara sesama manusia..."
Surah Ali -'Imran:140
3 inspirasi naluri :-):
salam..
wah isu panas..tapi selagi tak selesai selagi itu ia memeningkan kpla kita..
sahabat di tag.. nak menag hosting percuma jom ke blog suri.syarat dia mudah sahaja .
trylah mana tahu tekaan tepat blh berpindah ke wordpress...
ni link dia..
http://cahayacinta.com/info/free-domain-by-broframestone-com.html
hi suri..terima kasih setia berkunjung ke sini..
ingat nak join, tapi klesuntukan masa, tak sempat pulan nak mengarang hu2..
Post a Comment