Semalam 3 Disember 2010.Hari kelahiran saya.Sedih.Gembira.Takut.Semua perasaan bercampur baur.Sedih kerana telah meninggalkan usia muda. Antara Ucapan yang menarik perhatian saya , "Selamat Hari Lahir Orang Muda.." Saya balas mesej tersebut " Terima kasih, tapi saya bukan muda lagi!, bahkan usia saya sudah melangkah satu angka!"..Saya terima mesej balas."Kenapa orang muda?terharu?"..Saya "speechless"!.Buat pertama kali saya "speechless". Perasaan saya? Takut! kerana amalan saya perlu bertambah seiring usia.
Saya membelek "free diary"."Free diary" ni merupakan catatan sejarah keluarga kami.Pada mulanya arwah ayah yang menulis.Terharu saya melihat doa-doa dan harapan darinya sejak saya dilahirkan.
Muka hadapan Free Diary Dari 1982 |
Buku ini mula dicatat dari awal akad nikah ibunda tercinta dan arwah ayah.Kemudian sejarah kelahiran saya!
Terharu saya membacanya!
Belum cukup 7 tahun, saya dah masuk sekolah!Untung juga dilahirkan hujung tahun ni. Sebab ada rakan sebaya kita yang sudah berjalan, tapi kita baru sahaja dilahirkan, tapi bila bergaul di sekolah, tidak ada beza siapa yang harus berjalan dahulu dan merangkak kemudian.Di situ keuntungan saya bermula. Alhamdulilah..
Agak sedih, Arwah ada mengalami kemalangan dengan lori, dalam usia 12 tahun, saya memasuki sekolah menengah tanpa kehadiran ayah, menaiki bas lompat-lompat ke sekolah dan mula belajar berdikari. Rupanya Arwah ayah saya mencatat sesuatu atas kesedihannya kerana tidak menghantar saya ke sekolah menengah.
Nasihat dan harapan seorang ayah di catit lagi di dalam free diary!Arwah memang suka menulis. Insha Allah, saya sedang menunaikan segala harapan dan impiannya!
Dan akhirnya diary ini ditutup dengan tulisan saya.Kenapa?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Al-Fatihah!
Nota: Setiap yang hidup pasti merasa kematian!Hidup kita ini pendek sahaja.
12 inspirasi naluri :-):
huhu..sedih je..
syafiq:
sedih ker..nama pun nostlgia kan..dalam gembira pasti ada duka..;)
eh umur bpe?? gtau ckit.. hehe.. -new follower-
Al-fatihah for your late father.
Kinda late to wish but apa ada hal, eppy besday kak! Eat well and stay fit!
:)
terharunye..
sangat menyentuh perasaan..
betapa sejarah itu terlukis di helaian kertas... buar terpadam dek kerana masa, tapi kekal mekar subur mewangi di ingatan kurniaan-Nya..
alfatihah untuk ayah awk
happy belated birthday ^^ cerita ni memang sedih..
pendekar petai:
umur?cuba tolak tambah kat diari tu, ada jwpnnya..;)
kecik:
terima kasih kecik..do eat well pun he2..
nelyleyana:
terima kasih nely coz sudi bc entri tak seberapa ini;)
izfanora:
wah..beznya kata2 izfanora..kdg catatan ini penting untuk kenang2an..:)
pencacai alim:
terima kasih pencacai..;)
dya ariza:
terima kasih dya baca entri ni:)
happy belated besday kak! ^_^
nanti sy pun nak buat buku diari mcm ni la utk anak2 dan cucu
sayunya hati mmbacanya...
Al-Fatihah buat ayahnda sahabat..
setiap yang pergi ttp akan pergi jua...kita hrus slu lampirkan doa kepada dia selalu..
terima kasih kerana sudi menghayatinyer..
Insha Allah..
Post a Comment