Saturday, March 31, 2012

Al Quran Edisi Wanita

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

 Wah comelnya Quran berwarna pink.Siapa yang suka pink dan cintakan Al Quran, bolehlah jadikan ia sebagai koleksi.Sesuai jugak untuk hadiahkan kepada kawan dan sebagai hantaran.



"Sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan, Young Khalifah kini menjual Al-Quran yang dikemaskini sesuai utk wanita. PRE-ORDER sahaja dan hanya buat masa yang sangat terhad. Penghantaran akan dibuat insyaAllah pada 20 Mac. Sesuai utk dijadikan hadiah, hantaran dan sebagainya.. Tapi yang paling penting membacanya". 

-Pesanan Young Khalifah-


Mahu menyimpan duit untuk hadiahkan Al Quran dan pen digital buat ibunda tersayang andai ada rezeki..Tunggu ye mak..


Hantaran Perkahwinan buat suami







Yang ni pula Al Quran Miracle The Reference, hantaran buat suami, order online aje, setelah membuat perbandingan di kedai buku..Sampai dalam masa sehari.Ketika Al Quran ini dipos, staf  kurier  pun agak berhati hati membawa bungkusan ini, kerana atas bungkusan itu sudah tertulis "Al-Quran".

Siapa yang berminat , boleh beli di sini,  http://www.quransyamil.com  -En Wan Saifuddin.Perkhidmatannya pun bagus.Sangat memuaskan.MAklumat lanjut pun ada di situ.

Pada mulanya mahu mencari Tafsir Per Kata, tapi entah kenapa staf di kedai buku itu mempromosikan Al Quran Miracle The Reference, katanya ketika itu, yang itu lagi bagus.:-)dan saya pun terbuka hati untuk membelinya, tetapi secara online dengan harga yang lebih murah..:-)

Tafsir Quran Per Kata yang tinggal kenangan.
"Bacalah dengan Nama Tuhanmu.."






Friday, March 30, 2012

Setia Seorang Isteri

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.


Saya suka lagu ni, dari zaman saya masih "single" sehingga sekarang.Tajuknya "Setia Seorang Isteri"..Sesuai tak untuk yang masih PJJ?Lagi syahdu kan?Hehe..Insha Allah, Masih kuat sehingga sekarang, wanita-wanita sekarang adakalanya perlu belajar berdikari juga.Zaman sekarang bukan macam dulu lagi, kedua dua harus bekerja bagi mempertingkatkan ekonomi dan menyumbangkan sedikit sebanyak budi pada keluarga dan masyarakat.Tapi saya masih "tabik spring" buat wanita yang bekerja dari rumah, ataupun sekarang lebih dikenali sebagai SOHO (Small Office Home Office) khususnya perniagaan online..:-)

Semoga saya juga akan ada satu SOHO nanti.Ameen!

Bukan Untukmu  


Pernah tak tengok Drama Bukan Untukmu di TV9? Berkisarkan tentang lafaz talak yang lebih dari 3, isu muhalil ataupun "cina buta" .Saya fikir itu satu drama yang bagus buat generasi sekarang.Ramai yang masih bermain-main tentang matlamat perkahwinan.Perkahwinan bukan sahaja menghalalkan dua ikatan hati, tetapi lebih dari itu, bermatllamatkan kasih SayangNya sehingga ke syurga.Andai ini yang sentiasa ada di dalam jiwa kita, Insha Alllah, Allah swt akan pelihara kita sebaik mungkin.Jangan terlalu ikut emosi.

Kenapa Perkahwinan Orang Dulu-Dulu Lebih Bertahan Lama?

Ramai yang mengatakan sebab perkahwinan dulu-dulu kebanyakannya direstui keluarga, adalah pilihan keluarga, jadi ia melibatkan kedua-dua suami isteri bertanggungjawab  untuk menjaga nama kelaurga masing-masing di samping memellihara perkahwinan masing-masing.

Ada juga yang kata, ketika itu isteri-isteri tidak bekerja, hanya si suami yang bekerja, Jadi penggantungan hidup si isteri tadi hanya pada si suami.Sebab itu setia itu berpanjangan.Andai tiada jodoh itu adalah suratan takdir Ilahi dan tanda ujian uuntuk hambaNya.

Berdikari

Sekarang, wanita lebih banyak berdikari.Tapi bagi saya berdikari itu perlu bertempat, jangan terlalu menguasai tanggungjawab lelaki.Apabila terjadi di mana wanita itu menguasai lelaki, di situ akan akan menjadi isu "queen control" dan sebagainya. Jadi ada perlunya si isteri membiarkan suami melakukan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin walaupun adakalanya kita boleh melakukannya sendiri.Jangan tunjuk pandai sangat yerk..:-)

Pasangan Veteran 

Sumber: klik

Ketika menemani ibunda tercinta menjalani pemeriksaan di hospital, saya cukup gemar apabial melihat si suami yang sudah berusia menemani isterinya, ada juga isteri yang menemani suami.Melangkah perlahan-lahan sehingga mereka sampai tempat yang dituju.

Ada juga ketika saya "outstation" dan berhenti di lampu trafik, saya nampak si isteri veteran ini memandu membawa suaminyaPemandangan yang cukup indah bagi saya.Mungkin itulah yang dikatakan setia seorang isteri.

Panjang pula saya mencoret yerk, jika ada perkongsian, kongsikan bersama saya ye..:-)

 
"Saat Allah menemukanmu dalam hidupku
Maka saat itu Dia mahu kau dan aku bersatu
Memikul amanah dan ikatan yang mulia ini
Bukan sahaja untuk kehidupan hari ini
Tetapi sampai alam akhirat yang pasti"



Thursday, March 29, 2012

Antara Dua

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sumber : klik 

Kita seringkali berdepan antara dua pilihan.Sebagai Muslim, berdoa dan beristikharah adalah cara yang terbaik dalam membuat pilihan.Ia bukannya bermaksud setelah kita membuat pilihan yang terbaik , ianya sudah memadai untuk ita teruskan kehidupan.Tetapi sikap redha dan tawakal yang kita serahkan kepada Allah s.w.t.Sejauh mana, kita letakkan perjalanan hidup kita kepadaNya.Segala yang terindah semua datang darinya.

Allah Sayangkan Kita!

Adakalanya kita juga mungkin ada rasa kesal di hati, dan sikap sabar kita dikikis sedikit demi sedikit dengan ujian yang ada.Tetapi kita perlu ingat, ujian yang ada itu adalah dugaan untuk kita.Ianya tentang sejauh mana sikap kesabaran kita.Adakah ianya satu kepura-puraan atau tidak?

Sumber: klik

Kesabaran Kita Diuji

Hmm.Perasan tak, tatkala kita memegang stereng dan meredah kesesakan jalan raya, waima sebaik mana pun kita, ada juga sikap melenting kita di jalan raya, memarahi pengguna jalan yang lain.Haa..Kadang-kadang kita juga agak terkejut dengan sikap marah sahabat kita , yang mana personalitinya dikagumi.Masha Allah, rupanya sikap sabar itu duji dalam keadaan sebegitu.

Bak kata bonda saya, Allah  sayangkan hambaNYA, Dia bagi dua pilihan sebagai bukti kasihNya kepada kita.Nah, terpulang kepada kita untuk membuat pilihan yang baik.Segalanya terpulang pada iman kita.

Tepuk dada , tanyalah iman..:-)

Wallahualam.

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah!"


Nota: Alhamdulilah, kerja-kerja sekarang sudah mulai surut..:-)


"Purple" Merajuk Ke?

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Purple

Aduh, rindu betul pada Mp3 Purple saya, ke mana dia menghilang, rasanya macam kat celah buku kat almari.Tapi tak jumpa-jumpa jugak.Tak pe,minggu  ini, saya nak buat operasi barang hilang a.k.a "Missing in Action". Dah bertahun MP3 tu, sejak dari zaman belajar lagi. Habis belajar , letak MP3 tu kat kereta pula.Teman saya di kala sunyi sambil menikmati pemandangan di jalan raya, melayan kesesakan.Sambil jemur kain , cuci kereta mesti saya bawa sekali , sambil nak hilangkan bosan.:-)

Duhai "Purple", munculkanlah diri kamu, banyak manfaatnya tu.

Saya pernah ajar arwah Tok Mek saya guna MP3 ni untuk dengar bacaan Al Quran sepanjang perjalanan kami.So sweet . Dengan penuh usaha dia menekan butang-butang yang ada, membetulkan earphone di telinganya Arwah Tok Mek memang suka barang-barang moden macam ni, Nak-nak cucu dia yang "introduce"  hehe...



Ha yang kaler oren tu, MP3 adik bongsu saya, dari Sony Walkman,saya hadiahkan ketika dia mendapat keputusan yang cemerlang di dlam PMR dia.Dah lama dah. hehe. Alhamdulilah rezeki dia.Masih elok sampai sekarang tau. Sebelum tidur mesti dia pasang kat speaker dengar lagu-lagu yang tenang-tenang di situ.





MP3 yang warna emas, tu pulak hadiah saya untuk adik kedua bongsu, sempena kejayaan dia jugak, baru-baru ni baru dapat tunaikan hadiahnya. Pilihan kami bertiga, saya, suami dan Basirah. Beli di Sony Center di Capital Malls, Kuantan, (lebih dikenali sebagia ECM) Maaf Ye, bagi hadiah lambat sikit. Sengaja mahu tengok kesabaran kamu hehe...Asyik guna MP3 akak je yerk..:-) Nanti tolong cari "purple tu sama-sama tau.

Ok.Chayok..Semangat nak cari "Purple" ni. Mana kamu merajuk yerk...


Mencuri Masa!

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.


Masa memang mencemburui kita. Tup tup , pejam celik pejam celik, dah mula mahu menjengah April. Kadang-kadang terfikir, saya tak pandai membahagikan masa kah?Atau masa yang mencemburui saya..huhu..

Antara "quote" masa yang selalu kita dengar... Masa itu emas...Masa itu umpama pedang.....Bagi mereka yang bergelar "businessman".., masa adalah segala-galanya, bagi mereka  mungkin Masa Itu Duit..hehe

Prof Izzi...
Jadi kali ni saya ingin kongsikan satu lagi isu tentang masa.Saya ada menonton Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di mana Prof Izzi dijemput sebagai panel."Seronik" katanya.Saya pun seronok mendengar dia berbicara, memang penuh bermotivasi dan kelakar, yang pasti buat semua tersenyum.

Bila ditanya tentang pembahagian masa beliau, apatah lagi dia sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang kita sedia maklum.Katanya, " Masa memang tidak cukup, dan sekarang bukannya masa kita utuk menguruskan masa, tetapi mencuri masa!"..Lebih kurang begitulah...

Jadi, sama-sama kita mencuri masa dengan efisien ok.Buat yang termampu dan yang terbaik.

Wah bersemangat pulak...:-)

Renung-renungkan. Selamat beramal..:-)

Nota: Wah! ramai betul yang pergi mendengar UAI di Masjid Cenderawasih minggu lepas...sampai di rumput masjid pun orang boleh duduk untuk mendengar UAI berceramah...:-)



Wednesday, March 21, 2012

:: Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Friday, March 16, 2012

Normalkah Cemburu Itu?

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 
Rasa cemburu itu sentiasa ada dalam hati saya.Cemburu melihat mereka yang lebih baik dari saya, mereka yang sering berpeluang menhadiri majlis "usrah", masjid dan majlis-majlis ilmu. Sedangkan saya tidak berkesempatan membuat semua perkara tersebut buat masa ini akibat kekangan tanggungjawab yang ada.

Cemburu juga melihat perwatakan mereka-mereka yang nampak "suci" pada pandangan mata saya.Cemburu melihat kejayaan-kejayaan mereka.Dan cemburu juga bagaimana mereka mengekalkan personaliti begitu.

Pada mulanya saya berfikir, jika cemburu ini ini adalah jenis positif, dan boleh membuatkan saya memperbaiki diri, apa salahnya kan?

Sehingga suatu hari, dalam memikirkan isu " cemburu positif"  ini dalam memberi persaingan dalam diri untuk menjadi yang lebih baik. saya tersentak apabila mendengar salah seorang panel di radio IKIM.(Saya tidak pasti pula siapa yang bercakap ketika itu..huhu)

Katanya lebih kurang begini,

" Jika ada rasa cemburu tatkala melihat kebaikan orang lain, itu tandanya kurang keikhlasan dalam diri kita..."

Ok.Noktah.Mungkin itu jawapan yang saya cari , dalam memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik..:-)

Alhamdulilah...Terima kasih atas jawapan itu Ya Rabb...

" Perjuangan itu bukannya sesuatu yang mudah "


Wednesday, March 14, 2012

:: Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.




Soulmate Until Jannah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sepatutnya entri ni dikeluarkan pada 5hb Mac..Sempena langkah pertama kami sebelum bergelar  suami dan isteri. Ketika tarikh inilah, pertama kali saya melihat , bertentang mata dan mengenali ahli keluarganya  kerana tiada gambar yang disimpan antara kami untuk rujukan keluarga masing-masing.Alhamdulilah, sudah jauh rupanya langkah-langkah tersebut sehingga ke saat ini

Dalam mengenang memori tersebut, dan pada tarikh yang sama, saya dah dapat  tempahan "Personalized Wedding Calendar " oleh Sis Nyomel. Memang cantik dan puas hati sangat-sangat.Terima kasih banyak-banyak sis..Sis Nyomel ni banyak buat DIY.Memang cantik..Happy to meet you sis..:-)

Saya dapat  tahu  mengenai "Personalized Wedding Calendar" ini dari Kina.Seronok tengok kalendarnya, saya pun mahu memilikinya satu sebagai kenangan selain bingkai gambar dan album.

Dokumen-dokumen yang bertaburan ketika menerima pos express dari sis Nyomel..:-)

Hmm..Testing letak kat sini  pula..:-P


Abaikan  keadaan meja yang bersepah yek :-P
  
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawap terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka"
An Nisa: 34


Nota Naluri:   
- - Baru baik demam - - -Semoga yang "di sana" pun sihat-sihat selalu, ameen..:-) - -


" Zauji..Before I met you I used to think of my life is half empty but now that we're together my life is abundantly full..Alhamdulilah..."                                                                                                        

Friday, March 9, 2012

Cubit Aja Pipinya...:-P

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Tuhan, berkatilah sahabatku yang paling ku sayang
Cubit aja pipinya kalau dia nakal
Tuntunlah dia ke jalan yang benar
Tapi jangan biarkan air mata jatuh di pipinya yang manis itu ya :-(
Kerana sebahagian semangatku ada di dalam dirinya.

Sumber: Mesej telefon dari seorang sahabat :-)

Thursday, March 8, 2012

Panik ! Kunci Kereta Hilang

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber Gambar: Klik Sini
Sepanjang semalam saya bertungkus lumus menyudahkan tugasan .Alhhamdulilah hampir selesai sedikit demi sedikit.Sudah berkurangan sesak di atas meja.

Tiba masa balik.Mahu mencapai kunci yang biasamya terletak dalam poket "handbag".Tapi..kosong..Jangan Panik..cari lagi dalam "handbag".Berkali-kali, sehingga hampir 15 minit.Pejabat sudah kosong, rakan sepejabat semuanya sudah pulang. Hanya seorang kawan saya, Ana dan sunyi sahaja yang menemani kami.

Menggeledah lagi.Tiada!Ini memang serius ni.

Cuba bertenang seorang diri sambil menghubungi suami, tapi tak berangkat, mungkin ada hal agaknya. Positifkan diri dan terus mencari di sekeliling bilik.Alhamdulilah, dalam kotak "recycled paper " rupanya.Mungkin tercampak dari "handbag" tadi.Syukur!Alhamdulilah, Sudah boleh balik...:-)

Hari itu sudah tertinggal telefon di pejabat, kena berpatah balik walaupun sudah hampir separuh perjalanan pulang.Huhu..

Dan Insiden sebelum itu, saya terlupa "parking" kereta di mana, melilau satu bangunan mencari kereta sendiri hampir dua kali pusingan agaknya.Wah!kronik!

Sudah mulai menjadi pelupakah saya, atau terlalu sibuk dan stress sejak kebelakangan ini?

Atau saraf "long term memory" sudah mulai putus sedikit demi sedikit sejak usia yang makin meningkat dari  sehari ke sehari?

Jangan jadi macam ni sudah.Lupakan diri sendiri..:-P

Tetapi hari ni saya tak lupa ulangtahun kelahiran adik saya, Basirah.

"Selamat Hari Lahir Adik! Semoga dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudahkan segala urusan.Jangan gelak sokmo-sokmo tapi sentiasalah tersenyum kerana senyum itu satu sedekah...:-)"

Nota Naluri: Menggeledah Reader Digest tadi, ada "sample how to memorize faster"..:-P. Mungkin boleh cuba untuk tambahkan daya ingatan saya..:-)Atau tambahkan bilangan kismis minda setiap hari seperti hafiz/hafizah..:-)


Wednesday, March 7, 2012

Menongkah Sejarah Kembali..Allahu Akbar!!!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber Gambar :Klik Sini

Saya memang sangat sukakan sejarah.Tapi takde lah "expert" dan dapat A+++.Cuma sangat-sangat mengagumi ketokohan dan ilmu-ilmu mereka.Bagaimana mereka membawa diri, personaliti, akhlak dan sebagainya.(Hehe kalau boleh nama "lil caliph " nanti nak letak nama tokoh-tokoh sejarah...:-)..)

Persoalannya bagaimana mahu menerapkan personaliti tokoh-tokoh Islam dalam diri kita?

Ha..saya kongsikan ciri-cirinya, yang saya dapat , ketika mengikuti Islah Motivation Programme, Di UIAM pada tahun 2002.Dan ia masih berguna sehingga saat ini.Hanya pelajar terpilih sahaja yang boleh mengikuti program ini.Alhamdulillah, saya mendapat peluang tersebut dan mendapat ilmu dan motivasi yang sangat berguna sehingga hari ini.

1.HONESTY
  - intention; for the sake of Allah
  - trust others, trusted by the others
  - follow the right way of doing things
  - will receive the "barakah" from Allah

2. COURAGE
  - Strong will
   -Able to face hardship; risk taker
   - Tell the truth even if it's bitter
   - Strong self determination
   - Able to make changes as long it's positive
   - Belief in oneself
  - Will be respected by others
  - Not easy to be cheated

3. DISCIPLINE
  - subjective; all aspect in our life
  - systematic
  - effective
  - role model to others

4. HARDWORK
  
- Allah will not change the fate of a nation unless they change it themselves
  - Put in efforts
  - We' ll appreciate more for what we've done, what we have 

5. LOYALTY
   - never give up
   - loyal toward our religion: ISLAM
   - confident

*Pengorbanan untuk membuat perubahan dalam diri harus dilakukan jika kita mahu berjaya seperti mereka atau mahu mengembalikan kegemilangan sejarah Islam. 

We must have to do or gain the above charateristics!!!!!

Adik bongsu saya sangat sukakan lagu tema filem animasi Salahuddin Al Ayubi , "Adakah Kau Lupa" , katanya , mendengar lagu ini membuatkan dia mahu rasa turut berjuang seperti Salahuddin Al Ayubi.Bagaimana dengan kawan-kawan semua?


Dengarkan ye jika rajin dan mahu menongkah sejarah kembali...:-)

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan


Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang


Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Semoga perkongsian ini ada manfaat untuk semua kawan-kawan dan  mampu membangkitkan rasa juang dalam diri kita tak kira dalam bidang apa pun yang di ceburi oleh kita semua.Ameen!

Allahu Akbar!!!!

Wallahu'alam

:: Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber: Klik Sini..:-)




So cute!Subhanallah :-)


Thursday, March 1, 2012

Pelangi & Traffic Jam

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Perjalanan pagi semalam, agak "stuck", biasanya berjalan lancar, entah kenapa, dalam 20 minit tersangkut di jalan "short cut" ke bandar.Dalam hati berkira-kira, lebih baiksaya ikut jalan di Hotel Vistana atau jalan besar sahaja, walaupun terpaksa menempuh empat lamput isyarat.Rasanya lagi cepat berbanding laluan satu lampu isyarat. Agaknya semua berfikiran yang sama, melalui jalan "short cut" dan akhirnya semua tersangkut.

Tetapi dalam sibuk dengan kesesakan jalan raya , ada pula hujan yang rintik-rintik seketika dan pelangi pun muncul.Subhanallah, dalam geram-geram dengan jalan raya yang sesak, ada juga penyejuk mata. Sampai teralit saya tengok pelangi itu. Cuba mengaitkan kejadian-kejadian pagi itu dengan kehidupan kita.


Kebanyakan daripada kita sentiasa mahu mencari jalan yang mudah dan cepat, berbanding mahu menempuh kesukaran sama ada dalam bentuk kejayaan, kerjaya dan kemewahan. Bagi saya, untuk menempuh apa-apa kejayaan sekali pun, perlu ada kesukaran sedikit, perlu diuji kesabaran kita, sejauhmana ketabahan kita, kerana selepas itu baru "pelangi" yang indah itu muncul kan? 

Seperti pelangi di tengah kesesakan jalan raya...:-)
(pepatah baharu ni ...hehe..:-P) 

“Don't cry because it's over, smile because it happened.” 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...